Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 18 Oktober 2012

Tu dia Qhaliff Iman !

 

Hehehe .. Pijak tanah untuk kali ke dua . Kali pertama lupa nak amik gambar . Menariknya kan , bila aku bawak dia ke sini , dia tau dah apa yang  aku nak buat .. Cepat cepat dia nak turun .. Tu diaaaa aihh .. Ingat betul dak ni .. Gini punya gaya , jangan diajar menda mengarut seperti main facebook dan game ! Hahaha ..

Kenapa berkaki ayam ? Tamo dia manja laaa sangat .. Takkan nak guna kasut walaupun sekejap kan ?

Pasni , leh ajak main bola petang petang .. Leh jadi Zidaneeee .. Aku jadi Ronaldo ! Messi ? Tamoooooo ..

Movie baru download : MAXIMUM CONVICTION

 

Seperti yang korang nampak , filem yang aku dah download pagi tadi dan tunggu malam karang baru nak tengok , belum pasti tau best ke tak .

Tapi memandangkan dilakonkan oleh Steve Austin dan Steven Seagal , aku sanggup download . Kalau lakonan Zizan Raja Lawak tu , maaf la .. confirm aku terus pangkah. Kalau Johan Raja Lawak , ok .. aku sanggup g panggung lagi .. Lalalala ..

Ala , ni cerita pasal perang perang la ni . Kira dua dua ni hero gempak la.. Dari elite skuad gitu tapi bukan skuad roda kl tu haa atau skuad harimau malaya .. Takde kaitan ..

Kalau nak download , korang g cepat download kat Teamhanna sebelum nak kena blocked. Aku nak download lagi 2 cerita ni. Satu Supernatural dan satu lagi siri baru Arrow .. Best ke tak , tak tau lagi.. Kalau best , aku bagitau .. Kalau aku tak bagitau , tak best la tu .. hehe ..

Kalah membeli ..

 

Yup , menang memakai. Tapi jangan sampai bergolok gadai atau berbelanja melebihi pendapatan semata mata inginkan yang bagus dan berkualiti.

Kalau dulu kan , orang kata yang belum tentu yang mahal tu bagus dan yang murah tu takde kualiti .. aku percaya ! Tapi sekarang , aku rasa macam dah tak betul ! Kalau nak elok , sila tambah duit !

Dulu , banyak baju murah yang berkualiti tapi sejak ramai beli yang murah , kualiti makin hancur ! Pakai sekejap je dah mula bermasalah .

Tahun ni saja aku beli 3-4 pasang seluar sukan berjenama tempatan yang murah harganya kerana nak guna g gym. Tapi sayangnya semua dah koyak di lokasi yang sama iaitu celah kangkang . Apakah aku yang bermasalah atau sebaliknya ?

Kelmarin aku ada beli dua pasang seluar di Al-Ikhsan Alamanda. Satu mahal dan satu lagi murah sedikit. Setelah aku guna dua dua , maka kesimpulan aku buat , biarlah aku kalah sedikit asalkan aku puashati ! Apa guna menang membeli tapi kalah memakai .. Pakai sekejap pastu rosak , kena beli lain .. sama dah harga beli yang mahal tapi masih tahan .. kan ?

Memang la bukan semua yang mahal tu bagus tapi sekurangnya byk yang mahal tu mmg setanding dengan harga .. Amik contoh lain kasut yang aku pakai dah laa .. Kasut tu aku g event .. Kasut tu aku g jalan jalan dan kasut tu gak aku guna g jogging ! Dan masih sangat elok dan nampak baru .

Aku tak suruh la korang beli yang mahal tapi sekurangnya sekarang aku nak beralih guna yang berkualiti walaupun terpaksa belanja lebih kerana tak tahan dah asyik nak membeli ! Bukan sebab jenama tapi sebab ada yang mula tamak !

Hilang sudah merah itu ..

 

Alhamdulillah .. surut dah bisa gigitan nyamuk tu. Semalam sewaktu aku g umah mak aku , ada aku tanya dia ubat apa yang sesuai taruk memadangkan dua anak buah aku tu di bawah jagaan dia dan selalu gak kena gigit nyamuk tapi cepat je ilang parut tu ..

Dia suh guna minyak yang dia bagi kat wife aku ketika Qhaliff berusia 2-3 bulan .. Minyak tu dia beli kat Penang tapi order kat Kedah. Memang laris minyak tu. Sesuai guna pada bayi kalau kembung perut , diigigit serangga atau lenguh lenguh badan ..

Apa jenama ? Aku tak ingat la pulak . Tapi bukan minyk gamat atau minyak senyonyong mahupun minyak petrol … jauh sekali minyak gas ! Takde kaitan dengan jenama adidas atau yang berhampiran dengannya ..

Tapi yang penting , ada pengurangan la dari semalam .. Dan pastinya ianya berlaku dengan izin Allah , kan ? Tapi kita kena gak mencuba ..

Tengok la nanti.. Kalau aku g lagi umah mak aku , aku tanya eh .. Pastu leh je order kat aku .. Weee.. kaya aku weehhh !!

Buat blog dapat sijil ! Weeeee ..

 

Haha.. sapa sangka kan ? Hehehe .. Tak kisah la kalah ke menang ke , yang penting pembaca tetap singgah hari hari baca .. kan kan ..

Penyertaan terakhir aku . Tak bercadang nak join dah pasni .. Tahun lepas dapat Top 3 .. Tahun ni Top 10 .. Tahun depan Roof Top . hahaha..

Dan satu lagi sijil aku dapat hari ni dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebab ari tu ada la aku tolong promote pertandingan anjuran mereka .. Haaa.. Ikutkan nak promote pon kena bayar okeh ! Takde percuma melainkan ikhlas.. hehe ..

Tak kisah pon bab sijil sijil ni .. banyak dah ada pun .. taruk mana tah ..  Tapi kalau orang nak bagi , kita terima jer .. Ni tengah nak buat koleksi sijil nikah lak .. Hahahahah .. Jeling aihh wife aku .. Ada gak makan serai mentah malam ni.. Hahaha ..

Kerana RESPON ANDA ?

 

Entah apa giler , dah 3 malam berturut dok layan twitter sampai lewat malam .. Erk , kul 3 pagi sambil sambil buat kerja . Heehe ..

Aku bagi situasi dan rakan rakan twitter yang sangat sporting membalasnya dengan jawapan yang mereka fikir masa tu . Samada logik atau nak buat lawak , segalanya diterima.

Apa yang penting sebenarya , dari setiap jawapan tu kita leh tau karektor macamana kawan kawan kita tu . Samada mereka ni jenis gila gila , nerd , baik hati , kuat cemburu dan sebagainya ..

Aku buat tu pun bukanlah lebih nak menilai seseorang tu tapi sekadar berhibur di tengah malam . Dan alhamdulillah , dapat jugak bantu rakan rakan yang tengah stess study tu lepaskan sedikit tekanan dengan baca jawapan dari rakan rakan lain.

Terus terang aku katakan , aku tak sangka dapat respon yang positif dari rakan rakan TWITTER dan juga kat FACEBOOK ! Yelah , bila aku tweet , kengkawan kat FB pon dapat gak sbb aku dah link cuma mereka tak dapat lihat jawapan rakan rakan di Twitter je la ..

image

image

image

image

image

image

Soalan adalah spotan . Kadang kadang tak logik dek akal tapi ianya satu permainan minda saja . Dari situ leh tengok gak masing masing punya mood berdasarkan jawapan .. Hehehe ..

RESPON ANDA ? Hahahah .. Kalau nak join , add je TWITTER aku @BenAshaari.

Terima kasih pada rakan rakan yang sangat peramah . Jumpa lagi malam ni kul 12 malam .. hahaha ..

Bila Qhaliff muntah susu ..

 

Hurmm .. Nasib baik dia muntah waktu aku duk pegang dia .. Banyak lak tu .. Kalau dok tidur atau baring , mau jadi kes naya kat aku .. huhu ..

Puncanya ? Aku rasa sbb susu banyak sangat kot aku bagi .. Hurm.. Silap aku tuu .. Tapi bila bagi sikit , dia punya meraung  macam aku dera dia jer ! Tapi boleh je pujuk sebenarnya.. Hurmm ..

Apakah muntah susu dikalangan bayi ni bahaya ? Atau punya penyakit ? Aku google mendapatkan jawapannya .. Dari web ALAMHAMIL , ada info mengenainya ..

“ Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'.

Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.”

Selanjutnya boleh baca kat SINI .

Walaupun aku dah sendawakan dia , tapi itu tak mencukupi sebenarnya.. Apa yang perlu aku buat ialah ikut sukatan bila bagi susu kat Qhaliff ! Biar je dia nangis dari aku yang menangis !

Bayi anda punya masalah ruam ?

 

Sebenarnya lama dah aku nak berkongsi bedak ruam ni haa .. Yang syorkan bedak ni ialah bapak mertua aku . Katanya orang kat Kelantan guna bedak ni je untuk hilangkan ruam kat badan.

Qhaliff , yang mmg  mana badan dia ikut badan aku iaitu mudah berpeluh mmg cepat naik ruam terutama kat bahagian tengkuknya. Setiap kali mandi , mmg aku akan letak dan alhamdulillah , hilang.. Yelah , dengan izin ALLAH la kan ..

Aku pernah bagi kat kawan blogger cuba bedak ni yang mana kebetulan muka anaknya ada sedikit ruam. Alhamdulillah ,elok katanya selepas guna bedak tu.

Selain dari guna bedak ni , orang kata guna tepung ubi kan ? Apa pun , mana yang mudah ..cubalah. Bedak ni pun ada dijual online . Atau kawan kawan yang nak balik raya haji ni , kirimlah ..

* terima kasih kerana betulkan tang tepung tu.. haha ..

Qhaliff menari tarian kuda ?

 

Kan ? Kata dah .. Tarian tu budak budak menari kiut la.. Orang tua menari , cam orang lari takut nak kena sunat jer ..

Takde makna aih Qhaliff nk mimpi tarian kuda cacat tu .. Memang lagu ni style dia tidur dan yang membuatkan aku menarik lafaz lega , dia dah boleh berdikari. Kira tak perlu la mak dia dok menepek kat sebelah dia hingga dia bangun.

Begitu juga dengan aku. Aku siap leh naik mandi dan lakukan apa yang aku nak lakukan hinggalah mak dia g kerja dan aku tangkap tidur jap hingga jam 10.. Sejam je pun tidur balik .. Maklumlah tidur pon lewat setiap malam.. Kul 3 okeh !

Bila tengok anak kita tidur , rasa tenang jer.. Yang baby laa .. Yang dah dewasa , rasa lega je bila dia ada kat rumah. Kalau dia keluar, balik hingga lewat malam .. risau jer. Bukan tak percaya tapi risau .. Tunggu la ada anak sendiri , tau la camana erti risau tu ..

Keterbukaan yang memusnahkan

 

image

Ada seorang kawan baru-baru ni bagi aku satu url blog berkenaan sikap keterbukaan pelajar Malaysia di luar negara ( Singapura ) yang dengan penuh bangga bercerita tentang kehidupan seks mereka yang kononnya mereka bersikap minda terbuka !

Memula aku masuk , aku ingat mungkin ada yang nak naya mereka tapi bila setiap entri penuh dengan .. hurmm .. meloyakan ! Ada yang kritik dan ada yang sokong ! Pelik ..

Dia dengan penuh bangga memaparkan diri dia .. Sebenarnya aku malas nak up entri camni sbb tak berfaedah tapi bila ada kritikan mengatakan inilah sebenarnya rupa RAKYAT MALAYSIA terutama pelajar yang berada di luar negar , maka aku keluarkan pendapat aku ..

Dalam setiap badan remaja ada satu perasaan dan perasaan itu terkurung samada disebabkan mak ayah dia atau sbb agama . Andai tidak dikunci dengan betul , atau berjaya dibuka dengan pengaruh seseorang , maka bebaslah dan mudah dirosakkan .. Inilah yang paling takut terutama pada anak muda ..

Dalam erti kata lebih tepat , syaitan punya kerja laa yang dok pengaruh manusia ni .. Haaa .. Iman kita perlu kuat dan akal perlu bijak membuat penelitian apa yang patut dihindari dan apa yang boleh dibuat .. Senang kan ?

Sebab tu ada agama .. Kalau takde agama , hancur manusia atas dasar kebebasan berfikir .. Tipu daya syaitan ..

Urutan khas hubungan suami isteri

 

- IKLAN BERBAYAR . ENTRI TERBARU DIBAWAH ENTRI INI-

PERINGATAN : Khas buat mereka yang dah bernikah dengan sahnya sahaja. Yang belum , sila dapatkan sijil nikah terlebih dahulu. Dan skip entri ini .

happy wifeyhubby

Urutan khas hubungan suami isteri
Strictly education.


Dalam masyarakat kita pendedahan tentang hubungan intim suami isteri adalah sangat kurang. Sememangnya perkara ini sangat sensitif untuk dikongsi secara umum.

Untuk tujuan itu kami menawarkan bengkel terhad 5 orang satu sesi. Sebelum ini kami hanya mengadakan bengkel secara peribadi. Untuk pertama kalinya kami menawarkan bengkel kepada umum dengan jumlah peserta yang sangat terhad.

Urutan telah dipraktik dan ternyata member kesan dan hasil yang sangat positif kepada alat sulit suami dan hubungan intimasi bertambah baik.

Peserta (isteri sahaja) didedahkan bagaimana urutan boleh memanjangkan serta membesarkan zakar suami. Urutan boleh dipraktikan seumur hidup.

Bengkel tertutup ini sesuai untuk semua wanita bergelar isteri bagi membantu menyerikan lagi hubungan intim suami isteri.

Juga sesuai kepada pasangan yang mempunyai masalah hubungan intimasi.

Sangat bagus untuk mengindahkan lagi hubungan suami isteri.

Demo dan praktikal dibuat menggunakan dummy.

Anda boleh menghubungi kami untuk butiran lanjut seperti Yuran/Tempat/Slot.

Emel : massage.khasuamisteri@gmail.com

SMS : 0126185929

Blog : khasuamisteri.blogspot.com

FB : Urutan Khas Suami Isteri

Tiada unsur lucah atau maksiat. Sebarang pertanyaan atau pendekatan berunsur lucah atau negatif tidak akan dilayan sama sekali.

Bila dah kenal lenggok anak ..

Sekali tgk dah tau apa yg akan berlaku. Bila aku bgtau kat wife , tak percaya ..

" Tuuu .. Qhaliff bergerak . Kang dia cari susu .. "

Wife mencebik seolah aku tipu.. Dan , Qhaliff benar benar cari susu ! Aku menang besar !!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bayi 8 bulan didera dan mati ..

 

Nur Irisyafida Balkis

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un .. Bayi yang baru berusia 8 bulan ini bernama Nur Irisyafida Balkis meninggal dunia setelah enam hari tidak sedarkan diri dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.

Bayi itu mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri dan dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu dan disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang semalam  di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat , Johor.

Bagaimana dia didera masih belum diketahui. Apa pun g cari suratkhabar esok. Jangan tengok online sbb dia suruh baca kat akhbar yang dibeli punya .. Hehe .. Tak tau la kot kat gerai roti canai mamak ada ke tak ..

Takziah buat keluarga bayi tersebut. Dan harapnya yang bersalah tu , dapatlah hukuman setimpal. ..

Macam aku selalu cerita dalam blog .. Bukan semua orang mampu sabar dengan bayi kecil kecualilah dia ada pertalian. Tu pun bukan semua .. Hurmm ..

Bila aku cerita , ada yang kata bosan … Hehe.. Apa kesss .. 

Al-Fatihah .

Seronok jumpa cucu ..

 

Baru balik dari umah orang tua aku di Cheras. Saja bawak Qhaliff ke sana. Tamo kasi dia kurang kasih sayang ngan atuk nenek dia seperti mana aku dulu. Terus terang , aku tak rasa pon kasih sayang dari kedua atuk nenek aku. Kenal kenal gitu jer ..

Apa yang mengharukan ialah bila melihat wajah kedua orang tua aku kegembiraan melihat cucu dia walaupun ada ramai cucu , kehadiran Qhaliff tetap mereka nantikan .

Dan pastinya Qhaliff serupa macam aku.. Memula sukar betul nak lemparkan senyuman seperti mana korang selalu tengok kat blog ni yang dia suka ketawa dan tersenyum padahal kat luar sana , perghhh.. susah giler !

Kat sana , ada dua sepupu dia yang suka layan dia dan suka sangat Qhaliff datang .. Danish dan Dania .. Haa .. dua ni pun anak buah kesayangan aku . Yang si Danish baru dapat no 1 dalam exam di dalam kelas dia .. G tadika aliran bahasa cina.. Kat rumah tak nak cakap , tapi kat tadika bnyak mulut .. Suh cakap cina , malu .. huhu..

Dalam kul 10 lebih , balik .. Dalam kereta Qhaliff tidur. Part ni mmg lemah sbb nanti kat rumah dia jaga dan susah nak tidur. Jadi aku ngan wife pakat ..Sampai rumah , sementara nak bersiap untuk tidur , kena letak Qhaliff dalam rocker untuk pastikan dia terus tidur dan sorang lagi siap .. Nak solat ke .. basuh muka ke .. segera ! Sebelum dia jaga ! Kalau dia jaga ..,mau mau kul 2 baru nak lena semula ! Boleh tekanan jap weh !!

 

IMAG4168-1

Selamatt !! Hehehe …

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI