Aku , akui akhirnya ..

by - Khamis, Februari 14, 2013

 

“ Tunggulah dapat kaki .. Siap la ko , Ben ! “ .. Aku akui kata kata otai …

Tak payah dapat kaki .. Skang ni pun aku dah penat dok ‘kutip’ Qhaliff yang makin ligat merangkak ke sana sini .. Tapi dari situ , aku boleh nampak camana kemahuan dia .

Apa yang aku tahu , dia seorang yang ‘kalau nak , dia akan usaha sampai dapat.. “ ..

Kenapa aku kata gitu ??? Sebabnya bila dia nampak sesuatu menda tu , dia akan merangkak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.. Bila aku angkat dan dukung dia , dia meronta nak turun .. Pastu , merangkak ke situ jugak ..

Atau paling tidak pun , dia berpura pura wat lupa .. Dia wat main menda lain tapi bila dia perasan kita seolah olah tak kisah , dia kembali nak amik menda tu !

Adehhhh .. Jenuh ni .. kalau dah suka tu , suka gak ! Camana la kalau dia nakkan Shila Amzah ??? Masak aku ..

You May Also Like

8 comments

  1. abg ben tak yah masuk gym...eheheheh. angkat qhaliff dah cukup

    BalasPadam
  2. Kalu dia nk shila amzah untung lah awk ben..dpt menantu yg ada sejuta..hehehehe....

    BalasPadam
  3. tunggulah sikit hari lagi....bawak gi shopping complex pastu dia nak mainan ben 10....nak tak nak mesti kena belikan....tapi nasib baik saya dah ada pengalaman camner nak atasi nak2 jugak2....kikiki...---> selamat maju jaya ben.....

    BalasPadam
  4. satu bende lagi yg sentiasa nak kena ingat..budak sebesar Qaliff ni tgh merangkak ler..mmg tajam deria penglihatan dia..bendee kecik2 yg kita x nampak pun dia boleh nampak..

    jadi sentiasa waspada ngan barang2 atas lantai..terutama duit syiling..

    pernah terjadi anak jiran akak tercekik syiling 20 sen...muka dah biru..mak dia mmg panik giler dah..

    dah x de arah..akak tonggengkan dia sambil tepuk belakang badan dia kuat2..baru keluor syiling tu...

    ibu bapa kena hati2..

    BalasPadam
  5. aduhai, kalau dia nk Shila Amzah jenuhlah bapak dia kena menyusun kata, berpantun bagai, kalu idok masuk paperlah jawabnya.

    BalasPadam
  6. kes masuk tetelan duit syiling mcm Hayati di atas ni anak saya yg ke 4 pun pernah kena. Memang tengah kuat merangkak sana sini, dia tertelan syiling 10 sen lagi masa tu. Panik gila saya, tepuk sekuat hati belakang dia, alhamdulillah kelaur syiling tu, kalau tidak tak tahulah mcm mana. Memang kena hati2 dengan budak besar mcm ni.

    BalasPadam
  7. bagus..berusaha sungguh2...hihihi pandai tunggu org leka..penuh strategi qhaliff ni

    BalasPadam