Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 November 2012

Mari belajar di TADIKA ARINA , PUTRAJAYA

 

-IKLAN 24 JAM . ENTRI TERBARU , DIBAWAH ENTRI INI-

 

Terletak di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya , TADIKA ARINA ini sebuah tadika Chinese Muslim yg diasaskan oleh Pn Nurul Arina Tan dan suaminya.Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Putrajaya yang mana ramai ibu bapa agak kesukaran untuk mencari kelas bahasa mandarin untuk anak kecil mereka dalam mendapatkan pendidikan awal.

 

Di Tadika Arina ini , para guru yang berpengalaman akan mengajar mata pelajaran seperti Eng , BM , Bahasa Cina , Art , Agama , Science , math  manakala Piano dan Organ adalah optional.

Bagi fullday students pulak diwajibkan untuk menghadiri kelas mengaji al-quran pada setiap isnin hingga jumaat di sebelah petang.

Yuran bulanan adalah termasuk kelas mengaji Al-quran dan mata pelajaran yang lain (kecuali piano dan organ) .

Dan di setiap Jumaat pula akan dikenali sebagai Hari Agama / Agama Day yang mana para pelajar akan memakia baju melayu/kurung....(aiiyyaa macam raya oohh).... belajar secara praktikal mengenai solat , wudhu, asas fardhu ain, aqidah, feqah dan sirah Nabi.

 

Apa yang special tentang Tadika Arina ini adalah kelas bahasa mandarin dan kelas piano akan diajarkan oleh Pn. Arina sendiri.Beliau akan memastikan semua student pandai bertutur membaca dan menulis dalam bahasa mandarin.( rugi tak belajar woo ) , mereka boleh mengasah bakat dalam nyanyian , bermain alat muzik , bercerita dan banyak lagi.

Tadika Arina ini juga mempunyai konsep tersendiri iaitu budak-budak tidak digalakkan tidur di sebelah petang...(berbeza dengan tadika lain)....Ini adalah untuk melatih budak-budak untuk membiasakan diri mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

Selain itu, Tadika Arina juga mengamalkan “A new word a day” satu hari satu nama Allah (Asma Ul Husna)......bestt wooo anak2 kita dapat hafal.....Disamping itu pihak pengurusan Tadika Arina juga menyediakan bilik kelas yang berhawa dingin dan selesa,Trip cuti sekolah , Hari Sukan , Peperiksaan awal dan akhir tahun , perpustakaan , tandas yang berlainan jantina , katil untuk pelajar yang tak sihat (sickbay), makanan yang sedap ! Heheh .. Kenapa sedap sbb gabungan citarasa barat dan asia …..siap ada menu lagi....minuman yang disediakan pulak adalah milo, soya bean, susu dan jus oren....ish..ish..ish..mana mau cari tadika macam nieee....

Bahasa utama yang akan digunakan di sini adalah bahasa English kecuali bila kelas BM , Bahasa Cina dan Agama saja dalam bahasa Melayu. Dan mereka gunakan multimedia bila mengajar ..

Tidak lupa juga ada Graduation Day bagi pelajar yang berjaya tamatkan kelas tadika mereka .. hehehe .. Cam dapat degree woo .. hehe.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan...Jom..apa tunggu lagi...daftarlah anak-anak sekarang sebab ia “first come first serve” and “only limited seats available......

*Tadika Arina akan buat trip ke Kidszania tahun depan,insha ALLAH

Untuk lihat dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik SINI.

Bila berdua dengan si dia ..

 

Gambar ini aku cilok dari blog Lyssa .. Apa ceritanya , g baca sendiri kat blognya ..

Hurm.. Sepanjang hari ni , mmg aku membuatkan aku lebih rasa rapat sangat dengan si dak kecik ni .. Senantiasa dia dalam dakapan aku .. Aku akan dakap selagi mana dia nak aku dakap .. Nanti dah boleh berlari , pasti tak nak aku dukung dah .. huhu ..

Penat ? Memang penat ..tapi bila dia memandang tepat mata aku , aku terasa dia ingin mengucapkan sesuatu pada aku ..  Sebagaimana aku bila memandang ayah aku … Aku nak ucapkan betapa aku menyayanginya dan terhutang budi padanya ..

Anak kecil walaupun tak reti lagi berkata kata tapi mata mereka cukup untuk menyampaikan segala perasaan mereka .. Sayangnya ada jugak yang tak reti nak membacanya ..

Lagi kena rompak !

 

Baru balik dari rumah orang tua aku yang mana mereka baru saja sampai dari Pulau Pinang .. Saja g sana sbb diorang bawak balik durian Balik Pulau. Buah sana , mmg sedap sedap giler .. huhu..

Dalam dok borak borak tu , mak aku bukak cerita pasal adik ayah aku yang baru baru ni dirompak oleh mereka yang berparang panjang. Hurmm..

Menurut mak aku , mereka (suami isteri ) datang ke rumah anak mereka dan nak dijadikan cerita , rumah tu dimasuki perompak bersenjatakan parang panjang .. Maka abislah harta dalam rumah tu ..

Hurmm .. Aku malas la nak persoalkan mengenai mereka yang dok kata kadar jenayah dah semakin menurut atau negara semakin selamat .. Penat ! Penat nak bertelagah pasal ni .. Kalau selamat sangat , takkan jiran aku pon pasang ADT ALARM kan ? Bukannya murah tuuu ..

Dan , banyak giler kawasan yang tidak diterangi lampu jalan .. Gelap dan malam je .. Putrajaya ni sendiri pun cukuplah .. Hurmm.. Aku kadang kadang pon naik takut nak keluar malam .. Hurm.. Duk rumah pon takut gak .. Dah tu ???

Kalau tak kena rompak , kena pukau .. Camana tu ?

Lyssa Faizureen dah jadi pengasuh Qhaliff

 

“ Qhaliff leh teman daddy tapi mesti ajak kak Lyssa teman Qhaliff. . “ . Tu yang Qhaliff pesan kat aku semalam sebelum dia tidur ..

Huh !

Untuk sehari jer .. tu pun atas permintaan aku sbb aku ada job tapi tak leh tinggalkan Qhaliff yg mana  ..Tapi , apa yang berlaku kat sana ?? Penat nak jaga dak sorang ni !! Serius , penat ! Dah la siap bawak masuk meeting… adeh ..

Nasib baik ler dia tak wat ragam .. Siap orang puji dia behave gitu .. Huhu .. Kalau tak behave , aku soonnattt dia nanti ! Tapi , mmg dia anak yang baik laaa .. Dia bosan jer  baru dia wat ragam.. Gerak sana sini ,.. Membebel dalam bahasa yang dia sorang je tau .. huhu ..

Nasib baik la Lyssa sudi teman aku .. Kalau tak , camana laaa nak jaga Qhaliff terutamanya dalam kereta .. huhu .. Yelah , dia waktu pagi .. ok sangat .. Mai masuk petang jer baru dia byk wat ‘cerita ‘ tersendiri ..

Apa pun , jutaan terima kasih dan terhutang budi pada blogger Lyssa Faizureen aka Lyssasecret.com yang sudi jadi pengasuh Qhaliff ari ni ..

Qhaliff ikut daddy ..

Sampai dah Menara Axis... Kalau tk pasal blog , tak nk aku kuat awal pg ni... Nasib baik ada Lyssa teman utk jaga Qhaliff jap lg ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Event pertama Qhaliff ???

 

Secara rasminya , esok Qhaliff akan ikut aku ke satu event yang bertempat di Petaling Jaya .. Hehehe.. Bukan dia yang terlibat tapi aku ..

Memandangkan dia takde orang nak jaga , terpaksa aku usung dia bersama .. Er , ada sorang lagi blogger akan ikut aku untuk jaga Qhaliff.. Semata mata nak jaga Qhaliff je  ?? Apa nak buat .. Budak tu semakin  lasak ! Risau nanti dalam kereta , bergerak sana sini .. Susah wooo nanti aku ..

Apa pun .. tunggu perkembangan semasa esok yer .. hehehe ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI