Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 6 Disember 2012

Menyibuk betul la Qhaliff ni !

 

Hehehe .. Nak jugak dia menyibuk kat situ kan ? Hehehe .. Ini antara projek yang aku join tapi terpaksa tarik diri pada saat akhir kerana masalah peribadi .. Huhu .. Bukan apa , nak buat review menda gini perlukan keikhlasan dan kejujuran .. Kalau main belasah je , nanti nama penaja ‘kotor’ kan ?

Apa pun , event ni adalah kenangan manis aku yang mana Qhaliff buat kali pertama , ikut aku g .. Huhu ..

Apakah akan ada untuk kali ke 2 ? Hhehee ..

Guna gambar orang lain , mengaku diri sendiri !

 

Sangatlah tidak bagus perbuatan begini .. Kalau report polis , tak pasal pasal je kan ? Hurmm ..

Hari tu kat FACEBOOK .. Ni kat TAGGED lak .. Adoiyaiii .. Dah abis kerja ke nak buat ??

http://www.tagged.com/profile.html?uid=5966855834#state=1_0

image

image

Adoiyai …  Cuba segan sikit dengan perbuatan tu haaa .. Kang tak pasal pasal kantoi , malu lak .. Ni belum lagi aku nak report ke SKMM .. kang report kanggg .. Haaa …

Letih betul nak layan menda menda kebudakkan ni haa ..

Benci benar datang rumah mak aku !!

 

Nampak tak kat gambar tu ..Atas sekali .. Yang satu tu , EDGE ..Satu lagi 3G .. Haih .... Penat !!!

Ni kat Cheras yg dah sangat meriah dgn penduduknya..Kalau aku masuk dlm rumah , terus dpt EDGE .. Kalau aku keluar dan lepak kat nun dpt rumah mak aku ,baru dpt 3G ..Grrr ..Boleh giler mcm ni ..

Tapi ini bukan berlaku pada aku sewaktu gi Cheras je ..Kat umah aku nun Putrajaya
pon gitu.. Hurmm ..Salak Tinggi ??? Lagi laaaa ..

Daripada dok bizi upgrade 4G tu, baik kasi perfect dulu yg sedia ada ni haaa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bila Qhaliff di rumah tok ..

Peluang cuti sekolah ni , aku amik dgn bawa Qhaliff g bermain dgn toknya di Cheras. Kalau dok kat rumah, makan tido atau  makan tgk tv je keje ..

Dgn cara ni , dia pun bergaul gak dgn org lain selain dr bapak dia yang hensem dan muda ni .. kan kan ?

Ni baru lepas mkn dan main ..Lenaaaaa .. Jap lagi kul 4 ,baru nak balik Putrajaya ..Hurmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bahayanya guna telefon bimbit !

 

Sampai kena libas kepala semata mata nak rampas telefon bimbit ? Biar betul ??? Hurmmm …

Dalam Hmetro hari ni ..

image

Mengerikan betul .. Takkan sampai tahap giler gini aih .. Dah hilang akal sangat ke ? Hurmm ..

Jadikan pengajaran buat kita.. Kalau sedang berjalan di tempat terbuka, jangan guna telefon bimbit walaupun yang murah ! Mereka bukan tau hp kita tu mahal ke murah ..

Cari la kerja .. Bangla datang sini pon semata mata nak kerja .. Hurmm ..

COLLAGEN POWDER | PROMO DISEMBER

 

Baca kat SINI utk  lebih lanjut ..

Qhaliff yang takde gigi lagi !

 

Photo

Huh ! Gatal gusi ehh ? Suka gigit daddy n mummy ehhh .. Apasal baby suka gigit ni ? Ada yang kata , gatal gusi .. Ada yang kata , dia nak explore dengan ‘merasa’ .. Ada yang kata diaorg perasan diorang  Edward Cullen .. Macam macam la orang kata .. Apa kata pakar ?

Tadaaaa .. Jawapan dari BABYCENTER MALAYSIA .. hehe .. Baca , jangan tak baca ..

 

Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.

Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.

Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.

Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.

Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.

Apakah perkembangan seterusnya?

Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.

Bagaimana anda boleh membantu

Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.

Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.

Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.

Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.

Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).

Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.

Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.

Bila anda harus bimbang

Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.

Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.

 

TERIMA KASIH BABYCENTER !

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI