Blog dah tak relevan lagi ?

 

Terbaca di blog rakan ni .. Katanya dia terbaca di mana tah , dengan menyatakan bahawa dunia blog dah berkubur .. Kiranya yang tengah top skang ni social networking cam Twitter , Facebook dan sebagainya laa ..

Aku senyum je la .. Bagi aku , mereka yang berfikiran begini adalah mereka yang baru kenal dunia maya . Mereka beranggapan blog ni cumalah tempat ‘menulis’ atau ‘meluahkan rasa’ ..

Kalau mereka rajin buat kajian , blog takkan berkubur sampai bila bila cuma ianya akan upgrade dari masa ke semasa .. Kenapa ? Selagi manusia berkata-kata , selagi itu manusia menulis .. Menulis pula akan disertai dengan fakta dan juga visual ..

Facebook dan Twitter ni , bagi aku lebih mudah terancam. Bayangkan Friendster , YM , MRIC  dan Myspace yang pernah popular satu tika dulu … di mana ‘mereka’ ?

Blog ? Blog ni lama dah wujud . Cuma namanya je lain skit .. hehe.. Tapi manusia tetap menulis dan manusia tetap mencarinya di enjin carian .. Apa saja yang punya fakta dan infomasi , pengguna internet akan cari ..

Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ..

30 ulasan:

  1. sekarang zaman IT..zaman orang berilmu menguasai dunia.. dalam dunia maya ni salah satu tempat cari maklumat ialah blog.

    BalasPadam
  2. ulasan terbaekk bro... thumbs up

    BalasPadam
  3. saya ada baca kat blog jugak..kire dah last post dia kot..saya siap tag bro lagi nak citer yg blog still relevan lagi.tak explore memang xnampak..hee

    BalasPadam
  4. tak setuju sangt, yela.. makin berkembang lagi ada lah.. makin ramai yang membuat blog.. dan ada yang berjaya seperti bro juga..

    BalasPadam
  5. kawan setuju dgn pandangan pak beng..

    BalasPadam
  6. sangat setuju dan suka wordings yang akhir tu... Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ... ^_^

    BalasPadam
  7. sangat setuju dan suka wordings yang akhir tu... Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ... ^_^

    BalasPadam
  8. betul tu dan suka dengan wordings Blog hanya akan mati bagi mereka yang buat blog untuk kaya esok hari ...

    Friendster dah lama dah berkubur bro... hu hu hu...

    BalasPadam
  9. biarlah diorang cakap tak relevan, yang penting saya suka menulis...tetiba hari ni saya update sampai 4 entri..baru ni lagi 1 entri...err..lebih banyak dari selalu...tapi tak rasa kisah lak bila komen kat entri 1-2 je atau takde langsung...ntah, lain dah..just rasa puas bila dapat menulis...rasa macam menulis ni terapi untuk diri sendiri... :)

    BalasPadam
  10. saya dah 2 tahun berblog sampai sekarang.tak kisahlah org nak baca ke tak.Selagi bleh menulis..saya tetap menulis..

    BalasPadam
  11. sokong dgn Ben.

    i pernah berbual dan lepak dgn Twitters user. Diorg ni sbnrnya agak aktif lah.esp in KL. cause biasa buat gathering etc. Mostly diorg ni blogger juga sebenarnya (dulu). Ada yg aktif dan ada yg tak sgt. Ada yg bagi statement yg skrg diorg dah x guna blog. Siapa nak baca blog dh skrg. So diorg gunakan medium twitter pulak skrg. Tapi i tak ada point nak balas balik.

    Tapi rasanya skrgpun i dah mula boring dgn Twitter since ada Instagram. Tapi blog still guna.hehe..so, cannot prove kan ayat tu.

    BalasPadam
  12. saya takkan pernah "bunuh" blog saya :)

    BalasPadam
  13. aura blog memang sukar diduga. Ia mampu menyebarkan gosip dan membuat seseorang difitnah atau popular. siapa kata blog x relevan. setuju dgn pdpt abg ben ni.

    BalasPadam
  14. Pada saya blog masih relevan macam bro ckp selagi manusia mencari dan selagi ada fakta rasanya blog masih relevan..:-)

    BalasPadam
  15. Salam,
    Artikel kali ini menarik ulasannya...
    Paling saya suka ayat terakhir tu, penuh makna.
    Selalu2 le buat artikel spt ini..

    BalasPadam
  16. salam. mgkn blog2 yg dia baca dah kureng entry

    BalasPadam
  17. Salam En. BEN, blog dah tak relevan? saya rasa pendapat ni adalah bagi org yg mungkin tidak fikir ke hadapan, padahal sekarang, blog menjadi sumber bacaan banyak pihak. Banyak jenis blog yang ada dalam internet ni, TumblR, Blogspot,Wordpress,Blog.com dan kesemuanya masih boleh diharap cuma seperti sebuah cerita, ia tidak akan hidup jikalau tidak orang membacanya, begitu juga blog. Saya bersyukur kerana saya dipertemukan dengan blog, at least, I have something to write dan hari-hari saya lebih gembira dengan adanya blog untuk ditulis. Memang ada yang menjana pendapatan dengan blog, tetapi ada juga yang menjadikan blog sebagai diary harian mereka. Terpulang, cuma dengan mengatakan blog sudah tidak relevan itu sendiri adalah tidak relevan, fikiran yang agak melulu dengan berkata begitu.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  18. 100% right.

    blog tak pernah mati. blog macam buah fikiran manusia yang diartikelkan, selagi manusia hidup, selagi itulah ia akan diartikelkan. dan yang paling menarik, buah fikiran manusia memang berbagai, dan sentiasa berubah2. macam keterlaluan, tak membaca blog tak ubah seperti mengenali manusia, dan memperbaharui diri kita sendiri.

    aku tak pernah boring baca blog, apa yang dicari sentiasa dapat: info kerete 2nd, review smartphone, tips memasak, panduan suami isteri, macam2..

    kan bro?

    BalasPadam
  19. mas pernah baca kat paper,ayat dari sorang vloger..dia famous..dia ckp blog dah tak menarik..ramai orang suka mendengar dari membaca..bosan..

    blog mas dah hampir nak 5thn tapi sekurang2nya mas happy 5thn jgak la mas makin banyak dapat knowledge..mas lagi suka membaca..

    BalasPadam
  20. Setuju sangat!

    Dunia blog dah lama wujud.. dan sampai sekarang masih terus bertahan..

    BalasPadam
  21. mungkin orang tersebut tidak kenal lagi dunia blog ini.

    BalasPadam
  22. assalam, blog tlh lama dan akan kekal sebagai medium utama bagi semua orang yang suka berkongsi ilmu dan maklumat..betul kata Ben...ada blog yang saya pernah jumpa yang bermula sejak 1985 lagi dan ianya terus kreatif hingga sekarang...

    BalasPadam
  23. setuju...org berfikiran mcm tu cetek otak...

    BalasPadam
  24. Setuju dengan pendapat En.Ben.. Bagi saya blog lain dari laman-laman sosial yang lain... Blog ada aura nya sendiri...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI