Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 28 September 2012

Ini baru betul BEN ASHAARI Jr. !

 

Haaaa .. kan dah pacak pacak rambut tuuu .. Sapa lagi hensem ? Ok .. aku tau dah .. terima kasih kerana sudi pilih aku .. Laalalalaa…

Download teks ucapan dan live streaming Bajet 2013

 

image

Tercari cari teks ucapan Bajet 2013 atau nak tonton secara langsung Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak ? Jangan risau .. meh sini aku bagi … tapi sebelum tu , pada sesiapa yang nak hardcopy, sila ke Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya , jam 5.30 petang.

Teks ucapan bajet 2013 ini akan keluar pada jam 6 petang ini ( 28/9/2012 ). Klik SINI untuk ke mendownloadnya . Dan untuk tonton secara langsung , klik SINI ..

Selamat membaca dan menonton . Jangan kritik lebih lebih .. Hehehe ..

Anak aku kah itu ??

 

Selepas berjaya menidurkan Qhaliff di lewat malam , aku pon layan ICE AGE 4 jap .. Memang lawak la citer tu .. huhu .. Berbaloi download.. hehe ..

Pastu aku terasa sesuatu kat peha aku .. Tu diaaaa.. Qhaliff dah memasuki ruang tidur aku ! Amboiiii.. Semakin jauh dari mak dia .. Dan aku semakin sempit ! Agaknya, perangai sapa laaa dia ni ikut eh ?

Tak sedar apa dia tidur ! Ngantuk sangat la  tu .. Sebelum nak kasi dia tidur tu , aku kasi dia main puas puas. Bila pandang kat mata dia , nampak kat kelopak mata dia semakin mengecil .. hehehe .. Ada hati nak lawan ngantuk tuuuu ..

Aku angkat , bagi kat mak dia .. SELAMAT JALAN ROMEO !! Dan lenaaaa … dah lenaaa … mak dia lenaaa .. aku je tak lena !!! Huwaaaaa…

Tabik kat Shila Amzah !

 

Semalam aku ada kata dalam entri aku yang bertajuk Hikmah Bertudung , rezeki Shila Amzah di China yang mana aku tak kisah langsung pasal kemenangan dia tu haaa.. Al maklumlah , aku jarang amik tau hal artis Malaysia ni haa.. Artis dunia lagi la tak amik tau. Dalam erti kata lain , tak amik laa semua .. eheheh ..

Tapi kaaaannn .. semalam kaaaannnn .. Aku tak leh tidur kaaannn.. aku kaaannnn .. Layan youtube koooo .. Haaaa… Bukak bukak je , yang sedang trending ialah video nyanyian Shila Amzah di Shanghai, China tu haa ..

Ok , aku pun bukak dah layan .. Mula mula dia nyanyi lagu omputeh , Grenade and Set Fire To The Rain .. Huh ! Berdiri bulu roma aku tengah tengah malam tuu .. Terpesona aku jap dengan suara dia. Bukan aku sorang je ok ! Juri pengadilan pertandingan tu siap berdiri menyanyi lagi ! Perghhhh .. Kalau kat Malaysia , juri pandai kritik jer .. Mencari salah lebih tapi bila lagu best , tak de pulak berdiri menari sekali !! Kalau ada pun , boleh kira laaa …

Ok , tolak tepi soal tu haa .. Kemudian aku tonton yang dia menyanyi lagu mandarin ( Forever Love dan Zheng Fu )  ! Bapak sedap siutt !! Sememangnya dia layak mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang sangat giler sporting !!! Diorang turut sama menyanyi dengan Shila .. Perghhh !

Paling penting , cara dia menyanyi .. Memang hidup weh ! Tarak sombong punya dengan penonton ! Maka tak hairanlah dia disanjung dan mula dapat perhatian oleh mereka di sana ..

Dengan ini , terus terang aku kata .. aku bagi tabik spring la kat dia .. Tahniah Shila ! Anda mmg layak menang .. Kalau tak layak , aku pun tak buat entri ni .. hehehe ..

Sapa yang ubahsuai rumah aku tu ?

 

Atas permintaan..  Rujuk entri Sebelum dan selepas ubahsuai dapur ..

Ramai yang tanya sapa yang buat renovation rumah aku tu. Aku sebenarnya malas nak rekemenkan sebab nanti jadi apa apa , aku yang bertanggungjawab .. Haa , tapi memandangkan dah ramai yang bertanya .. maka aku jawab je la …

Sebelum tu , peringatan aku berikan yer .. Segala urusan atas kebijaksanaan korang sendiri. Maksud aku ialah korang kena berbincang dulu dengan kontraktor kemudian buat survey sendiri. Kalau nak lagi jimat bila buat ubahsuai tu , barang barang seperti kipas , lampu , aircond , sinki dan apa jua yang korang nak tukar , beli sendiri ! Tang guna tenaga kerja dan juga kerja kerja besar tu je biar mereka buat .. Ok ?  Tu sekadar pandangan aku jer la. Nak suruh diorang pon , terpulang la .. Jangan kata aku tak bagi nasihat dah la yer ..

Seperkara lagi kena tau .. Bila perjanjian dibuat , tempoh masa kerja belum tentu siap pada masanya atau mungkin lebih awal .. Macam rumah aku , ada berlaku kelewatan gak disebabkan seperti pekerja cuti ( raya ) dan masalah masalah diluar kawalan .. Itu tak leh nak kata apa la kan .. Yang penting siap dan tiada sangat penambahan kos. Bergantung atas budi bicara. Tak guna nak marah marah ..

Ok , faham tak ni ? Kerja kerja yang dilakukan kat rumah aku tu terus terang aku kata , memuaskan hati .. Nak kata sempurna 100% tu , aku tak kata gitu laa.. Kena masuk duduk , baru tau . Tapi dari apa yang aku nampak dan wife , puashati ..

Bagi mereka yang nak tau sapa yang buat , boleh hubungi

013 6746 4024 – SAIFUL ( kitchen cabinet )

013 375 6815 – IJAN ( kontraktor )

Psst .. bagitau korang baca dari blog BEN ASHAARI .. mana tau kot dapat diskaun kan ? Hehehe ..

Sila pantau Qhaliff !!!

Mengikut susunan .. Kebanyakan antara kita cuai menjaga bayi . Bukan tak sayang baby kita tapi kepala dok semak dengan benda lain .. Tu satu kesilapan ..

Patutnya , utamakan dahulu keselamatan baby sebelum melakukan kerja kerja yang lain .. Contoh cam aku ni kan.. Saja nak tengok apa Qhaliff nak buat .. Dulu dia tak mampu nak angkat kepala dan badan dia .. Skang ni , tengok la sendiri.. Perghh … Bayangkan kalau aku naik atas dan mandi ..

Biar rugi masa sedikit dari rugi masa banyak kat hospital !

IMAG3790_BURST003IMAG3790_BURST005IMAG3790_BURST006IMAG3790_BURST010IMAG3790_BURST008IMAG3789

Tinggalkan Qhaliff sorang sorang !!

Mak dah kbhai .. Anak dok bebel sorang sorang .. Daddy , cam biasa .. Nganga tengok anak sambil bertweet ..

Tidurlahhhh wahaiii ... Permaiiisuriiiii... Malam jumaat ni Qhalifff oiiii .. kang , kangg ... Haaaa... Datang Sarjit Singh kangg ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Amboi , kaki Qhaliff tuuu ..

 

Menendang-nendang skang yer.. Kalau aku nak hidung dia disebabkan selsema tu , berkali gak la kena tendangan tanpa bayang dari dia .. Terasa berat gak tendangan dia .. Hahahaha ..

Kalau kita duduk dekat dia .. mmg kaki kita jadi mainan dia .. dok menendang nendang .. Takkan nak jadi pemain bola kot ? Toksah laa.. Main suka suka ok la.. Nak join negara punya team , kena tengok tahun tu punya persatuan camana .. Kalau dok kroni gitu gitu gak , baik main chess je la Qhaliff oiii ..

Negara kita ni , baru nak maju dalam satu satu bidang tu , confirm spoil sbb ada yang  giler kuasa .. Pastu , hancurrr terus .. Apa cerita ?

Suka suka bersukan ok la .. nak serius , hurmmm …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI