Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 November 2012

Kenapa aku patut berhenti blogging ?

 

IMAG4461_BURST001

Yang pertama .. Budak tecik ni dah pandai menuju ke netbook aku .. Pergh , rindu giler perkataan ultrabook .. Hahaha ..

IMAG4456

IMAG4463

Bila dah pandai bersuara , maka netbook aku ini akan jadi mainan dia .. Kalau tak dapat , dia menjerit . Kalau dia menjerit , takkan aku nak jerit kat dia balik ? Pergh .. pengsan dia .. Nanti aku dah tua , dia jerit kat aku balik ..

Benda lain dia tak minat .. Hp dan netbook ni pasti menjadi sasaran dia bila dia sedar dari tidur ! Grrr .. Ni yg aku nak hadiahkan dia ipad mini ni .. Hahahahhahaha … Sembang boleh laaa …

Kalau tak bagi ipad mini tu , bermakna aku berenti je la blogging.. Kasi dia je amik alih . Pastinya setiap entrinya memerlukan masa untuk korang pecahkan kodnya .. Maklumlah , hanya bayi saja yang faham kod mereka ..

Impian aku !



Ini kalau aku buat masa ulangtahun perkahwinan aku , confirm wife jatuh cinta lagi kat aku .. hahahha .. Jangan kata dia , aku sendiri pun leh jatuh cinta kat aku !!

Menarik giler idea orang ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Burger Bakar di malam hari ..

 

Dah mula diet dan mula bersenam. Tapi digagalkan sbb wife teringin nak makan burger bakar kambing .. Dan secara automatik aku nak jugak !!

Dan tempat aku g , pastinya Burger Bakar Lava Grill yang bermarkas di Taman Sri Serdang .. hehehe ..  Sedap ? Sedap laa… Kalau tak takkan aku g sana berkali kali .. Dan satu lagi , sbb dekat ngan umah aku .. hehee.. Dan satu lagi , pastinya sebab kawan yang jual.. Support kawan kawan la kan .. hehehe ..

Kenyang ? Hehe .. Alhamdulillah .. ok laa .. hehe ..

3 kali tukar tempat ..


Kat restoran ni aku rasa ramai student IPT sbb dkt ngan IPTA . Menariknya , majoriti merolok dalam restoran ni ! Akal mana ? Belajar utk cari kerja ke ?

3 kali aku ubah tempat utk elakkan perokok. Karang tegur , ada pulak tak puashati . Aku dah 3-4 kali tgk pon wat dek lagi .. Sangat bagus perangai .. Akal ada tp tak guna .. 

Kecewa dgn manusia mcm ni ..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Pontianak vs Orang Minyak

 

Nak download ke ? Hehehe .. Belum pon main wayang aihh .. hahaha ..

image

Aku baru dapat jemputan untuk hadiri ke pratonton filem ni .. Jarang aku nak gi pratonton ni sbb jauh sangat dari rumah. Tapi memandangkan ini filem dari Adlin Sauki dan pelakonnya pulak dua dua aku minat ( Nabil dan Johan ) , aku nak tengok gak la apa menariknya hingga Adlin Sauki sanggup buat filem begini .. hehe ..

Memula aku dengar tajuknya , aku angkat kening ala ala The Rock . Apa pulak laaaa cerita kali ni haaa .. Memacam tajuknya aihh .. Ni dah macam Twilight la pulak .. hahaha ..

PraTontonnya , minggu depan .. Wife pon dah bagi lampu hijau untuk g … Hehe.. Tqq .. Tak kasi , aku tak g.. Baik kan ? Haaa ..

Best atau tidak , filem ni .. tunggu je la lepas aku g tengok .. Pastu aku review.. Kalau best , g serbu ramai ramai .. Tak best , erk.. erk… Jap , Qhaliff panggil ..

Patutlah mak yang kena kerja ..

 

 

Bukan aku kata yer .. Ni mak Qhaliff yang sendiri kata .. Kenapa dia kata gitu ? Sebab bila mereka berdua je kat rumah , Qhaliff seperti labah labah dan maknya seperti sarang .. Melekat berdua ke mana mana ! Nak masak ? Nak pam susu ? Jangan mimpi la Qhaliff bagi permit pelepasan ..

Tapi ngan aku ? Letak je laa .. Dia ok jer.. Kecuali datang ‘gatai’ dia , mmg suruh dukung memanjang. Tapi kebanyakkannya dia tak kisah langsung .. Letak dan wat hal sendiri ..

Tensen mak dia bila aku kata , Qhaliff ok aja dengan aku . Mana berani nak lebih lebih .. Smackdown nanti haaa …

Ni dok bantai tidur Qhaliff.. Lega skit mak dia .. Baru dapat lari g kerja. Kalau tak ? Aku lak sambung kena dukung .. Manja terlebih nii .. Nak babap ? Pandai dah wat muka welfare !

Hari tu Indonesia . Hari ni tawaran dari Jepun lak ?


Yang tawaran dari Indonesia  hari tu , aku tak bg kata putus  pun .. Dan hari ni , aku dpt tawaran dari syarikat Jepun lak ..

Ala , ni banner advertising cam Advertlets , Innity tu la. Eceh .. tak nak sebut yg satu lagi tu ke ??? Hahaha .. tammoooo .. Aku anti giler yang mula dari 'N' tu .. Nasib baik la aku mula dpt income dr situ , jd terhutang jugak la.. Kalau tak , mmg  aku dok 'menembak' diorg jer ..  Hahaa.. Tak baekk okeh !!

Apakah aku akan terima pelawaan dari syarikat ni lak ? Hurmm .. Nak baca agreement dan TnC dia betul betul ..

Makin penuh la banner kat blog aku .. Tak pe .. nak kumpul duit beli ultrabook Sony Hybrid.. Ok pe niat tu dr pasang niat nak nikah lagi ? Haaaa ..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Amboi .. tamo air sejuk la Qhaliff ni ..

 

Saja pekenakan Qhaliff .. Hahaha .. Tamo manjakan sangat .. Slow slow nak mandikan dgn air suam . Selama ni air panas + sejuk .. Tapi saja aku bagi sejuk semalam .. Tapi tak lama pon.. 2 tiga jirus je.. Selebihnya aku lap jer ..

Bukan nak ‘dajalkan’ dia tapi nak ajar dia slow slow .. Sebab wife kata bila dia mandikan dengan air suam , meraung dia.. Tapi ngan aku , oke jer .. huhu ..

Air suam ? aku bagi .. tapi dia tak nak. Tau dah beza warna .. Hahaha .. Mana air kosong dan susu .. Waduhhh …

Ok .. nak g solat Jumaat.. Nanti Qhaliff leh follow daddy , oke ?

Jerung tewas dengan taekwando !

 

Ok fine ! Aku perlu belajar berenang dan nak blajar tomoi ! Hahahaha .. Mana tau nanti berenang kat sungai atau kolam renang , aku kena attack dek jerung atau buaya dan aku akan mengkarate itu buaya mahupun jerung !

Jangan tak percaya okeh ! Ianya berlaku dah pon.. Sapa sangka kan ? Dalam keadaan terdesak , apa saja ilmu yang ada di dada , boleh digunakan untuk menyelamatkan diri ..

MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.

Di Hawaii , seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Heheh .. Tu yang aku baca kat Hmetro tadi ..  Ni yang aku berkobar kobar nak sambung belajar Aikido ngan Steven Seagal .. Heheh .. Leh lawan ngan sotong nanti ..

Aku cukup benci pada pemandu lori !

 

Yang cukup kurang ajar ! Ayat tak abis kat tajuk tu .. Haaa.. Bukan semua tapi hanya segelintir saja yang beperikemanusiaan. Tapi bak kata orang , kerana nila setitik ..

Tak caya , cuba memandu ke Kelantan ikut Gua Musang. Dari situ korang akan bertemu pemandu lori yang berhati perut dan jugak tidak ..

Kalau kat dalam bandar ? Jangan cakap laa.. Ada yang berada di belakang kereta kita dan beria nak himpit supaya kita beri laluan pada dia sedangkan laluan tu bukan boleh laju mana pun .. Tu belum masuk lagi part nak masuk lorong .. Bersungguh dia nak masuk dulu ..

Ada pernah aku berbual dengan pemandu lori treler ni. Diorang kata mmg gitu sbb diorang besar .. Sapa nak lawan , cubalah .. Hurmm.. Sampai begitu dangkal sekali pemikiran mereka ..

Dalam akhbar Harian Metro hari ni , sedih aku membacanya .. Sekeluarga mati kemalangan apabila kereta yang naiki merka bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, Kedah.

pix_middle

Menurut akhbar tu , kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Aku tak salahkan pemandu lori atau sapa sapa kerana aku bukanlah pegawai penyiasat kejadian . Cuma aku harap , pemandu kenderaan yang besar besar ni , bawak la elok elok .. Patuhi undang undang .. Jangan fikir awak besar , semua nak celah jer .. Ingat , bila eksiden , bukan awak je yang naya .. Kot orang lain pon terlibat sama .. Hurmm..

Innalillahiwainnailaihirojiun .. Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah …

Nak beli kereta baru ..

 

Selepas terdengar Que Achmad kata dia berminat dengan Nissan Almera Impul yang baru je keluar dalam bulan lepas tu , aku g tengok kat showroom untuk mengetahui apa yang menyebabkan dia berminat benar terhadap kereta tu hingga ada plan nak tukar ke kereta tu ..

Semalam , selepas makan di restoran Nasi Ulam Aida , aku g tengok … Sambil dukung tu , aku dilayan oleh seorang staff berbangsa melayu kat situ.

Cara layanan dia macam aku ni sengkek sangat. Tak beria sungguh . Maklumlah , gaya aku pun gaya orang miskin. Memang pon kan ? Hehehe ..

Dalam aku dok tanya dia , tetiba ada sorang laki berdiri berhampiran dia .. dia terus menegur dan bersalaman orang tu tanpa pedulik dah kat aku .. Hahaha .. Aku terus blah dari situ.

Lepas wife abis makan , dia ajak g tengok . Memang kitorang plan nak tukar kereta tapi bukan dalam masa terdekat ni laa .. Nak settle hal rumah dulu ..

Bila kitorang sampai semula kat showroom tu, kitorang dilayan oleh staff berbangsa cina. Dia layan bersungguh-sungguh hingga kitorang nyaris tergoda gak laaa .. Nasib baik aku sakit perut .. Kalau tak , dah nak test drive dan plan nak tukar terus ! Hahaha.. giler ..

Tapi kensel .. Sabtu ni baru nak test drive. Bila aku tanya pendapat Que Achmad , dia kata jangan beli lagi. Tunggu tahun depan .. Rugi tahun katanya .. Betul gak ..

Dan semalam, aku tanya pendapat KakiSembang lak .. Dia suruh try Toyota lak .. huhu ..

Beli beca je la ..

Gara-gara beg aku hilang , wife nak kena cerai ?

 

Kenangan terakhir beg  sandang di bahu aku .. hehe.. Bersama blogger Syazwan Che Deraman ..

Semalam , wife bukak mulut .. Rupanya dia takut sangat tengok muka aku ketika dpt tau beg tu takde dalam kereta. Berubah sungguh muka aku , katanya .. Geram tersangat sangat ..

Dia cerita kat aku semula semalam .. Dalam hatinya ..

 

“ Habislah aku nak kena cerai .. “

 

Aku dengar .. Terus aku ketawa .. Aku kata aku tak gila lagi aihhh nak cerai isteri semata mata beg tu hilang . Memanglah aku sayangkan ultrabook aku dan kamera tu tapi aku sayang lagi anak isteri aku …

Segalanya dugaan dari ALLAH .. Ada yang lagi dasyat dugaannya dan mereka lagi tenang menghadapinya ..

Sabarnya Qhaliff ..

 

Dia jaga lebih awal dari aku . Tak menangis dan tak ganggu aku pun . Dok main sebelah aku jer dan menyanyi nyanyi .. Sabar jee dia nak tungguu aku jaga .. Hehe.. Aku lak tersangat mengantuknya gara gara g tengok pratonton SkyFall .. Jauh benar tempatnya ..

Akhirnya aku jaga … tengok dia.. Senyum je dia .. Siannn dia .. Terus siapkan susu dia .. hehe.. Kang kul 10 baru bagi mandi. Awal sangat nak mandi ..

Orang kata , bagi susu ibu ni .. anak baik jer … Wallahualam .. Tapi Qhaliff sangat sangat baik dan tak buat perangai .. Syukur dapat dapat dia ..

Apabila Qhaliff ketawa ..

 

image

Aku cuma agah dia jer ..

“ Haaaa .. tengok budak niiiii .. “ ..

Dan dia ketawa berdekah dekah .. Aku tak rasa dia ketawa sbb lucu atau diagah .. Dia gembira kerana mak ayah dia ada di sisi dia setelah sepanjang hari dia tengok muka aku jer.. Haahaha ..

Aku letak video dia tu kat page SANTAI BEN ASHAARI .. Dan apa kata mereka di sana lak selain di fb aku tu ?'

image

Hilang rasa penat bila dengar dia ketawa .. hehehe .. Video tu skit je dan rekod dah tengah tengah. Kalau dari mula , dia ketawa macam orang tua dah .. Adoi.. Macam tak percaya je tengok dia .. Maklumlah , dari baby dia depan mata aku .. huuhu ..

James Bond - SkyFall

Baru pas tgk kat e-Curve atas tiket jemputan bersama blogger KakiSembang .. Terima kasih Advertlets ..

Best tak ? Memula tu best la .. mmg style James Bond .. Tp blkg blkg , dh mcm citer perang yg tak logik .. Hahaha..

Apa pun , best utk dilayan .. hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI