Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 5 Disember 2012

Siti Nurhaliza nak lelong tudung FAREEDA !

 

Disebabkan dia lelong kerana nak bantu pesakit AIDS maka aku pon tolong war warkan .. Mana tau ada pembaca blog aku yang teringin tudung yang dibuat khas untuk Dato Siti Nurhaliza tu haaa .. Mana la tau kan ? Heheh ..

Dipetik dari MSTAR Online ni .. Pinjam sat noo.. Jangan saman lak ..

“ Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS. “

Menurut artikal tu , Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhan Siti sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya dengan bantuan Fareeda.

Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.

Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.

Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.

Apa lagi ! Booking la 8 table ! Satu table leh bagi aku .. hehehe ..

Kerjaya Perunding Kewangan/Perunding Saham Amanah bersama Atrium Consultants

 

-IKLAN STICKY POST 24 JAM . eNTRI BARU DI BAWAH ENTRI INI-

Kena baca bahagian 1 dulu .. Klik SINI 

 

Seperti kebanyakan orang Hisma pun pada mulanya tidak tau apa itu Perunding Kewangan atau Perunding Saham Amanah. Sebelum ni pun tidak pernah terlibat dalam bidang Kewangan apa lagi dana-dana kewangan.

Peranan Perunding Saham Amanah

Perunding saham amanah merupakan kerjaya professional dimana perunding merupakan perancang kewangan pelanggan. Setiap perunding di Agensi Atrium akan diberi pendedahan tentang dana dan strategi terbaik untuk maju dalam kerjaya.

Di Atrium setiap perunding akan di beri tunjuk ajar sehingga boleh bergerak sendiri.

Perunding akan di beri panduan bukan sahaja dari segi produk tapi bagaimana cara bercakap dan berpakaian dengan baik.

Pergaulan dan cara hidup akan berubah secara total ke arah yang lebih baik kerana anda akan berjumpa keluarga Atrium yang profesional.

clip_image002

Kelas dan tunjuk ajar sentiasa diberi oleh CEO Atrium Puan Hismazaitul

clip_image002[5]

Bukan sahaja bekerja bersama malah seronok pun bersama. Atrium kini merupakan keluarga besar Hisma.

clip_image002[7]

Kerjaya ini mendekatkan Hisma dengan pemimpin yang disegani. Kalau dulu Hisma lebih suka menjauhkan diri tapi kerjaya ini menonjolkan lagi daya keyakinan Hisma.

clip_image001

Hisma bersama pemimpin.

clip_image001[5]

Gaya santai dan kasual ketika berhujung minggu.

clip_image002[11]

Ataupun gaya korporat… Jika Hisma boleh, pasti anda pun boleh. Jom Sertai Atrium.

 

clip_image002[13]

Hisma tidak lokek berkongsi ilmu.

clip_image002[15]

Sebagai warga Atrium setiap sesuatu kemajuan dalam hidup anda akan dirai dan dihagai oleh Hisma…

Kepada yang ingin kenal dengan Puan Hisma , bolehlah datang ke Majlis SuaiKenal Atrium dan Previu pada 8/12/12 , pukul 11.45 am hingga 1 pm di Bangsar. Hisma akan berkongsi rahsia dengan terperinci !

Sila hubungi : 0123139044 /WhatsApp : 0102313904

FB Page : Atrium Consultants

Emel : hismazaitul@yahoo.com.my

Masih relevankah SEGMEN atau GIVEAWAY di blog ?

 

SEGMEN .. Satu kenangan terindah buat aku kerana aku berjaya mengenali ramai blogger dalam dan luar negara ! Alhamdulillah , ada antara mereka dah jadi sahabat aku .. Sapa kata SEGMEN ni semata mata nak kejar trafik ? Segalanya terletak atas niat ..

Sejak Qhaliff hadir dalam hidup aku , SEGMEN terhenti seketika. Amat sukar untuk aku buat segmen kerana kesuntukan waktu .. Yelah , dengan usia dia yang terlalu mentah tu.. pastinya menagih masa aku untuk perhatikan dia 24 jam walaupun waktu tidur dia .. Bukan apa , nanti penyek kena hempap dek aku ni .. hehe .. Buas woo dia tidur .. Aku tak tidur buas.. Cute je aku tidur .. Ala ala rabbit gitu ..

Walaupun aku tak buat segmen , ada blogger yang masih meneruskan tradisi tu dengan cara tersendiri .. Baguslah kan  .. Cuma ada yang dapat sambutan dan ada yang tidak langsung .. Apakah puncanya ?

Begitu juga dengan GIVEAWAY .. Hanya blog blog berpengaruh saja mampu buat GIVEAWAY .. Bagaimana pula dengan blog yang tidak berpengaruh ? Apakah rahsianya ?

Jawapan kepada kedua dua aktiviti blogger tu ialah POPULARITI .. Untuk buat kedua aktiviti ini , blogger harus punya populariti .. Populariti ni bukanlah macam artis popular tu haa ..

Cara untuk mendapatkan POPULARITI ni ada banyak .. Cara yang aku gunakan ialah dengan bekerjasama dengan blogger blogger lain .. Dari situ , masing masing akan dapat keuntungan seterusnya blogger yang terlibat sama , akan dapat juga sekiranya bijak mengambil peluang !

Bila bekerjasama , tak semestinya perlukan blogger yang popular atau top saja .. Mulakan dari kecilan .. Usaha perlu gigih . Aku sendiri pon bagai nak gila masa mula mula dulu.. 4-5 pagi siapkan segalanya ..

Memang penat .. Tapi jika ingin berjaya . perlu ada usaha .. Dan paling penting ialah , cari identiti sendiri .. Dan untuk GIVEAWAY , anda perlu ada pengaruh yang kuat untuk lakukannya .. Mulakan dari bawah .. Jika ingin berjaya dikenali laa .. Niat perlu betul ..

Jawapannya , masih relevan jika bijak dan kreatif !

SEKADAR PENDAPAT ..

Baju KELAB BLOGGER BA : Jangan tensi-tensi !

 

Waaahh .. Setiap hari ada je yang email dan bertanyakan baju tu .. “ Dah pos ke belum ? Kenapa lambat .. “ Dan macam macam lagi kemarahan yang dilemparkan kepada pembikin baju kelab tu , Mr.Izzo atau Angah ..

Sabar , boleh ? Kawan tu sebaik mungkin cuba siapkan baju tu ikut jadual. Kalau ada kelewatan tu disbbkan baju yang ditempah terutama yang berlengan panjang tu , lambat sampai .. Dia cuma print baju tu je.. Bukan buat baju tu gak .. huhu .. Sian dia ..

Tempahan ada banyak . Yang buat ada dua orang jer .. Kena print satu satu sbb url blog berbeza beza .. Kalau semua url sama , senang la kan ? Hehehe ..

Tadi aku dah call tanya Angah .. Katanya , ada yang dah dipos .. Dan minggu ni akan ada lagi dipos .. Pos kena tunggu jumlah yang besar .. Takkan satu satu kan ?

Wife dan kawan aku punya pon tak dapat lagi .. Kena queue gitu .. Cuma aku punya je ada .. Tu pun sbb nak tengok contoh camana .. hehehe ..

Sabar yer .. Sedaya upaya siapkan ..  Buat baju ni pun sbbatas  permintaan .. Ikutkan takut gak nak buat .. Sbb kes kes gini laa .. Aku tak amik untung pon .. huhu ..

Sabar eh ? Jangan marah marah dan maki maki .. Tak baik .. Tak tipu pon .. Kalau ada yang belum dapat , sehingga hujung bulan ni , sila bagitau aku .. Nanti aku check semula kat Mr.Izzo @ Angah ..

Kesian tgk Qhaliff ..

 

Dari Cheras. Saja test drive bawak dia ngan aku je ..Mana tau nanti kena g mana mana , tak yah sudahkan orang lain dah ..

Dalam test drive ni , aku rasa utk senyapkan dia dalam kereta , aku kena bg dia susu .. Tapi jgn bg terus ..Tunggu dia merengek dulu , baru bagi ..

Susu perlu cukup .. Kalau tak cukup , dgn kita kita terganggu nanti perjalanan .. Dan juga mainan dia ..

Hurm .. Kalau tak cukup susu ibu , jwpnya kena sediakan susu formula .. Haih...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Masa untuk bakar lemak degil , lagi !

 

Hari tu , aku dah beli sebotol.. Sebenarnya , dari dulu aku ada amik fat burner ni. Kebanyakkan mereka yang g gym ni , mmg ada amik fat burner ni sbb bukan mudah nak bakar lemak terutama di pinggang dan perut tu haa .. hehe ..

Dan , alhamdulillah .. API ni sesuai untuk aku dan kawan aku lagi dua orang tu .. Ni 3 botol , bukan aku punya sorang.. Hahaha .. Aku syorkan pada mereka sebelum ni dan kata mereka ada turun skit ..

Tapi la kan , bagi aku .. amik fat burner ni dan g gym , mmg lagi cepat turun n bakar lemak tu haaa .. Dan ada kawan tanya , “ Kalau ada hypertension .. ok tak amik ? “ . Aku ada hypertension sebelum ni .. Tapi last check ari tu , dah macam ok je tekanan tu .. Rahsianya ? Aku minum rebusan daun misai kucing..

Ok , sambung .. Kalau ada yang berminat nak tau dengan lebih lanjut , baca kat Year end sale - API advanced fat burner.

Ada gak yang tanya .. ada KKM tak ? Heheh .. Tu aku tak tau laa .. Ubat rebusan daun misai kucing tu pun takde KKM gak .. hehe .. Apa pun API ni sekadar membantu saja .. Selebihnya bergantung pada disiplin pemakanan dan juga senaman korang .. okeh ?

Dapatkan nasihat doktor bagi mereka yang berpenyakit yer ..

Qhaliff dah bangun ..

 

Kul 10 pagi jaga .. Daddy siapkan makanan .. Gosok gusi .. Pastu makan .. Pas makan , baru mandi .. Bukan PAS makan UMNO lak yer .. hehe .. Takde kaitan ini blog dengan politik Malaysia ..

Lepas mandi , minum susu sambil layan tv ..  Kita tengok Batman eh ?  Pas minum susu , kita baca buku .. Eceh.. konon .. Hahaha ..

Pastu daddy ? Pastu tak reti reti nak tidur balik keee ?? Daddy pun nak mandi gak ..

Bapa NAJWA LATIFF kecewa dengannya ?

 

pix_gal0

Waaaaaaa .. Korang baca dah ke ? Kat dalam akhbar Berita Harian hari ni .. Perghh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca ni .. Tapi tak mustahil selagi mana kita ni bernama manusia kan ?

Tapi takkan seorang ayah sanggup buka aib anak anaknya dengan melaporkan ke dalam akhbar ? Hurmmm .. Pelik bin ajaib pun ada .. Wartawan tu lak cuma mendengarnya melalui telefon dan bukannya bertemu muka .. Hurmm .. Dan dia sendiri pun ragu ragu pada mulanya ..

Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata.

“Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian. “.

Itulah antara kata-katanya sebelum di akhir artikal tu ada tulis begini ..

“Berita lanjut dalam akhbar BH dan BH Digital hari ini “

Ahaaa .. Tak reti reti nak beli sendiri ? Hehehe .. Kalau nak tau kisah selanjutnya , belilah Berita Harian hari ni yer .. Hehehe ..

Buat Najwa, apa pun tindakan kita .. pastikan kita dapatkan keberkatan orang tua kita .. Walaupun aku tak tau hujung pangkal tapi sebagai anak , fikir-fikirkan kembali segala kenangan saat kita sebesar tapak tangan hinggalah kita pandai pegang gitar ..  Semoga berjaya  ..

Pandang Qhaliff .. “ Tamo garang ngan daddy yer sayang ..”

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI