Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 September 2012

Hotel berhantu di Malaysia ?

 

Worlds most haunted hotel …

Perghhh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca tu .. First World Hotel (Genting Highlands, Malaysia) antara hotel yang dikatakan berhantu tu ? Antara cerita hantu yang sering diceritakan ialah hantu wanita tanpa kepala yang mencari kepalanya !

Betulkah ?  Gulp … Ops .. ni sumber dari Yahoo yer .. Kalau nak tau hotel hotel lain yang dikatakan berhantu di dunia , leh je baca kat SINI ..

Blog baru pilihan #2 September 2012

 

image

Untuk malam ni , sebuah lagi blog menjadi pilihan aku . Aku tak tekankan pada hiasan blog tetapi pada kandungan blog. Aku tak kata kandungan blog tu terbaik atau menarik sebaliknya punya infomasi dan tarikan untuk dikongsi bersama rakan rakan yang lain .

Jadi , pilihan aku kali ni ialah blog QASEHUTEQ .. Selamat datang ke dunia blog .. Teruskan beri yang terbaik pada pembaca anda ..

Qhaliff ke klinik kerajaan , la pulak !

 

Semlm g klinik swasta .. Hari ni , ke klinik kerajaan pulak sbb dada dia ada sedikit bunyi .. Haaa …

Ahaa .. seperti baby yang lain, Qhaliff akan menyibukkan diri dia tengok apa doktor nak buat.. Perasan ingin tahu , mmg tinggi di kalangan budak budak kecik ni ..

Tak ketinggalan , bapak dia pun sibuk merakamkan kenangan Qhaliff berjumpa doktor setelah sekian lama tak jumpa .. Kali terakhir jumpa , masa kena kuning dulu .. Hehee .. Cam biasa , Qhaliff tersengih je la ..

Alhamdulillah , seperti doktor semalam kata , paru paru dia ok .. Cuma batuk sedikit jer .. Dia kasi ubat batuk gak .. Hehee .. Belasah je la Qhaliff ..

Camana pun , Qhaliff perlukan pemerhatian penuh dari mak bapak dia .. Bukan apa , kalau pandang enteng bab batuk dan selsema ni , dikhuatiri boleh dapat asma lak .. Haaa ..

Betullah kata orang , bila ada anak ni , automatik kita akan jadi semakin bertanggungjwab dan matang .. Tu pun kalau pandai pikir la .. hehe ..

Salahguna ‘INSYAALLAH ‘ ..

 

“ Jangan lupa datang kenduri kawin aku nanti .. “

“ Kat mana tu ? “

“ Aku buat kat rumah mak aku.. Kelantan .. “

“ Alamak .. Jauh tu .. InsyaAllah , aku g nanti .. “

 

Dalam perbualan diatas , dia tau yang dia tak mungkin boleh pergi kerana jarak perjalanan yang memakan masa memandangkan dia tinggal di KL . Atas sebab apakah dia mengucapkan INSYALLAH ? Mengapa dia tak berterus terang je mengatakan yang dia tak dapat pergi ?

“ Alamak .. Jauh tuu .. Maaf laa .. Aku tak rasa aku dapat pergi sbb jauh sangat .. Apa pun , selamat pengantin baru yer .. “

Bukankah dengan cara berterus terang itu lebih ‘ menyelamatkan ‘ keadaan dari memberi satu harapan pada rakan kita seolah olah kita akan hadir pada hakikatnya dia tau dia takkan pergi tapi berpegang pada INSYALLAH tu , dia tak boleh dipersalahkan !

 

Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji.  - AnaluvIslam

Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan.

Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt. – TranungKite

 

Sama sama kita perbaiki ..

Pelik tapi benar di kalangan kita ..

image

Keratan akhbar Hmetro hari ini ..

Ade ke homoseksual atau gay mahupun lesbian dikalangan mereka yang berbangsa melayu beragama Islam ni ?

Setiap hari ada saja keyword mereka yang ‘mengarut’ ni singgah ke blog aku .. Antara keyword tu ialah :

Malah aku sendiri pun ada yang tuduh gay.. Nak lagi best , gambar aku digunakan oleh ‘mangkuk ayun ‘ mana tah dan menyamar sebagai gay .. Tak pasal pasal aku dituduh gay .. Grrr ….

Maaf la yer .. nafsu aku masih pada perempuan yg bergelar isteri ..

Sian kat baby kita kan ?

 

Bila baby kita sakit , paling gelisah mak dia .. No 2 gelisah , bapak dia ..  No 3 , mereka yang mengenalinya la kan kan ? Harapnya baby kita tu nanti dah besar , begitu jugak laa.. amik berat hal kesihatan orang tua mereka .. Jangan tunggu masuk spital baru beria mencari…

Qhaliff .. baru je tidur .. Aku mandikan dia sekejap .. Suka dia nak main air tapi sori la yer .. Kejap je.. Tu pun sekadar bersihkan badan dia jer ..

Kemudian bagi susu dia .. Lena terus .. Tu botol ke 2 untuk pagi ni .. Stok tinggal sebotol je untuk pagi ni .. Petang karang , takde dah .. Stok Qhaliff , kais pagi makan pagi .. Bukan tak pam tapi itulah rezeki dia .. Tak banyak dapat bila pam ..

IMAG3483

Wife berhempas pulas pastikan stok mencukupi .. Ramai yang macam dia pun .. Ada yang terpaksa bawa ke pejabat anak kecil mereka tu .. Qhaliff tak leh lak nak dibawa sbb ada meeting petang ni mak dia ..

Skang , dia dok lena ..

IMAG3484

Lega bila tengok dia tidur .. lena je gitu .. Tak tau bangun nanti camana karenah dia .. Maklumlah , tak sihat ..

Aku ? Aku pun tak sihat sebenarnya. Wife pun begitu jugak.. Satu keluarga la ni tak sihat .. hehe .. Mood nak update blog pon takde sebenarnya .. Rasa macam nak je shut down terus blog ni .. hurmm..

VITAMIN C ORGANIC UNTUK MASALAH KULIT

 

Anda mempunyai masalah kulit ??

Kulit yang kusam?

Kulit yang tidak sekata?

Kulit yang berjerawat & berjeragat?

Dan pelbagai masalah kulit yang lain?

Dah puas gunakan pelbagai jenis produk skincare tapi masih kecewa dengan hasilnya?

Vitamin C 500mg mampu mengubah segalanya, ianya mampu membuat anda tersenyum semula hanya dalam tempoh 2 minggu !! Ramai yang dah cuba dan mampu tersenyum dengan hasilnya. Anda bila lagi??

FUNGSI Vitamin C 500mg (doctor recommend) :

  • Menghaluskan & melicinkan kulit secara menyeluruh
  • Mengecilkan pori2 kulit
  • Menaikkan seri muka
  • Memberikan tona kulit yang sekata & cerah (seluruh badan)
  • Melembabkan kulit secara menyeluruh
  • Memulihkan rekahan pada tumit kaki & siku
  • Merawat masalah jerawat di muka & badan
  • Merawat masalah jeragat
  • Melindungi daripada pembekuan darah & lebam
  • Mengurangkan parut jerawat & kesan luka
  • Diperlukan untuk pertumbuhan & pembaikan tisu
  • Meningkatkan imuniti badan, kurangkan jangkitan selsema
  • Membantu mengurangkan gejala gejala alergi
  • Meningkatkan penglihatan
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih
  • Membantu system penghadaman
  • Mampu mencerahkan bahagian2 gelap di celah celah bahagian badan (ketiak, peha dll)
  • Amat sesuai bagi yang mengalami masalah resdung

Tiada sebarang pantang malah ;

  • Ibu mengandung boleh mengamalkan vitamin c 500mg ini
  • Boleh di amalkan ketika period
  • Boleh menambahkan susu badan bagi ibu yang menyusukan anak
  • Sesuai untuk lelaki & perempuan 12 tahun ke atas

KKM approval & 100% HALAL !

Cara pengambilan 2biji sehari selepas makan

30biji RM45 (15hari) atau 60biji RM80 (30hari)

FREE postage !!

Berminat? Boleh PM di http://www.facebook.com/LailyBeautyCare

ATAU

SMS / What’s app : 0176053711

TESTIMONI :

testimoni vitamin c organic

Bila lagi nak baiki masalah kulit anda dan tersenyum seperti mereka?

Sesuaikah ubat batuk untuk bayi ?

 

 

IMAG3481

Semalam g klinik An Nur di Presint Diplomatik , Putrajaya .. Qhaliff dok batuk dan selsema .. Tapi tak la tahap kronik. Saja bawak untuk pemeriksaan juga . Risaukan sbb bila dia bernafas tu ada macam kahak .. Dari dulu ..

Tak ramai orang pada waktu tengahari .. Doktor perempuan buat pemeriksaan pada Qhaliff , menurut wife . Baik je dia .. Dia dan tersenyum .. Amboi , suka benar senyum kat doktor eh ? High taste betul budak ni ..

Menurutnya , paru-paru Qhaliff ok .. Jantung pon takde masalah .. Batuk dia skit skit jer .. Tapi dia suruh pantau gak pernafasan Qhaliff.. Kalau dah mula berlainan , segera bawa ke hospital ..

Dan dia bagi ubat batuk berdos kecil untuk baby .. Persoalannya ? Bolehkah ? Kalau dari pembacaan di internet ni , ada yang kata tak sesuai laa.. Tak bagus laa .. Qhaliff dah lebih 5 bulan dah pun .. Jadi camana ni ? Nak dengar cakap sapa neh ? Yang ada title atau ada pengalaman ?

Aku suruh wife call mak mertua aku memandangkan dia pun dulu nurse kerajaan dan pernah bertugas gak untuk jaga baby ni .. Kalau tak silap aku laaa .. Dia kata ok sbb Qhaliff dah besar .. Bukan bawah 3 bulan lagi ..

Dari pembacaan , ada yang suruh bagi madu .. suruh bagi herbatuss sauda laa .. Camana tu ? Aku ok je .. mana mana boleh try .. Tapi buat masa ni , yang ada kat tangan ubat batuk dari klinik tu ..

Kul 7 malam , selepas mandi tanpa basahkan kepala dia ( terima kasih atas tips dari rakan pembaca blog ni ) , wife bagi ubat batuk tu mengikut dos yang dibenarkan ..

Dan syukur Alhamdulillah .. Sehingga aku tulis entri ni , dia tak batuk sangat dah .. Cuma selsema tu je la .. Ada skit skit ..

Ok la tu bagi aku. Sekurang-kurangnya badan dia cipta antibodi untuk lawan penyakit dalam badan dia kan .. Ni kalau tak sakit langsung , aku pon confius .. Mau gak garuk kepala .. Kot kot baby dari Kryptonite lak .. naya aku .. Huhu ..

Segalanya , kuasa Allah .. Kita sekadar mencuba dari duk diam je kan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI