Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 14 September 2012

Kalau beli barang elektrik ..

 

Hari ini ..

“ Takde stok ! Nanti ada stok , i call u ..“

 

Seminggu sebelum itu ..

“ Tak pe .. u nak bayar cash kan ? Kalau u nak bayar cash , i kasi kurang skit . I kasi u hadiah lagi .. “

“ Ok .. itu hadiah bila nak kasi ? “

“ Bila kitorang deliver itu barang , i kasi sekali .. “ .

 

Luahan hati  ..

Bila sampai masa , dia wat wat lupa .. Kalau takde stok , call pun tak . Buat diam jer .. Nak tunggu kita call , baru dia nak bagitau takde stok ! Kalau tak ?

Itu kedai tak terkenal . Kalau g kedai yang mmg ada nama dah , tak mintak pun diorang bagi ! Kalau nak beli , g kedai yang ada jenama ni haa .. Sakit hati pun tak .. Kedai jenama yang aku suka g ialah SENHENG berbanding COURT MAMMOTH ! Insaf nak g sana dah !

Bila budak sekolah sudah syok berasmara ..

 

Ni bukan gara gara drama cinta kan ? Bukan gara gara filem kan ? Filem dan drama cuma cedok idea dari mereka dan memperindahkan dengan adegan adegan romantik serta bait bait cinta .. kan ? 

Ok .. tak perlu tuding jari . Sebelum wujud tv  lagi dh ada masalah ni kan ? Senang cita laa .. ni keje syaitan durjana !! kan kan ? Fuh .. legaaa kan ? Boleh terbit lagi filem pasni .. hehe ..

Di akhbar Sinar Harian ada melaporkan polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di Kulim , Kedah.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar

Best part ! Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Nak tau apa jadi ? G baca sendiri kat SINARHARIAN Online .. Hehehe ..

Dan menariknya kan , lelaki tu tak bekerja pun. Bayangkan kalau terjadi apa apa kat perempuan tu , sapa nak tanggung  jika mak bapak dia halau dia ?

Hurmm .. CINTA la sangat kan ? CINTA ke NAFSU ?

Peluang kedua untuk Restoran Sekinchan Ikan Bakar ?

 

Ahaa .. aku ada terima satu email .. Sedih benar bunyinya. Aku terkejut gak la.. Apasal sampai gitu sekali kandungannya ..

 

Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri  Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami. Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua. Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula.

Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya  terdahulu anda tidak berpuas hati .KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran  untuk kebaikan bersama.

Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.

 

Aku tertanya gak la nape sampai gitu sekali bunyinya .. Aku tak pernah dengar nama restoran ni .. Maklumlah , aku ni spesis makan asal kenyang jer .. Bukan tau nak nikmati makanan sangat .. hehe ..

Aku google dan aku dapat jawapannya .. Hurm ..hurm… kaw kaw punya kena kritik ..

Tapi tu dulu !! Mereka kata mereka dah kembali dengan semangat serta keazaman yang membara untuk memberi yang terbaik ! Haaa… apakah itu ? Benarkah ?

Amacam ? Harapnya apa yang dikatakan tu betullah yer .. Jangan sampai kena ‘serang’ lagi … Hehe .. Bahaya zaman internet ni .. Sekejap je tersebar .

Semoga berjaya mengembalikan maruah yang tercalar ! Aku nak g test gak nanti .. hehe

Bila ‘mengarut’ itu menjadi ikutan ..

 

Psy ajar Spears tarian kuda “ – Kosmo Online.

Dari akhbar tu dikatakan mamat ( gambar) yang popular dengan tarian kuda ( kuda sembelit ? )  itu diminta oleh Britney Spears utk ajar tarian tu ..

Pertama kali aku tonton video tu setelah diminta oleh rakan aku untuk memberikan komen mengenai video Oppa Ganyam Style tu , aku tercari cari kat mana yang mampu membuatkan aku ketawa sedangkan kawan aku tu kata video tu best dan melucukan. Aku pandang muka dia . Dahi aku ,mengerut dan dalam kepala aku tertanya tanya ..

“ Dah abis menda yang melucukan ke atas dunia ni ? “.

Tak lama kemudian , demam tu terus merebak hingga ke dalam radio . Hahaha .. Patutlah .. Menda menda gini , mmg cepat orang kita terpengaruh. Teringat aku pada lagu lagu yang cukup hits satu tika dulu dengan tarian yang dinarikan oleh gadis gadis seksi serta beberapa lagi lagu .. Lagunya tak memberi impak pada minda tapi tariannya yang . hurmm .. Dan itu juga yang jadi igauan anak muda masa tu ..

Wow weeee .. Kita dah semakin tak tau nak pilih mana sesuai untuk dijadikan hiburan dan mana satu patut dicampakkan ke dalam tong sampah terus ..

Zed Zaidi , tolong bicara guna bukti !

 

Aku malas nak masuk campur hal orang tapi bila asyik dok lantang je mulut tanpa fikir maruah orang lain , aku rasa tak patut laa ..

Artikal terbaru di Mstar yang menyebut Zed Zaidi mengatakan ada artis dibayar ribuan ringgit  oleh pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan , tanpa bukti adalah sangat tidak patut !

Ok , aku amik ‘kata-kata ‘ dari Mstar Online eh ..

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Aku bukan pro mana mana parti politik. Tapi kalau nak cakap berdasarkan sumber , anda sendiri pon dah serupa macam ahli politik .Ada bukti , tunjukkan bukti dan baru cerita .. Cakap mulut zaman ni , tak boleh pakai dah ..

Seperkara yang membuatkan aku rasa dia patut pertimbangkan kata kata dia ..

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. “

Perghh … Korang baca sendiri kat MSTAR ..

Bercakap biar guna akal.. Kalau tak , anda sama jer seperti yang anda kritik tu ..

Qhaliff berak , daddy lega !

 

IMAG3530

Seminggu tak berak atau bahasa halusnya  BUANG AIR BESAR .. Hehe .. Sekali dia kentut , Ya Allah …… Bayangkan kalau dok tengah main ngan dia , dia kentut … Zasss … Rasa macam nak lari ke hospital terus wehhh !  ICU terusss … huhuh ..

Apasal susah sangat nak uk uk neh ? Hurm.. setau aku la kan , setiap kali aku jaga , dia mesti akan berak punya .. Tapi bila mak dia ada , tak nak pulak ..

Aku dapat jawapan ! Bila mak dia ada , dia menyusu main main . Camana aku tau ? Dari drypers dia laa .. Ringan jeee .. Tapi bila berdua ngan aku , berat woo ! Kenapa ? Aku bagi 3 botol susu ( 4 auns sebotol ) sebelah pagi , 3 lagi belah petang !

Dan tadi , aku bagi dua botol .. Hahahaha .. Terus dia berak ! Kaw kaw kaw punyaaa .. Perghhh .. Ngan aku aku sekali basah bila basuh bontot dia tadi .. hahaha .. Maklumlah , bukan selalu punya kerja ..

IMAG3532

Tak kisah la Qhaliff .. Janji perut legaaa .. Daddy tengok pon legaa .. hehe ..

Dah sibuk dah Qhaliff Iman ..

 

Photo

Amboii.. 5 bulan lebih dah ni.. Pandai dah guling guling dan tarik apa saja yg dekat dengan dia ..  Terliur ? Memang dah tak boleh nak makan depan dia .. Beria naak dia ..

Membebel sorang diri tu biasa laa .. Tapi kalau ada daddy dan ibu dia , lagi dia layan ..  Esok nak bawak dia berjalan lagi .. G mandi kolam lak .. hehehe ..

Batuk dan selsema , alhamdulillah .. dah kurang skit ..

Sekejap je masa berlalu .. Semakin besar dia , semakin tua aku .. huhu ..

Bangga giler guna Iphone !

 

Belum sampai Malaysia tapi ramai dah pakat nak beratur depan kedai untuk pastikan mereka terawal gunakan produk Apple yang terbaru ni. Apakah yang menarik sangat hingga membuatkan mereka beria nak dapatkan gadget ni ?

Sejak dulu lagi , mereka yang aku kenali cukup berbangga jika dapat guna Iphone hingga menolak gadget keluaran syarikat lain dengan mengatakan tiada standard. Menariknya ada yang siap kata Iphone tak perlukan skrin yang besar kerana dah ada Ipad .. Hehehe .. Iphone 5 ni besar skrinnya. Apa kes ?

Apa yang membezakan Iphone5 dengan gadget lain ? Kelajuannya ? Berapa laju sangat kita nak ? Kalau boleh hingga mata tak sempat kelip , kita dah selesai gunakannya ? Hehee … Dasat gituu ..

Maaf cakap la yer .. Apa yang aku nampak , kebanyakkan mereka ni hanya terlalu mengagungkan produk MADE IN USA ni .. Persoalannya , benar ke MADE IN USA ke ?  G google dulu sblm nak komen ..

Yang benar benar menggunakannya sbb sistem tu sendiri , tak ramai pun . Kira macam pakai beg tangan LV dengan BONIA gitu laa .. Gleemm kaauuu ..

Mmg hak memasing tapi kita jangan la sampai tahap ilang akal sanggup buang masa untuk beratur bagi memastikan menjadi pengguna terawal untuk mendapatkan produk ni haaa .. Akal ada kasi guna laa ..

Kalau aku benar fanatik sangat terhadap Iphone ni , aku akan tunggu mereka kat US tu buat review dulu kemudian baru fikir nak beli ke tak ..

Tepuk dada , tanya selera .. Jangan jadi mangsa jenama tapi tak guna menyeluruh .. Dan dengarnya Ipad terbaru pun lagi canggih ! Hahahahha … Asal keluar dari mereka , semua canggih .. Padahal ?

Berbaloikah meniru atau menipu sewaktu ujian ?

 

Kertas percubaan SPM bocor di FB

Kertas percubaan SPM bocor di FB .. Berita di Sinar Harian  Online hari ini menarik minat aku untuk mengingati saat saat aku bergelar pelajar ..

Sasaran aku adalah ILMU .. Bukannya LULUS dengan CEMERLANG . Jika aku lemah satu satu mata pelajaran , apa yang aku kena usahakan ialah tingkatkan lagi usaha dan bukannya amik jalan mudah iaitu meniru !

Bila kita mula meniru, perangai tu akan kekal dalam diri kita kerana kita tau itulah jalan mudah untuk ‘berjaya’ ! Lainlah jika dah ada kesedaran dan menyesali tindakannya itu , insyaAllah dia takkan akan lakukan lagi ..

Bayangkan kita lulus SPM dengan meniru kemudian masuk ke IPT dan meniru lagi .. Cemerlang ! Tapi bila nak mula kerja , kena amik ujian dan masa tu kita tak leh nak meniru camana ? Atau kalau dah dapat kerja tapi disebabkan kita asik meniru , bagaimana kita nak buat kerja sbbnya kita hanya tau meniru saja ? Haaa ..kata CEMERLANG ?

Kita takkan terlepas selama-lamanya ..

Bila rumah nak hampir siap ubahsuai ..

 

Ni je la kami termampu nak buat .. Nak canggih manggih cam nak letak lampu disko atau pinggan mangkuk antik , tak termampu lagi .. hehe ..

Ini pun dah berapa kali dah dok ulang alik beli barang untuk penambahan sbb tak cukup sana sini atau nak kasi cun lagi.. Masa ni laa duit keluar skit skit.. Yelah , menda kecik jadi tak nampak sangat .. Bila dah nak siap , baru nampak sana sini kurang .. huhu ..

IMAG3512

Beli lampu .. Tukar lampu .. Beli itu ini .. Tup tup .. cecah ribuan lagi.. huhu .. Baru nak simpan duit untuk .. er .. er .. Nanti cita pasal tu kat entri lain .. eheh ..

IMAG3514

IMAG3500

Aircond .. Dapur .. Kitchen cabinet .. Semua sampai semalam ni .. Serentak ! Memang haru biru jap kat rumah . Masa ni tuan rumah kena ada gak untuk tengok apa yang tak kena.. Kalau tak , mmg ada problem susah nak cerita dah ..

Dalam keadaan tak sihat anak beranak ni kena g sana sini untuk selesaikan .. Yelah , nak upah interior designer .. tak mampu ! Hehhe… Sendiri buat je laa..

InsyaAllah , minggu depan siap !

Waris generasi kita .. Inikah ?

 

image

“Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.” – Hmetro Online

 

Hurm .. mesti diorang dah ada perancangan masa depan apa nak buat kalau kena buat sekolah .. Baguslah gitu sebabnya kalau zaman aku dulu , kena buang sekolah mmg dah cukup menyedihkan. Yelah , kawan kawan dok gembira kutip ilmu , dia ? Kalau mak bapak kaya , leh masuk swasta .. Tapi orang-orang camni , tak minat nak belajar dah kot ..

Kalau nak kata cikgu tu maki hamun diorang , apakah layak cikgu tu dipukul ? Awak tu sapa nak pukul orang ? Buat jelah laporan polis atau pakat pakat saman je cikgu tu .. Tu lagi best dari pukul cikgu ..

Waktu aku dulu .. Bengang dengan cikgu mmg ada .. Serius tahap bengang giler . Tapi memandangkan sedar mak bapak bersusah payah membesarkan aku dan kawan kawan aku , ,kitorang telan jer segalanya hingga abis SPM. Semua mmg jadi kenangan ..

Hurm.. Tu budak sekolah menengah .. Sekolah rendah camana pulak ? Baru baru ni , ada kawan aku call .. Seorang guru disiplin sekolah rendah , di sekolah yang mana aku sendiri pernah mengajar. Katanya kereta dia abis kena calar dek pelajar ! Kereta yang baru je beberapa tahun dia pakai !! Pelajar sekolah rendah , okeh !

Nak salahkan sapa bila kes kes ni berlaku ? Teringat lagi aku hampir disaman oleh penjaga pelajar ni hanya kerana aku rotan dengan pembaris di tapak tangan ( perlahan giler kerana lebih pada nak gertak pelajar lain )  kerana bermain dalam kelas setelah berkali kali aku menegur dia dan sayangnya, tiada pembelaan dari guru besar. Menyediihkan ! Maka , tak hairanlah pelajar sekarang besar kepala ..

Sapa tak sayangkan anak kan ? Tapi kalau dia membesar dengan penuh kemanjaan hingga tak boleh ditegur langsung oleh mana mana orang kecuali mak bapak dia , maka … hurmm.. Jadi Sazali la gamaknya ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI