Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 28 November 2012

Tahniah Malaysia ..

 

Ok la game malam ni .Masih ada ‘lubang-lubang’ yang perlu diperbaiki sebelum perlawanan kumpulan terakhir sebelum bertemu Indonesia .. Perlawanan hidup dan mati ..

Alang alang dah calar  kat badan , calar semua sekali badan mereka gak ! Baru puashati !! Hehehe ..

Berbaloi gak eh bila peminat ‘mengamuk’ ! Bukan tak patriotik tapi sesekali kena sedarkan ‘mereka’ .. Lena sangat ..

Akulah yg bersalah ?

Baru nak rasmi baring atas katil baru .. Skali .... Praakkkkk !!!! Huk aloh ... Patah doh ???  Haihhhhh ..

Terus call tokey perabot tu ...  Nasib baik bukan pengantin baru .. Kalau tak ???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dikencingnya daddy !!

 

Kul 1 petang .. Masa untuk tukar lampin pakai buangnya tuu .. Seluar ditanggal .. Ahaaa .. Berat sungguh .. Memang patut pun , susu abis dua botol .. huhu ..

Tiba-tiba , aku dipancutnya ! Abisss tilam tu haaa .. Awatnya tak pancut masa dok berlampin tadi ?? Adehhhh … Ni yang aku rasa nak sunatkan sebelum tiba masa niiii .. Grrr ..

Nasib baik dapat daddy yang dah cool .. Kalau daddy yang tak cool dulu , mmg abisssss laaa kena bebel Qhaliff ni !

Tidur dah diaaa.. Cuaca panas ari ni .. Kena tidur tak berbaju .. huhu .. Qhaliff laaa ..

6 Set LEGO–FERRARI idaman ramai …

 

clip_image002

Kumpul je tak guna kan kalau tak tau apa jenisnya kan kan ? Heheh .. Jom baca sedikit mengenai kereta LEGO-FERRARI yang korang kumpul tu ..

  •  Ferrari F150° Italia – Penghasilan semula oleh kumpulan LEGO kereta F1™ yang telah memenangi perlumbaan 2011 dengan pilihan untuk menukar kepada gaya penampilan Felipe Massa atau Fernando Alonso.
  •  Scuderia Ferrari Truck – Trak pengangkutan yang biasa kelihatan ini merupakan sebahagian besar daripada pasukan perlumbaan Ferrari dan oleh itu membawa dimensi lain kepada koleksi eksklusif ini. Versi LEGO kenderaan ini telah direka bentuk dengan pemerincian lampu, radiator dan kekisi depan.

  • Ferrari 250 GT Berlinetta passo corto (SWB) – Legenda sebenar dunia lumba motor; bukan sahaja merupakan salah sebuah kenderaan paling menawan yang pernah dicipta, bahkan adalah kenderaan Ferrari pertama yang menggunakan brek piring. Lampu depan berbentuk bulat dengan menggunakan blok LEGO menyerlahkan lagi keindahan bentuk asalnya.
  • Ferrari F40 – Salah sebuah kereta sport yang paling dikenali sepanjang zaman. Bentuk aerodinamik klasik serta spoiler belakang segi empat adalah rekaan yang pasti dapat dicam dengan serta-merta dan ini kesemua ini disempurnakan dengan menggunakan blok LEGO.
  • Ferrari FXX – Evolusi perlumbaan berprestasi tinggi terbaru Ferrari Enzo; salah sebuah kereta paling berkuasa di dunia. Versi LEGO terdapat dalam penampilan hitam untuk menyerlahkan gaya Ferrari FXX yang lancar lagi rapi.

  • Ferrari 458 Italia – Boleh dikatakan sebagai kereta paling ikonik dalam rangkaian Ferrari terkini, maka tentu menjadi pilihan dalam promosi ini. Kumpulan LEGO menggenapkan segala usaha untuk menghasilkan segala pemerincian unik termasuk ekzos ganda tiga dan lampu depan pelbagai LED demi menghasilkan sebuah permainan yang sebenar lagi menyeronokkan.

Amacam ? Menarik ? Heheh ..

CARA YANG LEBIH MUDAH UNTUK MEMILIKI MODEL KERETA LEGO–SHELL

 

Aku tau , ada rakan-rakan yang merungut susah nak dapatkan koleksi  model kereta LEGO – SHELL yang sedang hangat dipasaran tu kaaannn .. heheh .. Rileks bro !

Baru-baru ni , bertempat di Blue Concourse, Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid , Shell Malaysia telah melancarkan tiga lagi model koleksi terhad model Ferrari yang dipasang menggunakan blok LEGO. Model-model LEGO – Scuderia Ferrari Truck, Ferrari F40 dan Ferrari FXX .

Menariknya terdapat sebuah Ferrari 150° Italia saiz sebenar yang dibina daripada blok LEGO - rekod julung kali dalam sejarah Shell yang telah memakan masa 6 bulan untuk direka dan dipasang oleh sepasukan pakar di LEGO.

Pic 4 - Tuan Haji Azman Ismail with the complete set of the Lego Models

Ini bermakna ada  6 set kesemuanya kan ? Ok .. Untuk membeli kesemuanya dengan cara mudah , sila ke stesen Shell yang berhampiran kemudian dengan tunjukkan kad BonusLink :

  • Beli model kereta Lego® pada harga RM 12.90 setiap satu tanpa perlu membeli sebarang barangan Shell. (terhad kepada satu unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
  • Dengan pembelian minimum RM40 (gabungan resit dari stesen Shell yang sama dibenarkan) Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing, para pelanggan boleh membeli kereta model Lego® pada RM10.90 setiap satu dan / atau set Lego® Minifigures pada RM10.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit barangan Lego® setiap pelanggan untuk setiap transaksi).
  • Dengan pembelian pek 4 liter Shell Helix Ultra / HX7 / HX7E / HX7 Diesel, pelanggan akan menerima satu set Lego® Minifigures secara PERCUMA. Mereka juga boleh membeli sebarang model kereta Lego® pada harga RM12.90 setiap satu (terhad kepada 3 unit setiap pelanggan untuk setiap transaksi)
  • Promosi ini sah sementara stok masih ada.

Ok .. Tunggu apa lagi kan ? Sila dapatkan ke semua set tersebut ! Aku dapat daaahh !

 

Lapar ke atau mmg gitu ?

 

‘Susah walaupun senang ‘ nak kasi dia makan sbbnya dia nak suap sendiri atau nak telan sekali ngan sudu khas dia tu ! Siap tolak tangan kita tuuu .. Pastu tak sabar untuk suapan berikutnya !

Pagi ni berlainan dari pagi pagi yang sebelum ni sbb rumah ni dah kosong tanpa mainan dia .. Yg tinggal cuma rocker dia je.. Jadi , aku la kena main ngan dia 100% !

Puas tidur dia semalam. Awal bangun pagi ni . Nak bagi lena balik , ada dua cara .. Samada kasi dia kenyang atau kepenatan .. Hurmm… mana satu ?

Aku pilih kenyang … Dan dia dah lena .. Susu , tak susah kasi dia .. Cuma bab makanan pejal ! Abis selekeh terus baju seluar dia ! Huhuh ..

OFFER ! Set Cantik Bajet & Set Jeragat Bajet

 

-IKLAN-

OFFER HARGA RUNTUH!!
SET CANTIK BAJET dari kami....
Hasil gabungan ESP & Alfafa Complex...
Ada 3 SET~~ LIMITED SET.

Lagi satu SET JERAGAT BAJET....
Terdiri dari GLA COMPLEX + NUTRIWHITE SPOT WHITENING
Hanya ada SATU SET...LIMITED...

 

SAPE CEPAT DIA DAPAT!!
Jom PM/sms/whatsapps ke 013-9337697 atau emel: babymamapapaestore@gmail.com untuk order.
HARGA RUNTUH TERBAIK untuk anda..

Qhaliff rampas kuasa !

 

Daddy g gym lagi ??? Yearghhh .. Asik dia dok larikan netbook ni dari aku jer .. Hehehe .. Masa untuk balas dendam  .. GIGIT !! GIGIT !! GIGITTTT !!

 

Photo

Aku tak tau laaa apa kene ngan Qhaliff ni .. Semua menda aku dia berahi nak gigit ! Grrrr !!

Aku tauuu .. gatal gusi kan ? Siap la mak dia pasni .. hahahaha .. Kena gigit laaa masa menyusu nanti .. Hahahahhahahahahahaha…

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI