Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 14 Oktober 2012

Qhaliff pekena daddy dia ! Kaw kaw punya !!

 

Grrr .. Grr .. Nak marah ke nak nak gelak ? Hurmm… hurmmm .. Terasa panassss je kat peha aku ! Ni gara gara makan pisang yang disuap dek mak dia petang tadi ..

Ceritanya begini .. Sesampai je dari rumah baru aku tadi , terus siapkan air mandian Qhaliff .. Aku nak mandikan dia dan wife kasi dia makan dulu ..

Bukak baju dia .. seluar dan diapers .. Cool.. Takde apa yang berlaku . Hurm , aku rasa mesti esok dia berak kaw kaw punya berdasarkan dari apa yang dia makan tadi ..

Bawak ke toilet untuk mandikan dia.. Letak atas peha aku .. Baru basuh muka dia dan terasa panassss kat peha aku .. Panasssss semacam .. Aku tamo pandang ! Risau nanti keluar abis aiskrim yang aku makan petang tadi .. Sat aku cari gambar ais krim tu ..

Haaa .. sedap kan nampak ? Memang sedap woooo .. Sedap lagi dari BR .. Huhu ..

Ok , sambung .. Pastu aku tengok kat peha aku .. Baeeekkkkk punyaaaa cecairr .. Hahahahha .. Rilekss.. Kontrol minda wehh.. kontrol.. hahaha .. Anggap je takde apa apa ..

Panggil wife , settlekan Qhaliff dan bersihkan tandas .. Nasib baik dah mampu kawal minda. Kalau tak , aku pon join sama .. huhu ..

Rahsia Kecantikanmu ..

 

-IKLAN -

Masih tercari2 supplement untuk KECANTIKAN ? Kulit putih berseri seperti... ADIRA? ISMA ? Atau... RITA RUDAINI?

BEUTSKIN ESSENCE jawapannya. Saya pasti sudah ramai yg tahu tentang KEAJAIBAN BEUTSKIN ESSENCE dan sy juga pasti sudah ramai maklum ramai artis2 wanita di Malaysia mengamalkan supplement SET BEUTSKIN ESSENCE ( SNE, BE, TEA ) .

Pada yg masih baru dan tertanya2 kelebihan supplement yg sy maksudkan, BE ini satu supplement yg mampu MENCERAHKAN KULITdari dalam dan seluruh badan, MERAWAT MASALAH KULIT dan lain2 semuanya ada di SINI :)

Tiada kesan sampingan!

Mampu memberikan hasil yang PASTI!

Harga berpatutan!

Atau, masih ragu2 dan ingin mencuba dahulu?

Boleh cuba dengan SET TRIAL dan rasai perubahannya!
Call / sms / whatsapp di 013-9669467( Nana )

Wassalam

RJ'shop

Bila berbasikal di jalan raya ..

 

Pergh.. hari ni saja ada la dua kali nyaris nak bertembung ngan budak budak berbasikal kat Putrajaya . Geram ? Berhati-hati ? Kena perhatikan mereka yang berbasikah ? Perhatikan kenderanan lain ? 

Mak aih .. beriadah berbasikal antara salah satu minat aku tapi kalau beriadah hingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain , aku rasa tu dah tak betul ..

Kalau tak silap aku , area Putrajaya ni mmg dah disediakan trek berbasikal disebelah jalanraya yang besar tapi sayangnya yang nak guna tu kurang .. Mereka lebih rela guna jalan raya yang agak sibuk.

Ok fine.. Memang mereka ada hak untuk guna. Kalau mereka guna dengan mengutamakan keselamatan semasa berbasikal , tak kisah la kan ? Bagaimana dengan yang main redah bila nak masuk lorong ? Yang langgar lampu isyarat ? Apakah mereka tak boleh disaman kerana langgar lampu merah ?

Kita jangan kata pemandu kereta sendiri pon tak berhemah. Segalanya terpulang pada diri sendiri tetapi buat penunggang basikal , kena ingat.. Bila berlaku kecuaian atau kelalaian , peratusan kecederaan pada penunggang basikal amat tinggi. Jangan tunggu kena baru nak bertekak. Ambil langkah berjaga jaga semasa menunggang basikal.

KAEDAH-KAEDAH YANG HARUS DIIKUTI BAGI PENUNGGANG BASIKAL

  1. Tentukan yang basikal anda dalam keadaan baik - khususnya brek, tayar, lampu-lampu dan "real reflector" sebelum menunggangnya.
  2. Tunggang dengan cermat mengikut tepi jalan disebelah kiri.
  3. Jangan bertolak, belok ke kanan atau kiri atau berhenti tanpa menoleh kebelakang dahulu. Beri isyarat jelas apa yang kamu hendak buat dan buat isyarat awal-awal lagi.
  4. Jangan menunggang lebih dari dua basikal sejajar. Tunggang dalam satu baris diatas jalan raya yang sibuk atau sempit.
  5. Diatas jalan-jalan yang sibuk, jika hendak pusing kekanan, lebih selamat berhenti dahulu dibahagian kiri dan tunggu, jika ada terluang dari lalu lintas dari kedua-dua arah baru melintas.
  6. Berhati-hati jika cuaca tidak baik dan jalan-jalan raya licin.
  7. Ketika menunggang hendaklah sentiasa pegang "Handle" dan kaki berada diatas pengayuh.
  8. Jangan berpegang pada kenderaan lain atau penunggang basikal lain.
  9. Jangan menunggang rapat dibelakang kenderaan lain
  10. Jangan menunggang simpang-siur atau meliok-liok, mendaki bukit atau berbelok dengan mengejut.
  11. Jangan bawa apa-apa yang boleh menggangu imbangan badan anda (Bungkusan, buku-buku dan lain-lain) hendaklah diletak baik-baik dan diikat ketat-ketat pada "carriers". Jauhi dari membawa penumpang.
  12. Bila melalui dekat kereta yang berhenti awasi penumpang-penumpang yang membuka pintu kereta itu. Jauh sedikit dari kereta seperti itu bila lalu dekatnya.
  13. Jangan menunggang waktu malam tanpa lampu - kamu mesti ada lampu putih didepan dan lampu mereah dibelakang.
  14. Dimana ada jalan tempat basikal lalu ditepi jalan, ikutilah jalan itu

Malangnya ada yang ego nak ikut undang-undang.  Hurmm ..  Jangan tunggu ada yang ‘kena’ baru nak garu kepala ..  Tak kira sapa sekali pun , atas jalan raya .. sila ikut peraturan ..

Nak tidur je diaa ..

Asal kuar jap , confirm terlena .. Syiok benar baring atas daddy kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila adik adik UPM singgah rumah ..

 

Baru sampai rumah dari pasar .. Qhaliff , seperti biasa .. ikut dan tidur je sepanjang perjalanan , berenti beli barang hingga sampai rumah , tidur tanpa ‘ada aku kesah ? ‘ ..

Depan rumah .. Ada seorang perempuan kulit hitam berhijab , memandang dengan punya maksud tertentu ..

“ Takkan salesgirl ? Kutip derma , mungkin .. “ .

Aku bagitau wife. Terkejut dia . Dia kata nasib baik siang. Kalau malam , demam urat dah dia .. Hahaaha .. Aku gak cool .. Hehe ..

Dan aku perasan ada seorang budak lelaki mundar mandir dengan ada kertas dan pensil di tangannya serta beg disangkut di bahu .. Hurmm..

“ Mesti student .. “. Hati aku berbisik.

“ Assalamualaikum . Saya pelajar dari UPM sedang buat bancian mengenai … bla bla bla .. “ .

Aku tak ingat dia dok kata bancian pasal apa .. Panjang benar ayatnya serta berbelit kepala otak aku nak tangkap .. Aku nak jemput masuk , rumah serupa baru dilanda tsunami.. Segan lak .. Maaf la yer dik . Nanti abang buat open house , abang jemput eh ..

Dia bagi aku kertas bancian warna pink . Aku dah la pakai baju pink . Sama la pulak .. huhu .. Aku tengok soalan soalan dia .. Perghh .. Serupa nak jawab kertas BIOLOGI SPM .. Hahaha ..

Tergaru-garu jap kepala .. Tapi dia kata , tandakan je kertas tu .. Aku pun tanda je la.. Ingatkan nak guna dadu .. Takde pilihan A,B,C,D,E lak .. hehe ..

Selesai..  Yess .. Dah boleh enjoyyyy …  Kasi kat adik tu . Ucapan terima kasih diterima. Cuma aku ingat nak tegur sesuatu kat dia .. Iaitu , gantung kad pelajar kat leher tu agar penduduk tak terpinga-pinga bila tengok mereka dihampiri .. hehe ..

Bila aku pergi pasar …

 

Bersiap nak g pasar .. Saja nak ikut wife sambil bawak Qhaliff jalan . Kang tengahari nak g umah baru . Nak tukar tombol pintu memandangkan ari tu ada pekerja kontraktor bermalam lama kat sana sbb mintak diorang jaga rumah tu sekali .. Rumah sana tak ramai lagi masuk tinggal ..

Bila sebut nak g pasar ni , aku sering teringat yang aku senantiasa jadi faveret mak aku untuk diarahkan berbanding adik beradik yang lain sbb aku pantas ! Baru suh g , tau tau tau dah balik !

Sebab apa pantas ?  Tiada pit stop gituu .. hahaha .. ! Aku g , beli dan terus balik. Takde singgah mana mana berbanding yang lain . Dan aku gemar berlari .. Hehe ..

Tapi biasanya akan jadi satu masalah ialah.. Lain yang suruh dibeli , lain pulak aku bawak balik ! Tu satu masalah aku . Jadi untuk selesaikannya , biasanya mak akan tulis atas kertas walaupun dua jenis barang je nak dibeli ! Hahahaha .. Atau aku akan telefon semula bila sampai kat pasar .. Sebab dah lupaa.. Banyak sangat awek dalam kepala masa tu .. hahaa..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI