Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 4 November 2012

Mengugat ketenangan di malam hari !

 

ABC di malam hari ? Camana dengan diet ? Perghh .. memang mengugat iman aku betul laa ! Hahaha ..

Ni bukan aku punya .. Tapi member aku yang order.. Aku tamo laa .. Aku dah nekad nak start diet neh ! Cam tadi , dah bedal 2 bungkus rojak sotong .. hahaha .. Diet la konon eh ?

Sebelum rojak sotong , aku bedal dua pinggan nasi briyani kat kenduri kawin di Bangi Golf Resort. Sedap la pulak nasi tu. Tu pasal aku bedal sampai dua pinggan .. Menda free .. hehe ..

Dan tadi , sewaktu lepak ngan blogger KakiSembang dan Tinta Ashraf , aku tapau maggie goreng kambing untuk wife .. Daging kambing tu sbb aku nampak memberi kesan positif pada wife .. Banyak pulak susu bila pam. Heheh .. Ni yang aku nak bela kambing ni..

Tapi maggie tu , aku amik suku.. hehehe .. Sedap wooo .. Macam nak keluar gi beli lagi 2 bungkus lak ..

Cuba cita kat aku , camana aku nak kurus ? Makan ubat je tak guna kalau tak jaga pemakanan .. Nasib baik dah start workout ..

Farid mahu isterinya jaga batas ..

 

Dari Mstar yang aku baca ada tertulis ..

Saya tidak tetapkan sebarang syarat untuk dia berhenti berlakon. Apa yang lebih penting, dia perlu tahu menjaga diri sebagai isteri.

"Dia perlu menjaga hal ehwal saya sebagai suami dan meningkatkan pengetahuan dalam ilmu agama,”. Dia yang kata .. Baca sendiri kat Mstar ..

Ehem .. Si suami pun kena tunjuk contoh yer .. Jangan berlakon peluk peluk dah dengan yang bukan halal baginya yer .. Jaga isteri elok elok ..

Hurm… Kena terbit dah filem keIslaman pasni yer abe Farid .. Semoga bahagia ke akhir hayat … Tahniah buat keduanya ..

Kawin sudah adik angkat ku ..

Kenal dia masa sekolah .. Jiran jugak .. Masa tu sekolah menengah .. Ramai gak adik angkat aku .. Diorang yg nak angkat aku .. hahaha ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pening bila nak berhutang !

 

Perghhh … Beli barang dgn bayaran ansuran , baru RM6K .. tup tup .. dia bagi murah dengan bayaran terendah untuk 24 bulan .. mahu cecaah RM9K ! Perghh.. terduduk gak woo bila kira kira gitu ..

Kena terima ! Nak beli tunai , bukan tak boleh tapi takut tunai nak guna untuk emergency nanti ..  Sapa tau kan ? Tu baru dua barang .. Kalau nak beli barang lain ? Gulp ! Berpinar bijik mata ..

Aku terfikir gak camana mereka yang hidup dengan hutang keliling pinggang .. Aku hutang baru keliling leher je ni .. Tu pon dah pening dok mengira ..

Tapi bak kata orang , kalau tak berhutang atas dunia ni .. tak sah . Nak beli tunai , tak mampu .. Kalau tak tak mampu , jangan berhutang ! Haaa .. Jadi , tepuk dada tanya selera .. Nak hidup selesa , berusaha mendapatkannya .. Dalam erti kata lain , berjimat sewaktu masih muda . Simpan duit dik oiiii ..

Muhammad Qhaliff Iman , 7 bulan..

Dah 7 bulan 2 hari usia dia .. Makin lasak , makin kuat makan .. Kegemaran terkini , suka tarik bulu kaki dan bulu lengan aku bila dok menonton tv.

Selain dari tu , kalau aku masih tidur dan dia dah jaga , dia akan gunakan kaki dia utk kejut aku ..Adoiyaiii ... Banyak nak kena ajar nih ! Hahaha..

Lagi , dia dah pandai 'sayang pipi .. hehe.. Lagi lagi ? Pandai sangat wat muka seposen bila orang makan !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Blog dan laman web pilihan di Utusan Malaysia

 

Satu penghormatan buat semua rakan rakan blogger. Diiktiraf penulisan blog hingga ‘layak’ diangkat ke dalam akhbar dan juga television .

Sapa sangka kan ? Dulu kita sangka , blog yang punya penulisan yang penuh skill atau blogger yang punya rupa paras menawan saja mampu ke dlm akhbar atau tv ..

Aku tak tayang muka kacak pon ? Heheh .. Aku siap tayang anak lagi haaa .. Hasil kreativiti header dari rakan yang aku sendiri pun tak kenal , blog aku diangkat kali ini . Aku rasa banyak dah blog dipilih kan ? Tak kisah la.. Sekurangnya , blogger seperti kita ini mendapat perhatian dari pelbagai pihak .

Sekarang , dalam tv pon blogger dah mula boleh cari makan .. Kalau dulu , tempatnya hanyalah dunia maya tetapi sekarang ni , dah ada jadi pelakon pun haa ..

Tapi aku , aku lebih rela di dalam dunia maya ini saja . Inilah tempat aku mula dan berakhir. InsyaAllah .. Perjuangan aku melalui penulisan mmg aku impikan sejak dulu lagi ..

Bila rakan blogger di Twitter memberitahu mengenai artikal di Utusan Malaysia tu , aku tak sabar nak tau apa kisahnya. Bukannya bangga atau suka giler tapi nak baca apa pendapat wartawan tersebut mengenai blog aku ..

 

BEN Ashaari boleh dikatakan antara ‘otai’ dalam dunia blogging dan entri-entri yang dihasilkannya sering mendapat pilihan pembaca-pembaca blog.

Entri yang dihasilkannya sangat menarik.Tidak kira mengenai isu peribadi , isu semasa , sukan dan hiburan , semuanya ada .

Bahan bacaan yang ringan dan santai membuatkan penulisan Ben amat diminati dalam kalangan golongan muda. Dia kini mempunyai lebih daripada 25,000 pengikut blog.

Jika kamu mempunyai masa lapang , cubalah jenguk rangkaian blog milik Ben Ashaari ini . “.

 

Siapa sangka kan ? Jika ada keingina dan usaha , insyaAllah. Aku masih ingat lagi orang kata aku ini gila blog .. Gila update dan macam macam lagi la nama aku dapat .. Tapi aku masih lagi disini dan mereka yang mengelar aku dengan gelaran itu , entah di mana ..

Bukan riak atau takbur tapi jadikan ini satu semangat perjuangan untuk memastikan segala impian yang menjadi realiti walaupun nampak hanyalah satu fantasi. Sapa tau kan ?

Aku sendiri pun tak pernah terfikir akan pergi sejauh ini ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI