Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 29 Disember 2012

Aku .. merajuk sama Qhaliff !

 

Hurm .. Aku merajuk dah ngan dia .. Mentang-mentanglah aku punya dada tak mengandungi susu .. Qhaliff sanggup melukakan hati aku .. Huwaaaa ..

Kenapa ?? Kenapa korang tanyaa ??? Korang bayangkan eh .. Hurmmm.. Bayangkan laaaa .. Pandang ke atas dan imaginasikan .. Qhaliff yang sedang bermain sorang sorang nun jauh dari ibunya , ibunya berpura pura menangis.. Dia merangkak datang dan siap menangis sekali !!! Bayangkan laaa woiii .. Bayangkan !!!

Aku pon try buat gak laa .. Perghhh .. Dia pandang aku dengan muka penuh tanda tanya !!! Seolah berkata dalam hati ..

“ Apa gila daddy aku teriak cam putus sudah kasih sayang ??? “

Dan dia leh sambung buat kerja dia iaitu gigit mainan dia .. Bayangkan laaaa .. Ayah mana tak kecik hati wooiiiiii .. Aku sedihhhh .. aku sedihhhh .. Ni yang membuatkan aku keluar nak g cari maggie ketam ni ..

Sampaaii hatiiiii Qhaliff ! Esok lusa , gi duduk ngan ibu kat opis diaaa .. Daddy nak g umah kebajikan orang tua tua .. Huwaaaa …

Apa kaitan denggi dengan ketam ?

 

Yummy .. sedap wooo maggie ketam adik ipar aku masak ni .. Huhuh.. Ikutkan , apa saja maggie sedap bagi aku .. Hantu maggie la katakan .. Bukan hantu madu yer .. huhu ..

Haaa .. Orang kata kalau kena denggi , makan sup ketam ni penawar untuk denggi .. Benarkah ? Ahaaa .. Ok ,aku google dan jumpa satu testimoni dari blog ni .. Aku copy sat eh .. Jangan tuduh aku blogger copy paste lak yer ..

SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah.

Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam.

Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya.

Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi.

Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. “

Haaa …. menarik bukan ? Tapi part selepas tu buatkan aku tersenyum lebar ..

Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui.

Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.Sila Tel . Ketam Segar Pintas Tanjung Bungah Faruk Abdul Rahman 012 552 1820 / 012 560 4036 .”

Hehehe .. pikir positif la yer .. Sumber dari SINI .. Yelah , mana tau ada yang mencari kan ? Ok la tuu..

Lupa lak … Maggie ketam yang dalam gambar diatas tu , bukanlah aku yang masa tapi adik ipar aku .. Anaknya, Ammar yang pernah top di blog aku satu tika dulu , disyaki dijangkiti demam denggi , minggu lepas.. Alhamdulillah , dah pulih ponn ..

Apa pun , segalanya terpulang pada kepercayaan korang .. Dapatkan nasihat pakar , seperti .. aku ? Heheh.. Doktor pakar laa.. huhu ..

Qhaliff di Taman Burung , Kuala Lumpur.

Suka dia tgk burung kat sana .. Tapi yg lebey, bapak dia ...heheh ..

Cuaca panas sgt ..Nasib baik gi awal pagi. Tak silap aku taman ni bukak jam 930 pagi . Tiket masuk , RM25 utk dewasa dan budak bwh 12 tahun lak cuma RM12 je..Qhaliff , kira dewasa .. dia tak nak mengaku dia baby .. Huhu .. Nak tak nak , aku kena mengaku la aku baby ..

Dalam tu , kitorang sempat habiskan masa 1 jam setengah sebelum Qhaliff mengantuk sgt .. Terpaksa keluar ... Hehe.. Adik aku ngan anak anak dia, jalan jalan lagi..

Hurmm.. Atas kul 12 , ramai woo org dtg .. dan kitorang ..balikkkkk..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kalau lelaki pasang 2,3 dan 4..

Mintak cara baik , salah ... Buat cara salah , mengamuk .. Dah tu , camana ? Alasan adil tu la yg senantisa bermain di mulut padahal patutnya sama sama la bekerjasama , kan ? Hehe...

Aku ? Nikah lg ? Eh .. belum ada dlm perancangan .. Tak tau la akan datang , kan ? Hahahaha ..ada gak kena sunat lg ..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kenapa aku patut berenti dari blogging ?

 

 

Biarlah gambar menjelaskan segalanya. Oh , ini dari kamera HTC ONE X yer.. Bukan kamera AES yang dah mengeluarkan beratus ribu saman tah hapa hapa itu yer .

Ops .. terasa keeee ???

Published with Blogger-droid v2.0.9

Daddy kejam atau Qhaliff dera daddy ?

Hah ??? Ayah dia mampu beli kasut sebelah je ker ? Huhu .. Apa nk buat.. Dpt bonus, byr saman AES ..Er , lom byr lg .. Dok simpan skit skit duit .. huhu..

Sebenarnya ada berpasangan kasut dia tp dia gemar cabut dan buang !! Berkali kali aku kutip dan pakaikan .. Akhirnya aku biar gitu.. Dia selesa gitu ! Hahaha..

Patutlah ramai tgk jer .. Hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI