Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 27 Oktober 2012

Aidiladha dan reunion ..

 

Hari ni , aku mempaksakan diri aku untuk ikut wife ke reunion geng geng maahad dia kat rumah kawan dia nun di Pengkalan Chepa . Dekat ngan kem tentera tu haa ..

Memula aku benarkanlah dia g ngan kawan dia . Plan nak g tu selepas Zohor tapi aku ubah pikiran di saat akhir sbb tau Qhaliff akan rindukan daddy dia ni ha .. Eceh .. ke daddy dia yang rindu ?

Kat sana , seperti yang aku duga .. Qhaliff tak leh berenggang dengan aku . Asyik pandang dan kenyit mata gitu dan ibunnya seperti yang diduga , terlupa anaknya jap .. Hahaha .. Takde la .. Saja wat statement kejam. Kang dia naik cari aku la tu.. Nak cubit ! Hahahah ..

Bila semua ahli dah sampai maka parlimen pon mula bersidang laaa .. Riuh rendah laa memasing . Maklumlah , suami memasing takde dalam rumah tu . Aku je ikut haa dan sorang lagi , tuan rumah… Kira aku abiskan masa dok borak ngan tuan rumah aka Ustad di sekolah agama. Peramah . Jadi , masa aku terisi dengan berbual macam macam isu sambil menjeling wife yg dok asik makan padahal dlm kereta tadi dok peringat aku suh ingatkan dia pakai korset mlm nanti ! Huh ..

Sehingga jam 6 lebih , parlimen bersidang.. Setelah menerima ancaman bom , barulah parlimen ditangguhkan hingga notis pemberitahuan kelak untuk bersidang semula. Kira tahun depan je laaa ..

Dan aku , dapat laa makan macam macam makanan walaupun ada yang tak sempat nak amik sbb aku lebih teruja pada bihun goreng , sup daging dan daging goreng. Apakah tekanan darah aku akan naik nanti ? Gulp.. Harap tidak la nooo ..

Apa pun , majlis perjumpaan hari ni berjalan dengan lancar tetapi aku terkilan tak dapat tunaikan hasrat seorang teman di FB untuk hadir ke rumahnya petang tadi disbbkan wife terlebih dahulu booking masa aku ..

Vokal .. Bukan sekadar rupa , tak kreatif !

 

Baru baru ni ada la aku tonton ujibakat Vokal .. Bukan sekadar rupa di TV3 yang mana ada sekali tu Black saja saja join untuk sakat Mas Idayu ..

Walaupun aku respek idea mereka yakni tak nak tengok rupa dan menilai melalui suara , aku rasa kita sekadar menambah penyanyi  dalam negara kita saja . Penghibur tarak ! Sekadar boleh menyanyi saja ..

Kita ada berlambak dah penyanyi tetapi yang boleh menyanyi ?? Yang boleh memukau penonton dengan persembahannya ? Yang ni kita takde  ! Yang sekadar boleh menyanyi tanpa rupa , berlambak aih.. Cuma tak buat album jer .. hehe ..

Apalah guna letak skrin pastu suh menyanyi kemudian pilih yang ada suara dan boleh menyanyi jer ! Mana cabarannya ? Kan lagi best pilih mereka yang punya bakat lain dari yang lain serta punya suara dari sekadar tau menyanyi , punya gaya suara ( cam burung merbuk lak ) atau lain lain kriteria untuk dijadikan penyanyi ( bukan penghibur ) ! dan jadikan mereka penghibur !! Tu baru cabaran … Ini macam Idola kecil jer ..

Berlambak aihhh penyanyi ada dalam negara kita tapi kita takde penghibur. Kalau ada pon sorang dua … Takkan nak tengok diorang ni je ? Yang penyanyi lak , terjun masuk bidang lakonan .. Hehehe..

Kreatif la skit .. Bosan la rancangan sama jer ..

Anggota polis nak panggang 100 wanita !

 

image

Sorang lagi orang giler yang sangat giler nak buat kerja giler yang sangat giler dan layak dilayak dipanggil giler sbb lebih dari orang giler , kelakuan gilernya itu !

Menurut Hmetro yang aku godek sewaktu orang masih tidur lagi , Gilberto Valle, 28 yang bertugas sebagai seorang anggota polis di Jabatan Polis New York, dituduh berbincang untuk “menculik, memasak dan makan anggota tubuh wanita” bersama seorang saksi yang namanya tidak didedahkan.

Menurut akhbar tu lagi , kedua-dua mereka dikatakan berbincang menggunakan kloroform untuk membuatkan mangsa pengsan kemudian membawa mangsa ke dapurnya di mana Gilberto berkata dia mempunyai oven yang agak besar dan muat “sekiranya saya lipat kaki mangsa.”

Memasak dengan api yang perlahan atau panggang di atas api ketika mangsa masih hidup dan dikurung di dalam sangkar, adalah satu lagi cara yang difikirkan.

Nasib baik lom ada lagi yang jadi mangsa idea giler mamat ni . FBI mengetahui mengenai rancangan Gilberto, September lalu apabila mereka mendapat tahu dia merancang untuk melakukan perbuatan itu melalui e-mail dan mesej segera daripada komputer di rumahnya.
Hasil siasatan melalui komputer itu, dikatakan fail sekurang-kurangnya 100 wanita bersama nama, gambar dan butiran peribadi seperti alamat serta penerangan individu berkenaan, ditemui.

Semakin ramai manusia hilang kewarasan fikiran di zaman ini .. huhu ..

Pai daging wanita untuk dijual !

 

Di Brazil , sekumpulan kanibal membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai untuk dijual kepada orang ramai.

Mereka dikatakan memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh kemudian mangsa kemudian dipenggal , dikerat dan menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.

Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25,dihadapkan ke mahkamah di bandar kediaman mereka di Pernambuco, timur laut Brazil, buat pertama kali semalam, atas tuduhan membunuh Jessica da Silva, Alexandra Falcao dan Gisele da Silva. Polis sebelum ini berkata, ketiga-tiga tertuduh mengaku membunuh enam lagi mangsa yang tidak dikenali.

Sumber berita adalah dari Hmetro. Semakin mengarut manusia zaman ni . Walaupun dah tau mana yang boleh buat dan tidak , mereka pilih nak hidup ala ala zaman tak berakal jugak .. hurmm ..

Mak Qhaliff naik mengadu ..

 

 

Lepas subuh baru nak tidur si Qhaliff tu selepas terjaga kul 3 pagi !! Dia dok main sorang sorang je gitu .. Tapi tak la nak menangis atau kacau orang ke apa .. Huhu

Tak hairan pon sebenarnya sbb dah jangka ini akan berlaku kerana peralihan tempat tidur .. hehe .. Walaupun dia membesar di sini dulu tapi tetap rasa berbeza .. Biasa la budak budak, kan ?

Ni dah tidur , tak tau la kot berapa nak bangun. Tengahari kang , dia nak kuar g jenjalan lak .. Tinggallah ayah dia jer .. huhu ..

Sampai hati Qhaliff nak g beraya tinggalkan ayah .. huhu .. Kenapa ? Er.. rujuk entri pagi tadi.. hehe ..

Bila Qhaliff jumpa tok ma ..

 

Hahaha .. Pandang je dia memulaa .. Seolah olah dok recall ..

“ Sapa yer ?? “

Sedangkan kalau korang baca balik dari mula dia lahir ( 2/4/2012 ) punya entri , banyak dok sebut tok mak dia ni haa .. Tok ma ni laa dok banyak jaga dia dan mak dia sewaktu berpantang .. hehe . Mak aku pon ada gak la .. Cerita kena adil .. haha ..

Ni gambar semalam .. Heee .. Tak sempat nk amik gambar baru dia ngan tok ma dia ..

Bila dah lama skit , baru dia nak senyum dan main dengan tok ma dia .. Dengar terus suara dia dan tak malu nak menangis terus .. hahaha .. Dia mmg pemalu skit depan orang tak dikenali terutama nak buat pasal !

Esok , Qhaliff ngan ibu dia nak g reunion ! Geng maahad dia .. Kata tak leh bawak suami .. AMboiii.. Skandal nampakkk .. Ni yang aku nak g merayau kat KB MALL esok ni ! Dgr ramai awek comey kat situ .. Weee ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI