Aku pun tak suka mereka tapi ..

by - Selasa, Februari 12, 2013

 

Hormat kena ada .. Sekurang-kurangnya  mereka pemimpin negara .. Selagi mereka bergelar pemimpin dan tidak menzalimi kita ( kita masih boleh kemana mana , makan minum  dengan mudah dan paling penting , mengerjakan perintah Allah tanpa rasa takut ) , kita kena hormat..

Benar , aku pun tak suka juga segelintir dari mereka .. Geram , bengang dan macam macam perasaan ada . Hanya tunggu PRU saja untuk luahkan .

Tapi kena ingat juga , ada antara mereka berusaha untuk mengembalikan kepercayaan walaupun dah terlambat. Sekurangnya mereka berusaha kan ? Kita ? Apa yg kita buat selain dari mengutuk mengeji mereka ? Apa yg kita buat untuk majukan masyarakat kita ? Apa sumbangan kita ?

Semalam , ramai bersorak gembira bila melihat video NAJIB FAIL di Pulau Pinang. Serius aku tak setuju kehadiran PSY di Malaysia kerana tidak membawa apa apa kebaikkan pada aku tetapi tak tau la pada orang lain kan ? Kesian pun ada .. Dia pemimpin negara yang beragama Islam dan berbangsa Melayu .. Sama seperti aku ..

Toksah la galak gelakkan orang .. Pandang cermin dan nilai diri sendiri .. Kalau nak perjuangkan nasib bangsa dan agama , buat betul betul .. Tak payah nak kutuk sana sini .. Diri sendiri pun belum tentu betul ..

Nak berjuang utk keadilan  , jadikan perjuangan itu kerana ALLAH .. bukan sbb nak ikut orang atau nak tarik trafik ke blog !

You May Also Like

9 comments

  1. OK,saya sangat setuju dengan ini encik Ben. Saya telah membuat satu entry berkenaan hal ini. Tapi saya sengaja hantarkan entry saya itu kepada Ujang Kartunis, (seorg yang sangat pro pembangkang, segala yang kerajaan buat salah baginya). Nampaknya dia tidak boleh terima pendapat saya dan bermacam-macam yang telah ditulis untuk mempertahankan pendiriannya itu. Sedih sikit, bila orang berfikiran tertutup dan susah nak berfikiran positif ni. Ok, saya bukan terlalu pro kerajaan. Ada banyak program untuk rakyat diterjemahkan dengan cara kurang menyenangkan. Kepimpinanpun bukan semuanya berkredibiliti. Saya tak 100% bersetuju. Tetapi yalah, betul kata encik ben, kerajaan ini bukan betul-betul zalim untuk kita bertindak seperti orang hilang akal. Ini pendapat saya, bukan mendambakan rating. Follower saya bukan ramai, saya tak pandai nak merayu-rayu orang menjadi follower saya. saya juga menjadi blogger bukan kerana duit.

    http://memetlenggeng.blogspot.com/2013/02/psy-dan-litar-sepang.html

    BalasPadam
  2. kita tak tahu siapa punya idea bawak masuk Psy ni..menterikah? atau penganjurkah?..cuma satu maybe orng yg bawak masuk Psy ni khas buat kaum cina untuk merayakan CNY...yelah..dah namanya pun perayaan kaum Cina,takkan nak bawak UAI pulak..x kena tempat la tu..cuma yg saya x berkenan sket..bila pak2 menteri hatta anak bini menteri pun ikut serta,kalau setakat meraikan rumah terbuka tu kira ok la...tapi x yah lah nak join sama ngan artis kuda kat atas pentas nun...nampak sangat x elok bagi orng2 yg dah berumur ni nak join2 kat situ...

    apa2 pun nak buat tu kena pikir banyak kali lah...kesan baik buruknya...tapi apa nak diakata..bende dah jadi..

    BalasPadam
  3. walaupun sy xsetuju dgn kemasukan PSY ni tetapi saya rasa adalah xpatut gelakkan PM kita.. lagi satu.. PM pun xpatutla sorak pasal BN.. diulangnya 3 kali pula tu walaupun org jawab no.. erm.. malu la kalau sy jd dia.. rakyat kena hormat pemimpin.. gunakan ayat yang baik untuk mereka.. xsemua org perfect kan



    http://komuniti.gempakz.org

    BalasPadam
  4. Yang paling penting Melayu kena bersatu bkn macam skrg...

    BalasPadam
  5. setuju dgn abg ben..mmg kehadiran PSY tu tak bagi sebarang faedah pn ,lebih kepada buang duit..
    tapi,makin lama,makin terserlah kebiadapan rakyat malaysia pd pemimpin.suka ke tak suka,jgn keterlaluan smpai hlang hormat..sedih betul dgn apa yg blaku..

    BalasPadam