Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 12 November 2012

Minggu ke 2 ..

24hb ni , tak leh main dah kat KBS ni sbb dah pindah .. huwaaaaa ... Training ngan Qhaliff je la jwbnya .. Hurmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pontianak vs Orang Minyak : Pendapat aku

 

Terus terang , aku minat filem lakonan Afdlin Sauki sejak Soal Hati .. Nabil dan Johan juga aku minat lawak mereka tapi lom sampai aku taksub nak bergambar dengan mereka la .. hehe..

Hari tu ada aku g screening filem Pontianak vs Orang Minyak di eCurve , Damansara bersama 3 orang lagi rakan blogger .. Ramai lagi blogger ada ..

Disebabkan ramai pelakon yang best best berlakon dalam filem ni , aku bersetuju untuk tinggalkan Qhaliff sekejap semata mata nak tonton filem ni seterusnya membuat review ..

Kul 10 malam .. Filem bermula .. Tadaaaa .. 10 minit pertama , mmg ketawa ketawa manja gitu .. Kemudian , sejuk balik .. Aku tengok kawan aku kat sebelah , tidur dah .. Ok , mungkin bukan citarasa dia kot.. Dia mungkin lebih gemar citer cam National Geographic atau Kajian Sejarah Tempatan .. Terpulanglah ..

Aku pun mula menguap sikit skit .. Tapi bila ada babak hantu ni bercinta dengan orang kampung , aku kembali panas. Bila ada dialog double meaning .. Aku pun suka gak laa .. Maklumlah , nak harap babak lain , ‘tawar’ je rasa ..

Dan .. tau tau abis ! Laaaaa .. Abis dah ?? Tu je ?? Mana part gaduh pontianan ngan orang minyak ??? Oh , tadi tu.. 5 minit je gaduh ! Ingatkan ala ala filem Twillight tu haaa .. HAMPA ..

Dan tadi , aku baca kenyataan Afdlin Sauki di Mstar yang berkata filem ni adalah untuk mengajar orang terutamanya kanak-kanak untuk berani berdepan dengan makhluk itu.

Gulp .. Terus terang la kan .. Tak sesuai la budak kecik tengok filem ni . Sebabnya ? hurmm .. Ada yang tak sesuai terutamanya pakaian pelakon perempuan yang over dan ada kat satu babak ketika berkemban tu haa.. Mak aih.. Mana LPF ??? Tidur ke ???

Tu je la.. Apa pon , duit anda , hak anda .. Selamat Menonton ..

3 jam online FACEBOOK , mental kacau punya !

 

Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’. “. Selanjutnya  ,baca sendiri kat SINI .

 

 

Jangan kata budak sekolah .. Yang dah abis sekolah pon kalau terlalu lama mengadap FB , macam macam penyakit leh mai .. Antaranya penyakit pengatal , penipu , pencurang , pengacau , pengebas awek orang , penprovokasi , dan macam macam lagi pen ada laaa ..

Nak lagi best , ada yang tak siap kerja pejabat , kerja rumah , anak terdampar kesepian ( sambil tengok Qhaliff.. dia ok ! ) , boss nikah lagi dan banyak lagi penyakit berjangkit ni ..

Nak online boleh .. Kejap kejap dah la.. Jangan jadikan Facebook tu sumber rujukan hidup kita.. Anggap cam g tandas je la.. Sesekali dalam sehari ..

Suami nikah lagi ? Smileeee !!

 

Suami memang tak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami .. “

 

Perghh .. senyum riang aihhh para suami .. Namun begitu mereka perlu buat permohonan terlebih dahulu . Ada yang tak buat dan main nikah kat sempadan .. dan mereka cuma didenda aja .. ehehe .. Ok jee .. Berani buat , berani bayar kan ?

Aku ? Nikah lagi ? Aku ??? Ada ke yang berminat ngan aku ? Ada kee ?? Ada yang akan kata ..

 

Boleh ke berlaku adil pada isteri isteri tu nanti ? “.

 

Ahaaa.. Manusia .. Bolehkah berlaku adil ? Yang boleh berlaku adil cumalah ALLAH .. Manusia cuma mampu bertimbangrasa dan berperikemanusiaan .. Hehehe ..

Jadi , aku nak la menikah lagi eh ? Eh .. mana Qhaliff ? Wahh.. jauh dah dia merangkak ..

Tolong jangan tinggalkan ayah !

 

Hanyalah kau saja dihati ku ini .. Oh , Qhaliff !!  “

 

Kalau aku ucap gitu , sememangnya Qhaliff tak berpeluang nak dapat adik dah .. Atau akan dapat adik dari ‘produksi’ yang lain .. hehehe ..

Apa pun , mmg aku senantiasa memerhati ke mana budak kecik in gi apatah lagi dah boleh merangkak macam mentadak mentadu .. hahahha .. Kenal tak ?

Budak2 ni, mmg gilers bergambar.. Aku, letih dah nak bergambar. Dengan anak , kena sbb kenangan wooo.. Nanti besar leh tengok tengok balik .. kak kan ?

Jam tangan bernilai RM12.6 juta

 

Perghh .. terkedu jap aku dengar harganya .. Aku antara mereka yang gemar tengok kecanggihan serta kecanggihan jam tangan . Tetapi aku lebih gemar ‘dengar’ jam tangan yang harganya cukup membolehkan kita nikah berkali kali tanpa menyesal .. hehe .

Dalam akhbar Kosmo yang aku godek pagi ni , jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.

Menariknya , hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.

Pergh .. aku nak beli jam harga lebih 1k pun dah tertelan air liur . Jangan kata nak beli , baru nak cakap nak beli , wife dah bagi tamparan wanita melalui jelingannya yang manja itu ..

Terdampar penangan jalan jauh !

 

Kul 9 pagi kuar rumah .. Kul 9 malam baru sampai ! Sepanjang hari diatas jalan , maka hasilnya ..

 

Tdo awal , bangun lewat .. Hurmm.. Kesian kat Qhaliff .. Tu dahi merah tu , tak tau kena kat mana .. Tau tau , merah dah .. Bukan kat rumah pun dapatnya ..

Bagusnya Qhaliff , jalan jauh pon tak buat karenah .. Kecuali tahap bosan sangat , dia nak ajak main .. Kena ada orang layan dia baru dia tak wat hal .. heh ..

Qhaliff nak masuk IDOLA KECIL 10 ?

 

Blajar merangkak ke atau nak layan joget ni ? Klik SINI untuk layan videonya ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI