Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 Disember 2012

Sama tak , sama tak ???

 

Ahaaaa .. Dalam entri aku pagi tadi , ramai yg agak keliru .. Yeke ? Ke Qhaliff ? Takkan kot ? Sepupu dia eh ? Hurm.. Kembar ? Nape abang Ben ( abang ??????????? ) tak pernah cerita pun pasal kembar Qhaliff ni ?

Hurmmm.. Aku tengok sendiri pun rasa cam lain jer.. Tapi bila mengenangkan DNA dia ni majoriti aku punya , maka aku percayalah .. Memang muka aku ni  leh nampak berubah ubah.. Jap ada nampak cam Brad Pitt .. Jap ada nampak cam Jalaluddin Hassan .. Jap ada cam Wan Zack .. Eceh .. Jauh benar lagi ..

Apa pun , kedua gambar di atas adalah Qhaliff .. Pe kata tengok komen mereka yang keliru di entri Sepupu Qhaliff ... ni ..

Malaysia , Thailand .. sama gagah !

 

Baru nak ‘gigit’  , dah kena pijak .. Nasib baik sempat elak.. Jadi sama sama cuma 'calar ‘ sedikit je.. Ok la kan ? Sama sama gagah !

Satu permainan yang menarik ditonjolkan oleh kedua dua pasukan .. Walaupun seri , penonton di stadium dan  di rumah terhibur serta berdebar menyaksikan perlawanan tadi ..

Satu perubahan rentak permainan sejak Malaysia tewas pada Singapura hari tu ..

Tak pe .. Walaupun kita inginkan kemenangan tadi tapi seri itu lebih baik dari kalah kan ? Harapnya nanti , kita dapat perbaiki segala kelemahan dan buktikan bahawa kita setanding dengan mereka malah lebih baik ..

Tahniah buat semua yang terlibat !

Kamera AES ‘dianiaya’ !

 

Walaweeii !! Akhirnya dah jadi kenyataan ! Hehe.. Aku dah agak dah! Satu hari nanti , pasti akan ada ‘hero’ rakyat membuat  ‘amukan’ mengecat atau menumbangkan kamera AES ni huhu ..

Apa jua alasan ‘mereka’ , sungguh tidak masuk akal pada aku .. Aku tak tau la kalau korang sokong kan ? Tapi aku tak sokong la sbb kita dah ada pelbagai jenis ‘perangkap’ laju ni haaa .. ‘Kehadiran’ kamera AES sendiri pun dipertikaikan pelbagai pihak terutamanya NGO .. Malah bekas ketua polis negara pun ‘pelik’ gak .. kan ?

image

Patutnya tujuan utama adalah untuk mendidik rakyat dan bukannya memeningkan kepala lagi .. Takkan sasar pada kelajuan je kan ? Kalau nak  sasar kelajuan , baik letak bonggol jer .. Lagi jimat kan ? Sapa laju , kereta dia rosak .. Haaa .. Padan muka dia ..

Sumber gambar : Utusan Malaysia dan Nota Kosong

Resaksa menyerang ! Daddy mengerang !!

 

 

Dan ...ilang lagi satu 'F' aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sepupu Qhaliff ...

Sama , kan ? Kata daahh .. Nama dia pun Qhaliff ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Nasi ayam dara punya hal …

 

Baru balik dari hospital.. Jiran mintak tolong hantar ke hopital gara gara keracunan makanan . Tapi aku tak sempat nak antar sbb jiran sorang lagi dah antar.. Aku terlewat skit sbb mandi dulu .. Huhu .. Yelah , kasi segar . Kang tak pasal pasal , dua dua masuk spital lak gara gara dok mamun lagi dalam kereta ..

Lepas mandi , aku terus pecut ke hospital .Diorang dah sampai . Tak jauh pun dari rumah aku. Dalam 10 minit je .. Sesampai sana , giliran aku lak ‘bertugas’ sbb jiran tadi tu ada hal nak diselesaikan . Aku ‘ okeh’ jer..

Cam biasa .. G hospital kerajaan .. Sempat la ‘nasi lemak kopi o’ jap .. Maknanya sementara tunggu giliran , berborak borak la jap ngan jiran yang keracunan tu ..

Sepengetahuan aku dah 3-4 hari gak la dia dok sakit perut berak berak gara gara makan nasi lemak dara yang dibelinya di tempat peveretnya tu .. hehehe .. Katanya mungkin sbb sambal mentah yang dimakannya dengan jumlah yang banyak ..

Hurmm .. Sian gak .. Dia dah ke klinik swasta .. Tapi tak sembuh lagi. Hingga pagi tadi , sewaktu aku nak amik ais batu yang aku beli makan tadi tertinggal dalam kereta , ‘tok penghulu’ ajak aku g hantar jiran tadi ke hospital .. Dah tak tahan la tu ..

Skang , dia tahan jap. ‘Masuk’ air .. Tunggu dia call untuk aku g jemput dia balik . Wife dia dalam pantang .. Sian lak ..

Hurm.. Risau benar nak makan kat luar ni .. Jap , korang paham tak cerita aku ni ? Aku rasa cam berbelit je ? Aku kata dah .. aku mamun lagi ni ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI