Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 4 Oktober 2012

Qhaliff didenda !

 

Inilah denda kasih sayang namanya ! Sementara aku nak solat sat dan setelah ‘perangai’ original dia telah dikesan , adalah lebih baik dia diletakkan dalam kurungan sehingga aku selesai solat ..

IMAG3912

Terseksakah ? Takde maknanya pun .. Ni bukannya kurungan apa pun .. Ni namanya playgym .. Haaa.. Skit skit nanti aku belikan mainan dia .. Lama lama , penuh laa.. seronok main sikit dalam tu .. kan kan ?

IMAG3889

Ada yang kata kesian budak budak sekarang ni terkurung .. Aku rasa dari dulu budak budak terkurung .. Dari masalah menimpa adalah lebih baik elakkan masalah kan ?

Nanti dah besar skit , ada la ruangan khas untuk mainan dia kitorang buat kat rumah baru tu .. Aku kecik kecik pun ligat gak .. Tu sebab mak aku kurung .. Pernah memberontak , dan hanger gantung baju hinggap kat betis .. hehe.. Dan , aku lenaaaa sampai ke petang … Hahahha .. Kenangan .. Sekarang baru tau camana perasaannya ..

Katakan TIDAK pada boroi !!

2 pinggan sekali jalan .. Tanda awal kepada ... Hurm .. Tak larat dah nak ulang alik gym .. Skang kali berpeluh je dah ...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Movie yang fikir 2 kali untuk didownload : HANTU AIR

 

Sebe

Tengah malam semalam , aku layan movie HANTU AIR .. Kot la cari feel tengok tengah malam .. Hehehe .. Sebelum tu aku tengok pembikinan filem tu kat youtube. Yang membuatkan aku nak download tengok ialah sebab Apek pun berlakon .. Kot la ada kelainan ..

Para pelakon otai dalam ni , mmg membuatkan filem tu bernafas skit la .. Selebihnya , tgk dokumentari entiti paranormal lagi mendebarkan ..

Hurmm .. Kalau buang hantu dalam filem ni , filem ni boleh dikatakan lawak yang mampu membuatkan penonton ketawa tutup mulut .. Kalau takde babak lucu , confirm ramai terlena dalam panggung walaupun hantu muncul .

Adegan hantu hancur tu mmg bikin ketawa besar .. tu je la aku leh kata .. Nak download boleh jer tapi jangan guna wifi jiran .. sian diorang .. hehe..

Kat mana nak download ? Cer tengok kat Teamhanna atau Berdesup.org ..

Pelajar tidak dibenarkan bawa peralatan elektronik ke sekolah !

 

Yearghhh ..

“Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh pelajar di sekolah seluruh negara. “.

Terbaikk .. Jangan la mengada ngada nak bawak hp ke sekolah aihh .. Kalau jadi apa apa kat anak anak , cikgu ada hp untuk call mak ayah mereka . Kalau risau anak kena culik , pasang bodyguard. Suruh mereka datang jemput lepas sesi persekolahan tamat .. Haa.. Yang risau ni , mesti harta juta juta lemon punya ..

Camana mak ayah nak pantau anak anak ? Olohhh … Dulu mak ayah aku risau gak dengan perangai anak anak jantan dia .. Tapi tade la pulak nak suruh call diorang setiap kali bila jumpa public phone..

Banyak buruk la dari bawak menda menda ni g sekolah .. Baiknya skit je pun .. Sekadar menambahkan masalah pada guru guru je nanti. Tak sudah sudah buat spot check je sbb hp atau tab ilang .. Haa .. Apa kes ?

Yang dok belajar lagi ni , g tanya atuk nenek korang dulu belajar camana.. Jangan nak kata zaman berubah jadi kita kena ikut peraliran tapi pemikiran masih nun di zaman berparang keris lagi ..

Tahniah buat kerajaan … Keputusan tepat..

Baru jadi blogger dah berlagak ?

 

Blog ? Yang aku tau batu block la.. Amenda blog tu ? Setelah diceritakan kelebihan blog ni , barulah dengar ‘aaaaa’ .. Malangnya yang menarik perhatian dia ialah DUIT saja .. Part lain tak berminat .. heheh ..

Seterusnya , mulalah tanya camana nak jadi blogger sedangkan apa itu blogger dan tujuan berblog pun tak diambil entah kecuali bab pendapatan bulanan ..

Yer , mmg sedih dapat kawan gitu. Bila berbicara, mereka yang kurang berpengetahuan mengenai dunia maya ni , mulalah perli kawan kawan yang aktif berblog . Malah ada kawan siap perli kawan dengan mengatanya ‘tin kosong’ .. Hehehe .. Kelakar kan ? Tin kosong inilah yang bersuara dan suaranya ‘dibaca’ secara senyap oleh pihak tertentu .

Tu belum lagi bila kita ‘meletup’ hingga keluar akhbar atau tv . Bila dapat tau , soalan pertama ialah ,

“ Bila nak open table ? Blogger kan masyukkkk .. “.

Sedangkan dari mula kita merangkak hinggalah kita berlari , siapa pun tak amik endah ..

Benda benda begini mmg meyedihkan terutama ianya datang dari rakan sendiri yang sebangsa dan seagama sedangkan rakan rakan lain yang tidak langsung mengenali kita ini , memberi sokongan tanpa berbelah bagi .

Sedih ? Pada mulanya mmg terasa begitu . Tapi lama kelamaan , kita tau sememangnya ada manusia ini menyedihkan sikapnya. Membantu tidak langsung, malah menjatuhkan lagi ada ..

Seperkara yang aku belajar sejak aku berblogging ini , aku perolehi pendapatan dari apa yang aku teringin nak sangat buat sejak dari bangku sekolah lagi iaitu dengan menulis dan bercerita .. Aku bukan bangga tapi aku rasa berbaloi sekali .. Disamping itu aku dapat membuat amal jariah dan punya ramai kawan kawan yang jauh educated dan berpandangan jauh serta berfikiran terbuka. Satu-satunya yang aku seronok sekali..

Apakah aku bangga aku jadi blogger ? Tidak pun .. Tapi aku bangga kerana aku sendiri bos , dan aku sendiri kuli … Alhamdulillah dan terima kasih pada rakan rakan yang menyokong serta mengetahui keperitan yang aku lalui ini ..

Sapa kata jadi blogger senang ? Taip dan post ? Hehehe ..

Bayangkan jika berlaku pada kita ..

 

Tengok je ?

Nak tau lebih lanjut , klik SINI

Teruk benarkah pemandu teksi di Malaysia ?

 

Memula terbaca di Mstar Online ..

“ LondonCabs.co.uk meletakkan pemandu teksi K.Lumpur sebagai yang paling teruk di dunia. “

Buka laman web LondonCabs.co.uk  lak ..

image

Dan aku mula tanya pada rakan-rakan di FACEBOOK ..

image

Dan pandangan ikhlas berdasarkan pengalaman rakan rakan di fan page SANTA BEN ASHAARI pula ..

image

Dan antara rakan di Twitter @BENASHAARI yang sempat berkongsi cerita ..

image

Dan pandangan aku pulak yang mana ayah aku dulu pernah juga bergelar pemandu teksi , segelintir saja yang ok di zaman ni .. Ini disebabkan persaingan sangat tinggi di kalangan mereka , terdapat masalah birokrasi dan juga masalah masalah lain yang sepatutnya ada pihak membuat kajian dan bukannya terus membabi buta mencari salah pemandu teksi .

Yang buruk itu perangai manusia .. Tapi boleh diubah sekiranya mereka memandu dan bekerja dlm keadaan yang selesa dan tiada tekanan .. Cari penyelesaiannya dan bukannya terus gantung permit mereka ..

Selepas kejadian Qhaliff jatuh ..

 

Sebelum ni pon mmg gini tapi atas katil dlm bilik .. Skang ? Semua tidur luar ! Muhahahah .. Ai likeeee .. Wifi full woo.. Dalam bilik satu dua bar jer nampak haa.. Nak layan movie hantu memalam kat youtube pun tak dapat ..

Dulu ok la tidur gini .. skang tak leh sangat.. Tau tau Qhaliff dok tampar muka aku ! Grrrr … Kira kejut aku la tuuuu suh bangun awal sama cam dia iaitu setengah jam selepas aku tidur !! Huhuhu ..

Haihh.. yang belum ada anak , bila dah dapat  .. hargai saat manis ni .. Nanti anak dah besar , jgn mimpi la yer nak tidur gini .. Hahaha .. kan kan ?

Nak tambah sorang lagi ni .. Perempuan atau lelaki ? Tak kisah la.. asal bertambah .. InsyaAllah ..

Gambar ni aku amik dari wife yang join group ibu menyusu di FB .. ehe..

Qhaliff , dipenjara janji !

 

IMAG3891

IMAG3892

IMAG3894IMAG3893IMAG3895

Ahaaa .. suka giler dia .. menendang nendang dalam tu .. Tapi takde mainan la pulak .. Nak kena g cari mainan yang selamat untuk dia .. Kain dalam tu pun mmg dikeluarkan .. Tu saja nak test duu .. Lagi pun bukan nak tinggal lama dalam tu . Bila nak buat kerja jap , baru letak dia dalam tu ..

Amacam ? Aku g beli kat Alamanda semalam .. Tengah mintak kawan usha play pan untuk Qhaliff kat oversea memandangkan kat sana lagi murah .. Kalau murah benar , ok la.. bleh order 8 untuk Qhaliff kan ?  Hehe .. 8 laaa sangat .. huhu ..

Mak dan ayahnya , Qhaliff Iman ..

 

Opss  .. Gambar dikeluarkan atas sebab tertentu .. Maaf eh ..

 

Haaa .. lebih pada aku kan kan ? Kata daaahh .. hehehe … Ni bergambar di Ayam Penyek , AP Alamanda Putrajaya .. Sedap tak , sedap tak ? Ada yang kata Wong Solo lagi sedap .. Aku penah gak g makan situ .. Tak ingat pulak rasanya.. Nanti kalau aku g , aku bagitau sedap ke tak eh ?  Hehe..

Berbalik pada Qhaliff .. er .. Dia dah ok .. Malah terlebih ok .. Aktif sesangat sejak dapat mainan baru .. Gulp ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI