Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 28 Disember 2012

Mengada lebih mamat neh !!

 

 

Reaksi dia bila bagi makan oats ngan carrot padahal sebelum ni , telan jer !! Gaya siap goyangkan badan mcm geli geleman benar !!

Mengadaaa daahh .. Dan , dia dah leh baca memek muka orang tua dia .. Marah , sedih ...dia mesti tengok semacam dan datang bermanja..

Besar dah anak aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tudung dan selendang Indiana Boutique

 

-IKLAN-

BENASHAARI PIC

Indiana Boutique menampilkan pelbagai jenis tudung dan selendang mengikut trend terkini. Penggunaan material yang berkualiti dan jahitan yang kemas adalah salah satu faktor produk yang dikeluarkan laris dijual.

Pastikan anda tidak ketinggalan memiliki koleksi dari Indiana Boutique.

Sila layari kami di www.indianaboutique.com  atau
LIKE fanpage kami KLIK SINI

Justin Bieber Hisap Ganja sudah …

 

Ok la tu .. Stendek la artis … Ops , bukan artis kita yer.. Artis kita baekkkk baekkk punya .. Maklumlah , ada pegangan agama dan adat .. Jadi tau la mana baik dan mana yang kurang enak untuk dilakukan , kan kan ?

Sian kat artis popular dunia ni .. Bukan dia sorang je bermasalah gini .. Yelah , masa naik dulu .. syok tak terkata .. Bila dah terlalu tinggi , hurmm .. mulalah ..

Punca ? Banyak.. susah nak kata .. Tapi antaranya yang boleh aku tangkap , kes ngan awek dan juga tergugat dengan Psy kot ? Sebab Psy dah pecah rekod dia ? Hehehe .. Pecah ke eh ? Entah laaa.. Yang pasti korang popular laaa nak dibandingkan dengan jiran aku tu ..

Apa poon Justin , kalau nak hisap gak .. hisap la.. Duit banyak .. sakit , masuk spital .. Mati , tanam ke .. Tak susah kan ? Dan jangan lupa wasiat skit harta kat aku .. Oh , apa apa tweet aku eh ..

Baca la artikal pasal dia dan ganjanya itu di SINI .. Peminat setia Justin , jangan terkejut yer .. Ganja bagi mereka cam chewing gum jer ..

Tahniah kepada penjawat awam kontak ..

 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengumumkan kontrak seramai 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari hadapan sehingga hujung bulan Jun nanti..

Artikel Penuh: Baca di SINI ..

 

Tarik nafas lega la kawan kawan aku nun di opis lama aku tu  dan 45 ribu lagi penjawat awam kontrak .. Dari dok dengar nak tetapkan mereka ( sejak zaman aku lagi yakni 7 tahun lepas ) tapi dok lagu tu gak je..

Tapi tak pe laa .. Dari nganggur kan ? Syukur la jugak ada kerja haaa.. Yelah , ada yang dah kawin , ada yang buat pinjaman bank .. Kalau tak sambung , mau botak kepala tiap malam dok digaru walaupun tak gatal.. huhu ..

Sian sebenarnya penjawat awam kontrak ni .. Maklumlah , bertaraf kontrak .. Jadi , ada yang pandang sebelah mata kat mereka ni .. Ada yang amik kesempatan ‘mendera’ mereka .. Hehe .. Lawak gak sebenarnya ..

Tak kisah la .. berkhidmatlah selagi mana kerajaan membayar gaji tepat pada masanya . Part ‘mereka’ tu , biarlah .. Hari ni hari mereka .. Nanti tau la langit tinggi rendah .. Doakan je mereka ubah perangai .

Buat kerja dengan ikhlas . Datang kerja , jangan main game .. Curik tulang atau sebagainya laa.. Korang pon lebih arif kan ? Hehehe ..

Rindu pulak kat opis lama nun di PWTC ..

AES diteruskan di Putrajaya ! Satu penganiayaan ..

 

“ Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. “

Dalam satu akhbar online yang aku baca baru-baru ni ada memberitahu yang sistem AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

Itu baru 14 kamera yang dipasang .. Kalau 831 kamera dipasang menjelang akhir 2013 dengan alasan nak menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.. Kononnya laaa .. Tapi pasang kat bawah jambatan jalan lurus yang takde kes kemalangan pon ?

Kalau benar la nak tangani masalah kemalangan ni , g letak kat tempat tempat yang sepatutnya .. Kenapa ? Tak menguntungkan ke ?

Semalam , aku lalu dan nampak la penguatkuasa bawah jambatan tu siap dengan kamera yang diletakkan di bahu jalan .. Jalan lengang.. Had laju 80kmj .. Cuaca panas tak silap aku .. Nak suruh pandu berapa laju situ ? 80 ? Bila jalan lengang , takkan nak bersantai atas jalan raya sedangkan kita boleh jimat masa .. Nak tanya skit , yang dok bagi saman ni , ikut ke peraturan jalan raya ?

Jangan bebankan rakyat . Yang sedia ada pon dah cukup membebankan . Bila rakyat tak sokong , kata tak kenang budi .. Bila dah sokong , sakit hati !

Janganlah lupa.. Yang tinggal di Putrajaya ni , penjawat awam .. Kalau tiap bulan satu saman , baik CUEPACS mintak kerajaan sediakan tambahan elaun untuk bayar saman ..

Dah tambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ni kena saman.. Memula dia ingat dia takde .. Check punya check .. ada satu ! Huhuu .. Ini bermakna , kawan aku yang aku kenal dah ada saman AES ..walaupun bukan semua la.. Er , tak tanya semua pun lagi.. hehe.. Tapi 4-5 orang ada dah ..

Nak didik rakyat supaya bijak uruskan waktu ? Hurm.. Dah urus baik dah pon .. Keluar gi kerja yang depan mata tu pon dah bagi setengah jam awal . Ikutkan dalam tempoh setengah jam tu , dah leh sampai Gombak dah , kalau dari Putrajaya padahal nak ke opis yang tak sampai sekangkang kera tu haa ..

Janganlah semata mata nak cepat dapatkan semula kos sebanyak RM700 juta tu , rakyat jadi mangsa ! Bukannya tak leh bayar saman tapi janganlah pijak kepala rakyat ..

Nak didik , guna akal .. Bukan guna poket ..

 

Entri berkait AES yang aku dah buat ..

Tahniah ! Daddy dapat saman AES . Dua lak tu ..

Zon Operasi Kamera di Putrajaya

Tips nak elak disaman AES !

Kamera AES ‘dianiaya’ !

Makanan Qhaliff , sekarang ni ..

 

Ada kawan antar email tanya apakah makanan Qhaliff skang ni yang membuatkan dia ukk ukk dengan comelnya .. Hurmm ..

Aku bagitau la apa yang Qhaliff makan kemudian ada dia tanya aku apakah kandungan sodium di dalam tu tinggi atau sebaliknya ? Memandangkan aku dulu Sains sampai darjah 3 je pastu cikgu dah dimadukan kemudian berpindah sekolah , aku tanya dia apa tu sodium ? Kalau stadium tu aku tau laa ..

Dia balas email dan memberi tahu sodium tu garam .. Owh .. Baru aku tau .. Aku ingatkan salt je garam .. Ok ,satu ilmu baru untuk aku dan mereka yang tak tau .. hehe ..

Aku balas email semula tanpa guna bedak atau lukisan untuk mencantikkan email tu .. Dalam tu aku lampirkan dua keping gambar yang bukannya gambar aku atau gambar pp Qhalifff ..

Oats ni , wife tambah dengan kurma , kadang kadang dengan buah kiwi , avacoda ,plum , pear , sayuran lak .. carrot , brokoli dan kekadang salmon .. Selera je dia makan .. Dan sesekali potato .. Wah , cakap omputih aku .. Potato kauu ..

Makanan Qhaliff , takde kaitan dengan makin tembamnya pipi dia .. Pipi Qhaliff tu mai dari mak dia tapi labuhnya pipi tu , ehem.. aku punya masa kecik kecik dulu . Tak caya ? G cari dalam blog ni haa.. Gambar aku kecik dulu.. Kalau letak ngan David Beckham , confirm ramai keliru punya masa satu David Bechkam .. mana satu aku !

Apa gelak gelak ??

Haaa .. Dan buat mereka yang bakal dapat baby , pastikan susu ibu adalah keutamaan .. Manis wooo .. Erk , mana aku tau ??? Ala , Qhaliff bangun dah ..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI