Begitulah nasib bas sekolah yang telah menyara keluarga aku selama ini .. Bersaiz bas mini dengan usia dah pun menjangkau 25 tahun tetapi senantiasa g inspection PUPASKOM dan lulus tetapi mak aku bagitau permitnya tak dapat disambung kerana usia bas tersebut !
Aik ? Ari tu dalam bajet 2013 ada bagitau yang bas sekolah takde yang dilupuskan tetapi ni apa ceritanya ?
“ Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi.
Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013. “
Kena beli bas baru ? Atau terpaksa bersara selamanya ? Nak beli bas baru , perlu buat pinjaman.Bas sekolah lak bukan harga kacil second hand ! Bukan tak boleh buat pinjaman tapi bila buat gitu bermakna yuran bulanan terpaksa dinaikkan dan ini akan membebankan pengguna . Kalau tak buat gitu , camana nak hidup kan ?
Kalau fikirkan soal keselamatan pelajar , ada banyak bas sekolah terutama di KL ni .. Yang ada permit dan tak de permit.. Yang selesa dan kurang selesa. Segalanya kena bayar ! Yang kebanyakkan orang kita nak, selesa tapi murah ! Perghhh …
Seperkara lagi , semakin banyak bas sekolah tanpa permit muncul. Bila laporan dibuat kepada JPJ, yang jadi sasaran adalah bas sekolah yang ada permit ni ! Yang takde permit ni asyik dok terlepas.
Disebabkan arahan lupusnya bas sekolah pertama milik orang tua aku ni , mereka akan hentikan bisnis mereka ini dan ini bermakna 3 sudah pengusaha bas sekolah berbangsa melayu tutup kedai ! Tahniah !
Bukalah mata .. Yang jadi pengusaha bas sekolah ni bukan dari golongan profesional atau yang punya pendidikan tinggi.
Akhir kata la kan … PI MAI PI MAI TANG TU GAK ! Yang makin kaya , semakin kaya ..