Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 13 November 2012

Qhaliff , ok dah ..

 

Alhamdulillah ..

 

Tadi dia berak lagi .. Memula tu nangis gak .. Mungkin dia takut sbb pedih kan ? Yelah , sebelum tu kan sakit skit sbb sembelit .. Tahi keras gitu ..

 

Selepas jumpa doktor tadi dan dia kasi ubat , najis dia lembut skit dah .. Berak tadi pun aku buat style kita kita berak gitu .. Hahaha .. Bukan apa , dengan cara gitu , senang dia berak haaaa ..  Tapi tak sesuai Qhaliff  nak guna toilet bowl lagi .. hehe .. Nanti beli yang khas untuk Qhaliff eh ?

Apa pun , lega skit bila dia dah ok . Tengok dia pun dah kembali ceria selepas berak tadi ..

Terbayang muka menteri pasola yang sembelit tu haa …

Nasib baik Qhaliff ok ..

 

Doktor suruh Qhaliff banyak diberikan makanan berasaskan fiber terutama sayuran yang punya serat atau fiber seperti sawi .. Sat nak google lagi apakah sayur yang punya serat yang tinggi .. Tak jumpa pulak.. Katanya sayur berfiber ni berdaun hijau dan punya jalur putih .. Apa eh ?

Katanya lagi elakkan dulu makanan yang dia makan skang seperti avacado , carrot dsbnya.. Banyakkan makanan berserat ..Hurmm ..

 

IMAG4642

Hurm.. Susu tu , jangan kurang aihhh .. Jangan ingat bila dah makan , susu leh kurang .. Tu yang silap besau tuuu .. Tu pasal jadi sembelit.. Yang tua macam kita ni pun kena banyak minum air untuk elakkan sembelit ..

Dan merah di dahinya tu katanya cuma alahan akibat terkena benda dan akan surut dengan sendirinya ..

IMG_20121113_104218

Hurm… Qhaliff , Qhaliff ..

Berak berdarah la pulak ..

Sembelit .. Hurm .. Bila 'penjaga ' nasihat , tamo dgr .. Mentang mentang la 'penjaga' lelaki .. hurmm .. Dah jd gini , kelam kabut ..

Nak bebel lelebih , cair jugal taik telinga nanti .. Biar je doktor yg bebel .. Malas dah nak bebel .. Nasib aku takde DR. je kat depan .. Kalau ada ?? Haih ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Belum berkemampuan ..

Perghh .. Cantik .. Harga pon cantik .. Berkualiti .. Confirm cantik kalau kat ruang tamu aku rumah baru aku tu haaa ..

Tapi , bila congak congak .. hurm ... Nanti je la beli .. Banyak sangat dah berabis ni terutama tang renovate tu haaa ..

Tunggu masyuk skit lagi laaa .. Nak selesa tp jgn sampai tak selesa hidup , udah la kan .. Hutang jgn sampai buat hidup merana ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Qhaliff Iman , Lyssa Faizureen dan Ben Ashaari

 

Perghhh .. Tewasssss akuuuu ... Mentang mentang aku kawin dahhh !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kempen Deepavali 2012 oleh PETRONAS

 

Deepavali kembali lagi. Seperti perayaan perayaan yang lain ,PETRONAS memainkan peranan mereka untuk memeriahkan setiap perayaan yang ada di Malaysia ini .

Dan di Galeri Petronas , KLCC satu kempen perayaan Deepavali telah dirasmikan dan diberi nama “ Be the Light – A Celebration of Culture and Tradition” . Gabungan budaya , musik tradisional , pakaian tradisional bangsa India menjadikan lagi exhibition itu lebih menarik dan patut dikunjungi untuk melihat lebih dekat lagi budaya masyarakat orang India di Malaysia.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut setiap acara yang bakal dianjurkan di Galeri Petronas , KLCC dan juga jadual segala event sempena Deepavali ini , sila klik List of Activities Lined Up at Galeri PETRONAS ini .

Ahaa.. Kat bawah ni video perasmian Kempen Deepavali 2012’ oleh Petronas dan video sempena Deepavali 2012 oleh Petronas.

Selamat menyambut Deepavali ..

Bagaimana nak tingkatkan trafik blog ?

 

Hurm ..

Camana eh ? Sebenarnya , mudah jer nak tingkatkan trafik ni haaa .. Segalanya dah terpampang di depan mata terutamanya di dalam dunia maya ni ..

Cuma antara kita nak atau tak nak je guna .. Yang pastinya , ada yang nak dengan cara mudah .. Trafik yang datang , dia nak berkekalan .. Usaha ? Hehehe ..

Fikir .. camana nak dapatkan trafik terutamanya untuk blog . Kebelakangan ini , cara mudah utk mendapatkan trafik adalah melalui fan page atau group di Facebook sangatlah . Tu cara paling mudah .

Cuma trafik begini memang merugikan blogger kerana mereka terpaksa mencari isu isu panas atau isu yang mampu membuatkan members di dalam page tu untuk ke blog kita .. Persoalannya , berapa ramai yang akan terus membaca entri yang sebelum sebelum itu memandangkan mereka masuk hanya kerana tertarik dengan entri panas tersebut ?

Mendapatkan trafik yang besar mmg mudah tapi untuk mendapatkan trafik yang sejati tu yang sukar .. Blogger terpaksa mencari isu panas atau bermain entri bersifat SEO untuk mendapatkan trafik setiap hari !

Kalau sekadar cerita biasa , apakah members di page akan tertarik ? Bagi aku , pendapat aku .. tak perlu trafik yang beribu ribu tapi tiada memberi kepuasan pada penulisan kita ..

Cara terbaik untuk mendapatkan trafik sejati ialah , perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya itu ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI