Apabila musang baham bayi ..

by - Selasa, Februari 12, 2013

 

Dari Harian Metro ..

Seorang ibu terpaksa berdepan detik amat mencemaskan apabila bayinya dibaham seekor musang malam kelmarin.

Foto

Foto

Gambar atas .. Musang jenis inilah dipercayai menyerang bayi tersebut.

Bayi itu diserang ketika dia ditinggalkan sendirian dalam katil bayi di ruang tamu rumah berkenaan. Ibu mangsa,berkata selepas membaham anaknya, haiwan liar itu cuba menggoyang-goyang dan menggonggong bayi berkenaan.

Ibu mangsa menendang musang itu sekuat hati ketika haiwan berkenaan menggonggong Denny melalui pintu rumah. Akibat tindakan itu, katanya, musang berkenaan melepaskan gigitannya dan Denny dapat diselamatkan. Sementara itu, doktor mengesahkan bayi lelaki terbabit kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan empat jam untuk merawat mukanya. Lanjut di SINI ..

Cute , cute jugak .. Binatang tetap binatang .. Ajar camana pun , bila waktu kebulur .. tak kenal apa dah .. Yang penting perut kenyang ..

Ada jugak manusia ikut perangai binatang. Bezanya bila nafsu menguasai diri , tak kira anak , nenek atau binatang sekali pun ‘ dibahamnya’ !

You May Also Like

7 comments

  1. err rasanya tu bukn musang, tu serigala, entah anjing ke .. walauapa pun, pentingnya keselamatan dirumah utk bayi just make sure pintu sentiasa ditutup, pintu pagar sentiasa dimangga, pintu belakang kalau buka kena terus tutup. biar kita pasang filter udara mahal mahal utk pengudaraaan, dari biarkan pintu sentiasa terbuka... bukn saja musang, monyet, ular dll boleh menyerang baby...

    BalasPadam
  2. Ala ciannya baby.., kena gigit nyamuk pun riuh sekampung inikan pula kena baham... pengajaran berguna utk ibu2 agar x alpa akan keselamatan baby.,.

    BalasPadam
  3. Kalau ada baby, 24 jam kena ada depan mata.Kalau tak, jangankan musang, nyamuk seekor pun kita risau kalau hinggap kat anak.

    BalasPadam
  4. Salam. Ingatkan kat Malaysia .. Tapi apapun binatang bukan dia kira manusia ke tak. yang penting bila dia lapar mulalah mencari mangsa.

    BalasPadam
  5. salam..jom singgah blog nie www.pelanginadia.blogspot.com...banyak peplum dan dress cantik2...jom singgah..salam ziarah dari saya..

    BalasPadam
  6. kesiannya baby tue..alhamdulillah la dah selamat..

    BalasPadam