Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kalau Qhaliff bangun ..

 

Terasa semacam jeeee kat kaki aku .. Ingatkan mimpi awek ke apa ? Tapi sengal semacam .. Terasa seperti ada orang tarik tarik bulu kaki aku haaa tang betis tu ..

Aku buat dek .. Mimpi je kot .. Aku sambung tidur .. Wat tak tau jer .. Tapi terasa ada orang main kaki lak ..Huihh.. semacam nehhh .. Last last , aku give up ! Aku celikkan mata .. Hahahaha .. Geram aku wehhh .. Gerammm ..

Qhaliff  !! Qhaliff dok main kat kaki aku tu haaa .. Amboiii … Dah reti dahhh nak kejut bapak dia ni haaa .. Nak cari geng ajak main laa tuu .. huhu …

Tapi mmg best la main ngan dia skang ni .. Tapi sayangnya , dia tak nak main dengan orang lain kecuali mak ayah dia jer.. huhu ..

Cerekarama TV3 : BERSALAHKAH AKU ?

 

image

Ahaaa .. Tak sabar wife nak balik tengok cerekarama minggu ni . Aku pun lepak sama la teman dia layan sambil gigit peha Qhaliff ..

Memula cerita dia agak mendatar .. Tapi macam boleh agak la jalan cerita dia sedikit namun tetap aku tengok kerana ada isi yang baik ..  Cuma aku tak berkenan sangat lakonan Ifa yang over gitu sebab isteri pada orang kaya gitu . Macam budak budak pulak perangai haa ..

Yang lain , mantap .. Berjaya membawa watak tu dengan ok .. Harapnya setiap baris skrip tu mereka jiwai dan fahami .. Kira jangan sekadar jadikan untuk drama jer .. Kalau faham dan gunakan , mmg terbaik laaa mereka ..

Apa pun , drama ini aku tak menyesal menontonnya…  Kira terisi gak la malam minggu aku . Dari tengok citer bomoh bomoh pailang paliang .. Buhsan weh ..

Movie best untuk didownload : STOLEN

 

Ada kawan bagitau yang dia baru tengok kat panggung kelmarin. Dan pada masa yang sama , ada kawan bagitau yang dia dah lama ada dalam simpanan dia .. Download gitu ! Waaaaa …

Aku cari kat port biasa aku .. Tadaaaa ..

Jumpaaa … Yearghh.. Dan semalam , aku tonton cam biasa .. Hurmm .. hurm… Hurmmm … Ok , mmg layan citer ni .. Aku ingat tak best sbb pasal culik culik je tapi kes balas dendam pada kawan sendiri ..

Ok la untuk layan di kala boring .. hehee.. Best giler tu , tak la .. Tak sebest filem The Rock atau Face Off .. Tapi tetap leh layan laa ..

Sementara itu ...

Tidur dia dlm Mydin td... Lenguh gilerrr belakang aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ke rumah Wawa , Taman Sri Andalas ..

Lama dah nk g umah kawan Facebook ni .. Hari ni dpt jugak sampai ke sini atas jemputan mak Wawa .. Ada majlis skit ..

Makanan , mmg sedap !! Mak dia masak sendiri.. Maklumlah, mmg bukak bisnis catering..
Sambung mkn sat ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Peti Ais berharga RM124,500..

 

image

Amacam ? Berminat nak letak kat dapur rumah korang tak ? Heehehe.. Takut tak muat eh ? Muat je aku rasa …

Mesti tertanya apa menariknya hingga mahal giler peti ais ni kan ? Peti ais yang dipanggil Meneghini La Cambusa ini boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Dalamannya , macam ni la .. Ehem.. Tunggu apa lagi ? Mintak la satu kat suami tercinta .. Kata cinta , kan ? Hehehe .. Ada gak dapat madu nanti .. Hahahaha ..

Bila hujan di Kuala Lumpur ..

 

TERPERANGKAP...kesesakan jalan di Sungai Besi menghala Kuala Lumpur akibat banjir kilat, semalam.

Gambar semalam yang diambil dari Hmetro yg menunjukkan kesesakkan jalanraya di sekitar ibukota selepas hujan lebat selama satu jam.

Hurm.. hari ni ada satu jemputan di Klang . Tak pergi , rasa bersalah. Tapi kalau pergi , takut masalah pulak . Kalau sorang je tak pe.. Ni sekali dengan baby lak ..

Masalah apa ? Takut hujan lagi la.. Dah la malam ni pon adik beradik nak datang rumah .. Hurmm .. Nanti g sana , tersekat dalam kesesakkan lalulintas … merana wehh ..

Camana eh ? Klang biasanya sama cam bandar KL kalau hujan… hurmmm ..

Berlakon atau memang itu perangai Qhaliff ?

 

IMAG4083_BURST003-1

Baru balik dari rumah mak aku .. Setiap kali kalau dia g sana , muka dia serupa macam muka budak hilang mak bapak jer ! Diam jer .. Amboii .. Aku agah pon dia senyum sesaat pastu buat balik muka dia ..

Buat la camana pon ,macam tu gak dia .. Alahai anak aku neh … Kamu berlakon atau jaga air muka daddy atau mmg gitu perangai kamu iaitu pemalu ? Kira ikut perangai ayah la ni yerrrr.. hehe ..

Bila balik ,dalam kereta , baru dengar suara dia ! Kat sana .. hampeh .. Bila nak susu je baru dia jerit .. Iskh iskh…

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI