Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 16 September 2012

Rumah terbuka terakhir ..

Dari Lumut , terus ke rumah anak angkat mak aku .. Beria dia ajak mak aku kelmarin dan suruh aku sekeluarga gi sama ..

Aku malas memula tp memandangkan mak aku dah nak sgt g , aku ikut je la . Temankan ..

Di Desa Moccis ..bapak ramai orang yg dtg .. Aku lemah terus tgk bila ramai ramai gini ..

Aku malas nk makan tp dah ada dpn mata , maka makan je laaa noo .. Sedap mmg sedap tp segalanya terus hilang bila Qhaliff mula pasang lagu non stop action!

Hahaha .. sian wife . Baru 3-4 suap nasi ayam , terus beransur dr situ .. Terus ke rumah adik ipar di Desa Coffin utk rehat jap sambil mandikan Qhaliff ..

Bila sampai sini , Qhaliff terus senyum ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Qhaliff dan daddy di Teluk Intan dah ..

Sejarah tempat ni .. Dari mula nikah , mengandung dan akhirnya, Qhaliff muncul pasti akan bergambar kat tempat ni .. hehe ..

Tujuan utama sebenarnya selain nak bwk org tua aku jalan jalan ialah nk ke sini yakni umah abang ipar aku .. haaa .. Raya kan .. hehe ..

Ramai gak orang area ni time cuti .

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah pandai marah sekarang Qhaliff !

Amboii.. Dah besar dah diaaaa ... Dah tau nak marah dedi skang ni ehhh ..

Skang kuat bebel dah .. Kalau dah kenal perkataan , tak tau la cmna dia bebel nanti ..

Skang ni dok ' da da da da ' ... Haaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kena pecat kerana menari tarian kuda !

 

Yearghh .. bagus ! Memalukan jabatan je pun .. Banyak lagi tarian ada , tarian sumbang ni gak nak ikut !  Haihh ..

13 anggota penyelamat di sebuah kolam renang di bandar El Monte , Los Angeles telah dipecat kerana mereka menari tarian kuda berdasarkan muzik video Gangnam Style yang dipopularkan Psy.

Salah seorang anggota penyelamat itu yang dipecat, Michael Roa menyunting dan menghantar klip video yang menunjukkan mereka menari tarian kuda tersebut ke laman YouTube. Pihak pentadbir kolam itu menyatakan 13 anggota penyelamat tersebut dipecat kerana mereka menggunakan pakaian dan kolam renang awam milik pihak pentadbiran bandar El Monte ketika menghasilkan video tersebut.

Menurut akhbar yang aku baca ni yakni KOSMO , Psy berkata , anggota-anggota penyelamat itu berkongsi kebudayaan dengan mempersembahkan tarian tersebut.

Menariknya , Psy membuat rayuan kepada Datuk Bandar El Monte, Andre Quintero dengan berkata: “Saya merayu anda tidak pecat (mereka), tolonglah.”

Ada sapa sapa lagi nak kena pecat ? Hahaha … Baik buat senamrobik dari tarian kuda tempang tu haaa..

Cara terbaik mendapatkan IPHONE 5 dan percuma !!

 

Betul ! Rempuh saja APPLE STORE dan amiklah seberapa banyak iphone yang menjadi kegilaan anda itu yang membuatkan anda ‘gila‘ hingga sanggup melakukan kerja gila ! Hehehe ..

Seperti dlm gambar ni yang mana ada la manusia sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan Iphone 5 tu haaa ..

image

image

image

image

image

Yearghh.. kejadian yang berlaku di Los Angeles ni mmg cool giler .. Kereta BMW X5 yang didaftarkan atas nama si perompak tu telah selamat pun menggunakan Iphone 5 tu setelah ditangkap polis .. Tu pun guna gambar Iphone jer .. hehehe . Masuk angin kuar asap ..

Berbaloi ke gila gadget kalau tau diri tak mampu ?

Mat Rempit perlu dijenamakan semula ?

 

Sebelum ni , mereka digelar MAT REMPIT .. MAT REMPIT dan pengguna motosikal , berbeza orangnnya . Yang menyalahgunakan jalaraya dengan menjadikannya medan perlumbaan dan sebagainya , tu MAT REMPIT .. Kalau nak ubah , namakanya saja  OTAK SEMPIT ..

Tak perlu beria sangat la nak up mereka ni .. Kalau buat salah , tangkap dan hukum saja .. Bukannya tak reti membaca suratkhabar pun .. Tapi saja nak tunjuk keras kepala dan bangga mereka ni ‘diagungkan’ dalam filem dan drama malah senantiasa masuk berita.

Baik up mahasiswa yang cemerlang di IPT dari mereka ni haaa ..

Artikal berkaitan “ Gelaran Mat Rempit perlu dijenama semula “ .

Ammar , tersadai layu !

 

Sebelum kehadiran Qhaliff dalam blog aku ni , Ammar yakni sepupu Qhaliff terlebih dahulu menghiasi blog aku ni sejak dia dari baby lagi .. hehe .. Sekarang dah cukup mantop ! Kalau nak kenal dia , leh baca kat entri BLOG AKU TELAH DIJUAL ! ni ..

Sekarang , umur dia dah pun mencecah 3 tahun .. Cepat benar masa berlalu kan ?

OK .. Kenapa dengan Ammar hari ni ? Hahaha .. cerita dia begini . Tadi , sewaktu semua budak dok bizi nak berenang , Ammar ni pon nak join sama .. Dia ngan ayah dia la .. Qhaliff dengan aku ..

Entah camana .. Ammar berjaya lepaskan diri dari bapak dia lalu berlari dan terus terjun ke dalam kolam renang bersaiz budak tu ! Ammar ni walaupun dah 3 tahun tapi size dia kecik lagi tapi ligat !

Tau apa jadi ? Dia lemas ! Nasib baik bapak dia ikut kejar dia masa tu.. Cuma tak sempat nak tahan masa terjun tu .. Dalam kolam lak , mmg ramai budak … nasib baik gak la Ammar berjaya capai salah seorang budak dalam tu ..

IMG_20120915_182053-1

Lepas berjaya dibawa naik ke atas , dia terus fobia nak masuk kolam tu ! Aku try nak bawak masuk , menangis dia ! Aku confirm pasni mmg dia takkan berani dah masuk kolam renang .. hehehe ..

Ammar , nanti bila baca blog Cik Ben , ingat kenangan dan muka Ammar yang dah toya tu eh .. hehehehe .. Tu laaa .. haaa .. nakal sangat .. kang dah toyaaa .. hehehe ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI