Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 11 Disember 2012

Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

 

Siannya .. Bila tengok dia , teringat orang tua aku .. RM800 je pon .. Sekurangnya pihak DBKL hantar la satu wakil untuk periksa keadaan mereka dan kemudian baru buat keputusan samada nak ‘halau’ keluar atau sebaliknya.

Menurut Mstar Online , Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Hurm.. Nasib baik la Persatuan Seniman Malaysia (Seniman),  akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.

Menurut Presiden SENIMAN , Zed,Zaidi ketika dihubungi pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.

Katanya lagi , masalah-masalah begini mereka tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika mereka tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah.

Tak kisah la .. Bagi bantuan secepat mungkin . Dan sejak kebelakangan ni memang aku menyampah dengan DBKL !! Sejak zaman ELYAS OMAR berakhir , DBKL mmg haru biru !!

10 minit kemudian ..

 

Photo: Setelah penat bertukang ..

Leganyaaa bila tgk dia lenaaa … Tapi ?? Untuk berapa lama ??? Zasss …

10 minit kemudian ..

Photo: 10 minit kemudian ..

Dengan jayanya , dia mencelikkan mata dan melemparkan satu senyuman mengoda pada aku .. Seolah ingin berkata ..

“ Daddy .. rindu nak main kejar kejar ngan daddy .. “..

 

Benarlah kata mereka yang terdahulu .. SEWAKTU MEREKA TERBARING MENYUSU , KITA INGIN BERJALAN BERPIMPINAN TANGAN  DAN BERKEJARAN .. BILA DAH MAMPU BERLARI , RINDUNYA NAK TENGOK DIA MEMBARINGKAN DIRI DAN TIDUR NYENYAK ..

Dalam erti kata lain … Nikmati setiap saat kita bersama ..

Farid Kamil terlepas hukuman penjara ..

 

Memula aku terbaca kat status seorang kawan di FB pasal persandingan Farid Kamil dengan Diana yang mana dia berkemungkinan dipenjara 2 tahun kerana memakai uniform Tentera tanpa keizinan ..

Pastu aku masuk ke blog yang mana asalnya cerita tu bermula .. Hurmm.. Ada yang kata uniform tu ATM punya.. ada yang yang kata PDRM punya .. Hahahah.. Mana satu betul ? Dan siap ada yang kata mungkin dia bakal menghadapi masalah !

Aku amik pendekatan ringkas.. Kalau dia berani buat , bermakna dia dah ada keizinan la kan ? Kan kan ? Tetapi …. aku bukak Mstar Online dan .. Tadaaaa ..

“ Pakai Uniform Cacamarba, ATM Tegur Farid Kamil “

Dari Mstar .. Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.

Menurutnya lagi mereka menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.

Dan Farid Kamil bernasib baik pihak ATM akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.

Dan Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.

Adoiii .. panjang pulak aku nak copy .. Korang g baca la sendiri kat  MSTAR eh ..

Aku tertanya gak .. Kalau sekadar kena tegur dan satu lagi kata okeh je sbb tak gambarkan pasukan mereka .. agaknya kalau aku kawin lagi buat style gitu , camana eh ? Oh lupa .. aku bukan retis ..

Qhaliff dah mula .. er , terlalu sibuk !

 

Kalau letak atas rocker , siap ikat dia .. Dia dah macam ahli silap mata melepaskan diri .. Tadaaaaaa .. Berjaya keluar dari ikatan tu sekelip mata ! Penat kejar dia bila dia gini takut dia tersungkur ke belakang ! Tapi teror la pulak dia imbangkan diri .. Grr .. Tetap tak percayakan dia selagi dia tak ‘kukuh’ .. Terus ubah dia semula ..

Kalau letak di lantai ? Huwaaaaaa … Ni la jadinyaa .. Jap je ilang ! Gambar kat atas ni , dia celik celik je mata , terus ke tv !!! Berkejar aku untuk dapatkan dia ..

Aku nak buat susu untuk dia pun kena dukung .. Dah la pinggang aku pun dok berdenyut sakit ..  huhu .. Cer citer camana tu ?

Ni baru sorang , kan ? Huhu ..

Semalam , aku g umah orang tua aku .. Saja bawak Qhaliff g jumpa tok dia .. Di tv , ada rancangan Dilema Wanita kot , kalau tak silap aku .. Ala yang Dr. Fadzilah Kamshah jadi pakar motivasi di akhir rancangan .. Antara kata-katanya yang menarik perhatian aku ialah ..

Mak ayah kita bukan pengasuh anak kita .. 'Lepas'kan mereka .. Bagi mereka bebas .. Masa untuk mereka berehat dan beramal dengan tenang .. Malangnya , ada yg amik kesempatan dengan meminta mereka menjaga anak kita  dengan alasan tak percaya pada pusat asuhan kanak kanak ..

Tak cukupkah mereka membesarkan kita berbelas tahun , skang kena jaga cucu pulak ?  “.

Betul jugak .. Siap ada yang bagi duit kat mak ayah sbg upah jaga anak sedangkan mmg tanggungjawab kita sbg anak bagi duit kat ibu bapa kita walaupun mereka tak mintak .. Huhu ..

Memang sedap la kan pass anak kat orang tua kita dan kita bebas keluar g mana mana tanpa perlu risau sbb mak ayah kita sendiri menjaganya .. Secara tidak langsung , kita relaks ! Sedap laaa woii gitu !! Aku pun nak kawin ramai gitu ! Ada anak , pass kat mak ayah suh jaga.. Cukup bulan bagi duit ! PErghhh ..

Bila kita jaga anak sendiri , terus nak pelempang atau naik tangan .. Haa.. Tu baru beberapa jam je jaga .. Kalau seharian ? Ada gak alasan tak boleh buat apa apa sbb anak buat karenah !

Mak ayah kita jaga kita dulu , ok je pon kan ? Skang , masa kita lak amik segala tekanan tu dari mereka ! Jangan nak menyedap atas katil jer dengan pelbagai posisi !

Qhaliff .. dah mula menguji kesabaran aku .. Yelah , aku bukan sekadar jaga dia .. Aku buat kerja kat rumah woo ..

 

“ Mula mula dia cabut butang huruf kat keyboard aku .. pastu dia dah start delete email aku ... dan baru jap tadi , dia campak hp aku .. Dan skg , dok ketuk remote !! huwaaaa... ada sapa nak jadi babysitter Qhaliff tak ??? “

Kawan Qhaliff dah reti berenang !

 

SEPERTI ITIK DALAM AIR...William (kiri) dan Ellenita, ketika berenang di kolam.

WILLIAM meniru kakaknya, Ellenita.

Baru 9 bulan .. Qhaliff 8 bulan .. sama sama tak reti berjalan lagi dan bercakap tapi si kembar dalam gambar di atas ni dah boleh berenang sejauh 25 meter !! Perghhh .. Kalah aku ! Aku satu meter pun lom tentu kecuali tangan berenang kaki di bawah melangkah !

Menurut KOSMO yang aku baca  , bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter.

Hurmmm .. Kalau nak ajar anak berenang terutamanya bayi ni , kena ada sifu yer .. Jangan memandai mandai .. Kang .. haaaa … kangg.. haaaa .. Nyesal tak sudah yer ..

Aku pun nak ajar Qhaliff berenang .. tapi sebelum tu , bapak dia nak belajar dulu .. kang malu lak .. hahahaha..

Buku Biografi Rosmah Mansor

 

Biografi Rosmah Mansor

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta Sultanah Kalsom berkenan memperkenalkan buku Biografi Rosmah Mansor yang mengandungi 164 muka surat hari ini. - Foto Bernama

 

Gulp .. Waduhhhh …. Mesti ramai giler beli ni .. Agaknya sampai berapa kali nak kena ulang cetak eh ? Perghh.. Ni kena amik peluang jual online ni .. Mesti dapat keuntungan yang berlipat kali ganda..

Disebabkan laku sangat , aku takut tak terlayan lak permintaan maka aku rasa baik aku jual kain batik je la .. Rasanya tak tinggi permintaan dan aku pon leh je tunaikan segala order dengan tenang .. kan kan ?

Ok ok … Biarkan dia dengan labunya.. Ada sapa nak order durian crepe tak ? Aku tak jual.. hehe .. Aku ingat artis je syok sendiri ..

Bila Qhaliff skodeng tisu !

 

Dah jadi pengemas rumah dah budak ni !! Adehh .. Pantang dapat merangkak ..

Usha baekkk punyaa.. Pastikan daddy tak letak perangkap tikus kat situ untuk kenakan dia ..

Line clear ! Ayuh.. gerak skang ..

Yearghhh … pantas ! Pantas !

“ Dapattt !! Mana dia lubang kotak tisu nehhh .. Ari tu ada .. Ni mesti daddy dah salutip nihh “.

Pusing-pusingkan dia .. Mesti jumpa punya laah ..

Kata dah !! Jumpaaaa akhirnya ..

Kikiki .. Daddy .. masa untuk mengemas !

Grrr .. Daddy mampu usha jer .. Teringat kata seseorang .. Baby time ni la nak explore ! Perghh.. Daddy pon nak explore kesabarannya ..

Sabau je laaaa .. Ahaa.. Abaikan latar belakang sebab skang dok merempat .. Hahaha ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI