Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 9 Oktober 2012

Movie best untuk didownload : THE EXPENDABLES 2

 

Aku layan dah movie ni kat panggung ari tu .. Seperti biasa , filem begini mmg berbaloi untuk dibazirkan duit.. Lawak dan aksi adalah kombinasi dalam filem ni tetapi paling utama adalah penampilan hero hero pujaan sejak aku kecik dulu ..

Hari tu , jiran aku tanya samada movie ni dah ada dalam koleksi aku atau tak lagi ? Bila dia kata begitu , baru aku teringat nak downloadnya. Dan kebetulan , dah terbit pulak kat laman sesawang download tak berbayar ni .. hehehe ..

Dan sekali lagi , semalam aku tonton melalui HTC ONE X aku .. Berbaloi aku download. Sound sedap , gambar clear tapi sayangnya cetak rompak dari Rusia. Hehehe .. Ok laaa .. Free je kan .. hehe ..

Ok , nak download .. sila ke SINI .. Tunggu copy blu ray kuar .. baru mabeles ! hehehe ..

Aku hanya akan meminati YUNA bila ..

 

image

Dia ubah fesyen kepala dia tu . Walaupun ada yang kata , asalkan tutup aurat .. dah la kan ? Bagi aku , dia patut lebih berpenampilan sederhana kerana secara tidak langsung , peminat dia akan turut sama ‘bersederhana’ . Bukankah itu dah bagus ?

Aku tak kisah la sangat kat US tu diterima ke tak .. Kat sana lagu entah apa apa pun leh meletup asalkan lain dari yang lain .. Seni la sangat eh ? Tu yang jadi mengarut jer ..

Lagu Yuna bagi aku , ok .. Ringan .. Leh layan .. Takde masalah dengan lagu dia . Tapi untuk aku kagum dengan pencapaian dia , aku rasa tak la .. Hanya kerana penampilan dia .. Yup .. Hanya kerana penampilan dia yang memberi kesan pada peminat dia ..

Kolot ? Mungkin la kot .. Dengki ? Takde sebab pon .. Aku bukan selebriti cuma peminat seni tanahair je aku ni .. Pada masa sama , aku mintak para selebriti yang benar-benar berpengaruh , didik dalam diam peminat mereka. Kecualilah mereka sendiri dah ternyata senget maka , peminat la pulak kena doakan agar mereka diberi hidayah.

Buat YUNA .. Semoga terus sukses. Harapnya fesyen kain basahan atas kepala tu digunakan masa mandi saja .. Jangan pelikkan diri kita yang sudah pelik itu ..

Sekadar pendapat seorang peminat seni tanahair ..

Bila Qhaliff dah 6 bulan ..

 

IMAG3998IMAG3989IMAG3993

Teringat lagi kata kawan kawan pembaca yang meninggalkan komen di blo aku dulu .. Kata mereka , baby bila dah cecah 6 bulan , masa ni la seronok bermain ngan mereka . Mereka tau apa yang sedang berlaku pada mereka .. Hahaha ..

Itulah yang berlaku pada Qhaliff.. Bila aku mengecilkan mata seolah olah nak menyerang dia , dia awal awal dah menjerit kuat ! Bila aku mula mengigit badan dia termasuk kaki , hilai tawa dia memenuhi ruang rumah aku. Ada sekali tu wife ingat dia menangis kuat padahal dok ketawa ngan aku .. huhuh..

Ada kawan pesan , mainlah sepuashati bila mereka umur begini . Nanti bila mereka dah berkawan , kita akan merindui saat itu .. Huhu.. Sekarang pun aku dah leh terasa begitu ..

Berbalik pada Qhaliff , aku tak tau la perkembangan bayi camana bila berusia 6 bulan tapi aku seolah olah sedang bergurau ngan bayi yang dah cukup besar sedangkan bila kita baca akhbar , bayi tersedak susu di usia dia ..  Dalam erti kata lain , tak sangka dia dah sebesar ni .. huhu.

Tak lama lagi , bercucu lak .. huwaaa.. tua sudah aku ..

“ Ben , camana nak kasi gemuk yer ? “

 

Orang nak kurus tapi diorang nak gemuk .. Heheh .. Macam macam .. Aku ini , macam yoyo .. kalau naik pun .. jadi kat perut .. Nak turunkan balik kena usaha keras non stop action punya style ..

Ada kawan tanya camana aku kasi naik berat aku padahal aku dulu kurus ? Kurus ke ? Memang ponn .. Ada awek tak nak kat aku sbb aku kurus ! Padahal tegap ala ala Micheal Jackson dah aku masa tu haa .. Eh , Micheal Jordan .. haaa ..

Cara aku dulu mudah jer .. Aku banyak amik makanan berprotein .. Tinggi ke rendah ke asal tulis MENGANDUNGI PROTEIN , aku sebat jer kecuali yg haram..

 

Antaranya adalah ayam panggang (golek , rebus dsbnya ) ,telur ayam yang direbus atau setengah masak ( makan antara 5-10 biji sehari.. Kalau giler , lebih dari tu pon ok.. Pastikan buang kuning telurnya .. Orang kata tinggi kolestrol. Aku pun tak tau la. Ada kata bagus . Jadi untuk selamat , buang je la.. Makan je sebijik dua je kuning . ) , pastu ikan rebus atau bakar .. Susu HL macam kat atas tu , aku amik sekotak sehari .. Tu pun bila ada duit. Takde duit , biar je .. Hehe ..

Disamping tu , nasi putih tu ada la.. Mana nak datang tenaga kalau takde karbohidrat kan ? Nak rebus ubi , tak larat sehhh .. Semua tu aku buat dalam tempoh 2-3 bulan ..Bila  dah naik , baru aku la aku mula memotongnya .. Potong apa ? Ala … sibuk laaa nak tauu ..

Haaa.. Kalau perempuan camana pulak ? Alamak , serius aku tak tau la pulak kesan cara aku tu pada perempuan . Tapi kalau minum susu HL ngan makan telur rebus , ok gak kot ?

Buah ngan sayuran tu , mmg la wajib ada bila makan ngan nasi .. Buah mkn belah malam .. Senang je kan ? Yang penting adalah ongkosnyaaa pak ..

Sungguh celaka !

 

Kalau malam , lain la.. ni siang hari buat kerja ni !! Harap polis dapat dan .. buat je apa yang patut buat !

Dalam Hmetro hari ni ..

“ Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.
“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya. “

image

Hurmm … camana lagi nak elakkan menda menda ni berlaku ? Bukan tempat gelap pon .. Bukan tersembunyi pon .. Haihhh … Kang kata tak selamat , ada pulak komen kata kat luar negara tu lagi tak selamat .. Adoiyaiii ..

Pelik kan ? Operasi tangkap pendatang asing selalu tapi bersepah je spesis ni kat mana mana kan ?

Untung daddy dapat Qhaliff ..

 

Terjaga jam hampir 9 pagi .. Memang dalam hati aku suruh dia jaga time tu pastu nak siapkan dia .. Pastu leh sama sama sambung tidur ! Haaha ..

Kebetulan kat tv masa tu ada Halaqah dan aku dok update blog. Qhalif terbaring gitu gitu sambil tengok tv .. Bila ada nasyid , berida dia layan .. Orang cakap , dia tengok seolah macam faham .. Alahai anak aku ni ..

Tak lama kemudian , aku mandikan dia .. Siapkan dia .. Bagi kurma dengan hancurkan dijari aku dan suap ke dalam mulut dia .. Dia ‘tarik’ kurma yang ada di jari aku dengan gusi sebelah kanan mulut dia ! Kira kedudukan geraham la kan .. Kemudian dia kunyah .. Huih ?? Takkan kot kan ?

image

Pastu kasi susu .. time untuk tidurkan dia semula .. hehe .. Daddy pun nak tidur .. Senang sebenarnya jaga Qhaliff ni … Cuma kena tau tips dan tricknya .. hehehe.. Semua baby sama je .. Sabar atau tidak jer …

Latih si kecil , Qhaliff ..

 

IMAG3976

Dulu , begini ..

IMAG3997-1

Sekarang , begitu lak ..

Kalau awal pagi , mak dia nak g kerja .. confirm aku berpeluh ketiak nak berjaga dan tidurkan Qhaliff semula. Dengan tak cukup tidur akibat berjaga di sebelah malam untuk update blog bagi entri keesokkan harinya , pasti buat aku tersangatlah geram kat Qhaliff .. Geram sbb tak nak tidur .. huhu..

Tapi , lama kelamaan .. kita tau dan boleh baca dah setiap pergerakkan anak kita. Apa yang dia nak .. Apa yang patut dilakukan bila dia begitu .

Dan perkongsian pengalaman dari rakan rakan pembaca sedikit sebanyak membantu aku dalam mengendalikan Qhaliff .. Mungkin ada yang pantang remeh entri aku pada Qhaliff ni tapi jika diteliti , sebenarnya setiap entri aku tu perlukan pertolongan dari rakan rakan yg berpengalaman ..

Sebab itu aku menulis menceritakan hal Qhaliff.. Setiap ibu bapa , pasti berbeza pengalaman membesarkan anak mereka. Dengan adanya blog , perkongsian dapat dibuat.

Dan , Qhaliff .. dulu tidur atas badan mak dia , sekarang dah boleh tidur atas tilam .. Siang dalam rocker tanpa perlu ada buaian yang mana nyaris aku nak beli hari tu … hehe ..

Tu gunanya bercerita dalam blog. Yang anggap remeh dan poyo akan entri Qhaliff ni , maka dia kolot dan berfikiran singkat sebenarnya.. hehe ..

Ingat berani sangat Qhaliff ni ..

 

IMAG3991IMAG3992

IMAG3993IMAG3994

Haaa .. Tu laa Qhaliff.. Kalau buat apa saja , dia akan diam . Takde de nak meronta menangis ketakutan tapi perhatikan tangan kiri dia tuu .. ‘ Dia nak tapi takut dalam diam .. ‘

Begitu gak bila mandi dalam bekas mandian dia tu haa .. Satu tangan akan pegang mainan dia dan satu lagi pegang kat tepi bekas tu .. ahahaha.. Takut tenggelam padahal aku dah pegang dia ..

Yang dalam troli ni , aku pegang je dia .. Takde la nak biar dalam tu .. Saja nak tengok reaksi dia .. Cool dalam takut .. hehe.. Ok la tu kan ? Dari teriak … huhu …

Tips Blog : Tingkatkan kutipan melalui iklan

 

Aku malas nak tulis pasal ni sebenarnya tapi bila tengok ada rakan yang tulis di blognya menceritakan pendapatannya dari iklan yang aku rasa sepatutnya dia mampu dapat lebih dari tu, membuatkan aku nak berkongsi apa yang aku tau ..

Orang kata tak banyak pun , sedikit pun jadi la kan ? Tak kisah la papan iklan apa korang nak taruk dalam blog korang tu , letaklah .. Banyak ke sedikit ke yang mereka tawar tu , terpulang pada korang . Bayar ke tak bayar ke , kena bijak jugak la .. Dah tau tak  bayar , buang la kan ? Dalam sebulan dah cashout , takde berita .. Tukar pada yang lain..

Itulah yang aku buat dulu .. Dalam tempoh setahun dua , sebagai ekperimen .. Mana yang bayar , aku kekalkan .. Pastu bayarannya pulak berbaloi dengan titik peluh aku . Yang kencing , maaf laa .. Aku buang terus dari dalam blog aku ..

Bagi yang baru buat blog , korang nak up $$ melalui iklan korang tu , aku bagi satu tips paling mudah iaitu perhatikan masa iklan di blog korang tu .. Biasanya iklan kat blog korang tu keluar pada waktu yang mengarut iaitu tengah malam , awal pagi dan jarang benar la keluar time ramai pembaca .. hehehe .

Jadi apa yang korang kena buat ialah , post entri terbaru pada waktu itu seterusnya promote entri tu di FB mahupun Twitter .. Kalau rajin nak blogwalking pon , lagi bagus .. hehehe ..

TRAFIK ada , IKLAN pon ada .. baru $$ bergerak.. Apa guna post entri di waktu iklan takde kan ? Biarpun beribu orang masuk , tapi kat papan iklan tu , kosong .. Hehehe ..

Sedikit perkongsian dari aku . Sekurangnya perlu ada strategi update blog .. Kalau menulis kerana suka-suka , sila abaikan entri ni ..

Maaf jika ada kekurangan pada infomasi ini .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI