Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 23 Oktober 2012

Belum apa apa lagi dah sepak penampak daddy !

 

Kiut je nampak kan ? Padahal sebelum nak nampak kiut gini , abis muka aku kena tampar , kena tolak .. Siap kaki naik ke dada laaa tak nak aku dukung !

Perghh .. memey geram betui la aku .. Eh , ada ‘memey’ lak .. Training nak kelik Kelate Jumaat ni .. hehe .. Kang cakap luar , malu lak .. Hahaha ..

Liat sungguh .. Nak bagi tidur , caranya paling mujarab ialah kasi mak dia je.. Syurga dia ada kat mak dia .. Pasti dia dia punyaa .. Tapi tak selalunya cerah .. Kekadang mendung gak .. Hahaha .

Bila dah tidur gini  , barulah semua boleh buat kerja . Lega skit .. Kalau tak , nak suruh dukung je haa.. Mau gak bapak dia jadi cam mak kanggaroo tu haa ..

Masa untuk botakkan Qhaliff !

 

IMAG4235_BURST017

Serabut tengok rambut dia .. Dia pun seolah macam kepanasan dengan rambut yang tebal tu. Bukanlah tak bersyukur .. Syukur sangat sangat tapi nak kasi pendek dan nampak smart . Skang nampak cam Stone Cold Steve Austin punya rambut jerr ! Er , dia da rambut ke ?

Jadi nak botakkan ke ? Ikut hati aku , nak jer .. Tapi kang risau .. tak naik dah cam ni.. Kira camni ada la gak rupa brad pitt atau rupa aku masa aku kacak dulu .. Hahaa. guwau je laaa ..

Tunggu balik Kelantan untuk buat keputusan . hehe .. Tak lama dah .. Jumaat ni je Qhaliff balik jumpa TokMa dia .. hehe ..

Botak tu nk .. Bersebab tapi buat masa skang , potong pendek je la kot.. kan ?

Dan lama cari dan ...

Dah beli pun .. Alhamdulilah ... Ada sedikit duit utk beli dan hadiahkan sebuah pada mak mertua yg suka membaca ..

Nasib baik ada kawan di whatsapp yg bagitau .. hehe .. Terima Kasih ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

MBE4U Campaign oleh MBE

 

Baru-baru ni aku ada hadiri satu majlis pelancaran yang dianjurkan oleh MBE atau Mail Boxes Etc Malaysia yang bertempat di Alamanda Putrajaya.

IMAG3693_BURST006

Tujuan mereka adalah untuk melancarkan kempen mereka iaitu MBE4U. Kempen ini bermula pada  bulan Oktober 2012 dan tamat pada September 2013. MBE4U ini bertujuan untuk memperkenalkan servis mereka pada pelbagai peringkat pengguna ..

4 peringkat kempen MBE4U iaitu :

  1. Oct - Dec 2012: E-commerce
  2. Jan-March 2013 : Pelajar
  3. Apr-Jun 2013: SME (small medium enterprise)
  4. Jul-Sep 2013: YOU (individu)

Setiap kempen akan menyasarkan pada peringkat yang tertera seperti yang telah aku pergi tu iaitu E-COMMERCE yang menyasarkan pada blogger yang punya perniagaan online di internet atau blogshop..

Apa yang mereka tawarkan adalah penghantaran produk melalui MBE yang dijamin pantas dan selamat .Mereka juga telah bekerjasama dengan syarikat syarikat penghantaran yang sememangnya terkenal seperti POSLAJU , DHL dan banyak lagi .

Kenapa pilih MBE ? Berdasarkan pengalaman aku yang pernah guna MBE ni , layanan yang cukup mesra dan terasa dihargai. Murah ? Bagi aku harga tak jauh beza tapi itu bukanlah keutamaan aku sbb aku inginkan keselesaan sewaktu berurusan dengan mereka. Dan pastinya , barang sampai pada waktu yang dijanjikan ..

Dan seterusnya mereka akan menyasarkan pelajar yang mungkin ingin membuat penghantaran ke rumah atau mungkin ada buat bisnis online . Dan begitulah seterusnya untuk kempen kempen yang akan datang ..

Kenapa perlu guna servis MBE ? Selain dari yang aku nyatakan , mereka juga menyediakan satu servis penghantaran barang semula percuma buat peniaga online. Andai contoh aku jual barang , dan aku pos barang tu pada korang .. Barang tu tak menepati apa yang korang nak , korang boleh pos kembali kepada aku tanpa perlu buat sebarang bayaran penghantaran ! Haaa .. Menarik kan ? Pelanggan pun tak marah .. hehe ..

IMAG3717

Bagi memeriahkan kempen MBE4U tu , mereka akan mengadakan contest di FACEBOOK MBE MALAYSIA . Pelbagai hadiah menarik akan ditawarkan . Jadi korang yang berminat , kena jadi ahli di fan page mereka untuk tidak terlepas sebarang infomasi contest.

Pertengah bulan Oktober ini MBE akan melancarkan Shipping Guide iaitu panduan atau selok belok  untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penghantaran barangan mereka. Dan pastinya mereka yang pertama yang melakukannya. Sila dapatkan booklet tersebut di cawangan MBE berdekatan dengan anda ..

Selepas penerangan yang menarik itu , aku serta tetamu yang hadir pagi itu sertai satu pertandingan yang sangat menarik ! Iaitu pertandingan menghias rakan sendiri ! Hehehhe ..

IMAG3712_BURST010

Kumpulan aku dapat no 2 .. hehe .. Jadilaaah ..

Terus terang , sejak aku tahu kewujudan MBE di Alamanda , aku tak perlu risau dah nak buat penghantaran barang yg mana aku cukup malas nak lakukannya di pejabat pos kerana aku tak suka beratur lama ! Di MBE , segalanya pantas termasuk boleh topup TOUCH N GO !

Kata dah !!

 

IMAG4279_BURST004-1-1

Dalam kereta dia tidur ! Nak tak nak , aku kena g antara wife lepas lunch agar Qhaliff leh tidur dalam kereta . Kalau aku duduk rumah gak , aku rasa aku confirm tak leh buat apa apa dan dukung je si Qhaliff ni ..

Bila masuk je kereta … 5 minit terus lena di pangkuan mak dia hinggalah sampai opis kemudian tukar letak dalam car seat .. Tu pun nangis jap tapi setelah aku pujuk dia dengan kata kata manis seperti nak belikan dia motor besar jenama KTM dan juga Honda Accord terkini di zaman tu , baru dia sambung tidur ..

IMAG4280

Dan sampai rumah. Aku ingat bawak dia jalan sampai Cheras tapi risau hujan lak pastu jammed .. Jadi , terus je balik rumah .. Dan Qhaliff , masih terus lena ..

Lega aku skit .. Baru leh buat 2-3 kerja termasuk nak kutip hutang ! Benci tul .. Aku bukan along wehh ..

Inilah realiti kehidupan ..

 

Dari tajuk akhbar utama HMETRO Online hari ni ..

image

Yang sihat .. malas ! Ponteng sekolah ! Yang kurang berupaya , nak g sekolah .. Kenapalah tak reti bersyukur buat mereka yang sempurna fizikal ni ? Hurmmm

image

Biasanya kita dengar , si isteri yang setia gigih bersama suami tak kira susah senang mahupun sihat atau gering .. Tapi untuk hari ni , lain pulak ceritanya ..

Entahlah … Beginilah nasib kita .. Ada jugak yang masih tak sedar .. Semua ini dugaan dari ALLAH ..

Tak semudah itu !

 

Kali ni aku mmg jadi hulk !

 

Aku tak salahkan Qhaliff sebab tak nak tidur tapi sbb .. Hurm.. Tambah lagi dengan masalah manusia yang pentingkan diri ! Benci gila spesis manusia begini ! Kalau tau berbisnis tau la camana ragam manusia yang barang nak tapi part bayar , nak kena mintak ! Apa gila ???

Tak pasal pasal Qhaliff yang jadi mangsa .. Haihh .. Aku tak buat apa pon kat dia .. Dia lak asyik nak suruh dukung jer .. Letak taknak weh.. Sejak dari bangun tidur lagi. Aku sendiri pun tak berkesempatan nak mandi ke apa .. Hurmm ..

Patut la ramai suri rumah ada yang tensen .. Huhuh … Bukan satu je perkara nak kena urus .. Banyak lagi .. Ni belum part aku nak basuh baju , masak ..

Aku sendiri nak godek untuk cari info bagi update blog aku ni pun susah .. Ni pon aku curi masa sbb dia hisap susu .. Paling lama aku ada 5-10 minit ..

Ya Allah.. baru kecik dugaanMu .. Aku bukan tewas tp mmg tergugat gak la kesabaran aku dengan masalah dunia ni terutama dengan spesis manusia yang pentingkan diri sendiri !

Lawak benar la budak sorang ni ..

 

Skang ni setiap malam , pasti akan bertarung sapa yang akan menguasai wilayah paling luas atas tilam ! Dan pastinya Qhaliff juara keseluruhan dan diikuti wife .. Kesannya , aku bangun pagi pasti sakit pinggang sebab terperuk di hujung dunia ..

Biasanya bila dia tidur tengah , dalam kul 2-3 dia akan terjaga. Waktu tu aku jarang nak tidur lagi kerana nak pastikan Qhaliff ok .. Sambil tu layan movie la .. hehe..

Bila dia terjaga , memang lawak laa tengok muka blur dia.. Hahaha.. Tercari cari mana laa bekalan susu dia .. Bila dia dekat ngan aku pasti dia akan tengok muka aku dulu.. Betul ke tak betul ni ? Maklumlah , leper jer .. hahaha ..

Dicapainya tangan , kosong. Time tu mmg aku nak gelak besar la tengok karenah dia ..Bila dia nak nangis , aku kejut wife suh amik sebelum dia betul betul terjaga. Kalau dia terjaga , maka .. abis laaa semua tak tidur ..

Pagi ni ,dia jaga awal .. Kul 6 lebih terjaga. Ikut sama ibu dia jaga .. Tak pasal pasal aku pun terjebak sekali sebab kena jaga dia .. huhuh ..

Dalam kul 730 , baru tidur balik .. Harapnya dia jaga dalam kul 10 lebih. Mandikan dia .. Bagi makan dan susu .. Pastu baru leh sambung tidur balik .. Selepas dia main .. Kalau dia tak main , mmg liat nak tidur !

Hari paling mengembirakan seorang insan beragama Islam ..

 

image

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

Sememangnya berada di rumah ALLAH adalah impian paling besar setiap umat Islam.

 

sumber : Kosmo

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI