Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 31 Oktober 2012

Qhaliff bakal ada adik ?

 

Wife bagitau dia loya tekak . Kali terakhir dia loya tekak , dia mengandungkan Qhaliff .. Wife bagitau dia penat sangat badan . Kali terakhir dia bagitau  gitu gak , dia dah mula mengandung beberapa bulan .. Simptom terakhir kalau dia bagitau aku , aku bau busuk ,confirm !

Tapi ? Tak mungkin kata orang kerana dia masih menyusukan Qhaliff dan tak datang period .. Tu kata mereka yang otai la . Kata aku , takde yang mustahil seperti mana beg aku yang senantiasa melekat kat bahu aku , boleh hilang ! Tiada yang mustahil atas dunia ini , dengan izinNYA.

Photo

Kalau wife mengandung .. confirm .. Maka aku kena rajin masuk dapur sbb wife tak lalu nak masuk dapur .. Serta aku kena bukak balik semua entri entri lama aku sewaktu wife mengandung .. Huhuh.. Bila eh ? Bulan Jun 2011 ? Sat aku cari .. o

Jumpaa .. Entri Aku bakal ada Junior ?? bertarikh  8hb Ogos 2011 , bermulanya episod baru dalam hidup aku .. Apakah akan bertambah lagi episod episod baru ?

Gulp .. Terbayang gak camana aku nak jaga dua dua sekali tu ! Apakah aku mampu update blog sebagaimana sekarang ? Tu belum lagi nak on semua segmen atas permintaan rakan blogger .. Camana aku nak update ? Mampukah aku ? Huhuh ..

Aku tak leh bayang semua tu .. Baru plan nak g gym semula .. Tapi tak pe.. Rezeki dari ALLAH kalau ada , aku terima dengan hati terbuka ..

Aku terharu ..

 

entry dah bertahun tapi nak jugak komen after tergodek2 baca ur blog ni. Saya mmg terjumpa ur blog pun dari link kat DTS sbb suka tengok2 resepi, saya ni bukan blogger kental, so mati2 at first tu ingat u guys orang yg sama hehe. Btw apa pun, once dah kat sini, terus melekat. Yang penting, your blog is so fun to read, esp pasal u jaga Qhaliff. Good job. “.

 

Dulu aku sering terfikir bagaimana nak tackle pembaca dari kalangan mereka yang suka membaca ni terutama mereka yang bergelar ibu sbb bagi aku , untuk menembusi hati mereka amatlah sukar melalui penulisan amatlah sukar ..

Dan sapa sangka dan aku sendiri pun tak sangka , aku dah pun berjaya melakukannya .. Aku tak target trafik beratus ribu sehari dengan entri entri panas tapi aku inginkan trafik yang datangnya dari mereka yang berilmu , berpengalaman serta nak singgah ke blog aku ni dengan niat nak membaca kisah yang aku alami hari hari ..

Dan kehadiran Qhaliff , menambahkan lagi pembaca terutama dari mereka yang bergelar ibu. Maklumlah , yang tulis dan bercerita datangnya dari si lelaki yakni suami atau ayah .. hehe ..

Dan .. hehe .. Doa doa la yer agar blog ni bertambah serinya dengan cerita cerita yang lebih menarik walaupun sekadar santai jer .. Hehe ..

Panas dan hujan ..

Sebelum raya ari tu Putrajaya asyik hujan petangnya .. Aku harap bila balik Kelantan , hujan gak sbb kalau panas , mlmnya mmg membahang ..

Ternyata panas terik di Kelantan .. tapi aku tetap syukur gak sbb bila panas , leh jln jln kat bandar .. Sepanjang 4 hari gitu .. huhu ..

Balik Putrajaya balik ... Tu diaaaaa .. hujaann memanjang .. huhu .. mmg mengundang kemengantukan mata ini .. Asyik nak tdo jer..

Ni aku baru balik dari umah baru aku .. G jengok sat .. Sepanjang perjalanan hujan .. Nasib baik dah biasa memandu dlm hujan lebat tp tetap kena hati hati..

Dan pastinya , mlm ni tidur awal.Penat tk hilang lg .. Dan ..er .. wife ngadu loya tekak.. Apakah ?? Apakah ??? Gulp .. dah boleh bukak taska dah aku ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Antu kamera !

 

“ Qhaliff .. jom ! “ . Melompat sakan kalau aku ajak dia keluar .. Macam tau tau je nak g mana … Mana lagi nak g kan ? Alamanda ler .. hehe ..

Tapi dalam kereta , tidurrr .. tidur , tidur dan tidur ! Tu jee dia teror selain ‘isap pek’ .. hehehe .. Tapi tak kisah laa .. Jangan kaco daddy dok memandu , udah ler ..

Sampai Alamanda , g Carrefour .. Shopping barang .. Dah Qhaliff .. tau dah nak duduk mana dia ..

 

Dan bila dalam tu , aku nak amik pic dia secara sembunyi .. Tau tau aja aku keluarkan kamera dan nak amik pic dia .. Huhu.. Terus menyebuk ..

Memang kaki kamera kot dak ni ? Nanti besar skit , kasi camera yang kuar air tu eh kat Qhaliff .. hehe ..

Qhaliff kembali ceria ..

Sblm raya ari tu decoder UNIFI aku problem sbb ada auto download update . Pastu terus problem. Tak leh tgk tv langsung sbb decoder tk leh guna

Pastu buat complain. Dan tadi diorg dtg dan check .. Dapat decoder baru dan Qhaliff seronok tgk rancangan baby .. hehe .. Dia pun turut 'bunyi' cam katun tu buat ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selamat tinggal ultrabook Toshiba ku ..

 

Dan kembali gunakan Sony Vaio aku ni haa.. Kalau ada duit , nak sambar ultrabook Sony Hybrid tu .. hehehe …

Sedih gak tak dapat bye bye kat ultrabook tu haa.. Al maklumlah , awek no 2 .. hehehe… tapi apa nak buat .. terima ajalahh ..

Sony ni pon , best gak .. tak la seteruk mana pon.. masih gak laju .. Dari takde langsung, baik ada kan ? Belajar belajar bersyukur laaa .. Guna apa yang ada depan mata ..

Qhaliff .. nanti daddy beli ipad mini untuk Qhaliff belajar ABC eh ? Perghhhh…. daddy dulu pun guna krayon utk blajar ABC .. huhu ..

Ditawar jadi model video klip muzik Indonesia !

 

 

“ Nak buat camana ni , tuan direktor ? “. Aku tanya kat dia .

 

“ Ok ..sandar kat dinding .. Kaki angkat tinggi. Satu lagi lunjurkan .. Tangan letak atas tuu dan mendada skit.. Haaa , macam tuu … Ok , jangan bergerak ! Diam kat situ .. “. Tuan direktor bagi arahan kat aku .

 

“ Cut , cut !! Saya nak pakai snow cap saya yang warna coklat tu. Warna kelabu ni cam tak kena je.. “ . Aku demand plakk … Krew produksi g amik dalam kereta aku dan datang serahkan pada aku ..

 

Aku terus pakai .. Baru nampak kacak bergaya camni haaa .. Hehehe ..

 

“ Ok , Ben .. Jangan gerak .. Control ! Kita mula skang … Ok semua … Anddddd Action !!! “

 

Aku keras .. Muzik dipasang. Ada pasangan lelaki perempuan berjalan ke arah aku . Tetapi aku macam patung ! Tiba-tiba terdengar suara baby yang aku kenal !

Qhaliff ??? Aku nak sahut tapi tak leh gerak kata tuan direktor ! Alaaaa .. sudah !! Mimpi la pulakkkk …

Aku celikkan mata .. Wife dan Qhaliff dok bergurau senda depan aku.. Heheh..

 

“ Ingat nak bangun dah tadi tapi tuan direktor tak kasi gerak ! Nak wat camana .. “ . Aku sengih kat wife ..

 

Tak sangat dia aku ni kaki ngingau ..

Pesan atuk pada Qhaliff ..

 

“ Nanti besar , belajar rajin rajin .. Jangan hisap rokok .. Jadi anak soleh .. Berbakti pada agama dan negara .. “

Haaaa .. dengar tu ? Walaupun dia tak faham sekarang ni .. tak pe .. nanti nanti , aku leh ulang balik apa Tok Ayah dia pesan kat dia ..

Sewaktu kat Kelantan ari tu , semua heran .. mudah benar dia nak kat orang .. hehe.. Tak nangis lak tu .. Main nak jer tapi dalam diam , dia pandang ayah dia .. heheh .. Macam mintak simpati jer .. hehee..

Hurm.. nanti kita balik kg lagi yer , Qhaliff .. Best kan ? Nanti ada dah sepupu baru .. hehe ..

Kesian Qhaliff ..

 

Lagi 2 hari , genap dia 7 bulan . Cepat benar dia membesar..  Semalam , dia penyelamat amarah aku .. Aku di kala terlalu geram kerana kes beg sandang aku tu , aku terpandang wajah dia yang muram seolah olah mengerti yang aku sedang dalam keadaan marah.

Aku lemparkan senyuman pada dia .. Dia membalasnya dan kembali ceria. Secara automatik , aku tersedar dari hasutan syaitan .. Istighfar dan kembali rasional ..

Kesian kat wife .. Kesian kat Qhaliff .. Tak mengapalah .. Biarlah beg sandang aku tu hilang samada dicuri atau apa saja nak diberi nama asalkan kedua dua insan yang aku sayangi dan cintai ini selamat ..

Betullah kata mereka .. Anak akan jadi penyebab kebahagian rumahtangga .. Harta boleh diusahakan tapi anak dan isteri adalah penyebab kepada segala semangat untuk segalanya ..

Kalau aku hilang ultrabook .. mereka ?

 

image

Hurm .. kita fikir kita saja yang bernasib malang … Tapi pada masa yang sama , ALLAH menguji kesabaran kesemua hamba hambaNYA .. Apakah kita sabar , setia dan berserah pada setiap ujianNYA ?

Dalam akhbar Hmetro hari ni , ada banyak cerita yang boleh membuka mata kita .. Bila membacanya , betapa syukurnya aku bila diuji hanya dengan kehilangan yang tidak seberapa itu. Redha dan istighfar ..

Manakala di New York pulak … taufan Sandy melanda bandar tu menyebabkan kerugian berbilion dollar …

Macam macam dugaan buat kita .. Sememangnya hidup ini adalah satu dugaan semata mata .. Sebentar saja pon kita atas dunia ni ..

Bila aku fikir-fikir semula ..

 

Sebenarnya aku tak kisah sangat kehilangan ultrabook dan kamera tu .. Tapi yang aku kisahkan tu adalah kandungannya . Hurm.. Kalau takat gambar bogel aku , takde sapa nak tengok aihh .. Sebenarnya lebih pada dokumentasi dokumentasi dan juga backup files .. Hurm..

Tapi tak mengapalah .. Redha..Bila mengenangkan orang lain yang lebih dasat dugaannya , aku terima dengan hati terbuka. Andai inilah dugaan aku dariNYA , aku redha ..

Sekurangnya-kurangnya , aku sekeluarga sampai rumah dengan selamat .. Tu paling penting berbanding ada yang mengalami kemalangan di tengah jalan raya .. Kereta problem .. dan sebagainya.. Aku takat hilang laptop dan kamera. Esok lusa ada rezeki lebih , leh sambar Sony hibrid tu .. hehe ..

Buat rakan rakan, jutaan terima kasih atas doa kalian . Semoga Allah berkati hidup anda sekeluarga .. Sian kat wife .. huhu .. Tak pasal pasal .. Dan Qhaliff .. huhu.. tengok je daddy dia berang dalam kereta tadi. Nasib baik cepat cepat istighfar.. Cepat tu tak la cepat sangat.. tapi sedar diri gak la.. Nak marah pon tak guna.. menda dah berlaku..

Dan buat PDRM GUA MUSANG , terima kasih kerana bersusah payah g mencari kat RnR tadi .. Tak pe la.. takde rezeki aku ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI