Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 16 Disember 2012

Umbai , Melaka

 

Akhirnya , sampai jugak aku ke sini , semalam .. Hehe.. Lebih manis , aku sampai dengan adik beradik aku .. dan lagi manis , makanan ditaja oleh adik aku dan isterinya .. Hahahaha..

Berkali dah ke Melaka tapi tak sampai sini lagi .. Dan peluang bercuti bersama ahli keluarga yang lain , aku amik peluang dengan comelnya untuk hancurkan diet aku .. huhu

Apa yang menarik UMBAI ni hingga sampai tengah malam pun ramai datang ? Selain dari byk kedai makan yang sedap sedap , kat sini ada jual barangan kraftangan yang mana harganya boleh ditawar jika pandai nak tawar .. Haha ..

Ahaa .. Kalau malam malam korang bosan sewaktu melancong ke Melaka , silalah singgah ke Umbai ni haa .. Kalau guna GPS , cari PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI .. confirm jumpa !

Lupa lak .. Harga ok ke ? Kalau nak murah , makan keow teow goreng ngan telur mata .. hehe .. Sesekali makan besar , apa salahnya kan ?

Evil giler hotel ni !

 

Keluar dari Melaka , jam 230 petang. Plan nak keluar awal tapi ada hal pulak .. Anak buah demam sbb mak dia tak nak kasi makan .. Dia ngadu kat doktor gitu padahal dia yang tak nak makan ! Hahaha ..

Hujan lebat pulak perjalanan ke Johor. Kat Melaka  sebelum tu, panas terik !! Adeh ..

Terpaksa pasang double signal atau emergency signal agar kereta belakang lebih berhati hati dan jarakkan kereta kerana kadar penglihatan yang kurang baik ketika itu ..

Dalam kul 5 lebih , baru sampai .. Tapi sebelum tu , gi check in hotel yang berdekatan dengan rumah Mat Gebu .. huhu .. Senang esok nak g makan tengahari lak .. Hahaha .. Jaaaat !

Sampai sana .. Cam biasa la kan .. Episod makan makan bermula .. Mat Gebu hidangkan makanan kegemaran aku yang mana aku baru jatuh cinta padanya .. LAKSA JOHOR ! Hehehe ..

Ilmu yang aku dapat hari ni ialah .. PISANG KAKI .. Kaki yang takde kaitan dengan kaki kita yer .. Haa.. Sila google untuk dapatkan nama sebenar untuk PISANG KAKI ni dan kelebihannya .. Aku ingat oren memula .. hehe ..

Dan Qhaliff , mula buat aksi aksi menariknya ..

Dalam kul 6 lebih .. Kitorang mintak diri dulu sbb tak nak masuk hotel lewat sangat.. Jalan nak ke hotel tu pon dah cukup mengevilkan ! Huhuu .. Maklumlah , mmg untuk orang kayo kayo datang main golf ..

Sampai je hotel , bilik kitorang nun berhampiran dengan padang golf tu haaa .. Gulp ! Telan air liur aku wehhhh ! Seriusss !! Kenapa ????

Sebabnya , hanya ada sebuah je kereta di tempat parking yang disediakan dan kereta itu , kereta aku ! Dan bermakna , aku dan keluarga aku saja bermalam kat situ ! Ini bukan hotel ala ala bertingkat tapi cam rumah dalam taman tu haaa ..

Dan , serius .. mmg menyeramkan ! Siap dah rotan manau kat sebelah aku yg baru aku beli semalam ..

Tp aku suka bilik air dia ! Kalau mereka yang baru menikah .. mmg best laaaa .. Leh .. er .. Tak pe la .. nanti kata blog aku blog seks lak .. hahaha ..

Tingkat 4 utk hantu jembalang ?

Ahaaaa ... 3A ?? Tadaaa .. kalau dulu , diorg kata kalu ada no  tingkat yg dilompat  tu tandanya tingkat tu dikhaskan utk 'mereka' !!!

Percayakah anda?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Qhaliff dah pandai cemburu ?

Gulp .. Yer kah ????? Err .. tak laa .. sebenarnya dia nak turun dr pangkuan aku tuuu .. Tu yg muka mcm tuu ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI