Ahaaaa .. Nanti Qhaliff dah besar ,mesti tertanya tanya camana laaaa rupa daddy dia waktu kecil dulu ?
Hurm .. mana satu daddy eh ?? Aku ingat lagi kenangan ni .. Memang semua bukak baju bersebab tapi aku terlupa pasal apa .. hehe ..
Ahaaaa .. Nanti Qhaliff dah besar ,mesti tertanya tanya camana laaaa rupa daddy dia waktu kecil dulu ?
Hurm .. mana satu daddy eh ?? Aku ingat lagi kenangan ni .. Memang semua bukak baju bersebab tapi aku terlupa pasal apa .. hehe ..

Baru download tadi..Malam karang baru nak tengok .Dengarnya cerita ni menyeramkan . Tu nak layan tu.. Mengisahkan 6 orang pelancong mengupah seorang pemandu pelancong untuk membawa mereka ke bandar yang hancur kerana letupan reaktor nuklear .. Kat sana , mereka dapati yang mereka .. Haaa .. time ni la ada hantu !! Jeng jeng jeng ..
Baru je main tahun ni .. Download pun kualiti BBRIP .. hehe.. Tak download kalau kualiti hancusss .. Dilakonkan oleh pelakon yang bukan berasal dari Malaysia dan aku tak kenal pon diorang atau diorg pun tak kenal aku ..
Best atau tidak , aku dah download .. Layankan aja ..
Tweet

Kalau mata dia dan tertumpu kat tv , maka tiada apa lagi yang mampu membuatkan dia melarikan matanya itu termasuk bila makan !
Gambar kat atas , dia dok tengok tv dan biasanya dia tertarik iklan dari rancangan . Nampak sangat iklan lagi bermutu eh ? Hehehehe …
Tweet
Hurmm.. Semalam , aku ngan keluarga aku g ziarah orang tua aku . Tiap minggu aku g .. Kat sana , diorang semua ok ok jer .. Alhamdulillah .. Tapi mak bagitau ayah dah tak selera sangat nak makan nasi. Dok makan roti jer.. Umur dia pon dah 70 tahun. Tapi masih dok buat kerja bantu adik uruskan bisnis bas sekolah dia .. Haih.. Kalau aku kaya , lama dah suruh pencen ..
Dan tengahari tadi , entah camana .. hati aku terdetik .. Nak g ziarah diorang lagi malam ni .. Rasa kesian kat ayah muncul tiba-tiba.. Hurm .. Sayu je rasa ..
Dalam kul 4 petang tadi , mak aku call .. Dia kata ayah aku luka di mata dia akibat terkena besi cangkuk buaian sewaktu sedang betulkan kedudukan buaian untuk cucu dia .. Berdarah katanya.
Adik aku dah bawak dia g hospital walaupun dia tak nak .. Aku tunggu wife abis kerja baru boleh pergi sebab kereta ada kat dia .. Semoga takde apa apa …
Hati kalau dah terdetik … hurmm…
Tweet
Bukan segmen tapi boleh tambah pendapatan .. InsyAllah kalau terpilih la yer .. Kriteria ialah .. Blogger yang dah berkawin dan ada anak .. hehhe .. Yang belum , tunggu job lain eh .. Sowiee .. Lokasi , tak kira kat mana mana ..
Kalau berminat , sila email dan lengkapkan pertanyaan berikut :
Sila emailkan butiran tu ke Karen : karen@rougecomms.com … Cepat … Bagitau pada rakan rakan yang lain noooo …
Tweet
Peewittttt.. Apakah satu trend di Malaysia pemain bola menikah dengan artis ? Ahaaaa … Maklumlah , sama sama fofularrrr .. Kalau bergabung gitu , leh jadi Transformer kan ? Confirm malatopsss ..
Dalam satu akhbar online yang aku baca dan pastinya korang pun ada baca , ada dakwaan mengatakan ada saksi melihat Safee Sali dan ehemnya itu berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3 Oktober lalu.
Safee Sali yang telah memegang pas ‘duda anak dua ’ itu dikatakan sedang bercinta dengan Julia Hana .. Lihat gambar dibawah ini ..
Eh , bukan yang ni .. Ni gambar aku .. Bukan gay okeh ! Tengok bawah ni laaa ..

Tetapi gossip ini dinafikan oleh pengurus Safee Sali ..
“ Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis, “.
Heehhehe .. Dulu dengar Apek pun kata gitu.. Tau tau ? Hambekk kawwww ..
Apa pun bro Safee .. Kalau hati dah suka , selagi belum cukup kuota 4 , nikah je la kalau berkemampuan .. Dari kumpul dosa , baik cari pahala kan ? Heheheh ..
Tapi kalau bukan .. semoga bertemu jodoh segera yer ..
Tweet

Cuba tengok gambar ni .. Takde apa apa yang menarik kan ? Takde sapa sapa cun dalam gambar tu kan ? Adaaaa !!! Cuba perhatikan betul betul !!!
Tuuu haaa .. Kat tiang lampu isyarat tu haaaa… Kalau korang duduk lane kiri semasa memandu di bandaraya Kuala Lumpur, kena perhatikan papan tanda gini ! Kalau kena hon dari belakang , jangan nak melenting lak ! Mana la tau kot kot ada yang tunggu lampu hijau sedangkan dah terang terang tulis ..
“ BELOK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN DAN PEJALAN KAKI “
Tapi jangan gatal lak ‘duduk’ lorong kiri tiba-tiba celah kanan ! Ada jugak dapat makian dari mereka yang berbudi bahasa itu .. hehehe ..
“ Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.
Pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.” .
Faham tak ni ? Kang keliru lak bila memandu nanti .. hehehe .. G beli Kosmo .. hehe ..
Tweet

Blog Anak Sungai Derhaka kata video Youtube #TanyaNajib memperolehi undian DISLIKE sebanyak 11,131 sblm video tu ‘ghaib’. Ahaaa ..
Tetapi ini dinafikan oleh blog Milo Suam pulak yang mengatakan bersama bukti video tu cuma dapat 9 ribu lebih undian ..

Ahaaa .. mana satu fitnah dan mana satu kebenaran ? Kenapa ada mereka undi DISLIKE .. Apakah video youtube Izara Aishah Hisham yang bertajuk ‘Cell Tango Girl ‘ itu lebih menarik untuk mendapatkan undian LIKE ? Hehe.. masing masing punya citarasa ..
Aku , dua dua tak tengok .. hehe . Tengok Qhaliff jer ..
Tweet
Cukup geram aku kalau nampak tahi hidung kat dalam lubang hidung Qhaliff ni .. Biasanya kalau nak buat operasi pembersihan hidung tu , dua dua kena ada .. Dan kalau awal dulu, aku sorang pon ok..
Tapi sekarang dia dah tau trick tu .. Confirm dia tak kasi dan meronta ronta.. Jawabnya , tengok je la harta karun tu dalam hidung dia tu ..
Aku google cari cara untuk membuangnya .. Dan jawapan yang aku dapat antaranya ialah biarkan saja harta karun tu samada kat telinga atau kat hidung. Kalau banyak sangat cam tahi telinga atau selsema , bawak saja jumpa pakar .. Jangan jadi doktor.. Kang , menyesal woo ..
Faham tak ni ?? Tak faham gak ? Tak tau nak kata apa dah ..
Kalau memandai mandai buat sendiri , ada bahayanya seperti telinga
Tweet
Awal dia bangun ari ni .. Er , hari hari lain pun awal cuma kali hari ni sejarah sikit sbb dia tidur sebelah aku atas tilam. Kalau tak awal pagi mesti mak dia letakkan dia dalam rocker dia tu haa pastu aku pun dok la membuaikan dia hingga kul 10 pagi ..
Tapi hari ni setelah semalaman tengok mak dia dan dia saling berebut tempat dan aku cuma di hujung katil saja kerana risaukan himpap Qhaliff ..
Yelah , tau tau dia kat sebelah aku .. Macam pagi ni laaa … Sedar-sedar dok pukul kaki aku sambil ,
“Daaa daaa daaaa daaaaaaaa … “
Tapi bagusnya tak la merayau mana mana .. Kat sebelah aku jer .. Huhuh.. Tak leh jadi gini ni … Kalau ada boleh merangkak atau berjalan nanti ? Huhuhu …

Tapi yang buat aku peliknya .. Dia tidur malam , tidur mati haaa.. Aku cium pp dia yang dah macam muka Mickey Mouse time tidur tu haaa .. Tersembul pp dia membulat cam mangga epal dalam mulut dia , pun tak sedar ! Kalau tidur siang , usik kaki pun dah jaga !! Huh..
Maaf la ye .. aku tak pernah tengok perkembangan bayi dan ini sangat mengujakan aku.. Macam orang tua dah diaa .. huhuu..
Tweet
Aku tiidur lewat .. Kul 3 pagi .. Kul 6 bangun .. Kenapa tidur lewat ? Perhatikan corak tidur Qhaliff .. Bermula dari sebelah ibunya yang berada di utara katil , 2 jam kemudian , dia dipeha aku ! Perghh .. Kalau aku tidur ? Ada jugak jadi lempoyang basi !
Tak nampak pun tanda tanda dia takut atau fobia tempat tinggi tetapi yang aku nampak kalau dia pandang kita , macam .. hurm.. tak nak lepaskan kita .. Tengok tepat mata kita ..Pastu dakap kita .. Alahaiiii .. sayunyaaa.. Baru 6 bulan tuuu ..
Kalau sengsorang dia .. Macam dalam gambar tu laa .. Buat muka welfare .. Kalau letak cawan kat situ , confirm penuh aku isikan dengan duit syiling… huhu ..
Dan , yang pasti bila nampak mak dia .. terus hulurkan tangan .. huhu.. Aku hulur tangan , dia paling .. huwaaa.. sedihnyaaa ..
Tweet