BOBOI BOY vs UPIN IPIN !

 

vs

Bila ternampak dua budak botak ni  ( UPIN IPIN ) , Qhalif tersenyum. Macam nampak kawan lama dia .. Hehe .. Dan semalam , aku saja test pasang Boboi Boy pada dia .. Dia tengok tanpa ada perasaan .. Hurmm .. Tidak menarik minat dia kah ? Dan aku kembali tayangkan youtube Upin Ipin .. Dia senyum ! Lorrr …

Ada seorang kawan kata Boboi Boy memberi kesan negatif pada anaknya. Setiap kali selepas menonton Boboi Boy, dia akan ikut gaya mereka terutama dari segi bahasa yang agak kasar ( tak sesuai untuk anak anak contohi ) .. Hurm …

Tak dinafikan sebenarnya sbb anak buah aku pun begitu juga.. Tapi ini tak bermakna Boboi Boy tu tak sesuai ditonton cuma untuk anak anak kecil yang masih terkial kial mengutip infomasi disekeliling mereka , mudah terpengaruh .. Kita yang dah tua ni pon mudah terpengaruh denga gaya bahasa ( tengok filem atau rancangan tv ) , ni kan pulak budak budak ..

Aku tanya rakan rakan di FB mengenai dua rancangan kanak kanak ni .. Dan jawapan mereka ..

image

Bagi aku , dua dua ok cuma Boboi Boy ni lebih sesuai untuk manusia kategori aku .. Kalau ada yang terpengaruh gak , ternyata dia masih belum mampu berfikir dengan waras ..

Pendapat korang lak ?

19 ulasan:

  1. hah ni mak bdk nk jawap dgr ye;

    upin & ipin sentiasa di hati
    keletah si kembar mencuit hati
    boboiboy pula dilupa jangan
    kuasa tiganya tiada tandingan

    upin & ipin kehidupan di desa
    adat dan budaya dijunjung dijaga
    walaupun boboiboy 'canggih' di kota
    persahabatan & kerjasama tidak dilupa


    # owh anak2 kite mmg suka dua2nya.ptg boboiboy yg kt petronas tu hbs jd koleksi,begitu juga dgn brgn upin ipin.ank2 semakin bijak berfikir,tgk kartun jdkan mereka kreatif.ibubapa yg kena bijak 'monitor'.kalau ada sikap/words x baik terangkan knpa x blh tiru dan sebaliknya ^*


    BalasPadam
  2. kalau utk kanak2, mmg sesuai tengok upin ipin.. tp sy lbih suke boboi boy!!!! he3

    BalasPadam
  3. Luv both. boboiboy & upinipin!! tak tepengaruh sebab umur dah banyak. heheheh

    BalasPadam
  4. upin ipin !!

    anak sy pun lebih suka upin ipin dr boboiboy...nmpak reaksi berbeza bila bg tgk dua2 kartun tu

    BalasPadam
  5. Betul . Boboiboy ada aksi terbang and macam-macam . Tu boleh pengaruh kanak2 . Dibuatnya si kecik nie buat aksi terjun terbang , tak ke naya nanti ..

    BalasPadam
  6. Salam.
    Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG SANTAI DAN PANAS. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

    BalasPadam
  7. cer tayangkan youtube doraemon pulak bro , hehe

    BalasPadam
  8. upin ipin ! boboiboy entah pape jer. takde nilai2 murni punn -_-

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum...nak komen dekat sini pulak..tertarik dgn topik ni...boleh yea en ben... :)

    mcm anak2 sy..agak tertinggal sket..skrg ni baru la berminat nak tgk boboiboy..itupun 'terpengaruh' dgn sepupu2 diorg dekat kg yg suka tgk boboiboy instead of upin ipin..sebab sepupu2 Aufas semuanya dah besar..so Aufas boleh beza antara yg baik n buruk..sebab..(bukan nak puji diri sendiri..juz nak bgtau)..apa yg anak2 sy tgk di tv sy akan observe..yg mana baik kita galakkan diorg utk apply..yg buruk kita explain knp x boleh ikut...so sampai skrg anak2 sy akan cerita dekat sy apa yg diorg tgk di tv..bgtau apa yg elok n yg elok sptmana yg sy pernah ajar diorg,n anak sy yg sulung yg dah sekolah tu pun..apply benda ni bila bersama dgn member2 dia...Alhamdulillah sy sgt bersyukur utk itu..n itulah untungnya jd housewife ni...hehee

    so..pendapat sy..apa pun yg anak2 kita lalui masa kecil ni teramat penting bg kita sbg ibu bapa utk ambil tahu..kerana pendidikan pertama adalah bermula dari rumah...sekian terima kasih... ;D

    BalasPadam
  10. kluang man...hahaha...
    upin la lgi sdp...

    BalasPadam
  11. saya pun sama. upin ipin banyak bagi pengajaran dan memang sesuai utk kanak2. bobiboy ni sesuai utk budak yg dah sekolah rendah dan ke atas je. :)

    BalasPadam
  12. Upin Ipin CUMA tak gemar dengan watak Kak Ros yang asyik meroyan marah2 temper...ini pun bagi kesan kurang positif pada anak2
    Means bagi lessons yang sume benda pun react dengan marah

    BalasPadam
  13. bang..jgn bagi anak2 kecik yg belum tahu bezakan baik dan buruk tengok citer macam boboiboy..ultraman..superman.. dan yg ade aksi2.. bykkan ajar drpd skarang pasang zikir2 kt tv oasis.. ajar dia membaca.. alat mainan konpem kena beli sbb nak bagi otak dia aktif berfikir.. itulah ape yg kakak saya amalkan utk anak dia..alhamdulillah umur 3tahun dah boleh kenal huruf dan baca iqra dengan lancar dan dah boleh baca buku dalam bahasa melayu..zikir2 dalam tv oasis pun dia dah boleh zikir sorang2 sambil main mainan dia dan dia byk kami dedahkan dengan bahasa2 asing.. such as bahasa cina,,arab,,perancis dan jepun.. alhamdulillah.. ada lah words2 yang dia ingat,, kalau membilang dalam semua2 bahasa tu dah boleh dah.. kami banyak cari sumber dari youtube dan buat aplikasi android utk anak buah saya tu.. dia sgt obses utk belajar..dan fokus..bila main pon fokus bila belajar pun fokus..matematik pun dah boleh buat.. cuma sebagai ibu dan ayah jangan bazirkan masa yang ada ni.. kita yg kena corakkan masa depan anak2..banyakkan study tentang kajian2 perkembangan otak kanan2 sepanjang 2tahun perkembangan mereka..insyaAllah..

    BalasPadam
  14. Saya duadua pun suka! Haha.
    Tak terpengaruh, umur dah tua #eh haha.
    Bila layan cite kartun, memang release tension woo :D

    BalasPadam
  15. mas dua2 suka..lagi2 boboiboy..hihihi

    BalasPadam
  16. dua2 anak2 suka. dr yg girl umur 2 thn, sampai lah ke abg2 dia yg umur 4 dan 8 thn.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009