Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 September 2012

Daddy bangga dengan Qhaliff !!

 

Sangat tidak menyusahkan daddy dia bila sakit .. Jumpa doktor senyum .. Makan ubat ? Macam dapat aiskrim ! Nak sedut hingus pun senang malah siap ketawa lagi ! Hahaha .. lawak la Qhaliff ni .. Memang menghibur hati mak ayah dia ..

Sekadar untuk rekod Qhaliff .. Qhaliff mmg baby yang sangat senang dijaga dan diuruskan ! Kalau susu banyak , lama dah makcik dia mintak jaga ! Nasib baik stok cukup cukup je .. hehehe ..

Terima kasih Qhaliff .. Nanti jaga adik lak yer .. hehe ..

Bila TARIAN SUMAZAU jadi isu ..

 

Terdengar tadi di Buletin TV3 dan aku terus cari isu berkaitan di blog yang terlibat .. Hehehe .. Dasat .. Artikalnya dah ditarik semula kerana mendapat banyak ugutan bunuh dan kecaman ..

Isunya sebenarnya berkaitan PM kita tapi cara penyampaiannya tu yang betul . Dan buat memanaskan lagi ialah tajuknya ..

“ Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak “

Tajuk artikal mmg memainkan peranan penting seperti entri yang aku buat petang tadi ( Mana satu yang betul ? ) ni .. Tajuk lain , isi kandungan lain .. Sapa tak hangin kan ?

Aku bukan pro mana mana parti tapi bila melibatkan perkauman , aku cukup anti la .. Konsep aku mudah saja bila bab bangsa ni .. Aku hormat cara dia , dan dia hormat cara aku ..

Kalau nak buat artikal melibatkan kaum , aku rasa kajian menyeluruh perlu dibuat . Kalau nak libatkan politik , kena bijak skit bila menulis dan tulis tajuk tu haaa  , kena la betul dan tepat ..

Sewaktu aku masuk blog up tulis artikal tu pun aku geleng kepala bila tengok ada sekeping banner kat situ haa .. Adoiiyaii .. Tak tau nak kata apa la ..

Buat sahabat sahabat pembaca dari Sabah , anggap je penulis tu tak matang lagi .. Tak guna nak marah orang macam ni .. Tak berbaloi ..

Bila bahasa jadi ..

 

-pinjam gambar Mat sat aaa -

 

You see aaa .. Bila itu bahasa sudah mixed mixed aa .. Sangat best woo .. Gua manyak serious wooo .. Memang cakap ada serupa macam David Bekam punya style .. Sesekali ada nampak macam Oppah Ganyang Staik .. Haaa .. Lu tarak perasan ka ?

Tau la negara kita ni  amalkan konsep 1Malaysia . Keutamaan adalah bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Inggeris .. diikuti oleh bahasa rojak seterusnya bahasa kenegerian  dan juga bahasa ikut bangsa laa ..

Dah tu bahasa Malaysia / Melayu , camana pulak ? Senang je aihh .. Bahasa Malaysia digunakan masa amik peperiksaan untuk lulus dengan cemerlang . Tapi bila cakap , hancur gak ..

Kan kan ?

Blog baru pilihan #3 September 2012

 

image

Sama warna la pulak .. Baru buat blog neh .. Ada cerita dan ada pengisian .. Menarik .. Belum tau nak camana nak comelkan lagi eh ? Tak pe .. pelan pelan ..

Cuma ada satu perkara je aku rasa patut ubah .. Walaupun itu gayanya tapi kita sama sama patut praktikan untuk mengubah cara gini .. Sesekali ok la kot .. Tapi bila terlalu kerap , rasanya .. hurm.. tu akan merosakkan kecantikan yang kita ada ..

Apakah ? Tu korang cari sendiri la kat blognya .. Yang lain , mantop ..Selamat datang ke dunia blog AIDIL AMRAN ..

Sekadar cadangan je.. Tak nak ikut tak pe.. Hak memasing .. hehe ..

Mana satu yang betul ?

 

Kadang-kadang , aku fikir banyak kali bila nak buat kenyataan di akhbar .. Lain kita kata , lain pulak ditulisnya .. Apakah wartawan skang banyak tidur masa belajar dulu ? Opsss … Sowiieee .. Bukan semua yer .. hehe ..

 

image

Dalam artikal tu pulak menyebut ..

“Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya.

“Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal,” katanya kepada mStar Online.

 

Hurm .. depan rumah eh ? Sebab tu ramai dah mula sangsi dengan kenyataan akhbar ni .. Lain cakap , lain tulis .. Kalau blogger tu , lain laa.. Dah ‘mereka’ cop blogger ni ‘wartawan tak bertauliah ‘ ..

Caakk ..

Nak beli rumah ? Bersediakah ?

 

IMG_20120912_123036

Wow  … Ingatkan , beli rumah ni cuma kena pikir harga rumah jer .. Tapi …. Amik kauuu .. nak pindah masuk , kalau nak rumah seperti mana yang asas tu , ok laa  tapi kena pk gak bab elektrik tu gak haaa.. Pon kena buat sendiri ..

Bila dah alang alang buat , tu yang nak buat sana sini .Tukar sana sini .. Maka $$ akan meningkat dengan baik punyaaaa .. Tup tap tup tap .. harganya mmg mencecah puluhan ribu .. Tu baru basic punya renovation ..

Itu rumah teres setingkat .. Kalau bertingkat-tingkat ? Perghh .. Sebab tu bapak aku sejak aku kecil lagi dah pesan ..

“ Simpan duit .. simpan duit .. simpan duit .. “

Aku jawab ..

“ Nanti keje baru la simpan .. Skang simpan , tak banyak pun haa .. “

Seringgit seminggu .. Lama lama ? Haaa .. Baru ada akaiii .. Nasib baik laaa ada buat blog ni haa .. Kalau nak harap gaji saja ? Haihhh .. Memang lepas bayar hutang je laaa ..

Erk.. banyak ke duit dari blog ?????? Err .. Jap .. Qhaliff panggil ..

"Saya tak boleh hidup tanpa dia .. "

Pelik kan ?  Kerana CINTA ..  Hilang segalanya .. Betapa lemahnya kita yg mana ALLAH telah anugerahkan kelebihan kita berbanding makhluk lain iaitu akal .Sayangnya , kita tak reti nak guna bila bercinta ..

Mengarut ! Bukannya tak boleh tapi TAK NAK ! Suka sangat layan perasaan tu .. Bukannya tak boleh cari lain tp dok layan sangat hasutan syaitan tu .. Tu pasal ada yg rela derita atau bunuh diri !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila artis jadi Dj Radio ..

 

Hurmmm .. Apakah keutamaan mereka hanya untuk mendapatkan rating serta kedudukan tertinggi carta radio terbaik ? ‘Khasiat ‘ untuk pendengar camana pulak ?

Setiap pagi , bila bukak radio .. kita ketawa terbahak bahak .. Dj ‘merapu’ seabis mungkin untuk bagi pendengar ketawa dan gembira .. Pagi pagi mood dah best kan ?

Tapi kita terlupa ke , seawal pagi inilah otak kita yang fresh ini menerima masuk pelbagai maklumat dan infomasi serta ilmu untuk dijadikan ‘makanan’ seterusnya membuatkan semangat untuk bekerja lebih tinggi .. Kalau asyik ketawa , mood kerja camana ?

Cukup cukuplah mereka ni berlakon dan mengacara rancangan hiburan di tv jer .. Bila di radio ni , bagi jer kat mereka yg punya ilmu pengetahuan yang tinggi agar pendengar turut sama dapat manfaatnya .. Kalau artis tu punya ilmu seperti yang diperkatakan , ok gak .. Yang penting , apa yang keluar dari mulut mereka tu  adalah ilmu ..

Apakah kita nak rakyat Malaysia ni lebih banyak berhibur dari belajar ? Apakah kalau nak belajar , kena masuk sekolah atau g universiti jer ?

Nabi S.A.W pernah bersabda : Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar).

Nabi saw bersabda: "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

Alhasan Albashri berkata: "Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal dibelakangnya ada api neraka dan orang yang bersuka-suka sedang dibelakangnya maut."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka."

Fikir fikirkan .. Sampai bila kita nak asyik ‘ditipu’ .. Ketawa penawar duka ? Fikirkan semula ..

Batuk lagi Qhaliff ..

 

Hurm .. Nasib baik dia bukan jenis dok kuat merengek atau menangis .. Demam , takde .. Main seperti biasa .. Sesekali batuk ..

Sian … Hurmm …

Janganlah memandai mandai !

 

Teringat lagi seorang kawan aku yang terpaksa memasukkan bayi ke hospital gara gara doktor doktor tak bertauliah . Akhirnya bayinya ditahan selama 2 minggu .. Alhamdulillah , bayi dia ok ..

Apa maksud aku ? Maksudnya mudah jer .. Bila bayi kita tu tak sihat , bawa je terus ke hospital atau klinik .. Tak kisah la kerajaan ataupun swasta . Nak lagi jimat , g kerajaan dulu . Atau kalau banyak duit , g je swasta ..

Semalam , ada aku baca blog Dr.Hamid Arshat mengenai ubatan untuk kanak-kanak dan bayi .. Ada beberapa kes yang membuka mata aku dan aku rasa ramai pandang rendah mengenainya ..

Aku amik satu contoh ek ..

“ Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroidtiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.

Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu tersebut yakin dengankrim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan. Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang sebayadengannya.

Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit padabahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity.

Anak ini telah dimasukkan kewad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain.

Kes ini menunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.”

Boleh baca kes kes lain di blog beliau .. Klik SINI

Seperkara yang kita patut tahu ialah , kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi , personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak -kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya. Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor.

Dalam erti kata lain JANGAN MEMANDAI MANDAI !

Qhaliff tidak mahu tidur malam . Apa yang harus daddy lakukan ?

 

Kalau siang , dia tidur macam tak cukup hari .. Tapi bila menjelang malam ? Ini berlaku selepas dia mencecah 5 bulan ..

Menurut babycenter.com.my  , kebanyakkan  bayi, terutama yang baru lahir, suka berjaga di tengah malam. Bayi-bayi ini nampaknya tak faham yang mereka sepatutnya aktif di siang hari dan tidur di waktu malam.

Di siang hari, semua perkara lebih senang diurus. Bayi anda banyak menghabiskan masa untuk tidur, bangun untuk menyusu, main sekejap, kemudian tidur kembali. Di malam hari walau bagaimanapun, semuanya berubah. Dia berjaga dan tidak mahu tidur. Yang membuatkannya lebih sukar ialah kebanyakan bayi ini juga suka menangis di waktu malam.

Jadi apa yang boleh aku buat ?? Gulp .. menurut babycenter lagi , ada beberapa tips yang boleh aku ikuti ..

  • Bangunkan dia di waktu pagi pada waktu yang normal dan jangan biarkan dia tidur untuk mengganti tidur yang tak diperolehi di waktu malam. Memang anda akan tergerak untuk membiarkan dia tidur supaya anda sendiri boleh tidur atau berehat dengan aman tenteram untuk beberapa minit, tetapi jika anda lakukan begitu anda akan membayar kembali di malam berikutnya.
  • Sepanjang hari, mainlah dengan dia seberapa banyak yang boleh. Walaupun dia sedang tidur nyenyak, bangunkan juga dia untuk penyusuan.
  • Biarkan langsir di biliknya sentiasa terbuka dan pastikan anda berbuat bising seperti yang lazim. Jangan padamkan bunyi telefon atau mengelak daripada menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk. Ini juga akan membantu menjadikan bayi anda tidak senang terjaga, kalau tidak, 10 tahun ke hadapan kelak anda akan mendapati diri anda berjengket perlahan-lahan apabila anak anda sedang tidur.
  • Jangan main dengannya di waktu malam. Biarkan bilik dia gelap, dengan cahaya minima untuk membolehkan anda menyusu dan menukar lampin. Berdiamlah supaya menenangkan dia. Bergerak dan bercakap secara perlahan. Pendek kata, berlagaklah dengan cara yang membosankan.
    Bayi anda akan sedar dalam sedikit masa nanti yang siang hari itu digunakan untuk berseronok dan malam hari untuk tidur.

Proses ini akan memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika anda kekal dengannya, anda akan mendapat seorang bayi yang tidak berjaga malam dalam sedikit masa lagi.

Tu dari babycenter la .. Ooo .. patut laaa .. Malam malam dia suka main .. Siang dia tidur .. Oo .. patutlah bila aku biarkan dia boring , dia tertidur dengan sendirinya .. Hehehe …. Tak pe , tak pee .. Pasni aku kasi dia boring .. Part ni , mmg aku teror .. hahahaha …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI