Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 11 Oktober 2012

Dimanakah nilai keperimanusiaan anda ?

 

Aku dan keluarga aku g satu restoran mamak ni tadi .. Alhamdulillah , meriah restoran tu .. Bila aku pandang kat tv yang ada di dalam restoran tu ,ada perlawanan bola sepak . Ok , patut la ramai .. Lagi pun hujan .. Memang sedap makan makanan mamak yang panas ni ..

Hasrat aku , nak makan maggie sup kat situ . Entah teringin masakan mamak punya sedangkan aku tau aku buat lagi sedap .. hehe .. Hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi ..

Berdiri . Sana sini dipenuhi dengan kumpulan lelaki dan ada juga pasangan . Tak kisah la.. tapi yang buat tak seronoknya, bila ada meja kosong , di kiri kanan mahupun belakang  meja tu dipenuhi dengan mereka yang merokok .. Camana aku tau ? Tentu la tengah dok merokok kat situ .

Jadi , golongan cam aku ni , nak makan kat mana ? Yang dok dukung anak ? Yang tak merokok ? Kat mana nak duduk ? Camana nak makan dengan asap rokok yang dok lalu lalang depan hidung aku ni ? Dimana keprihatinan anda , wahai manusia ?

Jangan sombong dan bongkak kawan . Satu hari nanti anda punya anak cucu jugak .. Lainlah nak mereka ikut jejak anda juga wahai kawan ..

Apakah perlu kerajaan keluarkan kempen lagi ? Atau wartakan saja sepenuhnya semua restoran adalah kawasan larangan merokok seterusnya ke di tempat tempat awam ..

Kekadang terasa macam negara kena serang dengan pengganas sebab asap rokok tu haaa ..

“ Buat sedap , teran tak nak .. “

 

Terkedu aku baca tweet dari Wardina ni .. Rasanya komplen terhadap nurse ni banyak dah .. Malangnya alasan mereka ialah mereka juga seperti manusia lain .. Penat dan juga tekanan ..

Mungkin benar tapi tahukah anda wahai jururawat sekalian , anda adalah insan terpilih untuk memikul beban yang mana belum tentu aku atau rakan pembaca yang lain mampu lalui segala tekanan bergelar jururawat .

Tapi kenapalah ada yang sampai begitu ‘sombong’ dengan pesakit sampai sanggup keluarkan kata kata herdikan dan kejian sebegitu rupa ? Maaf , aku tau bukan semua jururawat begitu . Tapi mereka yang bersikap kasar dengan pesakit ni ramai. Bapak aku yang sering berurusan dengan pihak hospital dari zaman pertengah usia hingga sekarang pon banyak cerita pasal sikap kasar sesetengah jururawat.

Tak dinafikan ramai yang baik , bersopan santun .. Mereka inilah penyelamat maruah jururawat yang kasar kasar tu .. Hanya ALLAH saja yang mampu membalas segala kebaikan mereka itu ..

Aku respek dgn jururawat dan doktor tak kira mereka di dalam hospital ataupun luar hospital  kerana mereka punya skill yang aku tak de ..

Buat jururawat yang rasa tak tahan layan karenah pesakit ( nama pun SAKIT ) , letak je la jawatan dan cari kerja lain . Jangan rosakkan maruah kerjaya suci JURURAWAT itu dengan mulut celupar dan tidak bertapis itu ..

Untungnya Qhaliff ..

 

Bersama Rtp Farra Arisha sewaktu g beraya di rumahnya Aidilfitri lalu..

Bla fikirkan apa yang dah aku buat pada Qhaliff , untungnya dia kerana ada rekod mengenai kehidupan dia sewaktu bayi. Aku terfikirkan camana la aku dulu . Yang aku ada cuma beberapa keping gambar masa baby dalam hitam putih.

Pastu bergambar dengan ramai kenalan .. Segalanya adalah kenangan bersejarah yang bakal dia baca sendiri , satu hari nanti.. Nak tunggu aku cerita ? Huhu .. Tak larat dah nak borak ngan dia masa tu …Haha ..

Harapnya , bila dia baca semua tu .. ada la kesedaran betapa kehidupan ini bukanlah semudah yang dia sangkakan yg mana kita sangka bila dah reti berlari , dunia ini kita yang punya !

Hurmmm…

Filem pertama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

 

Tahniah .. Filem begini patut dibuat agar memberi inspirasi pada penonton. Perbanyakkan filem filem ilmiah begini . Kalau nak selit lawak lucu sebagainya , selit je tapi biarlah penonton turut terdidik dalam setiap babak tu. Biarlah untung sedikit dari untung banyak. Yang penting adalah kepuasan melihat penonton menghela nafas puas selepas menontonnya..

Filem No.1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal menggunakan seratus peratus visual yang dirakamkan ketika misi beliau ke orbit pada 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007. Ia dijangka akan ditayangkan kepada umum pada Mac 2013.

 

Sumber : Bernama

DNA mak terlebih rupanya !

 

Kalau ikutkan hati , aku nak taruk je gambar anak beranak tu tidur dalam blog ni . Bila ikut hati , aku la mati ! Huhu.. Jadi , sila jangan buat kerja bodoh yer ..

Bukan sekali tapi berkali dah hingga aku lak cemburu tengok .. Gaya tidur sama ! Seolah olah sedang buat pertandingan gimrama gitu .. Tangan kanan dua dua kat atas , manakala tangan kiri dua dua letak kat belakang telinga ! Apa kesss ! Muka , kedudukan sama .. Wehhhh .. Abis bapak dia ???

Tu part tidur.. Part nak g kerja .. Dah pandai daaaaahh merengekkkk bila mak dia nak keluar ! Bapak dia keluar? 10 juta kali cakap bye pon dia wat dek !

Pandai pulak pusingkan badan cari susu .. Dia tau daddy dia , depan dia.. Apa pon tak boleh ! Angin je banyak .. Hahahaha ..

Bila aku solat .. Qhaliff ?

 

IMG-20121009-WA0002-1

Dia pusingkan badan dia dan tengok apa yang aku buat .. Ada sekali tu , aku letak dia dalam rocker disebelah aku .. Senyap .. Hingga aku abis solat , aku pandang dia .. Dia pandang aku seolah ada berjuta pertanyaan .. Masak la aku nanti nak menjawabnya .. Jangan tanya bab kawin dah .. Hahaha ..

Qhaliff dan dua budak botak ..

 

IMG-20121010-WA0006

Nak mengalir airmata pon ada bila tengok Qhaliff tersenyum dan memberi reaksi pada rancangan Upin dan Ipin .. Yelah , sapa sangka aku berjaya jaga dia hingga sebesar ni yang mana ramai tergaru garu kepala bila aku menyatakan hasrat aku untuk jaga Qhaliff sendiri ..

“ Mampukah jaga Qhaliff ? “

4 bulan dah wooo .. Hingga dia dah pun cam bau kentut bapak dia haaa .. Hahaha .. Dan dia kentut , dia angkat kaki tinggi pastu lepas gitu .. Tengok muka aku , senyum .. Amboiiii ..

Berbalik pada Qhaliff.. Kartun lain dia tak minat sangat . Tapi tang dua budak botak ni , dia suka benar . Nampak je babak diorang , senyum dan menjerit suka .. Amboi.. Faham ke Qhaliff oi ???

Tapi tamo bagi sangat layan katun .. nanti otak katun cam bapak dia lak .. Skit skit bleh .. Nak pasang apa ? Ahaaa .. Biar kita kita je la tau … Lalaaaala ..

Bayi 30 hari maut dihempap abang sendiri !

 

Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un.. kesiannyaaa .. Terkedu bila aku membacanya . Perkara yg memang aku cukup risau bila tidur bersama dengan baby. Sememangnya dalam usia begitu , aku akan tidur jauh dari baby dan takkan nyenyak sebab sesekali aku gi usha baby . Risau mak dia hempap anak sendiri ! Yelah , time tidur mana ada orang nak sedar sangat .. Sangat merbahaya ..

Menurut Bharian pagi ni , seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya yang berumuru 5 tahun , ketika nyenyak tidur di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

Kejadian dipercayai hanya disedari ibu bayi tersebut antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku. Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.

Kalau Qhaliff nyenyak semacam pun aku risau gak . Mesti aku pandang tepat dada dia.. Bergerak ke tak .. Huhu.. Yelah , kena waspada woo.. Cam tadi tu , aku perhati dia tidur .. dia tembap muka dia kat tilam. Camana dia nak nafas ? Haaa .. Lemas dia wooo .. Dia mana sedar .. Iskhhh..

Jangan pandang ringan aih.. Bagi aku kalau terasa semacam , baik fikir 2-3 kali kesannya..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI