Bila lelaki nak berpoligami ..

by - Isnin, Januari 07, 2013

 

Hurm.. Baru yer .. bukan dah .. Kalau dah , isunya lain .. Ni lain isunya ..

Bila sebut poligami , maka ramailah para isteri dan juga mereka yang belum bernikah memandang aku dengan pandangan mata yang cukup tajam ..

Aku tak nak la nak cerita details pasal poligami. Korang google pun leh dapat apa itu poligami dan bagaimana sepatutnya poligami dilaksanakan .

Isu aku ialah lelaki yang baru nak berpoligami ni haaa .. Lama dah aku nak buat entri pasal ni .. Sejak aku dok bertweet pasal MADU dan nak tengok respon dari kengkawan perempuan, majoriti tak nak suami mereka memadukan mereka .. Eceh .. Tak nak la konon eh ? hehe ..

Bersikap adil .. Hurm.. Tu paling penting. Adil ni yang paling sukar . Tak perlu la nak sampai setara tapi paling tidak pun , jangan ada yang terasa . Ni , belum lagi nak kawin .. yang lama dah mula diketepikan . Dok bizi dengan yang baru. Tiap malam dok angau kat yang bakal tu haa.. Nikahnya belum tapi dah angau .. Macam budak sekolah bercinta lak .. Tu yang tak betul tu ..

Kena la bijak amik hati isteri yang sedia ada . Kematangan fikiran perlu ada ketika ni . Bila gitu , barulah isteri redha . Terima seadanya kenyataan yg di depan mata ..

Adil dan mampu .. Part lain tu korang pun tau la kan .. Tapi kalau belum lagi mula , dah tak adil … apatah lagi duit dalam poket pon cukup cukup untuk beli rokok sendiri , ada hati nak bukak cawangan lain ? Kalau duit banyak sekali pun , janganlah bersikap kejam dengan isteri .Lupa terus ke segala jasa jasanya dulu ? Semudah itu ?

Nafsu ? Jangan ingat lelaki kawin sbb nak tuuuuuu jer .. Nafsu ni besar dan luas .. Perempuan pon bernafsu .. Jangan ingat lelaki jer .. Kalau benar nak kawin pun kerana nafsu , jika dia mampu adil dan berkemampuan .. Apa salahnya kan ? Halal kan ? Dari dia langgan pelacur atau simpan perempuan yang bukan isterinya.. Camana tu ? Duit banyak sangat dah ni . Nak buat apa lagi ? Kawin je ler .. Ramai sangat perempuan dok bergaya kat luar .. Hanya tunggu untuk dipetik je .. kan ?

Jangan terasa dan jangan marah .. Fikir dengan minda terbuka berlandaskan ajaran agama .. Dan aku bgtau ni bukan sbb aku nak nikah lagi ..Kalau nak pon , bukan ada yang sudi .. hahahahaha .. Guwau jeeee laaa .. 

Untuk lelaki .. fikirkan jika nak nikah lagi . Jangan nak main sebatttt jer .. Nanti botak kepala dok tergaru garu ..

You May Also Like

3 comments

  1. betul tu..tapi kdg tu, rexki depan mata...contohnya pompuan tu nak sgt2 n bekerjaya. isteri no.1 pn redha..tapi kesian gak kt isteri no.1. BANkami

    BalasPadam
  2. Madu memang isu sensitip bagi kaum wanita.. Ada yang redha ada yang takkan dapat terima sampai bila bila.. Namun semuanya tertulis olehNya.. Kalau dah ditakdirkan siapa kita utk menidakkannya.. Tp kalaulah terjadi kpd akk akk harap husband akk kahwin kerana mahu membantu wanita yang benar benar dalam kesusahan.. yg tiada tempat berlindung.. yg benar benar perlukan pertolongan.. macam ibu tunggal ke.. macam wanita yg didera ke dalam erti kata lain wanita yg benar benar dalam keadaan "bahaya" dan perlukan seseorang utk menyelamatkannya.. dan bukan lah nak kawen dgn yg hot hot aje.. nak kawen sbb nafsu semata mata haaaa yg tu memang periuk belanga terbang melayang layang lah hehehehehe

    BalasPadam
  3. Tambah cawangan, masih belum sampai masanya lagi.

    Masih membentuk dan memantapkan cawangan yang ada.

    Yup memang bukan sebab nafsu, kadangkala ada kes isteri sendiri buat suaminya makan hati dan perempuan lain pula yang sudi ubatkan hati.

    BalasPadam