Eeee..Momokk !!

by - Jumaat, Januari 11, 2013

 

Dah jadi turun temurun , kanak kanak seringkali ditakutkan dengan perkataan tu .. MOMOK !! Atau binatang binatang yang mampu membuatkan sapa sapa tengok pon akan jadi geli atau takut .. Ada yang tak de apa apa tapi saja ditakutkan dengan binatang tu .. Atau paling tidak pun denga abang polis !

“ Haaa… polisss … tangkap budak kecik nih !! “

Apakah perlu untuk kita takutkan anak anak kita di zaman ini ? Ada yang mungkin kata perlu memandangkan kanak kanak zaman ni dah terlebih berani hingga keluar malam atau belum cukup umur , dah pun mengandung ! Apa kaitan ? Segalanya ada kaitan dengan apa yang aku bangkitkan ini .

Ada yang tak setuju .. Kata mereka akan membantutkan perkembangan otak kanak kanak tersebut . Hurm.. Mungkin juga … Ada baik dan ada buruknya ..

Bagi aku , seperti kata mereka yang malas nak pikiaq panjang atau nak buat rumusan .. mereka akan kata … “ BERGANTUNG PADA IBU BAPA ATAU KEADAAN .. “ .Hehe .. kalau gitu , mmg la semua jawapan gitu .. Tapi mana satu yang lebih banyak ? Ada faedah atau lebih memberikan keburukkan ?

Aku jawab.. Kebaikkan .. Sekurangnya mereka takut nak keluar malam sementara belum mampu nak fikir dengan sempurna . Bila dah boleh fikir , yang mereka takutkan cumalah .. kekasih mereka ! Boleh ? Hahaha.. Aku gurau jer.. Mereka akan punya asas agama untuk pastikan mereka dilandasan yang betul dan tepat .. kan ? Itu yang terbaik .. Dan juga pemikiran yang berasaskan ilmu ilmu duniawi yang seiring dengan agama ..

You May Also Like

10 comments

  1. didikan agama adalah yang terpenting..second adalah bergantung pada diri mereka sendiri.. itu yang menakutkan sebenarnya..sebab ramai juga yang punya didikan agama tinggi tapi tetap tertewas dengan godaan nafsu...

    BalasPadam
  2. Besar dah qhaliff. comelll. Pinjam boleh? hehehe

    BalasPadam
  3. Hohoho... aku pernah nak tulis isu ni tp ulasan bro ben lg best laa... hehehe... aku mmg akan takutkan ank aku bila apabila dilarang dia tak dgr... contohnya bila dia asyik nak menyelongkar kat dapur then bila dia jln nak ke dapur aku buat2 terkejut mcm nmpak something... aku x sebut momok or benda lain cuma apa yg aku buat aku tanya dia blk 'apa tuu? '... kehkehkeh... mayb amalam ni kena stopkan kot... x elok sbnrnya... wakaka...

    BalasPadam
  4. nak bermomok pun biar bertempat, kalau semua tempat kata ada momok... sudahnya budak2 pun dah tak takut. tengok lah sekarang dengan kak limah lah... macam2 lagi.

    BalasPadam
  5. Qhaliff dah berapa bulan eh? gambar atas nih macam dah setahun gaya dia.

    BalasPadam
  6. tak pernah momok2kan anak...tapi terus guna hukum allah....neraka dan syurga...dosa dan pahala....huhuhu

    BalasPadam
  7. ank buauh nad semua takut dah..sebb mak2 diaorng suke takut2kan..hehe

    BalasPadam
  8. daripada takut2kan anak2 dengan "momok" baiklah takutkan anak2 dengan Allah. lagi bagus. kalau dengan masalah sosial remaja zaman sekarang ni, diaorng tak takut pada "momok", "momok" pun takut pada diaorg sebab lagi advance;-)

    BalasPadam
  9. Takot dengan azab Allah.. Ancam dengan api neraka.. Tapi sebelom tu cerita dlu nikmat syurga.. Baru budak nak buat baik takot nk buat jahat..

    BalasPadam
  10. Peranan ibubapa sgt penting dlm mendidik anak2. Semoga qhaliff menjadi anak yg mendengar kata ibu dan ayahnya.

    BalasPadam