Berkat zikir ?

by - Selasa, Februari 05, 2013

 

Semalam sewaktu aku memandu pulang bersama Qhaliff dari Cheras menuju ke Putrajaya , hampir berlaku satu kemalangan .. Puncanya ? Hurmmm .. sikap kurang ajar pemandu !

Gini ceritanya. Setiap petang jam 5 .. selepas solat Asar , aku akan memandu balik ke Putrajaya untuk menjemput wife di pejabat .. Haaa .. Dan Qhaliff yang berada di sisi , setia menjadi peneman aku dengan botol susu serta lagu lagu ABC mahupun Alif Ba Ta dia tu haaa ..

Bila susu habis , Qhaliff mula mengantuk. Untuk tidurkan dia , aku akan berselawat dan juga berzikir .. Berulang ulang kali hingga aku pulak yang rasa best .. Rasa tenang sangat diri walaupun memandu dalam keadaan jalan agak sesak ..

Berhampiran Sri Kembangan , berdekatan UNITEN .. sedang aku menjarakkan kereta aku dengan lori di depan , tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju , memancung aku di tengah tengah antara kereta aku dan lori ! Yang mana jaraknya mmg muat sebuah kereta jer ! Tujuan pemandu kereta tu , adalah untuk terus amik lorong di sebelah kiri seterusnya ke arah jalan lain !

Boleh gitu ? Bayangkan ketika tu aku dok angan angan .. Atau dok teringat awek yang baru lemparkan senyuman kat aku di Instagram .. Apakah akan terjadi ? Maklumlah , kalau pandu laju , kena AES lak .. Nak tak nak , ikut je la peraturan .. Tapi bila pandu slow , berangan la jadinya .. Menguap .. Cer bayangkan apa boleh terjadi ?

Tapi aku cooll sangat.. Serius .. Kalau tak , aku lama dah bagi hon kapal kat kereta tu .. Confirm non stop punya hon .. Lantak dia laaaa .. Tapi aku rasa malas sangat nak marah .. Aku rasa macam aku jadi lain gitu.. Tapi aku tak pelik.. Bagi aku , itulah kelebihan berzikir tanpa kira masa ..

Alhamdulillah ..

You May Also Like

15 comments

  1. zikir tu kan penawar..dalam masa yg sama, ia menenangkan jiwa jgak..:)

    BalasPadam
  2. salam , da tag BEN ASHAARI dalam "Segmen WANNA BE MY FOLLOWERS??"

    http://belognina.blogspot.com/2013/02/segmen-wanna-be-my-followers.html

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah abg ben xjd pe2. Semuanya dalam selamat.

    BalasPadam
  4. ...sungguh Ben, akak pun begitu - pepagi bila hantar anak2 ke sekolah melalui kawasan bukan bangsa kita yg kekadang bawak keta macam jalanraya bapak dorang yang punya .... dalam keadaan tengah berzikir mulut kekadang di hati ... mmg temper kita akan kurang atau cool saja bila perkara2 pancung memancung keta begini berlaku ... :-)

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum,
    abg ben, 1st sy nk ucapkan terima kasih atas bantuan abg ben buat entry mengenai theme park dan nature waterfall tu. ianya byk membantu dalam mini project sy.

    2nd, mengenai entry ni. betul abg ben, berzikir ni mmg banyak hikmahnya.. tmbah2 bila berhadapan dgn kerenah pemandu2 mcm tu dijalan raya.. :)

    BalasPadam
  6. zikir tu terapi jiwa..ada setengah org ingat zikir tu ikut tempat,masa dan keadaan..tapi setau saya ....even waktu kita berada kat toilet also kita boleh berzikir..ada sorang tok guru ni terlupa untuk berzikir sewaktu di toilet..dia disihir pada waktu itu.dari situ kita tau betapa besarnya manfaat zikir ni...

    BalasPadam
  7. bila baca ayat2 suci ni..kite mmg rse tenang..semua amrah kite akn hilang..

    BalasPadam
  8. betullahh tu :) bila zikir hati akan tenang dan cooll je spanjang masa.
    kalau tak mau tak baling kasut kat kereta tu hehehe

    BalasPadam
  9. memang betul apa yang abang Ben tulis tu. zikir sebagai terapi diri. selalu rasa nak maki hamun pemandu yang bawa kereta sesuka hati tetapi bila selalu berzikir kita hanya mampu ucap astagfirullahuladzim dengan sikap pemandu macam tu :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah... Kalau kita sentiasa zikir mengingati Dia, Dia akan selalu lindungi kita....

    BalasPadam
  11. Dzikir penenang hati
    .. Alhamdulillah selamat dariberlakunya kemalangan.
    Cop..... Awek yg lemparkan senyuman? oh siapakah gadis itu? Ehem2

    BalasPadam