Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 7 Disember 2012

Apa kehenya baby dengan remote ??

 

Aku tak paham ! Semua budak kecik kan gini ? Suka benar dengan remote control ! Suka amik n gigit.. Pantang nampak remote .. Kenal lak tu remote ! Hahahah …

Tak paham betul la aku ! Aku kecik kecik dulu .. mana sempat nak pegang remote remote ni  .. Aku suka pegang .. Hurm… Bapak aku tak cerita lak kegemaran aku waktu kecik dulu .. huuhu .. Nanti la tanya ..

Filem ‘ Adik Manja The Returns’ bakal senasib Zaiton The Movie ‘ ?

 

Terbaca di Mstar Online hari ni .. Dua isu yang dibaca .. Satu pasal filem yang tak laris dan satu lagi bakal dimainkan di panggung tidak lama lagi ..

Aku pernah dapat undangan untuk pratonton filem Zaiton ni tapi sayangnya tak dapat pergi sebab ada hal peribadi . Tapi menurut kawan yang pernah menontonnya, filem Zaiton ni mmg menarik .Tapi entah apa yang tak kena , filem ni tak dapat sambutan langsung ..

Filem 'Zaiton Ceritaku' hanya mampu mendapat kutipan di pawagam sebanyak RM59 ribu sahaja.

Dan bakal ditayangkan nanti , filem yang pernah hangat pada tahun 1979 ( aku baru usia 3 tahun ! ) , ‘ Adik Manja’ akan kembali bersama sentuhan terkini tapi masih mengekalkan eleman utama iaitu tentang kenakalan dan masalah disiplin pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian swasta.

Dharma bersama barisan pelakon 'Adik Manja The Returns' ..  Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Jehan (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim.

Hurm… Kalau promosi tak kuat , atau tidak ada sokongan dari media elektronik .. aku rasa filem ni  akan mengalami nasib seperti Zaiton CeritaKu ..  Aku pun tak tau kewujudan filem ni hinggalah baca di Mstar tadi ..

Kalau lihat dari filem luar , promo mereka awal awal lagi dah cukup mantap hingga membuatkan penonton dah tak sabar nak ke panggung ..

Faham faham je la di Malaysia ni .. Promo kena power , pelakon lak perlu ada yang ‘beraura’ agar mampu menarik penonton ke panggung.. Best ke tak filem tu , belakang kira. Tonton dulu baru tau .. hehe ..  Dan kalau takat pacak perempuan tayang badan , mmg tak laris dah laaa zaman ni ..

Kalu tanya aku , nak g tengok tak filem ni ? Aku cuma mampu jawab .. “ Errr .. “

Tiap kali ke panggung untuk tengok filem melayu , aku hampa ..

Perempuan yer anak ni ?

 

Pelik ! Sekacak Qhaliff ni diorang leh kata PEREMPUAN ?? Kalau Qhaliff yang kacak itu dikatakan perempuan , aku yang lebih kacak dari dia lak camana ? Takkan WANITA ? Huh ..

Tang mana diorang nampak Qhaliff ni perempuan pun aku tak tau .. Ke saja nak mulakan topik perbualan ? Huhu ..

Tiada lagi sembelit Qhaliff ..

 

Alhamdulillah .. Berkat kerajinan wife cari penyelesaian pada pemakanan Qhaliff , akhirnya semakin kerap dia buang air besar. Boleh dikatakan setiap hari la ..

Caranya ? Dia kasi Qhaliff makan oats ditambah dengan kurma atau ikan salmon.. Sayur pon ada gak .. Atau dia tambah dengan buahan ..

Qhaliff nak makan ke ? Ok .. Part ni , aku tak nafi dia ikut DNA aku . Telan apa saja kecuali yang haram atau mmg tak boleh dimakan seperti bas sekolah atau kapal terbang ..

Hurm.. Kalau dulu bergambar , mesti sebelah ultrabook .. Skang ? Huwaaaa .. Takde rezeki .. Ok ok , sambung .. Itulah rupanya setelah oats diblend sekali dengan kurma .. Sedapkah ? Aku rasa sedap la kot .. Hehe ..

Suka makan hingga comot .. Tapi pelik lak.. Mak aku kasi dia makan , tak la pulak comot.. Aku kasi makan , comot memanjang hingga terpaksa bukak baju dia dulu untuk kasi makan .. Huh.. Kena tajamkan skill lagi ni ..

Kesannya , samada petang atau malam dia akan beyakkss .. Kalau tak hari ni , esok dia pastu membuangnya ..

Dan tiada lagi muka JASON KING terpamer pada wajah Qhaliff…

HTC ONE X semakin menarik selepas update !

 

Masa mula mula beli , terasa tensen gak bila guna kamera HTC ONE X ni walaupun mmg best . Tensennya sbb panas bila terlupa nak ‘tutup’ ! Hurmmm ..

Pastu terasa ‘masalah’ bila nak ke page page lain . Walaupun dikatakan guna processor yang lebih pantas dan terkini tapi terasa macam ada tak kena .. Hurmm ..

Baru-baru ni , segala masalah selesai bila HTC antar notification suruh update software .. Sememangnya aku tunggukan update yang terbaru ni ..

Dan , setelah update .. Aku try semuanya .. Perghh .. Legaaa ! Sangat mengujakan aku . Nyaris aku nak tukar ke S3 disbbkan isu isu yang aku sebutkan di atas .. Bila dah update , segala masalah selesai .. Hehehhe .. Tiada lagi ‘slow’ dan tiada lagi ‘panas’ ! Dan bateri pun semakin menjimatkan !!

Tapi kan , aku tertarik dengan SAMSUNG NOTE 2 ler .. Harap HTC dapat berbuat sesuatu untuk kasi lagi menarik pada tahun depan .. Hehehe ..

Iphone 5 ? Erk .. Gunakan produk ASIA .. Lalalala …

‘Berlakon’ comel la pulak Qhaliff ni !

 

 

Nampak comel je gini kan ? Baik je budaknya .. Rasa nak gigit je pipi dia tu haaa .. Serius , mmg selalu la kena sedut pipi dia tu dengan aku ! Geram sangat … huhu ..

Tapi dalam diam , dia pun geram dengan aku ni haaa .. Terutama waktu tidur tu haaa.. Perghhh … Abis aku kena panjat , cakar , smackdown ngan tandoori payat dek dia haaa ..

Betullah kata mereka yang berpengalaman .. Kalau baby dah cecah 8 bulan , siap laaa .. Dan mmg ‘siap’ laaa aku haaa .. Dia dah pandai gelongsorkan diri dia dari pangkuan aku .. Nak turun main kat lantai ! Nak capai apa saja yang ada depan kiri kanan mahupun belakang dia .. Semua nak capai , dan masukkan dalam mulut dia !

ARghhhhh .. Jangan biarkan dia waktu gini ..Kena tengok ..Kalau nak gi mana mana , ‘ikat’ dia kat atas rocker dia tu .. Baru padan muka dia ! Muka mintak simpati waktu tu.. huhu ..

Melebihi sasaran ! Terima kasih ..

 

Aku tak sangka boleh lebih dari 10 ribu kengkawan ( FOLLOWERS ) di Twitter .. Maklumlah , aku kan dah kawin .. Ada anak .. Anak lak ikut kehenseman ayah dia .. Nak kata apa kan ? Lala ..

Bila dah lebih 10 ribu , aku mampu terkedu je la. Yelah , Twitter ni lain dari FB .. Bukan semudah itu je nak tambah ‘ahli’ macam di page FB tu .. Kat sini kena ‘ikhlas’ ikut dan juga ‘ikhlas’ tak ikut .. Hehehe ..

Pastu kat Twitter ni , ramai Twit Pemes Emes dan kebanyakkannya muda muda , lawa dan kacak belaka .. Bila tua cam aku ni ( hensem masih kekal ) , dapat lebih 10k tu mmg menakjubkan la .. Huhu ..

Dan menariknya , aku follow lebih dari mereka yang follow aku.. Camana tu ? Itu bermakna , ada yang dah unfollow aku ! Ini tak adil laaaaaa .. Mereka patut hantar surat resign dari follow aku agar aku pon leh unfollow mereka .. Baru adil dan saksama kan ?

Ok .. Aku nak start #RESPONANDA .. Isu hantu .. Weee ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI