Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 19 November 2012

Taaaaa teehhhhh !

 

Sibuk dah dia nak berjalaaaann skang ni padahal merangkak pun tak lepas lagi ! Huh .. Kang jenuh nak main kejar kejar .. Ke nak ajak main bola ! Perghh ..

Skang ni , pantang aku nak keluar , mata dia tak lepas tengok aku. Dengan harapan ..

“ Wannaa follow u la daddyy ! “

No waaayyyy .. Daddy nk g dating ngan Neelopahh .. lalalalal ..

Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama.

 

Baru-baru ni aku dan beberapa lagi rakan blogger dijemput menghadiri pelancaran Pemasangan Solar Photovoltaic Petronas yang pertama di KLCC .

clip_image001

Majlis yang bermula pada jam 4 petang diserikan lagi dengan kehadiran serta ucapan pembukaan dari Menteri Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia , Dato ’ Seri Peter Chin Fah Kui ,diikuti oleh Senior Vice President of Natural Gas Business Division A Mitsubishi Corp , Mr. Kazayuki Mori dan Ketua Pegawai Operasi PETRONAS , Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin .

Selesai ucapan serta penerangan mengenai tujuan pemasangan Solar Photovoltaic ni , kami dipasangkan video mengenai Solar PV ( Photovoltaic ) ni ..

Kalau dilihat dari atas , rekabentuknya adalah seperti gambar di bawah ini . Kelihatan seperti corak songket kan ?

clip_image002

Gambar Petronas Solar PV 1: Permandangan dari atas

Kemudian kami dibawa melawat ke kawasan pemasangan solar pv dan terus terang , aku teruja sbb ini kali pertama dapat jejak kaki di kawasan ni yang mana biasanya aku hanya mampu pandang dari bawah jer.. Hehehe ..

Ok , sedikit info mengenai Solar PV ni . Dipasang dgn keluasan 9,000 kaki persegi diatas bumbung Suria KLCC .Pemasangannya bermula pada April 2011 dan mengambil masa 9 bulan untuk disiapkan. Solar pv ni adalah inisiatif tenaga hijau yang mampu membekalkan 30% daripada pengunaan tenaga di Suria KLCC. Secara tidak langsung dengan penggunaan Solar Pv ini telah mengurangkan pengeluaran tenaga karbon dioksida di Suria KLCC ni .. Menarik kan ? Tak sia-sia gitu

clip_image003

Gambar Petronas Solar PV 2 : Menteri dan media

clip_image004

Gambar Petronas Solar PV 3 : Solar Pv

clip_image005

Gambar Petronas Solar PV 4 : Antara kawasan yang dipasang Solar Pv

clip_image006

Gambar Petronas Solar PV 2 : Permandangan sekitar Suria KLCC

Majlis tamat sekitar 6 petang. Kesimpulan aku , alangkah bagusnya Solar PV ini dipasang di bangunan bangunan pencakar langit mahu pun pusat membeli belah. Tapi kos mesti mahal kan ? Hehehe .. Apa pun , majlis hari tu memberi satu ilmu pada aku dan rakan rakan yang lain .. Terima kasih PETRONAS atas jemputan itu ..

Mula dah bergaduh ngan Qhaliff !

 

Wat muka comel je dia kan ?

Dia leh wat muka comel bila takde makanan depan dia .. Kalau ada ? Confirm jadi gini ..

Photo

Lawan bertarik makanan dengan dia haa !! Adoi .. Baru 7 bulan tapi dah macam 1 tahun lebih perangai ! Grrr .. Ada gak kena smackdown nanti ngan aku nehhh …

Tempahan baju KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 2012/2013

 

 

image

Ok .. ramai dah tanya … jadi aku keluarkan untuk tahun ni .. Design simple sbb tak nampak semak samun sangat ..  Ok , yang url blog di bahagian belakang tu , letak url blog korang sendiri ..

Bagi yang berminat .. baca bawah ni .. Terhad yer .. Sebarang pertanyaan , boleh email kat aku sendiri  ( benashaari@yahoo.com )atau Mr. Izzo ..

 

Butiran untuk tempahan

HARGA   :  RM30 termasuk kos penghantaran
WARNA  :  Putih , Hitam , Biru , Hijau , Purple , Merah , Oren ,   Biru dan Hijau Cair/muda
JENIS     :  Baju Lengan Pendek dan Baju Lengan Panjang
Untuk tempahan sila emailkan butiran berikut ke angah7736@gmail.com
Pastikan ada butiran berikut : 
1. url blog
2. alamat untuk post baju
3. no telefon (untuk pengesahan tempahan dan urusan pembayaran)
4. size (s -xxxl)
5. warna
6. jenis baju (lengan panjang/pendek)

 

Terhad.. Terima kasih ..

Susu ibu punya hal !

 

Dari dulu aku cakappp .. Tamo dengar cakap lelaki in yang punya banyak pengalaman ni haaaa..

Bukan apa .. Aku tau ler camana corak pemakanan maknya si Qhaliff ni .. Makan ikut dan jer .. Bila aku kata badan dia sejuk , tamo caya .. Jadi dengan pengambilan daging kambing , yang bersifat panas tuuu .. susu confirm mengelegak keluar punya ..

Ceh .. mana punya fakta aku korek pun tak tau laa kan ? Tapi tu la hakikatnya .. Cam lelaki gak .. Kalau nak panas , pekena sup torpedo . Balik umah , cari bini ! Ha.. siap ler .. Atau pekena sup ekor ! Berpeluh badan haaa.. Yang belum kawin , jangan cari pasal ! Kang kes naya jer !

Jadi , aku syorkan kat wife  produk tu walaupun dia tak percaya . Maklumlah , aku ni bukan DR.BEN ASHAARI ..cuma EN.BEN ASHAARI jeeee.. sapa nak percaya kan ?

Sejak dia minum susu yang aku suh tu ( baca entri Susu Ibu.. Menyerah kalah sudah ? ni ) , alhamdulillah .. tiap kali pam , mmg banyak berbanding sebelum ni hasilnya cukup mengecewakan .. Hehe ..

Korang leh try tapi apa pun segalanya bergantung pada tubuh badan memasing . Mungkin ada yang tak sesuai .. Mungkin ada .. Apa pun , cuba la dulu ..

Rezeki di blog , bertambah ..

 

Alhamdulillah .. Hari tu ada satu company yang beroperasi di Singapura tetapi pusat utamanya di Jepun telah hubungi aku dan berminat untuk meletakkan banner iklan mereka di blog aku . Sebelum  tu pun ada satu company dari Indonesia berminat buat begitu tetapi aku tak berminat sangat sbb takut kena tipu ..

Tapi entah nape naluri aku kuat pada syarikat dari Singapura ni .. Aku pon cuba nasib dgn membalas email dan lengkapkan borang yang mereka lampirkan ..

Setelah 2 minggu aku tunggu , akhirnya hari ni mereka bagi jawapan mengenai permohonan aku tu .. Mungkin mereka nak check dulu blog aku kot.. Kandungan dan sebagainya ..

Alhamdulillah .. Akhirnya diterima bersama javascript yang khas untuk blog aku saja !

image

Berapa diaorang bayar ??? Hehe .. Biar aku je la tau eh .. Yang penting , kandungan blog jangan dok mengarut untuk kejar $$ .. Ada mata memandang dan bertanya jika blog kita punya tarikan tersendiri ..

Sapa kata cerita biasa biasa tak mampu pikat pengiklan ?? Kalau aku mampu , korang lagi la mampu !

Dan ingat seperkara .. Kalau kita rasa kita berkemampuan ,orang akan cari kita di samping usaha yang perlu berterusan .. Jangan cepat berkata KITA BERJAYA kemudian terus rileks ..

Bikin kalut sama daddy aja ini olang !

 

Mula-mula …

Tetibaaaaa ..

Pastu ..

Hurm .. mesti dasat mimpinya .. Mimpi nikah Neelofa kah ? Daddy pon nak !!

Bila Qhaliff selsema ..

 

Aku tak tau dari mana dia berjangkit. Nak kata dari anak buah wife , tak leh gak sebab anak buah aku pun demam selsema gak .. Terima je la.

Apa yang kitorang buat , wife tingkatkan dos vitamin C yg dia amik hari hari dan juga aku , sapukan balm pada dia .. Ala , balm yang pernah aku ceritakan kat korang dulu haaa .. Baca kat Bila bayi selsema dan batuk .. ni haa..

Alhamdulillah .. Baru sehari je sok sek , terus kering dah selsema dia .. Lega gak la.. Bukan pe , budak kecik kena selsema .. perghhh .. abis comot ! Budak besar selsema pon dah buruk rupa , apatah lagi budak kecik kan ? Tapi baby selsema , still cute laa..

Cer aku selsema ? Ada rupa Angelina Jolie tak terutama tang bibir ! Hurm.. Apa kaitan ?

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI