Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 2 Disember 2012

Aku tamo pergi dah LEGOLAND !

 

 

Kenapa aku g Johor minggu ni ? Ada banyak sebab .. Antaranya sbb nak teman wife g kursus .. Nak bawak Qhaliff g jumpa Ayah Tua dia di Sedenak tu .. Pastu nak ke LEGOLAND.. Orang kata best .. Jadi aku nak bandingkanlah dengan Sunway Lagoon mahupun Genting Highland Theme Park tu haa ..

Aku membesar dengan main LEGO .. Aku mmg suka giler dengan LEGO .. Jadi , kesempatan yang ada ni ditambah lagi dengan dapat tiket percuma , membuatkan aku teruja nak g ..

Kul 9 pagi selepas kitorang makan pagi di hotel itu (grrr ) , ,kitorang terus bertolak ke LEGOLAND ( dalam GPS takde lagi lokasinya .. Jadi tanya Sis Lin ) dengan menuju ke NUSAJAYA ..

Bila dah atas lebuhraya dari JB tu , tercari cari gak laaaa mana signboard ke LEGOLAND .. Maka ikut je la apa GPS tu tulis .. Hingga sampai satu simpang tuuu .. Dia ada tulis nak ke NUSAJAYA sila EXIT 307 ! Masalahnya  ada dua EXIT 307 ! Mana satu ! Yang satu tu ada banner LEGOLAND .. Dan satu lagi , takde .. Mana satu ni ??? Ah suda…

Nak tak nak , ikut jalan yang ada tulis besar besar EXIT 307 dan kesudahannya , elok elok lagi 7km terus jadi 45km !!! Kena patah balik ! Aku hangin dahh .. Ikut hati , aku nak terus je ke SEDENAK .. Tapi nasib baik kat lepas tol tu , boleh buat U TURN .. Maka patahlah balik ..

Zas punya zasss punya zasss .. Sampai gak laaa ke NUSAJAYA tu haaa .. Punya la panas aku habaq korang aihhh .. Panass wooo .. Berdesup badan aku naik wapnyaaa .. Qhaliff ? Tuuu .. tengok muka dia tuu.. Syukur Alhamdulillah dia tak wat perangai .. Tak menangis pun walaupun dia kepanasan .. Tu duduk dalam stroller tu .. Pun ada hati dia nak suruh dukung !

Dan aku buat kesimpulan , dak tecik ni , lebih rela berpanas dari duduk dalam rumah ! Asal keluar , dah ok dah bagi dia .. Kira tak sanggup duduk rumah .. Adeh ..

Comel pulak posing ni eh ? Kebetulan dua dua memandang ke sana .. hehe ..

Bagi aku , penyelamat kepada LEGOLAND adalah miniatur yang ada kat sini .. Aku suka benar laaa .. Cuma sayangnya cuaca terlalu panas terik hingga menyukarkan aku untuk ‘bergembira’ bergambar kat sana ..

Permainan yang ada kat sana , tidak begitu mengujakan aku ..

Kalau korang kaki bergambar , LEGOLAND akan memberikan kepuasan untuk korang .. Kalau diorang buat taman bunga dan letak miniatur kat situ , mesti lagi cantik .. hehehe ..

Lain lain part .. Cenderahati kat sini , harganya mmg tak masuk akal .. Kiranya sasaran mereka seolah untuk orang Singapura menghabiskan duit kat sini laa .. Untuk orang macam aku ni , nak beli key chain satu pun pikir berkali kali .. RM20 tuuuuuu untuk key chain yang ada satu blok lego je .. Hahahahha …

Tak pe la .. Aku g Sunway Lagoon je la lain kali .. Leh belasah main air sekali .. huhu .. Apa pun , LEGOLAND mmg cantik dan menarik .. Satu lagi pusat pelancongan dalam negara yang wajib korang singgah sekali seumur hidup .. hehe.. Sekali dah la ..

Tapi , mana tau kan ? Terbukak pintu hati aku lagi nak g .. 20 tahun akan datang ? Qhaliff dan adik adiknya menjerit ..

Daddyy !! Jommm LEGOLAND !! Jommmm .. “ .. Siap guling guling atas tanah !

Ayah mana sanggup tengok kan ? Maka daddy pun jawab ..

Jommm kita gi .. Kat rumah kita pun ada .. Daddy jadi LEGO eh ?? “ …

Jimat duit ..

 

PS : – Bawak stroller sendiri g sana .. Sewa RM20 !!! Apa yang boleh bawak sendiri , bawak jer .. Hahaha ..

Jom kurus .. YEAR END SALE...

 

-IKLAN-

YEAR END SALE... API Advanced Fat Burner

 

Sekarang kami nak buat year end sale untuk produk supplement bakar lemak ni . Bagi yang tak tahu apa itu API Advanced Fat Burner ,sila baca statement kat bawah ni...

Senang citer, macam ni:  Fat Burner Advanced sebenarnya mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri kerana ramuannya adalah dari herba-herba terbaik (formulation herbs) iaitu dari gotu kola, coffee arabica xtract,green tea powder.

Bayangkan bagaimana kawan anda atau member-member memberi respons "hairan" bila mereka melihat anda  tidak sepertimana yang sering mereka ejek. Betapa terkejutnya rakan-rakan dan sanak saudara anda melihat perubahan yang berlaku pada tubuh badan anda. Malah mungkin ada antara mereka mungkin akan rasa iri hati dengan perubahan yang anda bakal alami.

Produk sesuai digunakan untuk lelaki & perempuan yang sihat . Dan menggunakan ramuan herbal.

Produk ini membantu  untuk :-

  • Membakar lemak-lemak degil dengan efektif
  • Memberikan tenaga kepada anda sebelum bersukan
  • Meningkatkan metabolisma badan
  • Produk dibuat dari Herba  & Selamat
  • (Tidak ada DMAE & Geranium)..Maka ianya selamat...

SMS 0177990127 untuk order.

Tawaran ini sah untuk mereka yang bertindak pantas !!

Offer ni sebotol rm80 / siap post.produk original USA dan offer bermula 1 december 2013.

Klik ''like'' fanpage kami :- http://on.fb.me/Qz0WsL

'Sudah lebih 20,000 org berjaya turunkan berat badan guna formula API dan tunjuk ajar MR Strongman ''. Anda juga boleh join contest yang kami anjurkan sekali...

Antara hadiah yang anda boleh dapat :-

  • Iphone 5
  • Samsung galaxy note 2.0
  • Samsung Galaxy S3
  • Samsung galaxy Beam
  • Wang tunai rm2000
  • Tiket ke Universal Studio Singapore
  • Tiket ke Legoland Johor
  • PS3 original set
  • samsung camera
  • dan banyak lagi....

Anda bukan sahaja membeli produk tetapi anda akan diberi tunjuk ajar cara untuk menguruskan badan dari Professional Trainer, MR STRONGMAN. Syarat penyertaan boleh sms 0177990127

Selepas menyusahkan diri ..

 

Tensi .. Setelah berpeluh peluh dan tak berbaloi di LEGOLAND , kitorang g pecahkan pinggan mangkuk kat umah Mat Gebu ..

Nanti cita lagi eh.   Ni kat Pagoh .  Nak layan BR jap ..hehe ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

LEGOLAND MALAYSIA

 

Masuk kul 11 pagi .. Kuar kul 12 tengahari .. Lg 20 tahun mai balik ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI