Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 16 Oktober 2012

Berpeluh ketiak jap ..

 

Entah apa mimpi Qhaliff malam ni susah benar nak tidur. Lasti dia tidur jam 8 mlm .. Tu pun 5 minit jer .. Selebihnya , nak bermanja ngan mak dia . Mak dia lak , dah tak larat sbb penat keja dan jaga awal pagi tadi sbb nak siapkan susu dia .. Ngan aku , dia tak nak sangat..Jual mahal la tu ..

Mak dia dukung .. memula ok .. Pastu dia tamo tidur .. Nak main tapi suruh dukung dia jer .. Hehe.. Dah pastinya wife mintak tolong . Aku lak nak buat kerja blog aku ni . Nak menulis kena ada idea . Bukan main tulis apatah lagi ianya dibayar .. Haaa ..

Tensen ! Serius .. Tapi pujuk hati.. Sabar layan karenah anak .. Tengok dia senyum , serius, hilang marah aku. Kalau Neelofa senyum , aku tetap marah .. Hehe.. Senyum baby ikhlas ..

Aku pasang lampu kasi terang balik pastu suh dia ketuk meja , tarik plastik sepuas hati dia .. Dan menjadi .. Selepas dia puas buat semua tu , baru dia diam … dan mula sayup je mata dia .. Okeh , nilah masa dia .

Zikir kat ubun ubun dia pastu kasi goyang inul jap .. Dan .. walaahhh .. Lenaaa ..

Fuhh .. legaaa ..

Tiada lagi nyamuk ..

 

Nyamuk tetap ada .. Cuma mampu menjenguk kitorang dari luar je la yer .. Hehee ..

Lama dah beli kelambu Kelate mari ni cuma tak pakai jer. Setelah Qhaliff dapat dua das tang muka , ni yang baru pasang . Aku pun takde la nak tergaru garu kat kaki bila malam menjelma pasni .. Hehehe ..

Harga masa beli ni tak ingat berapa . Wife yang beli masa g Pasir Mas ari tu . Kat Rantau Panjang , murah skit .. Nak lagi murah , g beli kat selatan Thai.. Hehe..

Aku ? Jual ? kang jual ada kata aku jual mahal la.. Atau paling tidak kata aku nak untung lebih .. Hehe .. Jadi , malas la nak berbisnis ni ha..

Dan yg penting , nyamuk duk luar diam diam .. Kalau nak duk dalam .. mmg kena buru sampai dapat la jawabnya ..

Malam ku kembali bersinar !

 

Muhahahaha .. Dah keluar dah musim ke 3 Walking Dead. Musim 1 dah ada koleksi .. Musim ke dua pon .. Dan ini musim ke 3 .. Jeng jeng jeng ..

Baru download tadi episod 1 untuk musim ke 3. Ahaa.. Bagi aku ini adalah cerita zombie yang paling mencabar laa.. Menakutkan tu tak la tapi mencabar sbb mereka berjaya menjiwai watak tu ..

Bagi aku , apa yang berlaku dalam drama bersiri tu mmg ada pun dalam dunia kita ni. Cuma zombienya berbentuk lain jer .. Hehehe .. Aku tak la kata korang ni zombie .. Hahaha .. Tapi manusia yang makan manusia lain untuk hidup .. Haaa .. Tu la maksud aku ..

Pastinya , wife kembali menjeling kat aku .. Hahaha .. Apa nak buat .. Belah siang tak leh tengok sbb jaga Qhaliff dan kerja kerja kerja…

Apa pun , kena siapkan kerja rumah dulu baru leh layan . Duit woo kerja rumah tu.. huhu ..

Kena lagi !!

Aiyoo .. tang muka la pulak .. Adeh .. dua lak tu .. siap laaa mlm ni !! Sembur satu rumah ..

G amik mak Qhaliff balik.. Skang tiap petang buat style gini.. Boring dak ni dol umah dok makan tidur makan tidur je.. huhu..

Dia lak , mmg suka nak keluar .. huhu... Takpe .. Ahad ni kita g cuti eh  Qhaliff ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Qhaliff .. daddy tak mandi lagi ni !!

 

Aduss .. Kul 12 tengahari .. Lom mandi lagi ni .. Qhaliff liat nak tidur sbb dia bangun tidur pun tadi kul 10 lebih. Pastu mandikan dia dan kasi susu .. 1 botol .. Tak cukup .. Nak lagi ! Kasi satu lagi .. Baru diam .. Main sorang sorang depan aku. Sesekali aku ganggu dengan gigit pipi dia ..

Kul 12 tengahari . Aku tengok bahagian bawah kelopak mata dia merah . Aku senyum. Ada budak ngantuk daaahh .. Tapi dia lawan woo.. Aku dukung .. Dia tolak badan aku .. Aik … Amboi.. mentang mentang daddy tak mandi lagii …

Aku tak mandi sbb tak leh tinggalkan dia sorang . Kang aku tinggal dia teriak. Aku nak bawak naik atas , tinggalkan sengsorang , dia teriak gak . Haa.. Nak tak nak tunggu mak dia balik waktu lunch. Baru leh g mandi ..

Qhaliff dah mengantuk .. Dia nak tidur tapi kena pujuk .. Hurm.. Caranya ialah ..

IMAG4145IMAG4146IMAG4150

IMAG4151

3 botol !! Baru TKO ! Technical knock out !! Ala … kira cam boxing laa .. Selamat terus .. Tapi aku tetap tak leh g mandi sbb aku tak sendawakan dia botol ke tiga tu .. Bahaya . Aku dukung kang , jaga balik .. Nak tak nak , kena tunggu mak dia balik baru leh g mandiii .. Hehe..

Aloo.. aku tak mandi pun wangi okeh !

Mata gergasi !

 

Ok , fine ! Kalau ada depan aku , confirm aku lari walaupun dia tak boleh kejar ! Hahaha .. Aku ni bab bab ganjil dan aneh ni , kureng skit .. Kalau pelik skit , mmg aku lari dulu .. Tu respon pertama.. Respon ke dua baru aku kembali dan tengok semula .. Hahaha .. Bukan takut , segan jer.. Banyak sangat tengok cerita dongeng dulu.. huhu..

Mata apakah ini ? Ahaaa .. Korang rasa mata apa ? Okkkk.. memang bukan mata aku atau mata Qhaliff ! Tapi inilah mata pontianak yang sebenarnyaaa .. Haaa ..

Ok ..aku tipu .. Inilah mata alien yang jatuh ke bumi 1000 tahun dulu !! Ok , aku tipu lagi .. hehe .. Inilah mata ikan swordfish atau ikan layaran yang sangat popular di kalangan pemancing laut terbuka .. Hehehe ..

Mengerikan ? Hahahaha.. Masak kari mata ikan pon sodap ni ! Yummy .. hahaha .. Mata ikan ni dijumpai di pantai Florida , Amerika baru baru ni .. hehe ..

Guna Maybank2U

 

image

Sejarah tercipta . Akhirnya aku punya jugak Maybank2u setelah penat nak ulang alik ke ATM untuk cek baki duit .. Hehe.. Macam beribu lak yer ..

Sebelum ni pernah nak buat tapi memandangkan dia punya prosedur amatlah membuatkan aku loya , aku malas terus ! Tu zaman memula dulu tuu..

Satu lagi aku risau gak dengan masalah penyamun dunia maya ni haaa .. Bukanlah sbb ada berjuta duit tapi duit tetap duit kan ? Haa..

Tapi setelah dinasihati berkali kali dek wife dan akhirnya kawan blogger mintak aku buat agar mudah nak cek tranfer duit pengiklanan , aku pun g la buat semalam ..

Pergh.. Aku dah macam orang baru kenal komputer ! Blur nak buat apa .. Padahal dulu cukuplah teror bab ni haa .. Skang , bab IT dah terkebelakang. Bab baby lak aku teror .. Hehehe ..

Aku belek satu persatu kat menu yang terpapar di skrin mesin ATM Maybank tu .. Hurm…

Ok jumpa .. Memula dapatkan kata laluan di mesin tu .. Pastu aku blur nak buat apa.. Hahaa.. Akhirnya aku g ke kaunter pertanyaan. Da bagi aku kertas prosedur untuk buat Maybank2u.

Hurm.. Senang rupanya. Setelah dapatkan kata laluan sementara , balik rumah .. on laptop dan register terus kat Maybank2u punya website. Hati hati bila register tu. Takut terkena web tipu punya .. Babai duit yang ada dalam tu haa ..

Tak sampai 5 minit , selesai ! Waaaa… Leh tengok berapa baki aku .. Oh , ada lagi RM5 untuk diabiskan .. Hurm.. nak beli apa eh ?

Sabarnya dia ..

 

Dia guling dari kanan ke kiri .. Dia angkat kepala .. Tengok mak ayah dia tak abis lagi makan .. Dia guling lagi dan guling lagi.. Tak boleh nak guling lebih sbb ada bantal ..

Dia bosan .. Lamanyaaa dia tunggu .. Dia mula dah buat ..

Main sembur air liur dia sendiri ! Hahaha .. abis mukaaa dia ngan air liur dia .. Kadang kadang aku join sama sembur air liur .. Dia pulak pelik tengok aku ! Haha .. Dia buat , dia tak rasa pelik ke ? Hahaha..

Betul la kata mereka . Ada baby ni , mmg ceria hidup . Nak makan lelebih pon rasa kenyang bila baby wat muka seposen mintak susu ! Hahahaha ..

Mereka secara automatik menjadi keutamaan terutama bila nak shopping . Menang kat dia je laa ..

Tahniah untuk bakal jururawat ..

 

Wahh .. Tahniah buat bakal bakal jururawat kerajaan ! Menurut Kosmo , kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.

Ini bermakna pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.

Dan menariknya  kan … kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.

Ahaa .. Apa lagi ? Buat mereka yang tercari cari pekerjaan dan sememangnya minat dalam kerjaya begini , apply la cepat .. 12 ribu tuuu.. Cepat cepat.. Aku nak apply tak leh .. Baru tengok darah , dah pengsan .. Hahahah ..

Sekali lagi Tahniah . Harapnya dengan kenaikan ini buat mereka akan lebih cemerlang dalam kerjaya mereka ..

‘ Bumbo seat ‘ untuk Qhaliff ..

 

IMAG4133-1-1

Tadaaa .. Lama dah nak cari untuk Qhaliff .. Yelah , leh tengok Upin Ipin dengan lepak dalam bumbo seat ni .. Hehehe .. kan kan ?

Ada kawan kata , bumbo seat ni tak elok untuk baby. Ada kes kecederaan berlaku pada baby di luar negara . Ahaa .. Nasib baik aku dah buat research ari tu selepas ada rakan syorkan kegunaan dia apatah lagi aku kali pertama gak dengar nama menatang ni haa .. Hehe.. Kira pelik gak laaa amenda bumbo seat ni haa ..

Dan , aku jumpa kes seperti mana yang diperkatakan tu .. Aku baca laporan mengenainya dan baca di ruangan komen. Kebanyakkan kes berlaku akibat kecuaian penjaga sendiri . Dia letak baby dalam tu pastu dia g buat kerja … Apa dia inga baby ni anak patung ke ??? Buat la camana pun , baby tetap akan bergerak apatah lagi bila dia keseorangan . Cuba duduk lepak ngan dia .. Rasanya boleh berlaku tak ?

Antara kes yang aku baca tu , dia g letak baby dia bersama bumbo seat tu di atas meja.. Mak aihhhh .. Akai letak mana ? Mana bolehhh .. Kena fikir gak sebelum letak tu haaa .. Alahai ..

Dan aku buat keputusan belikan satu utk Qhaliff ..  Cari di MotherCare. Jumpaaa .. Lama dah cari kat Mothercare Alamanda tu.. Takde stok selama ni sbb diorang tahan penjualannya hingga kes yang diperkatakan tu selesai siasatan .

Menurut staff di situ , bumbo seat tu telah dipertingkatkan lagi mutu keselamatannya .. Haa .. kira selamat la eh ?

Tapi sayangnyaaa .. sayangnyaa .. Seperti yang korang tengok dalam gambar tu , Qhaliff tak muat dah duduk dalam tu !! Hahaha.. Macam awek pakai legging kuar g KLCC .. Ketat dan sendat ! Muhahaha ..

Kensel beli !!

Staff tu kata , kitorang lambat belikan untuk Qhaliff.. Pantas aku jawab .. Bukan kitorang lambat beli tapi Qhaliff cepat benar membesar bagai johan ! Huuhu..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI