Khamis, 28 Februari 2013

Banyak main sudah sekarang dia ini ..

 

Ok la tu .. Bukan nak kata Qhaliff hyperactive tapi leh tahan gak la kelasakkannya .. Ajak main memanjang.. Ajak berjalan , takut .. Merangkak teror !

Tak kisah pon nak main ngan dia tapi kesian jer la.. Aku dengan nak update blog .. Nak layan dia .. Pergh.. Memang tekanan jap aku . Maklumlah , orang bayar letak iklan di blog aku . Jadi kena kerja la kan ? Mana boleh makan gaji buta gitu .. Tak bagus la…

Tensen ? Serius tensen wooo .. Aku kekadang pikir nak berenti je blogging dan bagi tumpuan sepenuhnya pada dia . Tapi tak leh lak gitu .. Mana nak ‘masyuk’ kan ? Takkan nak suh bini sara lak ! Adoiyaiii .. Dayus namanya tuu.. heee..

Tak pe la Qhaliff.. Apa pon , kita tetap bermain bersama. Jangan sampai daddy gigit pipi tu sampai lubang , dah la yer .. heee…

Bila infomasi dipermainkan !

 

Betul ke ada jambatan runtuh kat Putrajaya ???  Aku dapat msg dari wife .. Aku pas kat kengkawan .. Pastu dapat satu gambar yang membuatkan aku malu sbb bagi maklumat salah !

Gambar yg diterima kemudian ..

Jadi aku anggap apa yang berlaku adalah satu gurauan ..

Dan seperti biasa , aku check Mstar Online .. aku terjumpa berita  terkin yang bawah ni  …

Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh pada Khamis

Walaupun ianya cuma MASIH DALAM PEMBINAAN tapi sepatutnya maklumat begini tak perlulah dibawa bergurau. Kalau macam ni pon dah boleh bawak bergurau , bayangkan infomasi yang lebih penting di putar belitkan .. Camana tu ? Sapa yang susah ? Silap silap kita sendiri yang kena woooo ..

Entahlah ..

 

Liat pulak Qhaliff nak tidur hari ni . Biasa dah tidur ngan mak dia atau dalam buaian. Nak kembali tidur dengan aku , mmg susah dah .. Dan aku pulak , dok terkejar waktu dengan nak ‘bekerja’ ..

Sian tengok dia .. Dia dah boleh ‘belajar’ sekarang ni sbb bila ada iklan SERONOKNYA MENGAJI dia akan berenti bermain dan beri tumpuan .

Tadi ada aku beli vcd belajar alif ba ta untuk dia .. Tapi cd tu bikin susah pulak .. Tak sesuai sungguh untuk dia .. hurmmm .. Kena cari yang lain . Plan nak gi cari kat Bangi je nanti ..

Tamo persiakan hidup dia. Budak sekarang ni , dah jadi mangsa ‘percubaan’ sesetengah pihak. Dari segi pemakanan , pembelajaran mahupun kehidupan. Disogok pelbagai , akhir keliru dalam mencari arus kehidupan sebenar.

Bila mereka mula tersalah jalan , akan tampillah hero menyelamatkan keadaaan .. Hurmm … Teringat buku yang aku baca tadi .. Kisah perang dunia yang melanda Tanah Melayu satu tika dulu. Jepun diarah menyerang Tanah Melayu kemudian British datang tolong. Padahal British yang arah dan mereka jadi hero.. Boleh ?

Baru nak diam ?

Diamkah  dia ???? Takde makna .. sekejap jer .. Aku rasa , aku berenti je la jd blogger .. Susah nk tumpu perhatian gini ..

Manja lebih nieh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila berdua dengan Qhaliff.

Tidur, legaa .. Dia bgn tidur , aku berpeluh peluh kejar dia .. Grrr.. Hilang terus demam aku neh !!!

Sabar je laaa..

Hari ni tak gi umah mak aku sbb ada hal jap lagi .. Pagi petang ada urusan walaupun demam ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

PERHATIAN RAKYAT MALAYSIA YANG KREATIF!

 

Kraftangan Malaysia ingin mencari rakyat Malaysia yang berbakat dalam permainan alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti dan banyak lagi!

Ujibakat pada 9 Mac 2013 (Sabtu), jam 2 hingga 5 petang!

HADIAH

Tempat Pertama   : RM5,000.00

Tempat Kedua       : RM3,000.00

Tempat Ketiga       : RM2,000.00

Sagu Hati                : RM700.00 X 3 pemenang

Penyertaan PERCUMA! Layari hkk.kraftangan.gov.my

Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!

Borang Penyertaan Karaoke

Sementara tunggu ..

Di Tabung Haji , Putrajaya.. Nak masukkan duit sedekah kawan kawan ke dlm akaun milik Qhaliff .. Amanah wooo .. Terima kasih pada yang sudi sedekah pada Qhaliff .. Semoga digunakan dengan baiknya nanti

Sementara tunggu giliran tu , gi beli buku dan vcd utk Qhaliff .. aku pun ada gak ..heeee.. Suka baca buku gini .. Bagi kesedaran skit utk aku ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat tinggal Putrajaya !

Tinggal kenangan !

 

Alhamdulillah.. Part paling leceh tapi mudah , dah selesai.. BPH dah dtg check dan puashati .. Skang part nak claim deposit dan pindah rumah .. Lega rasanya dah duduk rumah sendiri skang ni ..

Ada aku tanya tadi dgn pemeriksa rumah tu .. Kalau kita cat dan buat ubahsuai rumah tu , cmna .. Dia kata kita kena buat sepertu sediakala .. hehee..Atau sila byr ....Jeng jeng Jeng ....

Lega woo .. Sebab duit elaun rumah + cola kena potong selagi mana kita tak settlekan urusan pindah ni .. Banyak woooo ! Rugi wooo ! Dua rumah mau kena bayar !! Heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 27 Februari 2013

Betulkah kerana MAGGIE ??

 

Aku mmg ‘hantu maggie mee’ ! Kalau makan tu , sebungkus takkan cukup ! Mesti 2 bungkus untuk sekali jalan .. heeee .. Tak kira dah .. Bela antu raya ke , bela antu tinggi ke .. kata la.. Janji boncet perut ku ini !

Setiap kali aku makan maggie , mesti aku kata ..

 

“ Hang makan la maggie banyak banyak , nanti mai besaq hang jadi pelupa ! “.

 

Aku tak kisah laa .. Janji kenyang ! Apa aku nak , dapat ! Hinggakan dulu , di bulan Ramadhan , aku bau meggie yang dimasak dek jiran sebelah pon aku dah tergoda ! Ayam panggang madu ke , spaggetti ke , aku tak kisah tapi maggie aku tergoda wooo !

Sekarang ni , aku kurang dah makan sbb dah ada penyakit tekanan darah tinggi .. hehe.. Baru padan muka kan ! Tapi apa yang mak kata tu , hingga sekarang aku tak caya .. Jap , mak aku kata apa eh ? Ala , lupa dah .. Tak pe , esok aku bagitau apa yang mak aku kata tadi .. Hurmm .. cepat lupa pulak aku skang ni .. Haih ..

Mencari Mahgfirah-Mu..

 

Baru pas layan di ASTRO OASIS .. Sebuah drama yg aku rasa patut ditayangkan di cerekarama TV3 . Walaupun dialek Indonesia yang digunakan amatlah hancur ( kononnya berada di Medan ) tetapi ianya diselamatkan oleh jalan ceritanya yang menarik !

Dilakonkan oleh Kuza .. Yang lain aku tak kenal sangat .. Ada dua tiga muka otai tapi aku tak berapa ingat namanya .. hehe.. Ok , tak tau namanya walaupun selalu keluar tv ..Heeeehe ..

Ceritanya mudah jer .. Mengisahkan Luqman begitu meminati untuk mendalami ilmu agama dan bercita-cita melanjutkan ke Indonesia tetapi tidak dibenarkan ibunya . Kenapa dan mengapa , tu kena tengok ler ..

Latar belakang lagu Mimpi Yang Sempurna nyanyian Ariel , membuatkan lagi drama ni berkesan di hati . Entah mengapa , kebanyakkan lagu lagu pop Indonesia sangat best dibuat lagu latar untuk drama kita . Macam kena pulak eh ? Heeee .. Tu la , sapa suh buat lagu yang .. er .. Pikiaq la sendiri .. Maaf , bukan double standard tapi hakikat ..

Apa pun , kalau jumpa kat youtube , silalah layan drama ni yer .. heee ..

Benar, dialah yang lakukannya !

 

Hurmmmm .. Nak kata apa dah ? Lepas keyboard , skrin lak .. Entah apalah dia seronok sangat hentam netbook Sony Vaio aku tu haa pon tak tau laaa .. Tapi dia asyik attack jer .. Pelik .. tapi benar , dialah yang lakukannya !

Tak pe laaaa , Qhaliff oiiiii .. Buat je skang .. Nanti dah besar buat , daddy tau laaa apa nak buat !! Haaaaaa … Sila , sila laaaaaa.. Daddy tak kisah aihhhh .. Daddy tulis dalam buku 555 jer !

Sengih ! Sengih ! Sengih lerrrr …

Merayau dengan Tok Wan ..

Kali pertama dia ikut mak ayah aku gi amik budak sekolah .. Mak aku ingat dia nak nangis dlm van tu tp silap jangkaan dia.. Laaaagiii dia suka ada laa..

Lain kali leh ikut lagi ...heehee..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Confirm ! RM88 saja ..

 

image

Wife dah tolong bayar bil untuk Maxis .. Hehehe .. Senang .. dia guna CIMBClicks .. Duit semua dia simpan . Aku tak leh simpan duit katanya . Takut duit nanti buat hantaran meminang dalam senyap. Yang ada , buat cukup untuk mas kawin jer .. Heheee.. Guwau jee ..

Ok , setelah sebulan aku guna dengan bertubi tubi .. Dan , jumlah perlu dibayar cumalah RM88 ( tolak RM10 rebat , jadi RM78) . Murah la kan ? Walaupun dah abis kuota , still boleh guna walaupun agak slow. Janji leh whatsapp , FB , update blog dan twiter mahupun Instra.. PErghh.. Semua boleh laaaa … Nak laju laju pon wat per ..

Kalau kaki download movie , tak disyorkan la.. Tak pueh .. Sila guna unifi .. Baru puehhhhh … Heheheh .. Sama gak mereka yang guna youtube , tak sesuai kot ..

Yang penting , bagaimana anda uruskan kuota anda.Jangan membazir tak tentu arah lak. Anda membayarnya .. Ada yang syorkan VPN .. Tidakkah anda melakukan satu kesalahan ?  Kalau Maxis itu milik  anda sendiri , orang buat gitu , camana yer ?

HKK2013 MENCARI BINTANG (NYANYIAN)

 

Bersedia rakyat Malaysia! Bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2013, Kraftangan Malaysia menganjurkan Pertandingan Bintang (Nyanyian). Jika anda 18 tahun ke atas dan berbakat besar dalam bidang nyanyian, jangan ketinggalan datang ujibakat pada 1 hingga 3 Mac 2013, jam 2 hingga 5 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur!

HADIAH

Tempat Pertama   : RM3,000.00

Tempat Kedua       : RM2,000.00

Tempat Ketiga       : RM1,000.00

Sagu Hati                : RM500.00 X 5 pemenang

Penyertaan PERCUMA! Layari hkk.kraftangan.gov.my

Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!

Borang Penyertaan Karaoke

Giler kencing !!

Baru ni aku gi Low Yatt  utk cari phone case One X aku ni.. Susah aih nk jumpa .. Kalau ada pun bukan yg aku nk dan tak berkenan.. Harga , jgn ckp laaaa ... Mahal berganda dr beli kat downtown..

Dan td , aku g lagi utk beli case yg aku berkenan kat satu kedai ni.. Hurmm... Ari tu aku tanya harganya RM129.. Original la konon.. Yang buat aku berkenan ialah kenipisannya dan kulit..

Aku nekad tutup mata je  beli sbb tamo skrin hp ni rosak lagi.. Sampai kedai tu , aku tanya sekali lg harga... RM69 !!! Mak aihhhhhhh.. sekali ganda turun !  Aku mintak 50 je dgn alasan aku dtg dr jauh.. heehe..

Dapat !! 50 pon 50 laaa dr 100++ .. Rezeki sabar..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sibuk dah nak berjalan dia ni !

 

Gigi lom ada .. Dah mula berpaut sana sini nak berjalan . Apa yang aku nampak , dia masih takut takut nak lepaskan tangannya untuk berdiri tanpa berpaut ..

Pasni kalau boleh berjalan sendiri , aku makin penat mengejar.. Sekarang ni pun dah mula terasa penat mengejar dia .. Jap je ghaib ! Adehhh …

Bab makan .. apa saja aku kunyah , dia sibuk nak gak .. Pantas tangan dia tarik tangan aku ! alahai.. siannya …

Tidak produktifkah anda di pejabat ?

 

Waahh ..kecoh dalam radio tadi .. Hehehe .. Benarkah rakyat Malaysia begitu ? Tidak produktif dan tidak pandai mengurus masa ? Jeng jeng jeng …

Pastinya rakan rakan punya jawapan tersendiri kan ? Ada yang kata .. ‘ Gila laaa nak keje 6 jam berterusan ! Leh tekanan jiwa gini ! ‘ atau paling tidak pun akan kata … ‘ Gaji kecik , keje pun kecik la kan ? ‘ ..

Bagi aku , persekitaran kerja perlulah menarik . Bos perlu bijak memainkan peranan untuk memastikan persekitran itu wujud ! Kalau tidak , nak datang kerja pun malas woooo ..

Bukan apa , kalau mereka mampu menjawat jawatan tu , pastinya mereka berkelayakkan tapi kenapa prestasi mendadak menurun lebih lagi selepas 2 tahun atau sbagainya ? Pasti ada jawapan kan ?

Malangnya , banyak majikan dok anggap pekerja mereka ni cumalah pekerja yang dibayar gaji .. Bukannya suh layan macam bos ke apa tapi perlulah buat pekerja tu terasa berkobar tak sabar nak gi kerja setiap hari .. kan kan ?

Bos zaman ni banyak kedekut aihhh … Bila dah nak lingkup , salahkan pekerja padahal , kedekut ya amat !

Selasa, 26 Februari 2013

Pelik bin ajaib ..

 

image

Dah daftar dah .. Guna dah .. Tapi takde akaun dalam Maxis .. Camana tu ? Nak bayar bil pon tak leh gini .. Adehhh .. Kaya sangat dah ke ? Tak mungkinnnn … Tak mungkinnnn …. Kaya camana pon , hutang tetap dikutip .. Heeee ..

Tak per .. Tunggu esok .. Test call balik diorang .. Kalau tak , mmg best la guna sampai pengsan !

UPDATE : Dah ada daaaaa bil ! Tapi camana CS leh tak jumpa masa call tu eh ???

Giliran aku pulak ..

 

Demam ! Dah rasa dah sejak Qhaliff demam ari tu cuma tak ‘keluar’ je lagi .. Hurmmm .. Dan semalam , batuk makin teruk dan berkahak..Selsema pun ya gak ..

Dan pagi tadi , ingat lepas antar wife aku nak g Low Yatt Plaza tu pastu gi klinik. Tapi segalanya munsnah belaka sbb jalan ke Bukit Bintang entah apa giler , jammed pelik ! Aku patah balik ke Cheras .. ke rumah mak aku. Qhaliff ,aku tinggalkan kat sana jap ..

Sampai rumah mak aku , aku terus gi klinik. Hurmm .. Tak ramai orang .. Nama aku dipanggil selepas 5 minit daftar. Aku suka gi klinik Keluarga ni dulu. Dulu laaa.. hehehe.. Kenapa ? Tak leh tulis .. Nanti wife cubit bertubi tubi ..

Jumpa doktor.. Dia cek suhu , tekak , hidung .. Ok , confirm tak sihat .. Dia sebut ubat ubat yang akan diberi pada aku .. Pastu aku mintak dia cek tekanan darah ..

140/100 ! Tinggi katanya ! Aku kata tu rendah .. Dulu lagi tinggi .. heeee.. Boleh pulak aku melawak ngan dia .. Nasib baik dia pun ok .. Pastu dia bebel kat aku bab kesihatan. Dia nasihatkan aku buat blood test memandangkan usia aku dah cecah 37 tahun .. Risau tahap kolestol .. Ya , mmg aku sendiri pon risau sejak dua menjak ni tak jaga makan ..

Tapi , tak tau la bila nak g… hehhe.. Kena pergi gak buat test ! Takut tetiba jadi hal wooo ! Korang pon aku nasihat , gi la check .. Jangan ingat badan kurus , sihat.. Bersenam selalu pun belum tentu sihat kalau tak jaga pemakanan … kan kan ?

Minyak buah keras untuk lebatkan rambut !

 

OK … aku tanya dah mak aku .. Rujuk entri Petua lebatkan rambut bayi .. ni ..

Cara nak menyediakannya tak susah kata mak aku .. Masak santan sampai keluar minyaknya . Pastu asingkan minyak tu dan kemudian tumbuk buah keras hingga hancur ..Pastu campurkan kedua duanya .. Jumlah santan yang digunakan , banyak yer .. Kasi sejuk , baru letak skit kat kepala baby .. Rambut Qhaliff yang kasar selama ni , dah lembut ..

Serius , aku hairan gak memula tapi tak perasan apa yang mak aku buat . /Hinggalah semalam aku tanya , mak aku bagitau . Adik ipar aku pun ada mintak minyak ni untuk diletakkan pada bayi perempuannya yang baru lahir tu ..

Kalau untuk kepastian dengan lebih lanjut , sila tanya orang tua tua yang benar tua .. Heheh.. Jangan tanya orang yang berlagak tua ..

Aku bela kucing ??

 

Tengah sedap sedap tidur , terasa ada sesuatu yang menyondol aku di bahagian leher .. Berbulu bulu gitu !  Aku gosok .. Eh , terasa ada hidung .. Kucingkah ? Tapi bila aku bela kucing ? Errrkk ..

Takkan wife menyondol lak ? Hahahahahha … Mati aku tulis gini ! Tapi betullah .. Dalam rumah sapa lagi ada ? Qhaliff ?? Hurmm .. Tak mungkin la .. Dia sedap berdengkur je tuu ..

Aku bukak mata perlahan lahan … Ada sepasang mata merenung tepat muka aku !! Seolah tunggu masa je aku buka mata ! Tapi pura pura tak buka .. Dan dia tetap memandang aku !

Huk aloh .. Qhaliff !! Dia sondol aku sbb nak ‘kejut’kan aku ! Mak dia ada kat dapur .. Aku bukak mata luas luas .. Dia pandang aku senyum ..  Pastu wat wat menangis ! Suh dukung dia .. Sambil dia pandang ke dapur ..

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! menyondol dah diaaaa !

Kalau langgar lampu merah !

 

Satu kemalangan yang berlaku di depan mata aku dan wife yang menyebabkan wife terus menangis dan aku nak gi bantu pon tak leh sbb ada anak dalam kereta dan aku berada di laluan bertentangan .. Hurmm ..  Kena bagitau awal awal sbb nanti ada yang tanya  , “ U tak tolong ke Ben ? “ ..

Bermula dari motorsikal yang langgar lampu merah disusuli dentuman yang terang terang aku nampak yang mana penunggang motorsikal tu tercampak dan terhempas di jalanraya .. Penunggang kelihatan masih bernyawa sbb bergerak gerak ..

Yang menjadi perhatian semua orang ialah tindakan pemandu kereta mpv tu.. Perempuan tu dengan pantasa mengeluarkan anak perempuannya yang terkulai . Aku rasa dia cedera di kepala ..

Kemudian beberapa orang gi tolong mangsa… Hurmmm .. Aku , terkaku sbb macam dalam filem !

Aku rasa kereta tu pon dipandu laju sbb kalau dia pandu perlahan , pasti dia boleh brek dan kalau berlaku jugak rasanya tak seteruk dari apa yang aku nampak !

Semalam pon nyaris berlaku pada aku . Ada satu kereta ni keluar simpang dengan laju tanpa tengok kereta dari arah kanan .. Kira suka suka mak bapak dia keluar gitu !! Aku bagi hon cukup panjangggggggggg dan mmg dia cukuppp malu sbb pastu dia terus pecut tapi malangnya depan tu lampu merah . ADa aku amik gambar dia .. Perempuan ! Alahaiiiii .. Bila kemalangan , jenis ni laaaa yang selalu menangis ! Tapi bila bawak kereta … hurmmm ..

Petua lebatkan rambut bayi ..

 

Rambut Qhaliff tak selebat ni dulu.. Aku baru perasan . Tapi masa lahir tu , lebat laa .. Bila dah cukur , kurang skit .. Mungkin baru lagi kot ?

Mak aku , dia selalu pakaikan Qhaliff minyak buah keras .. Aku tak tau la camana rupa minyak buah keras tu . Apakah dia beli atau dia buat , tu aku tak pasti .. Nanti aku tanya ehh .. heeee..

Ada bau skit la kat rambut bila pakai minyak tu .. Namun tak la busuk mana pon. Wangi tetap ada … hehehe .. Yang penting ialah hasilnya. Bau tu , kasi shampoo dah laaa..

Mujarabkah ? Tuuuuu .. Tengok gambar Qhaliff dulu dan sekarang ni .. Aku sendiri pun baru je perasan .. hehehehe …

Isnin, 25 Februari 2013

Camana buat mulut ‘musyuk’ ??

 

Bila mak aku cakap gitu , terus dia buat mulutnya gitu !

Tak tau la dari mana dia belajar tapi pastinya bukan tadi atau semalam ! Dah dikesan seusia 5 – 6 bulan dulu cuma tak sempat nak rekod ..

Dan sekarang , bila kata gitu .. pantas dia buat tapi kalau tengah main , jangan mimpi la dia nak layan !! Iskhhhhhh …

Kalau berlaku di dalam tv Malaysia ?

 

Diambil dari Mstar Online

Aktres Jennifer Lawrence tersandung ketika sedang menaiki anak tangga ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Silver Linings Playbook pada Anugerah Akademi

Bagaimanapun, aktor Hugh Juckman dilihat orang yang pertama bergegas untuk memberi bantuan kepada beliau. Bintang muda ini kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada penonton..

Ok .. kalau berlaku di Malaysia , korang rasa camana ? Apakah yang akan dilakukan oleh penonton yang menonton sambil pegang hp dan laptop ?

Hehehehe .. Aku rasa korang pon tau kan jawapannya ? Aku tak la kata orang Malaysia ni suka perli atau kutuk orang lain tapi kebelakangan ni , kita tengok semakin ramai manusia di Malaysia yang pentingkan diri sendiri !

Pesanan juga untuk aku ini !!

Gambar ke 2,000 InstaGram !

 

Ok , aku mmg giler upload gambar ke Instagram skang ni selain ke Facebook .. Hehehe .. Cool wooo .. Dah jadi cam album gambar gitu .. hehehe ..

Dan , sebentar tadi .. dalam tak sedar aku dah upload gambar ke 2,000 !! Perghhh.. Dasatttt .. Rasanya penuh dengan gambar Qhaliff je .. Hehehehe ..

Dan serentak pulak tu .. Ada dua komen yg geram kat Qhaliff gara gara mulut dia ! Huhuhu … Memang geram ! Aku sendiri geram nak geget ! Tapi mak dia tak kasi.. Jeles la tuuu .. Hahahahah ..

Haih .. Suka sangat laaa baham remote ! Pastu hilang , mak dia tuduh aku sorokkan sbb tak nak kasi tengok cerita BODOH ..eh , JODOH tu .. ehehe .. Best gak peee ..

Buat rakan nak follow aku di INSTAGRAM , search je BEN_ASHAARI .. Aku confirm kasi approve punya la kecuali mereka yang gunting dalam lipatan ! Camana aku tau ? Tentulah mereka bawak gunting dan kain .. kan kan ?

Kalau anak demam 3 hari ..

 

Wife baru bagitau aku yang anak buahnya ditahan di wad kerana jangkitan paru-paru setelah seminggu demam .. Pada mula gi klinik kerajaan , doktor kata demam biasa .. Gi klinik swasta , dia kata berkemungkinan ada jangkitan kuman .. Hurmm .. Selepas bermcm ubat diberi , tak baik juga tu yang rujuk terus ke hospital dan terus ditahan ..

Qhaliff masa gi klinik Dr. Maria di Putrajaya , awal awal lagi dia bagitau ,kalau demamnya sampai 3 hari .. sila bawak kembali ke klinik untuk rawatan lanjutan .. Mungkin denggi .. Mana tau kan ?

Jadi , buat rakan rakan pembaca yang ada anak tu atau kawan kawan yang dah demam berhari hari , silalah rujuk ke hospital walaupun anda rasa takde apa apa .. Jangan amik ringan yer ..

Teringat arwah sepupu aku yang disangka demam biasa tapi rupanya dah kena denggi berdarah ! Hurmm .. Al-Fatihah buat arwah ..

Qhaliff , tetap adik !!

 

Heeeee .. Masih berstatus adik ! Heheehe.. Panggil Qhaliff kekadang ‘Adik’ dan kekadang ‘Abang’ .. Saja je panggil gitu ..

Ari tu kan aku bagitau mungkin wife .. ehemm.. Pregnant ? Zasss… Abis satu kampung kecoh ! Hahahaa.. Sebenarnya aku risau gak sbb wife kena pastikan lebih setahun baru leh ngandung ..

Dan kelmarin .. fuhh.. Wife bagitau yang Qhaliff lom ada adik lagi .. Hehehe.. Tak per , slow slow … Heeheee..

Tak lama lagi , Qhaliff jadi bayang bayang daddy .. Gi mana mana , I FOLLOWWWWW …

Bila memilih pasangan hidup ..

 

Hurmmm… hurmmmm .. Penat gak nak pilih pasangan hidup ni eh ?  Susah sangat ke ? Hurm.. Ada yang kata susah nak jumpa pasangan hidup yang sesuai dengannya .. Betul ke ?

Hurm.. Aku nak cakap bab ni , aku pun bukanlah bagus sangat atau dapat pasangan yang A++ tapi alhamdulillah , aku serasi dengannya walaupun ada gak la kes kes kurang persefahaman tapi orang kata , kalau ada kes tu tandanya kita berkomunikasi .. Yang penting , bagaimana nak selesaikannya , kan ?

Nak cari pasangan hidup ni , kita kena bijak skit . Kalau yang lelaki tu , takkan nak ngorat awek untuk dibuat bini kat dalam disko ? Lainlah kalau mmg nak jenis gitu.. Tak leh nak kata apa la kan .. Yang penting , mak ayah suka gak termasuklah adik beradik kesayangan kita.. hehe ..

Kalau nak yang lagi bagus camana la pulak ? Gi la tgk kat majlis majlis ilmu tu.. Kang sekarang ni ramai anak anak muda yang bujang dah rajin mendekatkan diri dengan majlis ilmu .. Haaa .. Sesuai la kan ? Janganlah tengok cerita lama mereka tapi pandanglah yang sekarang ni . Manusia berubah , kan ? Kita sendiri pun pasti ada jalan cerita kita . Ingat , jangan perlekehkan orang yang dah bertaubat. Silap silap nanti , ALLAH duga kita .. Haaaa … Baru tak nampak langit dah masa tu …

Segalanya terpulang pada akal memasing .. Nak cari yang baik atau sebaliknya ? Boleh fikir sebenarnya .. Cuma kita lebih mudah tertarik pada luaran terlebih dahulu.. Dengan harapan , dalaman dapat dibentuk kemudian . Persoalannya , apakah kita punya kesabaran atau keimanan yang cukup untuk ‘mengubah si dia ‘ ? . Jangan kita terikut pulak sudah la ..

Semoga ALLAH berikan jodoh yang terbaik buat anda , yang belum punya pasangan hidup .. Yang dah ada cam aku ni , duk diam diam dan jaga pasangan memasing .. Heee….

Baju KELAB BLOGGER BA 1/2013

Aku rasa aku puashati dah dgn rekabentuk yg ini.. Simple cuma kolar baju tu mungkin bukan warna merah..

Berapa harga dan bila utk dijual tu , belum lagi tau sbb nak bincang dgn Angah .. Dia yg buat semua baju KELAB selama ni cuma design kali ni , Cik Tasya yg buatkan .. ciktasya.com ..

Apa pendapat korang ? Ok tak ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

PERTANDINGAN BAKAT SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

 

nda berkemahiran bermain alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti?  Maka andalah yang kami cari!

Pertandingan ini merupakan julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia. Johan bakal menerima wang bernilai RM5,000.00. Naib Johan menerima RM3,000.00 dan Tempat Ke-3 menerima RM2,000.00 serta tiga Sagu Hati bernilai RM700.00.

Datang dan sertailah uji bakat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 9 Mac 2013 (Sabtu) dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di bawah dan hantar melalui e-mel atau faks kepada Urus Setia Pertandingan. Penyertaan percuma.

Borang Penyertaan Karaoke

Anak oh anak ..

 

Alhamdulillah .. usaha wife dah Berkata.Qhaliff dah tak selesama tapi lak yg selsema..

Ada tu , mmg la ada .. skit skit dan aku pulak yang selsema skang .. Apakah aku perlu pakai kunyit ? Hehehehe .. Esok kalau gi umah mak aku , rasanya nak suruh bubuh kat semua anak buah aku yang dok selsema tu lagi ..

Anak kalau tak sihat.. mak bapak pening ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 24 Februari 2013

PRIMADONA oh PRIMADONA ..

 

Satu rancangan yang bagus sekali ! Mengupas pelbagai isu menarik .. Yearghh ..

Tapi kan .. Pelik jugak aku .. kenapa sampai 4 orang sekaligus pengacaranya ??? Tak rasa semak ke ? Masing masing nak bercakap. Dah la tu semua kaki bercakap tapi yang pandai bercakap , 2 orang jer .. Hehehehe .. Yang lagi 2 , bagi aku tayang muka .. Oklah tu , nak tarik peminat agar rating tinggi ..

Cuma satu kelemahan selain dari mereka berpakaian ala ala primadona omputeh iaitu terlalu semak .. Bagi aku , kan bagus dipecahkan dan dibahagikan tugasan bergilir gilir ..

Secara tidak langsung menunjukkan mereka ini lebih bijak menguruskan rancangan ( seperti NoNa ) dari berkata kata yang .. hurmm .. .. heeee .. Betul apa ? Hehehe.. Dah macam dok lepak kopitiam ( sbb pakai cun .. Kalau simple , kedai kopi jer )..

Aku tengok 2-3 kali je tu pon bila ada isu best .. Tapi bila memasing dok berlawan nak cakap , aku ubah channel kartun .. Tak bingit sangat .. heee ..

Aku bayar ASTRO , ok !

Masalah utama hadiah domain !

 

Dari dulu aku dah perasaan masalah ini akan timbul .. Kebanyakkan ‘orang’ suka buat giveaway dengan memberikan hadiah domain .. Ok , takda masalah .. Bagus la kan ! Menda percuma .. Bukan susah pun ..

Tapi masalah akan timbul selepas tamat tempoh domain tu .. Pemilik blog perlu renew domain tu semula .. Jika domain diregister atas nama pemilik blog , takde masalah … Tapi jika bukan , pastinya akan bermasalah ! Ramai yang kurang arif bab ni ..

Sepatutnya , mereka yang nak buat giveaway dengan memberikan domain ni perlu tau prosedur yang betul . Bukan apa , nanti bermasalah belakang hari seperti yang berlaku pada blog LyssaSecret. Skang ni susah hati dah pemiliknya .. Dah berhari bersawang ..

Jadi , kalau korang nak buat giveaway tu .. pastikan hadiahnya tidak memudaratkan pemenangnya nanti. Sila rujuk pada pakar .. Aku bukan pakar la.. Hehehe ..

Sian Lyssaa … Dah cuba daya tlg dah ni .. Harapan skang cuma pada company tu jer ..

Kuih orang berpantang ?

Pertama kali aku makan hari tu di Kelantan ..Heee.. Tak pasan utk adik ipar aku yg sedang berpantang tu..

Waktu tu mmg lapar.. makan je apa yg aku nampak.. Sedap jugak rasanya.. Ada pedas pedas skit .. hehehe..

Nama yg diberi ialah LADU (LADOO)..Aku suh kengkawan di FB , TWITTER dan INSTAGRAM teka .. Hanya mereka yg bergelar anak Kelantan je tau.. hehe..

Aku pun tak tau.. Makan , aku tau ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ke KLCC mengenang kenangan..

 

Lama gile tak dating kat sini .. Cafe Milano mmg pilihan kitorang..Sedap woo.. G la try kat foodcourt tu..

Hurmm .. nak cari baju Qhaliff kat sini gak disamping bwk wife jenjalan.. hahaha.. tensen keje katanya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hilangkan selsema bayi..

Kunyit dicampur dgn kapur .. Hati-hati skit.. tangan baby ni pantas ..

Bagi kering pastu basuh..Alhamdulillah, ada beza dgn sblm tu.. Tdo pon lena dia..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI