“ Ini semua salah daddy !! “.

by - Selasa, Februari 05, 2013

 

Aku pernah kata kat ayah aku yang aku tak nak tanah miliknya . Beri saja pada adik perempuan aku .. Aku akan usahakan sendiri untuk cari harta aku dan keluarga aku ..

Malangnya , perbuatan aku itu adalah salah . Mungkin aku tak nak , tapi kena ingat tanah yang diwarisi aku itu , jika aku tak nak .. mungkin waris aku nak ! Apakah aku terlupa aku juga punya waris ?

Begitu juga dengan mengundi .. Jika aku tak pergi memilih sapakah yang layak memimpin negara , anak cucu aku akan salahkan aku .. Bayangkan berapa ramai orang berfikiran seperti aku.. Tak berminat nak amik tahu soal politik negara .. Bila jatuh ke tangan yang tak sepatutnya seperti yang kita tahu sekarang ni , kedudukan istimewa kita semakin terancam , apakah nasib anak cucu kita nanti ?

Sapa nak dipersalahkan masa tu ? Akukah yang tak pergi mengundi adalah kerana calon semua tak boleh dipercayai ? Kalau dah tak boleh dipercayai , kita rujuk semula pada Al-Quran dan Sunnah untuk mencari calon yang sesuai ..

Jangan pandang enteng.. Mereka yang berkerusi roda pon sanggup datang membuang undi kerana itu adalah hak mereka . Jangan menyesal belakang hari ..

Kenapa orang melayu tak nak mengundi ? Klik SINI ..

You May Also Like

6 comments

  1. tak sabar nak daftar jd pengundi n pilih pemimpin yg betul2 PEMIMpin.ahaha.. chubby pp Qhaliff..kirim salam kat dia.. :P

    BalasPadam
  2. Marilah mengundi :)

    P/s : Alamak, umur tak cukup lagi. Kena tunggu lagi setahun . hihi

    BalasPadam
  3. Encik Ben, nanti review blog saya boleh? Teringin sangat nak direviewkan oleh Ben Ashaari.

    http://blog-tenten.blogspot.com

    BalasPadam
  4. second round nak mengundi ni..seronok sangat bukan untuk diri sendiri tapi untuk generasi akan datang..kita bersyukur atas nikmat masa ini moga mereka nanti menikmati lebih daripada apa yang kita perolehi sekarang..semuanya memang ketentuan Allah namun Allah tetap memandang setiap usaha hambaNYA..owh budak Qhaliff yang comelllll.. :)

    BalasPadam
  5. Betul tu Ben...kita mesti pertahankan hak kita....

    BalasPadam
  6. assalam, tak sabar nak mengundi...

    BalasPadam