Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 13 Disember 2012

Awal lagi la Qhaliff oii !

 

Sebenarnya ini bukanlah aksi dia melepaskan angin sebaliknya dia cuba untuk berdiri ..  Hehe .. Dia rasa badan dia kuat dah .. Kaki je kuat  Qhaliff oiii ..

Tapi kalau diberi tangan kita , dia mampu angkat badan dia dah .. Dalam erti kata lain , tak lama lagi dah untuk dia main kejar kejar ngan aku .. Aku je tak tau samada berlari ala ala Baywatch atau ala ala  bertongkat ..

Sekarang ni pon , dia dah mula memilih orang.. Bukan semua dah boleh dukung dia.. Dan juga boleh dukung dia ! Maksud aku , dah berat akak oiiii !

Jap je masa berlalu kan ? Tau tau jer , dah nak bercakap .. Pastu , sunat .. pastu aku lak bersunat.. Eh , silap.. Tau tau lak , nak menikah daaahhhh .. huhu …

Makin meronta nak turun ke lantai skang ni ! Grr ..

Tahniah MALAYSIA ! Kitalah juara !!

 

Kita dah berjaya buktikan .. SEMANGAT adalah segalanya ! Mereka gentar dengan semangat kita hingga pengadil pon buat keputusan yang mengarut ! Hehe ..

Photo

Ternyata mereka cukup gentar dengan kita dari mula lagi .. Dapat tengok dari cara layanan mereka pada pasukan kita ..

Tak pe .. Piala AFF tu tak melambangkan apa apa .. Yang penting , pasukan negara kali ini berjaya membangkitkan kembali semangat rakyat Malaysia di mana mana ceruk untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bagi ..

Kalah atau menang , itu adat pertandingan . Tapi kalau nak menang pun , biarlah bersih .. Jangan nampak sangat ‘tak betul’nya .. Kalau nak sangat PIALA AFF tu , g tempah je kat Pertama Complex tu haaa .. Murah je pon ..

Bagi aku , apa yang penting adalah semangat dan cara permainan . Apa guna menang kalau ‘MEMBOHONG’ kan ?

Lega , dah takde !

 

Alhamdulillah .. nasib baik 'mereka' baik hati .. Risau gak mereka tak nak kutip .. Mana la tau kaaann ..

Aku tinggalkan sampah tu hari Ahad lepas . Semak sangat .. Aku tak tau mana nak buang memandangkan tong sampah besar takde lagi kat sini.

Jadi, hari tu ada aku tanya jiran rumah baru aku ni jadual kutipan sampah .. Yelah , nak gak tau kan .. Kang bersepah sampah dpn umah kita .. Masalah woo ..

Terima kasih ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Dah mula belajar !

 

Apa saja yang dia nampak , dia akan tengok camana ‘orang’ tu buat .. Pastu , bila dapat kat dia .. siap laa ..

Semua baby gitu kan ? Sbb tu mereka taksub terhadap apa yang kita buat disebabkan mereka tau , ianya boleh dibuat ! Bayangkan jika kita buat sesuatu yang salah depan mereka seperti merokok

Dan , Qhaliff .. semakin pantas belajar .. Aku kena rajin bawak dia keluar jumpa orang utk ‘berdunia’ ..Takde la nanti nak ‘perak’ atau ‘pelik’ sangat kan ..

Makanan feveret Qhaliff...

 

Kasi rebus .. lenyek ... Dan cukup berselera dia makan ..

Utk pastikan dia berak hari hari , oats mmg wajib bagi kat dia dan .... Yearghhh.. Semerbak baunya ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Pukul untuk didik anak ?

 

Dari apa yang aku nampak dalam video BAPA WRESTLING ANAK tu , dia seolah nak anak dia jadi seorang yang kental dan ‘kebal’ bila dewasa kelak ..

 

image

Dari akhbar HMETRO yang aku dapat info ni .. Hurm .. Teringat seorang kawan aku yang bapak dia giler garang hingga kitorang pun takut nak lalu depan rumah dia .. Memang kena belasah kalau anak dia buat salah .. Siap pernah kena ikat kat pokok gitu .. Dan akhirnya , dia ikut jejak bapanya menjadi tentera .. Memang cekal la dia .. Tapi takde la dibelasahnya waktu ‘baby’ gitu ..

Tapi perbuatan dalam video ni , tak patut dicontohi atas apa jua alasan disebabkan budak tu belum ‘berakal’ .. Didik anak perlu ada ilmu . Kalau kita main belasah membelasah dia , nanti besar dia berdendam .. Kalau tak lepas semula pada ayahnya , akan ada orang lain jadi mangsa ..

Hidup di zaman ni mmg mencabar .. Macam macam dugaan ada yang membuatkan anak anak kecil semakin cepat belajar melalui pemerhatian di depan mata mereka ..

Apa jua yang berlaku , sebagai ayah atau ibu .. jangan cepat melatah .. SABAR ..

Oh , mai F1 !

 

Tu diaaa haaa .. Kat situ rupanya F1 aku … Jumpa kat depan tayar kereta aku di luar rumah .. Manakala F2 , tak tau mana pergi dah .. F7 , tunggu masa … C lak pun bakal menurut perintah lak .. Amboi.. satu persatu huruf bakal hilang dari netbook aku hasil ‘korekan’ jari jemari Qhaliff tu haaa ..

Maka benarlah kata mereka yang terdahulu .. Tunggu je la segala gadget kita jadi mainan mereka . Masa tu , nak marah pon tak sampai hati ! Cuma mampu ‘QHAAAAALIFFFFF’ dan seterusnya tepuk dahi sendiri ..

Apa lagi nak ‘ghaib’ pasni , pon tak tau laa.. Harapnya , takde kaitan dengan HTC ONE X aku .. Jangan bagi aku alasan untuk dapatkan yang terbaru di pasaran .. hehehe ..

Oh , Qhaliff.. Nak je rasa gegeet pipi tu ..

Photo

Mengantuk tapi melawan !

 

Inilah jadinya ..

 

Dalam rumah , beria menahan bijik mata terutama belah tengahari .. Tapi bila dah naik kereta .. Zassss .. kasi sebotol susu ibu yang lazat berkrim , lena diulit mayang trus jadinyaa ..

Cam tu gak bila kat rumah mak aku aka atuk dia .. Beria menahan bijik mata sehingga berada dalam kereta .. Dalam kereta , zassss .. lenaaaa gak ..

Maka , memandu la aku sengsorang .. Ngan mak dia pon gitu , ngan anak pon gitu .. Perghh .. Driver jugak aku akhirnya .. Hahaha ..

Dari takut memandu , teror dah aku skang .. hehehe.. Aaaahhh , aku mmg takut memandu .. takut pandu laju .. Maklumlah , bakat Micheal Schumacher dalam diri ..

Kutu babi punya hal !

 

Rasanya , berani tak dia buat gitu ???

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI