Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 Disember 2012

Anak penyelamat ...

Hurm .. bena kata org lama .. Renung mata anak , sejuk jadi hati yg sedang amarah ..

Hurmm .. Nanti buat lg la .. Buat apa ?? Erk..
"Ya, makkkkk... "

Jap, mak panggil ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Terang-terang DNA bapak !

 

 

Dah jadi tabiat skang ni ! Aku kesan sejak dia dah pandai merangkak. Confirm berpeluh dia .. Bila berpeluh , dia takkan nak tidur pun apatah lagi dengan badan melekit tu ..

Kalau petang , confirm mandikan dia dulu pastu bagi susu .. Lena ! Kalau malam ? Kena bukak baju dia , baru dia nak tidur .. Dah tidur , baru boleh pakaikan balik baju dia ..

Sapa punya tabiat ni pon tak tau laaa .. Tapi tajuk , terang terang kata DNA bapak dia !

Hehe ..

Jalanraya kat Kelantan teruk ??


Pergh.. Ada kawan bagi gambar ni kat aku .. Aku baca .. Mak aihh .. Aku yang lahir kat KL , kampung kat Pulau Pinang dan skang dok ulang alik ke Kelantan , tak pernah pulak kata sebegini rupa !

GAMBAR DIKELUARKAN ATAS PERMINTAAN SI DIA ..


Aku rasa kat Putrajaya pon ada je jalan yang tak comel  tu haaa .. Ke tak pernah sampai Putrajaya lagi ? Tuuu … Berlambak je jalan rosak haa.. Kat Sg. Besi tuuu .. Sri Kembangan.. Cheras .. tapi tak la sampai kuar status tak berakal ni haa ..
Dan , baik jalan berlubang agar kereta berhati hati dari jalan elok berlorong lorong tapi ada kamera AES !
Bab royalti tu .. nampak sangat mamat ni sekolah tiru masa exam .. Sian .. Tak pe. Kita doakan je agar dia sedar diri skit .. Sedar diri skit , awak kat Malaysia .. NAk elok ? Sila bayar ! Takde yang free kat Malaysia ni ..

Lain kali nak tweet , pikir dulu ..

Skill baru penyusuan Qhaliff !

 

Hurm.. pening dengan gaya gaya yang ditunjukkan di kala dia mengantuk ! Bila mengantuk , mulalah keluar macam macam bunyi dan memek mukanya ..

Tuu .. style dia menyusu badan tu .. Sampai ke hisap botol pon nak tiru gitu gak .. hahaha ..

Pasti bila dia dah besar nanti , dia tgk gelagat gelagat dia sewaktu kecik mesti ketawa jer .. huhu .

Untung budak sekarang ni kan ?

Khas untuk peminat tudung FAREEDA

 

-iklan-

Butik online kami menjalankan perniagaan tudung di bawah jenama FAREEDA iaitu tudung Eksklusif No. 1 Malaysia yang sememangnya original dan berkualiti. Setakat ini stok tudung ISTANA PINK diambil dari hasil "walk-in" Butik Utara sahaja. selain itu ISTANA PINK juga ada menjual hanger berklip utk tudung gojes tu dan nantikan produk terbaru akan diperkenalkan oleh Istana pink yang amat sesuai dgn tudung Fareeda ini di tahun 2013 . So apa lagi......LIKE laa sekarang !!

Photo: ===SOLD===

BERMINAT TAIP - BOOK
BATAL BOOK TAIP - CANCEL BOOK

Daripada duk kena beratur ambil no.sesudah subuh, buang masa duk menunggu nk dptkan hanya limit 2-5 helai seorang, apa kata LIKE jer online butik IP ni..hanya klik "book" dihujung jari anda jer..ada rezeki, tudung itu anda yang punyer. servis penghantaran IP pulak laju...book arini, fastpayment terus anta...esoknyer dah boleh melaram ber FAREEDA u olls.

LIKE la Istana Pink - http://www.facebook.com/IstanaFareeda

Terpengaruh cara blogger lain ?

 

blog.jpeg

Pada awal aku mula berblogging , aku selalu ke blog ‘power-power’ untuk mencari tips atau mencuri apa yang boleh dicuri .. huhu .. Tapi .. hurmm ..

Tapi apa ? Bila aku kat dalam tu .. Aku tak tau apa yang aku nak ?? Takkan aku nak buat style mereka ? Yelah , ada yang gemar bagi tips blogging .. tutorial .. dan macam macam lagi ..

Aku tergaru kepala walaupun kutu dah abis aku pindahkan ke kepala kawan aku.. Hurmm

Akhirnya , aku dengan cara aku sendiri .. Dan cara aku itu , ada ramai tak puashati .. Apa nak buat kan ? Kena la terima hakikat .. Apa saja kita buat , ada yang takkan puashati sbb mereka cemburu ? Hahaha .. Masing masing punya pendapat..

Dan , aku buat kesimpulan .. Blog aku adalah blog aku .. Samada best atau tidak , bagi aku mudah jer .. Aku sampaikan apa saja yang aku nak sampaikan melaluinya. Aku tak perlu nak hipokrit .. Tulis apa saja yang aku rasa aku nak tulis dan yang penting … HALAL ! Maksudnya , tak salah di sisi agama mahupun undang undang negara ..

Tak perlu nak ternganga bila masuk blog top top ni.. Masing masing dengan cara tersendiri. Dan aku yakin sangat korang pun ada keunikan yang mana blogger top tu pon tak mampu nak buat  !

Cari dan terjemahkan keunikan blog korang tu , dengan cara korang sendiri ! Tak perlu nak tiru .. tak perlu nak pening kepala .. Blog bebas .. Bebas seperti kertas kosong .. Conteng je apa nak conteng ..

Zain Saidin dan Rozita Che Wan bercinta ?

 

Jadi blogger artis sat .. Hahahah .. Ni gambar yang aku kebas kat Kosmo hari ni yang mana rasanya mereka pon kebas di Instagram .. Hehe .. Nasib korang laa ..

Dalam akbar tu ada la tulis hal hal kisah mereka .. Yang sorang ni beria meluahkan .. Yang sorang lagi beria tak nak mengiyakan .. Alahaii.. Berlakon benar aihh ..

Kalau dah suka .. nikah je la cepat cepat.. Jangan la dok tunggu lama lama .. Bukan apanya .. Nanti lama sangat , dah tak sedap apatah lagi bila ada muncul lak orang orang tertentu lalu menganggu .. huhu ..

Usia , bukan baru lepas sekolah .. Rupa pun , bukan nak kekal lama .. Makin lama , makin mengedut .. hehe.. Segerakan ajaaa… kan kan ?

CINTA MANUSIA di zaman ni , ada pasang surut .. Tak caya ? Asal gaduh skit , putus .. Tak putus , mintak cerai .. Cinta la konon ? Huhuh ..

Qhaliff hilang !!

Tu haaaaaa ... Jap je hilang dr sisi aku !! Adehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI