Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 3 November 2012

Qhaliff raba daddy !

 

Apa pulak yang geli lak kat dada aku neh ? “.

 

Aku bukak mata .. Huk aloh .. Jauh betul anak aku ni ‘merantau’ mencari susu ! Hahahaha ..

 

Qhaliff  … daddy punya dada , lama dah kering .. Susu dah menjadi keju pon .. “.

 

Aku angkat dia dan letak di tempat asalnya yakni sebelah ibu dia .. Aku kejut mak dia dan aku terus sambung tidur ..

Muhahaha .. Nasib baik tak payah buat susu .. Kalau tak , pakat tolak tolak aih .. hahaha ..

Bila kemalangan di Kuala Lumpur ..


Eksiden + Hujan = I love Kuala Lumpur !!

Tadi kat lebuhraya Bandar Tasik Selatan .. aku ingatkan ada banjir ke apa sampai berjela sesaknya ..
Bila sampai kat depaaaannn nun , tu diaaa aihhh .. kereta berlanggar antara satu sama lain. Tiada kemalangan jiwa tp yg bestnya .. Ramai benar penyebok nak tgk apa kesnya !!

Bila lepas dari kawasan tu , jalan clear mcm semua orang KL balik kampung masa raya !! Perghhhhh .. Eksiden punya hal je !!

Ramai penyiasat persendirian tak berlesen kat Kuala Lumpur ni ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sepupu-sepupu Qhaliff Iman ..

Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia ..  Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..

Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Santai BEN ASHAARI dalam Utusan Malaysia.

Terima kasih pada blogger Telur Dibasuh kerana maklumkan pada aku di Twitter tengahari td. Kalau dia tak bgtau , aku tak tau gak sbb dah berkurun tak beli paper .. hehe

Jutaan terima kasih pada Utusan Malaysia dan juga rakan rakan dunia maya ... Semoga Allah berkati anda semua ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sudah ready Qhaliff !

Bangunnnnnn daddyyyyy !!!!!

Aku tak bangun bangun lagi hingga kul 10 pagi .. Mak dia ada .. jaga Qhaliff jap,.. Nak balas dendam berhari bgn awal ! Bukan apa , mlm td tdo sakit kepala .. Ni dah ok skit ..

Ok tak alasan ?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bayi maut tersedak susu ..

 

Innalillahiwainnailaihirojiun ..Takziah buat keluarga mereka ..

Bharian melaporkan , cucu perempuan kepada Pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Jalan Duta di sini hari ini.

Dalila Haifa Dafrizal Shah, tiga bulan, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, bayi itu ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang datang menjemput dua anaknya dari pusat tersebut.

Petikan atas tu dari akhbar Bharian. Aku tak mungkin tulis secantik gitu la yer .. Ok, kembali pada isu .. Tersedak susu .. Menurut dari rakan pembaca yang mana aku pernah buat entri yang sama isunya iaitu tersedak susu , mereka kata kebanyakkan yang tersedak susu ni ialah mereka yang gunakan susu formula .. Hurm ..

Qhaliff , selalu gak muak dan tersedak susu. Walaupun dah disendawakan , dia tetap akan muak. Mungkin sbb terlebih minum susu. Jadi , aku kurangkan jumlah setiap botol. Kira bagi mencukupi untuk sekalli minum.

Dan alhamdulillah , tak dah muak . Kecuali bila dia menyusu sambil main ! Haaa .. Mesti ada punya .. Yelah , dah dijolok jari dalam mulut , bapak budak pon boleh muntah gitu haa ..

Jadi , hati-hatilah dengan anak anda yang masih kecik itu . Aku pun kena hati hati gak ..

Mengambil kesempatan pada bayi merangkak !

 

Hahahaha .. bijak , bijak ! Aku tak leh bayangkan kalau aku buat gini pada Qhaliff !

 

image image

Di London , sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.

Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.

Walaupun mungkin ada rasa tak sesuai atau mengarut sekurangnya mereka datang dengan satu idea yang mengabungkan 2 dalam 1 .. Ok la kan ? Hehehe..

Amacam ? Hahaha .. Kalau Qhaliff pakai ? Tunggu nanti nanti nak pindah umah baru .. hehe .

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI