Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 September 2012

Dendam Sarakit

 

Berkejar aku balik rumah dari Alamanda semata mata nak bagi sokongan pada drama tempatan terutamanya bergenre hantu syaitan ni sbb aku suka baca kata kata tauladan di penghujung drama tersebut..

Ok… Sempat .. Sediakan pop corn dan bantal untuk tutup muka .. Tadaaaa .. Jam 10 malam di malam Jumaat ! Masa dan hari  yang amat sesuai la untuk takut takutkan rakyat Malaysia dengan cerita cerita hantu .. Gulp ..

Dah mula dah .. Wahhh.. Fauziah Ghous berlakun.. Peeewitt.. Ilang dah rasa takut bila tengok muka cun dia walaupun aku rasa dia mekap seseram mana pun aku tau dia tetap cun .. hehe ..

Babak demi babak .. Bantal aku dah letak kat kepala . Terbaring enak gitu sambil mata tertumpu kat tv yang penuh dengan iklan ..

Waahh .. hantu diaa .. Aku rasa hantu dalam game lagi evil laaa .. Bukan nak kutuk , tapi tu yang aku nampak depan mata aku tadi.. Betuiii .. tak tipuu ..

Episod 1 yang dah boleh dibaca .. Walaupun ada yang kata nak tiru Nang Nak , tapi aku rasa tak .. Ini idea ori wehhh .. Nampak kan aku sokong drama tempatan yang bergenre hantu ni .. Kang kata aku tak sokong lak ..

Tamat dah episod 1 .. Nak download , rasanya tak perlulah .. Episod ke 2 minggu depan . Aku rasa aku tunggu je la episod terakhir .. Penat nak follow tiap minggu sbb dah macam leh jangka jer. Takat nak seram , aku duk belakang rumah aku pun dah macam dalam drama WALKING DEAD… Seraaammmmmmm …

Qhaliff nak susu ..

 

IMG_20120927_151337

Nak susuuuu .. nak susuuuuu … nak susuuuu ..

Muka kesian duk tunggu susu dipanaskan .. hehehe .. Sian dia kan ? Daddy jadi kelam kabut .. Tak sanggup tengok muka 10 sen dia tu haa .. huhu..

Bila dah dapat ?

IMG_20120927_154809

Tinggalkan daddy sorang sorang eh ? Tak pe tak pee .. daddy leh layan blog dan twitter .. Nanti bangun kita g jogging eh .. hehehe ..

Iphone5 vs Samsung S3 : Cuba jatuh tengok !

 

Perghh .. bengong.. hahaha.. Boleh test lak gitu ? Sapa lagi mantap dari sudut material … hehe.. Aku tengok video ni mlm semalam dan mmg respek skit laaa kat IPHONE 5 yang menang besar .. Tapi aku tetap tak guna IPHONE 5 sbb aku sokong produk Asia .. Jangan sebut bab os atau menda lain yer . Kalau ada yang bagus dari Asia , aku akan guna .. Haaa .. Kalau bergantung dengan US , dorang  berlagak giler .. Macam Windows semua tu laaa.. Kena beli ori lesen laa .. Contoh je la .. Tak suruh pon mengiyakan ..

Ok , ada 3 test yang dia buat .. Test pertama .. sama kuat .. Tapi test kedua .. jeng jeng jeng ..

image

Manakala IPHONE 5 cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tepi. Skrin , masih comel .. Ala, skrin dia kecik skit dari S3 .. Tu pasal la kot kuat … Lalalalla ..

image

Dan ada test test berikutnya yang mana , IPHONE 5 tetap mantap di bahagian skrinnya . Dan S3 , berderai ! Tak peeee .. Berderai pon ok… Tak lama lagi keluar S4 .. hehehe .. confirm mantap serupa pakai cermin besi .. hehehe .. Tak pun , guna la cover .. kan kan ?

Apa pun , bagi aku ni sekadar ujian kelasakan hp tu jer .. Mana lagi bagus , terpulang pada citarasa masing masing .. Aku tetap dengan HTC OnE X .. Er tapi macam terpikat kat Samsung Note 2 jeeee .. hahaha .. Mengamuk wife ..

Tengok kat http://youtu.be/6M5q5TRuAsY ..

Movie best untuk didownload : ZAMBEZIA

 

Sebuah filem animasi Afrika Selatan yang mmg best untuk ditonton bersama anak anak ..

Aku saja nak buat koleksi filem filem animasi ni .. Yelah , nanti Qhaliff dah bijak skit leh layan ngan bapak dia ni kan .. Maklumlah , sama sama lepak rumah .. Hehe..

Best ke ? Aku yang meminati kartun begini sejak layan LION KING .. Dulu minat yang aksi aksi cam Thundercats , Voltron dan sebagainya .. Tapi bila dah terjebak ngan LION KING , filem filem binatang ni mmg menarik jiwa aku .. Tu tak termasuk Toys Story dan sebagainya.

Filem animasi Zambezia ni mmg punya pengajaran sebenarnya. Paling mudah , bila bersatu kita mampu lakukan apa saja dan tolong menolong dalam masyarakat .. Haaa .. Hidup tamo sombong okeh ! Tu moral dalam filem ni ..

Nak download kat mana ? Cer cari di TeamHanna atau Berdesup ..

Qhaliff , nak masuk 6 bulan dah ..

 

Minggu depan , Qhaliff dah 6 bulan .. Patutlah aktif semacam jer .. Sekejap benar masa berlalu kan ?

 

IMAG3777

Ini sedikit artikal dari BABYCENTER MALAYSIA :

Menjelajahi dengan menggunakan tangan

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar bergolek

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.


Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.

Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi anda yang suka membebel

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah.

Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks.

Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik.

Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira semasa mendengar cerita

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.

-TAMAT-

 

Wow.. semua yang dinyatakan , mmg berlaku pada Qhaliff termasuk menjerit kuat kuat !! Adoiii .. Selagi tak bagi respon , selagi tu dia menjerit !!

Bila baca info begini ternyata banyak yang amat berguna ! Huhuh. ..

Betul-betul rezeki Qhaliff ..

 

Alhamdulillah ..

Susu Qhaliff mmg tak mencukupi untuk dibuat stok simpanan. Apa yang ada , cukup untuk hari tu saja. 

Semalam , sepatutnya ada satu projek luar untuk aku buat . Pening camana nak standby susu Qhaliff , kurang kurang 7 botol untuk sepanjang hari yang mana aku plan nak tinggalkan Qhaliff kat umah mak aku .

Wife dah plan jika terpaksa , sediakan susu formula jer.. Dah tak de pilihan memandangkan dia pun kena hadiri kursus jangka pendek di kawasan berhampiran.

Mungkin rezeki kali ni milik Qhaliff , projek aku tu batal dan ini bermakna aku duduk je kat rumah bersama Qhaliff.. Secara tidak langsung , bekalan susu mmg memadai untuk sampai tengahari jer dan wife balik waktu lunch untuk bagi bekalan seterusnya. Kira dia g pam kat tempat dia tu la.. Curik curik masa gitu .. Jadi untuk hari Rabu , mmg cukup cukup untuk Qhaliff sehingga petang .. Alhamdulillah ..

Dan , masalah tak selesai lagi. Semalam baki susu ada 2 auns jer. Pelbagai usaha dan cara dah dibuat. Namun tak banyak .. Aku redha jer ..

Entah camana , awal pagi tadi sebelum subuh , wife terjaga dan nak pam susu .. Sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .. DIA bagi satu botol penuh untuk Qhaliff , sekali pam yang mana sangat sukar dapat .. Memang rezek Qhaliff sungguh. Pastu dapat lagi sedikit , menjadikan stok cukup untuk setengahari.

Dan seperti biasa , lunch dia balik dan bagi utk stok sebelah petang. huhu.. Aku pun legaa .. Kalu boleh tak nak bagi lagi susu formula hingga dia 2 tahun .. Kenapa tak nak bagi susu formula ? Search je jawapannya dalam blog aku ni ..

Dikala kita kesempitan , mohonlah pada ALLAH .. Sungguh sungguh minta padaNYA..

Gaya baru di Jepun yang .. gila ?

 

Erk … Biar benar ?? Adoi .. diorang ni tercari cari rentak hidup yang sebenar ke? Ke sebenarnya jiwa mereka kosong hingga nak buat sesuatu yang mengarut kemudian mengatakan mereka COOL ??

Satu trend terkini di Jepun yg menarik segolongan manusia yang tak tau apa nak buat dah dengan diri mereka , ialah membengkakkan dahi.

Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.

Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal. Selanjutnya di baca kat Hmetro

kinh-di-kieu-lam-dep-bang-cach-bop-meo-tran

kinh-di-kieu-lam-dep-bang-cach-bop-meo-tran

kinh-di-kieu-lam-dep-bang-cach-bop-meo-tran

Amacam ? Cool tak ? Kalu ada yg buat gak , ternyata … ternyata laaaa dia tu .. hehe .. sila sambung sendiri ..

Hikmah Bertudung , rezeki Shila Amzah di China

 

TAHNIAH SHILA HAMZAH ..

Sebenarnya aku tak amik tau sangat berita kemenangan Shila Amzah di China baru-baru ni.. Tapi kenapa aku buat entri ni lak ?

Sebab ini ..

Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya,".

Ahaa .. Selebihnya baca kat MSTAR eh ..Kata-katanya membuatkan aku tersenyum dan terus update entri mengenainya. Almaklumlah , ada artis kita takut nak menutup aurat sebab takut tak laku dah ! Perghhh .. jual kecantikan dan keseksian diri ke untuk laku ?

Dengarnya dia dapat RM1 juta kan ? Duit tu adalah untuk menjalankan aktiviti promosi, persembahan pentas dan juga dalam usaha menjadikannya artis terkenal di seluruh Asia.

Ok la tu kan ? Rezeki dari ALLAH .. Kena rajin mintak dan usaha. Kita kat dunia ni , sementara je. Sedikit demi sedikit akan diambil ALLAH tapi diberi yang lain .. Cuba bukak mata dan fikirkan semula perjalanan hidup kita ni ..

Penangan ubat batuk !

 

Seperti biasa, dalam seminggu tu pasti aku ajak keluarga aku g ke rumah orang tua aku. Saja ziarah mereka . Bawak Qhaliff untuk hilangkan rasa rindu mereka kat cucu dia yang kecik lagi ni ..

Dan selesai..Balik .. Dalam perjalanan balik , aku dok koh koh koh gitu.. Batuk laaa .. Dalam kepala aku nak bedal ubat batuk yang masih berbaki hari tu . Pasti aku tidur awal malam penangan ubat batuk tu.

Dan betul pon … Bangun subuh pon terhuyung hayang .. Pastu sambung tidur balik .. Sedar sedar , wife dah letak Qhaliff sebelah aku. Oh , aku tidur kat ruang tamu jer sbb tak nk Qhaliff terjaga akibat batukan gempa bumi aku tu ..

Aku dan Qhaliff tidur bersama .. Eceh .. Antara sedar dengan tidak , aku teraa pipi aku pedih macam ditampar pon ada .. dicubit pon ada ..

Bukak mata , Qhaliff dok tengok aku.. Hahahah .. Hampeh tul laa budak ni .. Kot ye nak kejut pun , kejut la elok elok .. Ni main cubit pipi laaakk .

Tengok jam , 9 lebih .. Kul 10 pagi baru mandikan dia dan kasi susu . Sebelum tu kasi kurma skit .. Dan … dia pon lenaaa .. Aku ? Baru nak settlekan kerja aku seperti… Er , mandi .. hehee.. P mandi sat noo.. Patut ramai akak akak suri rumah mandi lewat eh ? Hehee..

Siap sudah fasa terakhir !!

 

Muka penat tengok bapak n mak dia makan . Hahaha .. Setiap kali singgah rumah baru , pasti ke UmmiZa Cafe untuk makan malam .. Dan tiap kali tu gak Qhaliff tengok jer .. hehe .. sian kan ?

Dan hari ni , siap dah pemasangan grill .. Kerisauan ada gak sbb kunci semua kat rumah tu dan rumah tu ada pekerja kontraktor tu tinggal .. Hurmm

Bahagian luar tu , kalau buat penambahan .. confirm aku bersantai depan tu tiap tiap petang ngan Qhaliff .. huhu .. Kena tunggu duit terpijak la baru leh buat ..

Apa pun , syukur pada Allah .. segalanya berjalan seperti yang dirancang ..  Kalau nak tgok  camana rupa Sebelum dan selepas ubahsuai dapur .. Klik je link merah tadi tu haa .. Tadi tu laaa .. Tak nampak ?? Ni haaa .. Sebelum dan selepas ubahsuai dapur ..

Pasni nak pasang langsir dan cuci semula rumah .. Pastu .. leh pindah masuk .. huhu ..

Qhaliff , jangan buat begitu yer ..

 

PicsArt_1348678112929

Jangan gitu sayang .. Maksud daddy , bila dh berkawan .. Janganlah menikam kawan dari belakang . Ingatlah pada AlLLAH bila nak buat sesuatu yang tidak disukaiNYA.

Berkawan biar ikhlas. Jika ada yang tak kena , nak .. Berterus teranglah . Jika mereka tidak menyukainya , berdoa saja pada ALLAH agar dibuka pintu hati ..

Yang penting dalam bersahabat , keikhlasan. Jika tiada keikhlasan , segalanya menjadi tipu daya yang hanya lebih pada memuaskan nafsu semata mata ..

Ok Qhaliff ? Bila daddy cakap , pandang la daddy.. Tu kaki tu kenapa ? Ni yg daddy nak rotan ni.. tunggu situuuuu .. tungguuu .. Jangan gi mana mana .. daddy nak cari rotan sat ..

Bila “Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku “.

 

Idea seorang menteri .. Sat nak gelak ..

HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHA

Nak tanya sat bleh ? Hafal tak lagu Negaraku ni ?

Kerajaan perlu menggunakan elemen budaya popular seperti tarian 'Gangnam Style' dan lagu 'Kolaveri' untuk mendekati orang muda, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany.

"Gangnam dan Kolaveri ini lebih popular dari lagu Negaraku.
"Itu sebabnya lagu 1M4U mempunyai rentak yang tersendir
i," kata Devamany.

Rentak yang unik itu diharapkan membantu kerajaan mendekati orang muda yang didakwa jauh daripada perhatian masyarakat.
Gangnam Style merupakan lagu nyanyian penyanyi pop Korea Selatan PSY yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia. “ – Malaysiakini

 

Mula mula aku jumpa kenyataan ni kat Yahoo dan aku google. Ok , jumpa kat web Malaysiakini ..

Haih.. apa punya idea laa diorang ni  nak dekati orang muda..  Kalau si Psy buat tarian kuda cacat , kita try buat style T-Rex cacat lak .. Confirm menarik ! Lain kali , tanya pendapat orang ramai sebelum keluar kenyataan . Popular tak semestinya layak dijadikan contoh !


SAYA CINTAKAN MALAYSIA !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI