Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 8 Disember 2012

Plagiat entri blog orang punya hal !

 

Ahaaa .. Mat Gebu sudah amuk sekali lagi .. Buat mereka yang tak kenal sapa Mat Gebu ni , sila rujuk rss DAPUR TANPA SEMPADAN kat atas tu haaa ..

Dan malam ni , aku membantu rakan rakan dari UKM untuk projek tugasan mereka yang berkaitan dengan plagiat .. Hehehe .. Kena pulak pada masanya yer ? Huhu ..

Alhamdulillah .. Sejak jadi blogger ni , dapat gak ‘berbakti’ pada orang .. huhu .. Terasa dihargai gak laa .. hehehe .. Bukan nakkan pujian tetapi terasa la ‘kerjaya’ kita ni sedikit sebanyak mampu memberi perkhidmatan pada mereka yang tak tiada kaitan dengan hidup kita..

Terima kasih pada korang juga ..

Ni yang malas nak ‘deal’ dengan orang melayu !

 

Bukan semua la tapi terlalu banyak yang pandang remeh bila berjanji .. Takat aku berjanji hal berniaga dengan bangsa lain , alhamdulillah .. walaupun tak dapat nak tunaikan , mereka akan maklumkan pada kita ..

Tapi ni dah kali ke 3 dengan bangsa aku yang berlain orang .. Hampeh ! Tak dapat nak tunaikan , dia biarkan kita terpinga pinga menunggu ! Apa gila !! Ingat kita ketagih sangat ke ‘khidmat’ mereka !

Aku bukan nak perlecehkan bangsa aku sendiri .. Tapi aku tau korang pon sedia maklum dengan pepatah ‘ janji melayu ‘ kan ? Kalau tak , takkan leh wujud kan pepatah tu ?

Hurmm.. Tah laa.. Ni kali ke 2 aku nak guna khidmat ‘maid’  yang mana dah berjanji 2 minggu lepas nak guna jam 12 .. Sampai skang lom datang.. Yang dulu , janji kul 11 pagi .. kul 5 petang dia nak hantar ! Pelbagai alasan bodoh diberinya ..

Entah laa.. Janji ditepati la konon ..

Bila Qhaliff gunting rambut , lagi !

 

Tiap kali gunting rambut , Qhaliff mesti akan menarik perhatian orang .. Kali ni ada satu akak tu dgn anaknya ..Terhibur dia tgk gelagat Qhaliff yg .. hurmmm .. tak tau nak kata apa laaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI