Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 14 November 2012

Manisnya bermadu. Dari satu ,akhirnya 4 !

 

Sedap niiii .. Blogger Sukur Ibrahim bagi kat aku tadi .. Memula tak nak makan sbb aku kan on diet .. Kononnya laa .. Tapi tadi dalam kereta , wife gi bukak kotak ni .. maka semerbaklahh baunyaa .. Aku terus mintak satu ! Tak kira walaupun tengah drive , aku nak makan gak !!

Dari satu hingga sampai rumah , aku dah makan 4 ! Mak aihhh .. Berjela gula dalam badan aku petang ni.. Nasib baik jap lagi nak g gym .. Banyak kalori nak bakar nehhh ..

Dan terasa perbezaannya dengan Big Apple dan Dunkin Donut yang mana aku makan satu pun dah cukup ‘menyesal’ kerana kemanisan gulanya ..

Yang pastinya , donutnya saja dah cukup sedap dan juga lembut .. Hehe.. Kalau tak , takkan 4 aku bedal kan ? Sanggup rosak diet .. hehe ..

Ok ok.. Menurut Sukur Ibrahim , donut ni projek dia ngan kawan dia .. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , g kat FB diorang .. GEBOO

 

Sepetang bersama blogger SUKUR IBRAHIM

 

Itulah blognya .. AKU TETAP AKU .. yang sememangnya dah ramai kenal terutama dengan kebijaksanaan serta terkenal dengan  kecekalan mahupun semangat juangnya tak kira dalam dunia maya mahupun realiti ..

Dah berkali deal nak jumpa dan akhirnya.. hari ni dapat jugak bersua mukaaa .. Alhamdulillah .. hehehe .. Dan dia pun bagi sesuatu untuk aku dan Qhaliff makan .. hehe ..

IMAG4648

Saja jeee nak suh aku kembali berisi ehhh .. hahaha .. Tkde laa.. Dia kasi ikhlas , aku terima dengan ikhlasnya ..

IMAG4651

Wah .. pasni leh la lepak selalu memandangkan kitorang dekat je .. Erk , selalu tu tak la sbb aku nak pindah dah .. huuhu ..

Walaupun seketika je lepak , tapi dapat gak sesuatu darinya .. Nampak kecik tapi penuh ilmu serta pengalaman hidup di dada okeh !! Hehe..

Terima kasih Sukur .. Nanti lepak mamak eh ..

Promosi November

 

- IKLAN -

Alhamdulillah...Nov dah memulakan hari pertamanya....^_^
Bulan NOV ni promo JAMU ORG PUTIH!!
Khasiat sama macam JAMU kita Kacip Fatimah..
Ni dia........ALFAFA!!!
JAMU TURUN TEMURUN ORANG PUTIH...♥

HOT ITEM bagi ibu-ibu yang menyusu badan...^_^
Bukan untuk ibu menyusu je tau....anak dara pun boleh.. ♥
Orang lelaki pun boleh.....semua fleksibel...^_^.
Untuk kesihatan dalaman...hilangkan semua yang xselesa di bahagian intim, menghilangkan bau bdn, sesuai untuk mommy yg tgh pantang...untuk 'ringan' kan badan, badan lebih sihat & cergas.....sebab tu ia dinamakan RAJA SEGALA MAKANAN.
Nak beli 1 jimat...
Nak beli 2 lagi jimat..
Nak beli 3,4,5 lagi jimat..
Beli 6 lagi SUPER JIMAT sebab dapat FREE 1 botol..
Postage??? HANYA RM10..murah kan?? ^_^
Expired 2015...jadi tak perlu risau untuk buat STOK.. ^_^
PM atau whatsapps sy di 013-9337697 ye... ^_^

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , klik SINI

Perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum ..

 

Ada yang tanya maksud aku pada peranggan akhir di entri Bagaimana nak tingkatkan trafik blog ? ni ..  Apakah maksud aku ? Hurmmm ..

Sebenarnya cara ni semua orang dah tau cuma mereka kurang nak gunakan sbb MALU dan SEGAN ! Mereka rasa blog mereka tak mampu nak bersaing atau paling tidak pun tak best untuk dibaca !

Itu kesilapan sendiri yang mana rasa terlalu rendah diri sangat .. Best atau tidak , biar pembaca nilai sendiri. Tak best , mereka tak singgah dah .. Kalau best , mereka akan cari setiap hari ..

Perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya .. Maksud aku ialah , promote blog anda dalam apa jua platform yang ada seberapa kerap yang boleh hingga tahap orang naik menyampah ! Terpulang pada anda bagaimana nak lakukan selagi mana ianya tidak menyalahi undang undang dan etika dunia maya ..

Apa yang anda patut kenalkan ialah NAMA blog anda dan bukannya blog anda ! Pastikan mereka ingat NAMA terlebih dahulu dan barulah anda kuatkan pada blog ..

Walaupun ada yg kata blog patut terlebih dahulu kuat dan baru NAMA , bagi aku NAMA dahulu kerana manusia lebih mudah bermain dengan NAMA dari rupa ..

Letakkan tempoh tertentu utk sebarkan NAMA anda kemudian barulah kuatkan isi kandungan blog anda ..

Dalam erti kata lain itulah yang dilakukan oleh dunia hiburan masakini .. Promosi kaw kaw tapi kandungan tak semantap mana pon tetapi sedikit demi sedikit , atas teguran serta komen rancangan itu dimantapkan dan akhirnya waaalaahhh !

Bila dalam dunia maya dah mantap , bawa keluar ke dunia realiti seperti pergi ke majlis perjumpaan rakan rakan dunia maya untuk tingkatkan lagi network atau dapatkan lagi ramai kawan …

Sedikit demi sedikit , blog anda akan punya kekuatan tersendiri .. Tak mudah dan pelbagai rintangan akan anda lalui sebagaimana aku dah lalui tapi insyaAllah , ianya berbaloi ..

Gara-gara semut !

 

Photo

Mencisss .. Geram kat semut gatal yang kecik kecik tu haaa .. Apa saja menda , semua diorang nak main ‘serang’ dan hurung ! Arghh …

Ni netbook aku ni ! Abis diorang bersarang dalam keyboard ni haaa .. Kegeraman memuncak , aku hempuk je netbook ni hingga ‘diorang’ keluar akibat terkejut dengan perbuatan aku tu ..

Grrr … Dan tak pasal pasan ESC pon tak leh pasang balik ! No Esc dah ! Aiyokkkk … Ni alasan kuat untuk beli ultrabook touch screen ni .. Hahahahha..

Rindu kat ultrabook aku tu.. Sapa la manusia yang tak .. hurmmm.. entahlah ..

Kesian kat dia ..

 

Qhaliff bangun kul 530 pagi . Bila dia jaga , ngan aku aku jaga .. Nak tidur balik , susah sbb dia dok ‘menyanyi’ . Macam tau je pagi nanti nak ditinggalkan mak dia sbb g keje .. Semalam , puas dah bermanja ..

Sehingga hampir jam 7 dia tak tidur . Last last aku pasang tv .. Dia tengok dan terlelap sendirinya .. Sian je tgk dia kesan dari sembelit malam tadi .. Penat sangat kot meneran .. hehe  .. Kita sendiri pon penat , apatah lagi baby kan ? Hehe ..

Ni mak dia dah gi kerja .. Tinggal aku ngan dia .. Harapnya dia jaga kul 10 lebih nanti … Takde masalah .. Huhu .. InsyaAllah .. Kalau ada masalah , aku bagitau korang eh .. hehe ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI