Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 30 Oktober 2012

Cuai atau kena pukaukah aku ?

 

Sepanjang aku berblog , beg sandang aku adalah keutamaan aku .. Tapi kehilangan beg sandang aku hari ini , amatlah meragukan aku kerana .. Banyak faktor woo bila aku fikirkan balik segala perjalanan ‘keciciran’ beg sandang aku tu ..

Bermula di hentian RNR Gua Musang yang aku keberatan sangat nak turun minum tapi wife ajak legakan diri .. Aku menurut walaupun malas .. Aku lebih suka g RNR Gua Musang yang baru tu ..

Gini ceritanya ..

  • Aku amik beg Deuter aku yang berada di sisi tempat duduk aku dan aku pakai ..
  • Aku dukung Qhaliff lalu menuju ke food court ..
  • Jumpa tempat duduk tapi berubah tempat kerana ada mamat hisap rokok.
  • Aku tanggalkan beg dan letak di sisi aku dan wife duduk depan aku .
  • Sedang minum aku ternampak jiran aku yang duduk belakang aku .
  • Aku segerakan minum dan nak bergerak ke arah dia ..

Disini segalanya bermula .. Aku ‘rasakan’ aku pakai beg sandang tu dan dukung ke meja dia .. Kemudian aku duduk dan tanggalkan beg ..Borak punya borak , akhirnya aku dan wife minta diri dulu . Wife g ke arah kereta dan aku dukung Qhaliff ..

Di sini .. aku langsung tak ingat pasal beg sbb aku rasa seolah aku sedang memakainya .. Enjin dihidupkan dan aku masuk serahkan Qhaliff .. dan terus memandu ! Aku tak ingat langsung pasal beg !!  Aku terasa beg senantiasa disisi aku ..

Pukul 5 lebih .. Aku singgah ke masjid Bentong untuk solat .. Di sini baru tersedar dari lamunan lalu aku bertanya kat wife , di mana beg aku !!! Wife terkejut dan tercari ! Aku sangat sangat tak percaya yang aku tertinggal beg !

Aku call jiran aku tu.. Dia kata dia tak nampak beg tetapi dia nampak aku bawak stroller ! Huh .. biar betul ?? Takkan kot ?

Letih nak fikir .. Aku redha kehilangan beg aku tu.. Aku call blogger Lyssa Faizureen untuk mintak tolong dia tukar segala password aku yang kebetulan aku tak logout dari ultrabook tu ..

Dalam beg aku tu ada Nikon D5100 , ultrabook , external hardisk segala movie , gambar kenangan aku sewaktu aku bekerja di Kementerian dulu .. serta gambar aku bersama wife .. Huhhu ..

Aku bukan nak menuduh sesiapa sebaliknya harap rakan pembaca berhati hati laa .. Walaupun mungkin ianya satu kelalaian , tetapi kita perlu berhati hati gak ..

Beg sandang aku tu seolah kembar aku ! Tak pernah aku nak tinggalkan dia merata kecuali dalam blog !

Bukan rezeki aku .. Aku redha dan tawakal .. Andai dia kembali , maka rezeki aku .. Kalau tak , hurmm .. aku berserah pada Allah ..

Redha ..

Yang penting , nyawa keluarga aku . Kalau ada rezeki aku , adalah .. Kalau takde , redha .. sampai situ je rezeki aku ..

Tp mcm mcm ada dlm tu .. Hurm ... Entahlah ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Betul punya dugaan ..

Tertinggal beg sandang yg penuh dgn gadget aku kat RNR Gua Musang .. Cmana leh tinggal ? Hurm .. cuai !

Ni dok tunggu polis tolong checkkan lepas buat report .. Kalau ada rezeki , ada laa ..

Hurm .. maghrib ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kesian wanita ..

Kalau gi mana mana tandas perempuan , pasti beratur panjang .. hehe.. Tandas lelaki ? Hehe .. sat je ?

Kenapa begitu eh ? Jawapannya , hanya perempuan saja tau atau aku kena nyamar utk mengetahui apakah yg sebenarnya berlaku di dlm tandas wanita .. Er, nk mampus ??? Hahaha ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tak reti nak fikir atau tak kisah ?

Merokok di tempat awam yg terbuka terutama tempat makan tanpa amik kisah langsung kesihatan orang lain termasuk bayi.

Nak kata takde otak , berpelajaran pulak. Nak leter lebih , malas ! Macam macam alasan diaorg beri . Apakata amik anak sendiri tu , pastu letak kat ekzos lori diesel .. Macam tu laaaaaaa aku rasa !!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Qhaliff dan moyangnya ..

Aku panggil Ayah Tua. Umur dah hampir 100 tahun. Penyakit tiada .. Rajin ke surau walaupun terpaksa dipimpin .. Ingatan masih sangat kuat... Kenal cucu cicitnya lagi ..

Rahsia dia ? Dok kg dan rajin berkebun serta beribadat .. hehe ..

Saja amik gambar Qhaliff dgn moyangnya agar dia ada kenangan bersama. Jangan mcm aku .. Takde gambar .. huhu ..

Skang kat Gua Musang .. berenti regangkan badan .. Dan Qhaliff , tidur ajaaa deh ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Senyuman utk Tok Ma sblm balik KL..

 

IMAG4386_BURST006

Bersiap nak balik KL dah .. Tak tau lagi bila nak balik Kelantan sbb pasni wife bizi dengan kerja . Maklumlah kena audit sana sini .. Pasni kalau balik , cofirm dah tumbuh gigi dan reti cakap skit dah .. Pelat pon pelat laaa .. Janji bahasa melayu dari bahasa jerman .. haha ..

Plan nk lalu Terengganu . Saja saja tenangkan fikiran dengan lalu kawasan pantai .. Datang dah lalu kawasan hutan. Balik nak tengok laut terbentang luas. Leh daddy dapat idea update blog kan ? Dan seperkara lagi , nak makan sata n kepok losong .. hehehe ..

Doakan perjalanan kami selamat yer .. Terima kasih dan ampun maaf dari kami sekeluarga ..

Bila orang perempuan bersembang ..

 

IMAG4359-1

Ni geng wife yang bukan terdiri dari bini bini ku gengster tetapi bini biniku yang berjaya ! Alhamdulillah .. Antara contoh isteri yang patut dicari , mereka inilah .. Hehe.. bukan puji kosong tetapi realiti ..

Kejadian ini berlaku pada raya korban kedua ari tu .. Aku dan wife serta Qhaliff g turut sama ke sana . Ikutkan perjanjian mereka suami tak leh nak ikut . Maklumlah , mereka nak buat parti tupperware dan risau laki bosan .. Aku tak bosan pon sbb duk umah sepanjang hari , sepanjang minggu itu lebih membosankan … hehe .. Suri rumah berjaya la katakan aku ni .. Nasib baik ada Qhaliff .. ilang terus bosan aku ..

Apa yang menyeronokkan bila berkumpul begini , segala kenangan kembali menjelma terutama masa sekolah dulu . Ada yang nakal , ada yang terlalu lurus dan macam macam lagi. Bila berkumpul semula dengan masing masing punya kerjaya tersendiri pastinya lebih banyak cerita nak diceritakan tanpa perlu ada rasa malu atau bangga diri ..

Itu perempuan .. Kalau geng lelaki lak kumpul ? Heheh .. Geng aku ? Hehehe .. Entahlah .. Hahahaha .. Baik aku kumpul ngan geng Qhaliff ..

Manusia .. Bila di puncak , keji .. Bila tergolek , diketawakan .. Membantu , jauh sekali ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI